Friday, August 29, 2008

KEBOCORAN AKAL IBN TAYMIYAH DALAM MENILAI MAJAZ DI DALAM NUSUS


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

IBN TAYMIYAH MENGINGKARI MAJAZ

Berkata Ibn Taymiyah Al-Harrany di dalam kitabnya ((ِِAl-Iman)) : “ Dengan menentukan di dalam bahasa (arab) ada majaz, maka tiadalah majaz di dalam Al-Quran, bahkan pembahagian bahasa (arab) kepada hakikat dan majaz adalah pembahagian yang bida’ah lagi baharu, tidak pernah dituturkan oleh mana-mana para ulamak salaf, manakala ulamak khalaf pula mempunyai dua pendapat tentangnya. Bukanlah masalah ini menjadi perselisihan secara lafdzi sahaja bahkan dikatakan : Pembahagian itu sendiri sudah batil tidak ada beza yang ini atau yang itu”.

Jawabnya :

((Subhanaka Haza Buhtanun A’zim)).

Sesungguhnya majaz sabit daripada para sahabat lagi, maka telah datang daripada Ibn Abbas Radhiallahu Anhu yang mana beliau telah menyandarkan pentafsiran sesetengah ayat dengan syair-syair arab yang lafadznya jauh daripada makna yang asal seperti pentafsirannya tentang kalimah (As-Saq –الساق ) pada firman Allah Taala (( يوم يكشف عن ساق )) dengan makna (الشدة ) sengit . Maka dia (Ibn Abbas) berkata : (( عن شدة منالأمر )) orang arab mengatakan :

قامت الحرب على ساق : إذا اشتدت

“ telah berlaku peperangan di atas betis : sengit

Antaranya :

قد سن أصحابك ضرب الأعناق * وقامت الحرب بنا عن ساق


Manakala Imam Al-Baihaqi telah menyandarkan atsar yang disebut tadi daripada Ibn Abbas dengan dua bentuk sandaran, kedua- dua bentuk sandaran ini adalah suatu yang baik, dan beliau menambah ;

إذا خفي عليكم شيء من القرآن فابتغوه من الشعر فإنه ديوان العرب

“ Jika sekiranya tersembunyi sesuatu daripada Al-Quran , maka carilah ia daripada syair kerana sesungguhnya ia adalah diwan arab”. Inilah dia yang dikatakan majaz.

Maka telah sabit majaz ini sejak daripada ulamak salaf lagi. Ulamak seperti Al-Muhaddits Al-Mujtahid Al-Lughawiyyu Abu Ubaidah Ma’ammar Bin Mutsanna As-Salafi telah siap mengarang sebuah kitab mengisahkan tentang majaz yang berjudul “ kitab Al-Majaz”. Maka terbatallah dakwaan palsu Ibn Taimiyyah yang majaz ini tiada pada zaman salaf memandangkan perkara ini telah wujud pada zaman sahabat dan tabieen lagi.

Haaa.. bukanlah menjadi syarat sabitnya majaz itu memestikan semua ulamak-ulamak salaf menuturkannya dengan lafadz ini ( ini majaz! Itu majaz!) bahkan memadai dengan maknanya sahaja. Dan majaz bermakna Lafadz yang digunakan bukan pada hakikat maknanya. Maka kalimah ( الساق ) tadi jika ditelitikan pada makna asalnya amat jauh sekali jika dibandingkan dengan makna yang telah ditafsirkan oleh Ibn Abbas dalam ayat tersebut.

Jika ditanya : Jadi apakah rahsia di sebalik penginkaran Ibn Taymiyah Al-Harrany tentang majaz ini?

Jawapan ;

Haa..pada hal yang sebenarnya Ibn Taymiyah Al-Harrany amat taasub dengan manhaj akidahnya iaitu akidah mentashbihkan Allah dan memberi jisim pada Allah. Untuk memenuhi hasratnya, dia meletakkan kaedah supaya boleh sampai kepada pentashbihan dan pentajsiman itu dengan mengatakan : ayat-ayat Al-Quran yang berbentuk Mutasyabihaat perlu diambil secara zahir sahaja, jangan di takwil-takwil (sebab baginya al-quran tiada Majaz).

Marilah kita memohon dari Allah Taala perlindungan dan keselamatan…

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/