Thursday, July 17, 2008

MUFTI ALI JUMA'AH MEMOHON KEMAAFAN DARIPADA MUHADDITS AS-SYEIKH ABDULLAH AL-HARARY




Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046



بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Firman Allah SWT:


“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” (Surah Al-Hujurat 49 : 6)

Menurut salah seorang Murid kepada Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary al-Habashi yang penulis temui baru-baru ini mengatakan bahawa Mufti Ali Juma'ah baru baru ini telah menarik balik tuduhan-tuduhan beliau terhadap Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi.

Setelah sampai berita fitnah daripada Mufti tersebut di dalam majalah dan laman web ke pengetahuan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi, beliau menghantar beberapa orang anak muridnya yang berkalibar (min Kibar Talamizihi ) untuk berbincang dan bermuzakarah dengan Mufti tersebut. Nyata setelah berjumpa dengan "Talamiz Syeikh" dan berbincang sekitar tajuk tohmahan rekaan golongan Al-Wahhbiyah terhadap Muhaddtits tersebut, Mufti Ali Jumu'ah terus meminta maaf kerana menurutnya berita fitnah tentang Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi beliau perolehi dari orang yang tidak tsiqoh (orang yang tidak boleh dipercayai, berkemungkinan besar Wahhabi). Amat sayang sekali kali ini "Al-i'tizar" daripada Mufti Ali Jumu'ah tidak dilakukan secara hitam putih ataupun bersurat.



Mufti Ali jumu'ah adalah anak murid kepada Hafidz Abdullah al-Ghummari yang sebelum kewafatannya beliau merupakan kawan rapat kepada Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi.
Cuba lihat pujian daripada Hafidz Abdullah al-Ghummari kepada Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi kepada kitab Syeikh yang berjudul :
نصرة التعقب الحثيث على من طعن فيما صح من الحديث
Berkata Al-Hafidz Abdullah al-Ghummari :
وهو رد جيد متقن
"inilah (kitab) rod- penolakan yang berkualiti lagi tekun "
Selain itu, Mufti Ali jumu'ah juga pernah berguru dan menjadi anak Murid yang rapat kepada Syeikh al-Muhaddits Muhammad Yasin al-Padani. Syeikh al-Muhaddits Muhammad Yasin Al-Padani ini pernah berkenalan dengan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi sewaktu Syeikh berada di Makkah al-Mukarramah dan mengiktiraf keilmuan yang dimiliki oleh syeikh. Di samping itu juga keilmuan Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi diiktiraf kemudiannya oleh anak-anak murid Syeikh al-Muhaddits Muhammad Yasin Al-Padani antaranya ialah syeikh al-Muhajirin, Tuan Guru Haji Hasyim Pondok Pasir Tumboh Kelantan dan banyak lagi.




Mufti al-Jumu'ah melayani kedatangan Murid Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi dengan baik sekali. Mufti Ali Jumu'ah akhirnya meminta anak-anak murid Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi sampaikan salam kemaafan di atas ketidaksengajaan dari beliau terhadap muhaddits tersebut..


Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046

Wednesday, July 16, 2008

MAKLUMAN SEMINAR PEMANTAPAN AKIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH



SEMINAR PEMANTAPAN AKIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
OLEH ;
Syeikh Zamihan Mat Zin Al-Ghari
dan Al-Fadhil Al-Ustaz Abu Syafiq
TARIKH ;
19 Julai 2008 (SABTU)
MASA ;
9.00 Pagi
BERTEMPAT DI ;
Sekretariat PKPIM, Anjung Rahmat Batu 6,
Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai ke majlis tersebut...Sekian terima kasih
Untuk mengetahui lokasinya, bolehla rujuk :

Tuesday, July 15, 2008

MENYAMBUT PERAYAAN MINGGU MUHAMMAD ABD WAHHAB ADALAH BID'AAH DHOLALAH

Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


PERAYAAN MENYAMBUT MINGGU MUHAMMAD ABDUL WAHHAB






Program ini diadakan di Riyadh, Saudi Arabia di bawah kelolaan University Islam (ala za'mihi) Muhammad Ibn Sa'ud Al-Islamiyah. Program yang berslogankan perayaan menyambut " Minggu Muhammad Abdul Wahhab" ini diadakan selama seminggu bertujuan mengagungkan Muhammad Abdul Wahhab dan memperingati sumbangan serta mempunyai agenda tersendiri supaya hasil daripada perbentangan dari para pembentang , Muhammad Ibn Abdul Wahhab digelar sebagai Mujaddid. Golongan al-Wahhabiyah di Saudi ini menjemput seramai 150 peserta daripada Saudi sendiri dan Luar Saudi.



Tarikh : Hari Sabtu 21-4-1400H sehingga hari Khamis 27-4-1400H BERSAMAAN 8-3-1980 sehingga 14-3-1980.

Majlis tersebut di rasmikan oleh Amir Sulaiman Bin Abdul Aziz, Pemimpin di bumi Riyadh, majlis yang meriah itu dihadiri daripada pelbagai tempat, mereka dikalangan pendakwah-pendakwah khas upahan kerajaan saudi, tenaga pengajar universiti, dan tidak lupa juga mereka menjemput hadirin dari kalangan pelajar-pelajar. Para pembentang yang hadir dikatakan mendapat upah atau sumbangan kerana memuji dan mengagungkan Muhammad Abdul Wahhab. Amat sedih sekali mereka dibeli dengan harga yang murah, sehingga sanggup menggadaikan agama tercinta kepada regim Al-wahhabiyah. Muktamar besar-besaran ini di adakan di dalam dewan beesar Malik Faishal. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran "kepala pengat wahhabiyah" , Abdul Aziz Bin Baz, yang merangkap sebagai ketua Am bagi Pejabat Al-Buhuts Al-Ilmiyyah Wal-ifta' wad-dakwah wal-irsyad (ala-za'mihim) yang diiringi oleh Hasan Bin Abdullah Ali Syeikh, Menteri Pengajian Tinggi.

Para pembentang pada Program tersebut :

  1. Ahmad Bin Abdul Aziz Ali Mubarak
  2. At-Thuhami Naqirah
  3. Muhammad bin Ahmad Al-'Aqily
  4. Abdul Hafidz Abd 'al
  5. Yusuf Jasim Al-Hajjy
  6. Ahmad Zubarah
  7. Mahmud Syit Khattab
  8. Amid Al-Jasir
  9. Abdullah Utsaimin
  10. Ismail Muhammad Al-Anshoriy
  11. Muhamad Yusuf
  12. Mana' Khalil al-Qatthan
  13. Soleh Bin Abdul Rahman Al-Athram
  14. Abdullah Bin Saad Ar-Ruwaishid
  15. Syiajuddin KakalKhail
  16. Abdullah Abdul Majid
  17. Al-Ghazali Khalil 'Aid
  18. Ali Abdul Halim Mahmud
  19. Ahmad Abduh Nasyir
  20. Muhammad Fathi Othman
  21. Abdul Wahhab Ibrahim Abu Sulaiman
  22. Muhammad Yusuf
  23. Abdul Rahman Umairah
  24. Abdul Karim Khatib
  25. Muhammad Nasib Al-rifa'iy
  26. Muhammad Muhammad Husain
  27. Muhammad Abdul Rahman.
  28. Soleh Auzjany
  29. Abdul Bari Abdul Baqiy
  30. Muhammad Salam Madkur
  31. Abdul Fattah Muqallidil Ghunaimiy
  32. Wahbah Zuhaily
  33. Ismail Ahmad
  34. Anwarul Jundiy
  35. Abdul Halim Uwais
  36. 'Athiah Muhammad Salim
  37. Mushtofa Muhammad Mas'ud
  38. Muhammad Al-Sa'iid Jamaluddin
  39. Najih ahyad Abdullah
  40. Abdul Qudwas Al-Anshory






Ulasan :

Cinta kepada Rasulullah Sollahu 'alaihi Wassallam tidak boleh, Mengagungkan Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam tidak boleh, Ikut Imam Syafie tidak boleh, Ikut Imam 4 mazdhab tidak boleh, Menyambut Maulidurrasul dianggap bid'aah, ditambah lagi pelakunya layak dihumban ke dalam neraka, tetapi kalau sambut Minggu Muhammad Abdul WahhAb?..haik.. tidak bida'ah, Cintakan dan agungkan Muhammad Abdul Wahhab?..haik tidak Bida'ah, taklid ta'asub kepada Muhammad Abdul wahhab?..Haik..tidak bid'aah..Subhanakallahu Buhtanun 'Adzim.

Sebenarnya golongan al-wahhabiyah tidak mencinta Nabi, bahkan wahhabiyah ini membenci habibuna Mushtofa Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasalllam...

Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046

Monday, July 14, 2008

WAHBAH ZUHAILY DIBELI OLEH GOLONGAN AL-WAHHABIYAH




Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046
http://abulehyah.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” (Surah Al-Hujurat 49 : 6)


Kebenaran itu adalah bilamana seseorang itu bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Hadits, juga Ijmak ulamak. Tetapi bila seseorang rebah dek kerana harta benda, lantas tidak lagi memandang kepada kebenaran, sanggup bersetongkol dengan golongan Al-Wahhabiyah untuk mendapatkan kemasyhuran, mencari populariti ramai, ketika itu beliau bukan lagi sandaran bagi umat Islam. Bahkan beliau sendiri menjadi musuh di dalam selimut yang menikam di sebalik tabir. Cinta dunia sebegini ibu segala kejahatan, kerana tamak haluba kepada harta benda dan populariti sanggup seseorang itu menggadai agama tercinta kepada golongan al-Wahhabiyah. Maka tidak pelikla kalau selama ini kenapa Wahbah Zuhaily sering berulang-alik ke Saudi Arabia dan boleh mempunyai hubungan yang erat dengan Masyayiekh Wahhabiyah di sana.

Kebenaran tetap kebenaran. Janganlah kita mencintai seseorang itu sebelum ditimbang dengan neraca syarak segala perbuatan, iktiqod dan berbuatannya. Itulah pesanan kebanyakan guru-guru hamba di pondok. Perbincangan berkaitan dengan topik kali ini memerlukan dada yang lapang tanpa bersikap taasub kepada mana-mana pihak. Keluarnya Al-Wahhabiyah dari kelompok Ahlus Sunnah Wal-jama'ah adalah sesuatu yang mashyhur dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Oleh itu, pandangan Wahbah Zuhaiy ditolak oleh Ulamak-ulamak Islam, kerana sayz beliau dari ulamak-ulamak yang muktabar yang berjuang menjaga keutuhan dan kelestarian Akidah Islamiyah.

Sikap yang amat mengecewakan,Wahbah Zuhaily memuji dan menggelarkan Muhammad Bin Abdul Wahhab sebagai Mujaddid "secara zuran wa buhtanan". Wahbah Zuhaily mengatakan didalam kitabnya ini bahawa Muhammad Abdul Wahhab sebagai "Ketua Pembangunan dan Pembaharuan Agama yang amat dinanti-nantikan"( Za'im An-Nahdhothi Ad-Diniyyaty al-Ishlaahiyyaty Al-Muntazhor". Muhammad Abdul wahhab pada tanggapan Wahbah Zuhaily sebagai orang yang memperbetulkan akidah Islam (ala za'mihi). Padahal yang sebenarnya Muhammad Abdul Wahhablah yang telah mengkafirkan Umat Islam secara keseluruhannya. Cuba lihat di dalam kitab Kash Syubuhaat.
Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan W 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Humaid menyatakan dalam kitabnya “ Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah m/s 42: “ Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik ”.
Mufti Ahmad Zaini Dahlan menyebut lagi di dalam karya tulisannya (( Umaraa-ul Baladil Haram )) m/s 297-298, cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr : “ Sesungguhnya golongan Al-Wahhabiyyah apabila memasuki Taif, mereka telah melakukan jenayah pembunuhan secara menyeluruh, dan mereka menguasai orang dewasa dan kanak-kanak, rakyat dan juga pemimpin, membunuh golongan syarif (ahlul bait) dan juga kanak-kanak kecil yang masih lagi di dalam susuan ibunya, tatkala itu mereka menyembelih hidup-hidup kanak-kanak kecil yang masih menyusu di pangkuan ibu mereka, mereka membunuh umat Islam di rumah-rumah dan di kedai-kedai kecil. Apabila mereka mendapati ada satu jemaah umat Islam mengadakan pengajian Al-Quran , lalu bersegera mereka membunuh jemaah tersebut sehingga tiada lagi yang tinggal di kalangan mereka. Kemudian mereka keluar ke masjid –masjid , mereka membunuh seorang lelaki yang sedang rukuk atau sujud dalam solat, dan mereka melakukan rampasan wang-wang dan harta benda, kemudian mereka memijak-mijak mashhaf dengan kaki-kaki mereka, manakala naskhah kitab-kitab Imam Bukhary dan Muslim dan kitab-kitab yang lain dalam bidang hadits, fiqh dan nahu selepas mereka tebarkan di jalanan dan di kawasan-kawasan tanah rendah. Mereka mengambil harta benda orang muslimin, lalu mereka membahagikannya di antara mereka sebagaimana dibahagikan harta rampasan perang (ghanimah) hasil peperangan dengan golongan kuffar.”
Inilah Bukti Wahbah Zuhaily memuji Muhamad Abdul Wahhab, mari kita sama-sama lihat..;

عنده كتاب يسمى : مدى تأثر الدعوات الإصلاحية بدعوة الشيخ محمد بن عبد الوهاب.


((PENGARUH SERUAN-SERUAN PEMBAHARUAN ISLAM OLEH MUHAMMAD BIN ABD WAHHAB))

OLEH WAHBAH ZUHAILY,
SALAH SEORANG TENAGA PENGAJAR FIQH DAN USUL FIQH,
DI KULIYAH SYARI'AH UNIVERSITI DAMSYIQ


cuba lihat kitab beliau ini :















KANDUNGAN KITAB :

  1. MUQADDIMAH.
  2. DARIPADA MANAKAH MUHAMMAD ABD WAHHAB MEMULAKAN DASAR-DASARNYA, ATAU BAGAIMANAKAH SEMPURNANYA PEMBENTUKAN SYAKHSHIYYAH.
  3. DAN BAGAIMANA CARA PEMBAHARUAN DISISINYA.
  4. PENTAKSISAN DASAR-DASAR YANG DISERU OLEH MUHAMMAD ABD WAHHAB DAN MENGISLAMISASIKANNYA.
  5. KEMBALI KEPADA ISLAM IAITU KEPADA PERMULAAN ISLAM.
  6. MENGIKHLASHKAN TAUHID DARIPADA KESYIRIKAN.
  7. MENGINKARI TAWASSUL DENGAN PARA WALI DAN PARA ULAMAK SOLIHIN.
  8. MEMBENTERAS BIDA'AH DAN KHURAFAAT..KESAN SERUAN MUHAMMAD ABD WAHHAB DI DALAM DUNIA ISLAM, KESANNYA DI KEPULAUAN ARAB, KESANNYA DI HINDI, KESANNYA DI SUMATERA, KESANNYA DI MAGHRIBI DAN JAZA-IR, KESANNYA DI TUNISIA, KESANNYA DI LIBIA, KESANNYA DI AFRIKA, KESANNYA DI SUDAN, KESANNYA DI MESIR, KESANNYA DI SYAM, KESANNYA DI IRAQ, KESANNYA DI TURKI, KESANNYA DI YAMAN,....

kitab ini dibentangkan bersama panel-panel Wahhabiyah yang lain seperti ;

-Bin Baz

-Soleh Usaimin

-dan lain-lain

Perbentangan untuk mengagungkan Muhamad Abdul Wahhab dengan slogan merayakan " Minggu Muhammad Abdul Wahhab". bertempat di Riyadh, Saudi Arabia di bawah kelolaan University Islam (alaza'mihi) Muhammad Ibn Sa'ud Al-Islamiyah. Kitab Wahbah Zuhaily ini di terbitkan dan dilampirkan dengan kitab-kitab Pembentang yang lain, kemudian dijadikan sebuah kitab besar yang berjudul " Buhuts Minggu Muhammad Abdul Wahhab" sebanyak dua jilid. Tajuk perbentangan Wahbah Zuhaily dimuatkan pada jilid yang kedua. Mari sama-sama lihat...


Inilah antara sebab kenapa Wahbah Zuhaily mencemburui Ahbash ( nama yang diberikan oleh golongan al-wahhabiyah, mereka sebenarnya adalah pengikut Abul Hasan Al-Asy'ary dan bermadzhab Syafie). Bila mana hati sudah cenderung dengan golongan Al-Wahhabiyah sedikit sebanyak akan menentang Ahlus- Sunnah Wal-jamaah. Tetapi berselindung dan bersembunyi di sebalik celahan jutaan Umat Islam yang melata. Peluang beginilah yang digunakan oleh Abu SyuAib Al-Kazzab ( Khairul Anwar bekas pelajar UIAM yang taasub dengan fahaman Wahabi) untuk mentohmah dan memfitnah Muhaddits Syeikh Abdullah al-Harary Al-Habasyi di dalam majalah i. Kitab upacara merayakan "Minggu Muhammad Abdul Wahhab ini" ada dengan penulis..sesiapa yang ingin kebenaran, bersedia berlapang dada boleh dapatkan dengan beberapa syarat dan prosedur tertentu..insyaAllah..


Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046

JAKIM ; WAHHABI SECARA TIDAK LANGSUNG MENDAKWA IMAM ALI RODIALLAHU 'ANHU SEBAGAI MUKTAZILAH



Di Sediakan oleh :
Abulehyah Al-Kelantany
0133005046
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Soalan :

Istilah "Allah Maujud Tanpa Bertempat" adalah akidah Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam,para sahabat, para tabi'en, ulamak muhadditsin, fiqh dan tasauf. Soalan saya, bagaimanakah pula yang mengatakan Allah duduk di atas Arasy seperti sifat makhluk-Nya dan mendakwa Allah bertempat?.

Jawapan :

Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran الرحمن على العرش استوى dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.


Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.


Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah.


Saidina Ali telah berkata:


كان الله ولا مكان


Maknanya: Allah ada tanpa tempat
......................................................................................

RUJUKAN :




ULASAN :


Golongan Al-wahhabiyah tentunya tidak berminat dengan jawapan JAKIM ini kerana bercanggah dengan akidah mereka yang mana mereka tidak mengikriraf seseorang itu sebagai Islam sekiranya tidak beriktikod Allah duduk di atas arasy atau dengan ibarat lainnya Allah Bertempat. Akal golongan Al-wahhabiyah yang senantiasa cenderung dengan tashbih dan tajsim tidak sekali-kali menerima kewujudan Tuhan melainkan sekiranya Tuhan tersebut bertempat. Inilah yang MuftiN Asri Perlisy syarahkan kepada masyarakat Islam katanya :" Sekiranya Allah tiada tempat maka Allah tidak wujud". Golongan al-wahhabiyah khasnya bimbingan Asri ini mengunakan pelbagai cara supaya dapat membayangkan Allah taala.lupa..lupa dengan Hadits yang diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Ansariyy:

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:


لا فِكْرَة فِي الرَّبِّ

رواه أبو القاسم الأنصاري


Maknanya : "Tidak boleh berfikir (membayangkan) tentang Allah". (Diriwayatkan oleh Abu`l-Qasim al-Ansari).
Insyaallah akan penulis postkan ceramahnya itu pada masa akan datang. Pentashbihan dalam bentuk yang moden atau boleh dikatakan pentakwilan bathil daripada golongan al-wahhabiyah ini " Allah duduk tapi tak sama dengan duduk makhluk" seringkali digunakan sebagai taktik baru untuk menarik masyarakat kearah kancah kekufuran.
"Allah duduk tapi tidak sama dengan duduk makhluk" atau dengan lafadz arabnya " julus lasa kajulusina". Lalu ketika mensyarahkan lafadz kufur ini mereka mengatakan : " lembu duduk, ayam duduk, monyet duduk, babi duduk...Allah juga duduk, tapi duduk Allah tidak sama dengan makhluk. Tashbih yang berbentuk moden ini adalah bukan daripada Al-Quran dan Sunnah. pertama, kalimah julus (duduk bersemayam) adalah tidak warid dalam Quran dan Hadits. So dari mana mereka ambil pentakwilan bathil ini??..Tab'an..berdasarkan akal yang senantiasa mencari strategi baru untuk mentajdid akidah karamiyah dan hasywiyah tapi dimodified dengan nash al-Quran dan Hadits supaya nampak Islam.
Jika mereka golongan al-wahhabiyah mengatakan " yad laisa kaaidina", "sama' laisa kasam'ina". jawapannya ; lafadz tersebut warid di dalam nusush, al-Quran dan As-Sunnah. Adapun lafadz jalasa atau julus tidak warid. Kalaulah nama Allah atau sifat Allah "jalis" kenapa tiada seorangpun golongan al-wahhabiyah menamakan anak mereka "'abd jalis". Hamba cadangkan dan cabar Asri namakanlah anak dia "Adul Jalis" (kalau lelaki) untuk membuktikan akidah wahhabiyah benar..silakan...


Pesanan penaja..

Jauhi anak anda dari fahaman wahhabiyah....



Di Sediakan oleh :
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046

Sunday, July 13, 2008

FATWA MUFTI MELAKA TENTANG AMALAN BERZANJI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


MUFTI SYIRIA MENGIKTIRAF MUHADDITS AS-SYEIKH ABDULLAH AL-HARARY AL-HABASYI




Disediakan oleh :

Abu Lehyah Al-Kelantany

0133005046

http://abulehyah.blogspot.com/


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Pengasihani.


Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, dan ke atas keluarga Baginda, dan ke atas para sahabat Baginda yang baik-baik dan suci murni.

Adapun ;

Maka sesungguhnya Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda ; “ Dan para ulama’-ulama’ itu merupakan pewaris segala para nabi, dan sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham (harta benda), tetapi mereka mewariskan ilmu pengetahuan, Karena itu, siapa saja yang mengambilnya, ia telah mengambil bahagian yang besar.”

Dan sesungguhnya aku ingin menasihati Umat Islam supaya membaca dan meneliti kitab –kitab karya tulisan Al-‘Allamah AL-Muhaddits Al-Faqih As-Syeikh Abdullah Al-Harory yang dikenali sebagai Al-Habashi. Semoga Allah menampung kekurangannya dan menguatkan beliau selagi mana beliau membawa kebaikan yang agung dan kemanfaatan yang menyeluruh. Ini adalah kerana (kitab-kitabnya) mengandungi aqidah yang dibawa oleh Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, para ulama’ salaf dan para ulama’ khalaf. Dan Beliau tidak mendatangkan sesuatu perkara baru melainkan ianya merupakan perkara yang bertepatan dengan 4 mazhab yang muktabar. Beliau memperjelaskan di dalamnya (kitab-kitabnya itu) penyucian terhadap Allah Taala daripada sifat-sifat kekurangan (bagi makhluk), menerangkan hukum hakam Agama Islam yang berkaitan dengan ibadat dan muamalat. Sesungguhnya didapati di dalam setengah daripada kitab-kitabnya, beliau menentang golongan sesat yang mereka-reka perkara baru dalam agama (mengadakan bida’ah) seperti golongan Musabbihah Mujassimah (termasuk golongan al-Wahhabiyah) dan seumpamanya terutamanya di dalam kitab (( Bughyatul Tholib Fi Ma’rifatil ‘Ilmi Ad-Diinil Wajib)), kitab (( Sorih Al-Bayan)), kitab ((Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah)), kitab ((Syarah al’Aqidah An-Nasafiah)) dan juga kitab (( Maqoolaat As-Sunniyyah)). Maka ia ((kitab-kitab Al-‘Allamah AL-Muhaddits Al-Faqih As-Syeikh Abdullah Al-Harory )) adalah ibarat “air terjun-air terjun dan sungai-sungai” yang menjadi gedung ilmu dan cahaya-cahaya. Maka di sini barangsiapa yang mengambil ‘ilmu pengetahuan Ahlus- Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) maka ini merupakan lisan Ahlus- Sunnah Wal Jamaah. Dan orang yang memperjuangkannya pada zaman ini iaitu As-Syeikh Abdullah Al-Harory bin Muhammad yang terkenal sebagai Al-Habashi.

Semoga Allah memanfaatkan ilmu-ilmu dan keberkatannya kepada seluruh Umat Islam. Ameen.. dan Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian ‘alam.

Inilah ucapan yang benar pada memperjelaskan kelebihan dan kebenaran ahlinya.

...............................................

Halab, pada 3 jamadil akhir 1418 hijroh,

Mufti Muhafadhoh di Halab,

As-Syeikh Muhammad Bilal, Syiria.


Disediakan oleh :

Abu Lehyah Al-Kelantany

0133005046

http://abulehyah.blogspot.com/



Thursday, July 10, 2008

Asri Menggelarkan Ulamak-Ulamak Islam Sebagai Anjing

Disediakan oleh :

Abu Lehyah Al-Kelantany

0133005046




Mari melihat tulisan MuftiN Mohd Asrii Zainal Abidin :

Berjudul : (( "Apabila ulama disifat bagaikan anjing.


IBN Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang penaklukan Tatar ke atas wilayah Islam.

Berjihad dengan pena, suara dan pedang. Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan. Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan. Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan menjamu yang hadir dengan hidangan. Kesemuanya makan dengan lazat. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?” Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orang ramai!". Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”. Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”. Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?” Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”. Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi” Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).


Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadangkala betapa ramai yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementing jubah agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah. Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas menggunakan harta rakyat? Saya menulis tajuk ini bertujuan mengingatkan diri sendiri, bukan orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar.

Tercemar

Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan Parlimen dan rakyat. Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak tidak disambung, atau pangkat tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi ‘duta produk’ atau juru larisnya terjejas, atau pelantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan terganggu. Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti melebihi daripada membela kebenaran dan fakta. Sehingga ada yang sanggup mengubah fatwa, hanya kerana partinya berubah. Lalu mereka akan menjauhkan diri dari sesiapa yang cuba mengikuti semangat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Kalau pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan mereka terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan menulis atau menyebarkan fitnah memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuannya, menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri. Sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah, gelagat ulama jenis ini tetap sama.

Apabila ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir. Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh penaja. Kadangkala kita rasa tidak padan tajuk yang dicakapkan dengan jawatan yang dipegang. Maka amatlah buruk golongan yang menamakan diri mereka ulama jika hanya kelihatan pada majlis-majlis rasmi sekadar pembaca doa. Lebih menyedihkan, dalam doa itu ‘ada udang di sebalik mi’, untuk dimakan sendiri. Sehingga kita yang mendengar terasa seram sejuk dengan pujian kepada pihak tertentu yang ‘lebih daripada yang patut’. Atau hanya kelihatan dalam majlis jamuan rasmi untuk memenuhi kerusi VIP khas untuk mereka. Hanya mampu makan jamuan yang diambil daripada peruntukan rakyat, namun tidak mampu bersuara jujur membela rakyat. Ada pula ulama-ulama rasmi yang minatnya adalah lawatan atas nama jawatannya ke sana-sini. Kononnya, mengiringi orang itu dan ini. Mereka kelihatan sibuk, namun umat tidak pula tahu apakah hasil dan sumbangan mereka untuk rakyat. Apa yang disibukkan itu? Apakah kesibukan itu bersesuaian dengan peranan mereka yang sepatutnya? Atau sekadar sibuk menjadi pengiring atau sebagai panel memenuhi kerusi jamuan?. Atau sibuk untuk harta dan pangkat sendiri. Ulama jenis ini, tidak mereka berjuang dengan suara, tidak juga dengan pena. Tentu jauh sekali dengan darah dan air mata. Walaupun pena atau komputer mereka mungkin berjenama mahal, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka tulis dan sumbangkan untuk umat. Suara mereka tentu lebih mahal. Bak kata pepatah ‘suara emas’, sebab itu ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun keadaan amat memerlukan. Bicara mereka bicara ‘ranggi’. Cerita mereka tentang kereta baru, perabot baru, lawatan ke luar negara, lantikan baru, anugerah gelaran tambahan dan yang sewaktu dengannya. Wajah mereka berseri-seri jika bergambar di samping orang besar atau ‘pak menteri’. Malangnya, sebahagian wajah yang berseri-seri itu tidak mampu hadir mengajar atau memberikan pandangan untuk kepentingan awam. Kalau pun diberi, pandangan yang amat tidak berkualiti, atau dalam perkara yang kurang diperlukan. Mereka mungkin berfatwa tentang ‘haram kanak-kanak bermain mercun’ pada musim hari raya. Kerana itu kata mereka ‘pembaziran’. Tetapi tidak pula berfatwa tentang bunga api yang dibakar di sambutan-sambutan rasmi yang memakan belanja puluhan bahkan ratusan ribu ringgit. Padahal pembazirannya lebih jelas. Maka tidak hairanlah jika ada yang berjawatan tinggi dalam agama, tetapi tidak dikenali oleh oleh rakyatnya. Jika dikenali pun, tidak pula diketahui apakah peranannya dalam membela kemaslahatan umat yang menjadi tuntutan agama?

Ulama yang seperti inilah yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah menyifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat- ayat kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al- A’raf: ayat 175-176). Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang tidak sahih menyebut nama orang tersebut ialah Bal‘am. Kita tidak menerima periwayatan tanpa sokongan seperti itu. Apa yang penting, ayat ini menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badan atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari habuan yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (al-Baqarah: ayat 174).

Bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta yang sebenar, tiada jalan untuknya mendapat keampunan melainkan taubat dan menerangkan semula kebenaran yang disembunyikan atau fakta yang diselewengkan. Firman Allah (maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah SWT. Mereka juga boleh menjadi kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan pelbagai gelaran dan bintang. Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta.

Sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam, wajib baginya membetulkan niatnya. Jangan dia, atau ibu bapa yang menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan, atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas, atau melariskan bisnes. Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orang ramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Maka Nabi SAW mengingatkan: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).


Menjadi mat rempit atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuwan seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a., bukan ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran.))


Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
ialah MuftiN Kerajaan Negeri Perlis.
E-mel: moasriza@yahoo.com
Layari http://drmaza.com/

.............................................................................

RUDUD :

1. Syeikhul Islam bagi Asri ialah Ibn Taimiyyah sahaja. Jadi ulamak-ulamak Islam yang berlambak bukan syeikhul Islam? Sebagai makluman penaman atau penjenamaan Ibn Taymiyah sebagai Shaikhul Islam adalah daripada agenda golongan wahhabiyah. Padahal gelaran tersebut jauh dan tidak diiktiraf oleh Ulamak-ulamak Ahlus Sunnah Wa Jamaah (ASWJ). Bahkan pentajsiman Ibn Taymmiyah kepada Allah Taala suatu perkara yang tidak boleh di terima sekali-kali dan amat ditentang oleh ulamak-ulamak Islam dengan sekeras-kerasnya kerana kebiadaban golongan mujassimah mushabbihah ini. Rancangan menjenamakan Ibn taymiyah sebagai Syeikhul Islam adalah supaya menganggap beliau sebagai seorang yang memberi sumbangan dalam Islam padahal beliaulah pemecah belah umat sehinggalah kesannya terasa ke hari ini.


2. Asri Vs Mahmud Zuhdi. Menurut Asri, Ibn Taymiyah al-Harrany merupakan pejuang yang berperang menentang penaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Cuba kita bandingkan apa yang telah diutarakan oleh Mahmud Zuhdi di dalam majalah al-Islam keluaran bulan lepas beliau mengatakan Ibn Taymiyah hampir terlibat dengan peperangan tersebut atau dengan makna lainnya, Ibn taymiyah tidak terlibat. Percanggahan pendapat kedua-dua tokoh wahhabi ini amat memalukan. Ini menunjukkan ketaasuban Asri kepada "nabi" nya, Ibn Taymiyah. Semua yang Ibn Taymiyah al-Harrany sebutkan bagaikan nash al-quran dan hadits bagi Asri, tiada kesalahan langsung. Ulamak-ulamak mujtahid yang muktabar dikritik, di tohmah, dicela olehnya, disifatkan sebagai tidak memahami hadits. Menyeru masyarakat meninggalkan mazhab dengan berdalilkan haram bertaklid. Tetapi menyeru masyarakat taasub padanya, tinggalkan pandangan mazhab yang muktabar,ambil pandangan Asri dan Tuan Gurunya Ibn Taymiyah.Tetapi walaubagaimanapun sejarah Islam membuktikan Ibnu Taymiyah tidak terlibat langsung dengan peperangan melainkan peperangan menentang tentera Islam.

3. Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Ini lah rujukan Asri untuk menarik perhatian umat islam. Kisah Ibn Taymiah Asri petik dari ibn katsir yang menjadi anak murid kepada Ibn Taymiyah. Soalan: Tiada rujukan muktabar lain ke selain daripada Ibn Katsir? Ulamak-ulamak lain tidak mengiktiraf Ibn Taymiyah..sedarlah..


4. Asri berkata :"Maka amatlah buruk golongan yang menamakan diri mereka ulama jika hanya kelihatan pada majlis-majlis rasmi sekadar pembaca doa". Sindiran asri tadi, tidak tahu ditujukan kepada sesiapa tapi yang penting amalan berdoa dibenci tetapi amalan mencela ulamak, menamakan ulamak sebagai anjing adalah terpuji baginya.


5. Asri Berkata : "Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak tidak disambung, atau pangkat tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi ‘duta produk’ atau juru larisnya terjejas, atau pelantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan terganggu. " Jelas kata- kata Asri ini sekali lagi bersifat meludah kelangit.


6. Asri Berkata :"Ulama yang seperti inilah yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah menyifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia."

7. Asri berkata "Sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badan atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari habuan yang lain."

9. Asri berkata " Wajah mereka berseri-seri jika bergambar di samping orang besar atau ‘pak menteri’.

10. Berkata Asri :"Menjadi mat rempit atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat."


12. Asri Berkata :"Kita memerlukan ilmuwan seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah , bukan ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran." Inilah natijah tulisan yang Asri ingin utarakan. Ulamak yang menentang Ibn Taymiyah dianggap sebagai anjing. Ibn taymiyah yang dianggap syaz dan keluar dari Ahlus-sunnah wal jamaah dianggap alim dan memberi sumbangan pada Islam. Padahal dialah punca berlakunya perpecahan umat Islam dengan konsep takfir yang beliau warwarkan... Subhanakallahu Buhtanun A'zdim.


Mari kita lihat Siapakah ulamak-Ulamak yang di gelar Anjing oleh Asri.