Friday, September 5, 2008

TAKZIAH DARIPADA PENGERUSI YAYASAN DAKWAH ISLAMIYAH MALAYSIA


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)



Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia,
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
_____________________________________________

Yadim 041/Jld 12.
September 4, 2008

Kepada :
As-Syeikh Husam Qaraqirah,
Al-Jam’iyyah Al-Masyarie’ Al-Khairiyyah,
Lubnan, Beirut.

Tuan,


UCAPAN TAKZIAH DARIPADA KAMI


Dengan rasa kecewa dan sedih kami menerima berita kewafatan Al-Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harari Al-‘Abdary Rahimahullah pada hari ke dua di bulan Ramadhan.


Sebagai Wakil Pihak Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim), kami mengucapkan salam takziah seikhlas hati.


Semoga Allah Taala memberkati rohnya dan menempatkannya di syurga bersama-sama Para Anbiya’ dan Aulia’ Al-Solihin.


Wassalam.


Yang benar,


( DATU’ HAJI AHMAD NAKHAIE BIN HAJI AHMAD)
Pengerusi,
Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia.

* Perutusan khas ini dihantar oleh Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kepada Hj Ahmad Hafiz Al-Bakaniyy untuk diserahkan kepada Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada Khamis, 4hb September 2008, jam 13:46pm waktu Malaysia.

Semoga Allah Taala memberkati segala usaha Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harary..Ameen
Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
musufism_addeen@yahoo.com
http://abulehyah.blogspot.com/

TAKZIAH & PUJIAN



Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
musufism_addeen@yahoo.com
http://abulehyah.blogspot.com/




(Ketua Pengarah JAKIM : Dato' Hj Wan Mohammad Dato' Syeikh Abd Aziz.)


(Jenazah Syeikh Abdullah sewaktu dikelurkan untuk disemadikan berdekatan Masjid Jamik Abi Haydar, Bayrut.)


PERUTUSAN KHAS TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH :


KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DATO' HJ WAN MOHAMAD BIN DATO' SHEIKH ABDUL AZIZ DI ATAS KEMBALINYA AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH.


Y.Bhg Dato' mengucapkan : " Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harary merupakan insan yang soleh dan mulia, pemergian beliau juga pada bulan yang mulia (Ramadhan). Benarlah ungkapan : 'orang yang mulia kembali kepada Allah pada bulan yang mulia'. Ta'ziah saya ucapkan untuk ahli keluarga, anak-anak murid dan seluruh pengikut Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah.- Wan Mohamad KP JAKIM " .


* Sumber ucapan dipetik daripada perutusan khas yang dihantar sendiri oleh KP JAKIM kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada Rabu, 3hb September 2008, jam 11:07 pm waktu Malaysia.


Malah Mufti-Mufti lain turut mengucapkan takziah dan pujian terhadap Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harary . Antaranya SS Mufti Negeri Pahang, SS Mufti Terengganu, SS Mufti Selangor, SS Mufti Johor, YADIM, SS Mufti Australia dan lain-lain NGO Islam seluruh dunia.


Apakah mereka ini dikira sebagai 'Ahbash', Jamaah Takfir, Kumpulan sesat, Fanatisme Agama??? Hanya Wahhabiy @ mereka yang mengakses maklumat dari tokoh Wahhabiy yang menjenamakan mereka sedemikian. Jika Syeikh Abdullah tidak menentang doktrin Wahhabiy ternyata tak wujud gelaran sebegini. Ramadhan juga telah menyaksikan bahawa jutaan Umat Islam seluruh dunia menunaikan solat jenazahnya. Semoga Allah menyucikan sirnya. Aamiin.

mereka inilahlah yang yang bertungkus lulus memurnikan akidah sebenar yang di bawa oleh para anbiya' dan menjaga kelestarian agala islam daripada ajaran sesat yang batil..



sumber daripada :



-Hj Ahmad Hafiz Al-Bakaniyy.
-Ustaz Abu Syafiq.

Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany

( 0133005046)

musufism_addeen@yahoo.com

http://abulehyah.blogspot.com/

UCAPAN TA'ZIAH OLEH MUFTI JOHOR ATAS KEBERANGKATAN MUHADDITS AL-ALLAMAH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARY AS-SYAIBY



Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)



Ini Ucapan Takziah dari SOHIBUS SAMAHAH DATO' ASY-SYEIKH AL-HAJ NOOH BIN GADOT MUFTI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM . Ucapan ini diterima pada hari khamis 4september, jam 11 pagi waktu Malaysia:


" Pertamanya diri ku , keluarga ku, dan dari Jaabatan Mufti Johor serta seluruh umat islam di Johor, mengharapkan agar diberikan keampunan kepada Al-Muhaddith dan wali As-syeikh Abdullah Al-Harari As-syaibi Al-Abdary Rahimahullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama para Muslimin, Siddiqin, Syuhada', Solihin, para nabi dan rasul.

Ucapan takziah kepada pewaris, kaum keluarganya, anak-anak muridnya serta mereka yang mencintai ulama yang agung ini.

Beliau adalah seorang ulama yang agung dalam mempertahankan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah serta tegas dalam menentang kebatilan secara ilmiah. Semoga ilmunya dapat dikembangkan lagi di Malaysia dan diseluruh dunia dengan baik.Amin


Yang Ikhlas
Dato Hj Noh Gadut
Mufti Johor.
Ulasan :

Mufti Johor dalam rangka memperjelaskan akidah ahlus sunnah wal-jamaah, mendapat perhatian dan mandat daripada ulamak-ulamak antarabangsa. Kepercayaan dan pengiktirafan daripada ulamak-ulamak ini menjadikan sillibus Pendidikan Islam johor menepati citarasa Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah yang berteraskan aL-Quran dan As-Sunnah. Semoga usaha murni beliau mempertahankan umat Islam daripada ajaran-ajaran sesat diberkati Allah dan senantiasa dirahmati.

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)