Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” (Surah Al-Hujurat 49 : 6)
Menurut salah seorang Murid kepada Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary al-Habashi yang penulis temui baru-baru ini mengatakan bahawa Mufti Ali Juma'ah baru baru ini telah menarik balik tuduhan-tuduhan beliau terhadap Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi.
Setelah sampai berita fitnah daripada Mufti tersebut di dalam majalah dan laman web ke pengetahuan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi, beliau menghantar beberapa orang anak muridnya yang berkalibar (min Kibar Talamizihi ) untuk berbincang dan bermuzakarah dengan Mufti tersebut. Nyata setelah berjumpa dengan "Talamiz Syeikh" dan berbincang sekitar tajuk tohmahan rekaan golongan Al-Wahhbiyah terhadap Muhaddtits tersebut, Mufti Ali Jumu'ah terus meminta maaf kerana menurutnya berita fitnah tentang Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi beliau perolehi dari orang yang tidak tsiqoh (orang yang tidak boleh dipercayai, berkemungkinan besar Wahhabi). Amat sayang sekali kali ini "Al-i'tizar" daripada Mufti Ali Jumu'ah tidak dilakukan secara hitam putih ataupun bersurat.
Mufti Ali jumu'ah adalah anak murid kepada Hafidz Abdullah al-Ghummari yang sebelum kewafatannya beliau merupakan kawan rapat kepada Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi.
Cuba lihat pujian daripada Hafidz Abdullah al-Ghummari kepada Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi kepada kitab Syeikh yang berjudul :
نصرة التعقب الحثيث على من طعن فيما صح من الحديث
Berkata Al-Hafidz Abdullah al-Ghummari :
وهو رد جيد متقن
"inilah (kitab) rod- penolakan yang berkualiti lagi tekun "
Selain itu, Mufti Ali jumu'ah juga pernah berguru dan menjadi anak Murid yang rapat kepada Syeikh al-Muhaddits Muhammad Yasin al-Padani. Syeikh al-Muhaddits Muhammad Yasin Al-Padani ini pernah berkenalan dengan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi sewaktu Syeikh berada di Makkah al-Mukarramah dan mengiktiraf keilmuan yang dimiliki oleh syeikh. Di samping itu juga keilmuan Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi diiktiraf kemudiannya oleh anak-anak murid Syeikh al-Muhaddits Muhammad Yasin Al-Padani antaranya ialah syeikh al-Muhajirin, Tuan Guru Haji Hasyim Pondok Pasir Tumboh Kelantan dan banyak lagi.
Mufti al-Jumu'ah melayani kedatangan Murid Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi dengan baik sekali. Mufti Ali Jumu'ah akhirnya meminta anak-anak murid Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habashi sampaikan salam kemaafan di atas ketidaksengajaan dari beliau terhadap muhaddits tersebut..
Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046