بسم الله الرحمن الرحيم
Ibnu Taimiyyah mengatakan maksud ‘استوى’ ialah duduk bersila. Ditambah lagi katanya duduk bersila itu duduk bersila sepertinya Ibnu Taimyiah. Ibn Taymiyah teras akidahnya ” Allah duduk atas arasy” (berbukti):
Dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374, Ibn Taymiyah Al-Harrany yang yang menjadi pujaan kepada Muhammad Abdul Wahhab, kuncu-kuncunya, dan Wahhabiyyah Mujassimah mengatakan :
إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.
Dalam kitab Majmu’ Fatawa Jilid 5 m/s 527, dan dalam Kitab Syarah Hadits Nuzul Cetakan Darul ‘Ashimah m/s 400, al_Harrany mengatakan : “ Maka apa yang datang dengannya atsar daripada nabi tentang lafaz duduk dan bersemayam pada haq Allah taala seperti Hadits Jaafar Bin Abi Thalib dan Hadits Umar lebih diberi keutamaan supaya tidak mengumpamakan sifat-sifat jisim hamba). Beliau mensabitskan sifat duduk dan bersemayam, tetapi bila beliau mengatakan tidak sama dengan sifat-sifat makhluk, itulah tamwiih (mengaburkan mata orang ramai) dan penipuan jua. Ini kerana ijma’ mengatakan sifat duduk dan bersemayam itu adalah sifat jisim. Lembu duduk, ayam duduk, kambing duduk, monyek duduk, khinzir duduk, wahhabi pun duduk.
Tidak cukup dengan itu sahaja Ibnu Taimiyah turut mengunakan lafaz kufur Yahudi dalam mengorak langkah menyahudikan umat islam : rujuklah Majmu’ Fatawa Jilid 5 m/s 527, dan dalam Kitab Syarah Hadits Nuzul Cetakan Darul ‘Ashimah m/s 400:
إذا جلس تبارك و تعالى على الكرسي سُمِع له أطيط كأطيط الرَّحل الجديد
Golongan Yahudi menisbahkan kepada Allah taala sifat duduk, menetap di suatu tempat (istiqror), mempunyai berat, mempunyai timbangan, dan mempunyai bentuk,(wal’iyadzubillah) marilah kita berlindung dengan Allah daripada kekufuran mereka.
Di dalam naskhah kitab Taurat yang telah diselewengkan dan diubah isi kandungannya yang menjadi tunggak asasi agama yahudi, Kitab al-Muqaddas Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 Nombor 19-20, Yahudi laknatullah menyatakan akidah kufur mereka di dalamnya :
- قال فاسمع إذاً كلام الرب قد رأيت الرب جالسًا على كرسيه و كل جند السماء وقوف لديه عن يمينه و عن شماله -
Manakala didalam Kitab Safar Mazaamir : Al-Ishhah ((47)) bernombor ((8)), Yahudi laknatullah mengatakan:
الله جلس على كرسي قدسه
Dan dalam kitab bernama safar Yuhana : Al-Ishhah ((8)) bernombor ((15)). Yahudi mengatakan :
الجالس على العرش يحل فوقهم
وشكراً للجالس على العرش الحي الأبدي
SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATHONY MENILAI AKIDAH ALLAH DI LANGIT DAN BERTEMPAT.
Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;
“ Dan ketiga Mukhalafatuhu Lil Hawaditsi :
Dan maknanya : Bahawasanya Allah Taala tiada bersama ia dengan segala yang baharu, tiada pada zatNya, dan tiada pada sifatNya dan tiada pada af’alNya (perbuatanNya). Maka zat Allah tiada menyerupa akan dia segala zat yang baharu, dan sifatNya tiada menyerupa akan dia akan segala sifat-sifat yang baharu, dan perbuatanNya tiada meyerupa akan dia akan segala perbuatan yang baharu, dan setiap barang yang terlintas dengan hati seorang kita akan sesuatu maka bahawasanya Allah Taala itu bersalahan baginya kerana sekalian itu baharu[1]. Maka Allah itu bersalahan dengan segala yang baharu seperti firman Allah Taala :
Yang bermaksud :
“Tiada seperti seumpamanya Allah Yang Maha Suci suatu dan Dialah jua Tuhan Yang Amat Mendengar dan Yang Lagi Amat Melihat”.[2]
Dan tiada Allah Taala itu bertempat[3], dan tiada Ia di atas[4], dan tiada Ia di bawah, dan tiada ia di kanan, dan tiada di kiri, dan tiada pada hadapan, dan tiada di belakang,[5] kerana adalah sekalian itu melazimkan jirim, dan Allah Yang Maha Suci tiada berjirim, dan tiada Aradh. Kerana adalah segala yang baharu itu terhingga atas dua perkara iaitu jirim dan aradh maka tempat dan berubah itu sifat jirim dan sifat aradh. Demikian lagi besar dan kecil itu sifat jirim yang banyak dan sedikit kerana jikalau banyak jirim dinamakan besar dan yang sedikit dinamakan kecil. Dan berubah itu sifat aradh seperti gerak dan diam maka kedua-duanya itu daripada kelakuan yang baharu dan Allah Yang Maha Suci itu Qadim[6] tidak boleh disifatkan dengan segala sifat yang baharu. Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia pada kufurnya seperti katanya allah taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.
Seterusnya berkata lagi Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;
" Kata Imam Syafie ; Barangsiapa yang meninggalkan empat perkara ini sempurna imannya, dan iaitu (kam ),dan (kaif), dan (mata), dan (aina), maka adapun (kam) maka dinyatakan dengan dia menuntut kenyataan bilangan maka jika dikata orang ; Kamillah ? Yakni “ berapa Allah?” maka jawab olehmu : iaitu wahid yakni Esa pada zatNya dan pada sifat-sifatNya dan pada perbuatanNya. Dan (kaif) iaitu ditanya dengan dia daripada kaifiat maka jika ditanya orang : kaifallah? Yakni “ betapa Allah (bagaimana rupa Allah?)" maka jawab olehmu ; tiada mengetahui seseorang akan hakikat zat Allah melainkan Ia jua. Dan (mata) itu tiada dengan dia daripada zaman (masa) maka jika dikata orang : Matallah? Artinya ; manakala didapati Allah? (bilakan Allah Taala wujud?) maka jawab oleh mu : Allah Taala itu awalnya tiada permulaan dan akhir tiada kesudahan. Dan (aina) dan tiada dengan dia daripada makan (tempat), maka jika dikata orang : Ainallah?[7] (di mana Allah?) maka jawab oleh mu : Allah itu tiada bertempat dan tiada dilalu atasnya masa kerana zaman (masa) dan makan (tempat) baharu keduanya.
Bermula Allah taala itu Qadim dan yang Qadim tiada berdiri dengan yang baharu dan barangsiapa yang menyerupakan Allah , Tuhan yang bersifat dengan Rahman dengan suatu maka tiada syak pada kufurnya. Maka takut olehmu akan diri kamu dan pelihara akan dia daripada menyerupa ia akan Allah dengan suatu bahagi daripada bahagi yang baharu ini maka demikian itu kufur. Dan sungguhnya wajib bagi Allah itu mukhalafah (bersalahan) bagi segala yang baharu kerana bahawasanya jikalau menyama ia akan dia nescaya adalah baharu seumpamanya. Dan telah terdahulu pada burhan wajib qidamnya dan baqa’nya dan wajiblah ia bersifat Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi, dan apabila sabitlah baginya Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi nescaya nafilah daripadanya Mumatsilah Lil Hawaditsi ( bersamaan Allah pada segala yang baharu). Selesai nukilan penulis (abu lahyah) daripada Kitab Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah”[8]
.............................................................
FOOTNOTE ;
[1]Berkata Imam As-Suffi Zunnun Al-Mishry (nama asalnya ialah Tsauban Bin Ibrahim, pernah mempelajari ilmu secara bertallaqqi dengan Imam Malik pada qurun ke 12 Hijrah) dan Imam Ahmad Bin Hanbal : “ walaubagaimana engkau membayangkan Allah Taala, maka Allah bersalahan dengan apa yang engkau bayangkan atau gambarkan ”.
[2] Allah Taala berfirman ; “Tiada sesuatu pun sama dengan Allah dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.” Surah Syura Ayat ;11.
[3] Sayyidina Ali Radiallahu Anhu (40 H) yang merupakan seorang khalifah al_Rasyidin yang keempat dan seorang sahabat yang agung telah berkata:“ Adalah (Allah azali) tanpa bertempat, dan Dia sekarang seperti mana keadaanNya yang lalu ( wujudnya azali tanpa bertempat)”. Lihat Abu Mansur al-Baghdady, Al-Farqu Bainal al-Firaq, ( Kaherah, Percetakan Darul Al-Turats), m/s :356. Imam Ali berkata lagi : “Akan kembali suatu kaum daripada umat ini ketika dekat berlaku hari kiamat menjadi kafir mereka itu, lalu berkata seorang lelaki bertanya : wahai Amir al-Mukminin kekafiran mereka dengan apa, dengan sebab mereka melakukan perkara bida’ah ke dengan sebab keingkaran mereka? Maka berkata (Imam Ali) : Bahkan dengan keingkaran. Mereka mengingkari percipta mereka dan mensifatkanNya dengan jisim dan anggota.” Rujuk Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi, Kitab Najmul Muhtady, m/s 588.
[4] Berkata Imam Abu Hanifah di dalam kitab Al-Fqh Al-Absath m/s 12 : “ barangsiapa mengatakan aku tidak mengetahui tuhanku sama ada berada dilangit atau dibumi maka kufurlah ia, begitu juga sesiapa yang mengatakan bahawa Allah berada di atas Arash dan aku tak pasti tahu sama ada Arash itu di langit ataupun dibumi. Perkara ini dipersetujui oleh Syeikh al-Izz Ibn Abd As-Salam di dalam kitab ((Hal Al-Rumuz)) lalu berkata : “ini adalah kerana perkataan itu mengelirukan atau menisbahkan bagi Allah tempat, barangsiapa menisbahkan bagi Allah tempat maka dia adalah Mushabbihah”. Manakala Syiekh Mulla ‘Ali Qari Al-Hanafi berkata di dalam kitab syarh kitab Fiqh Al-Akbar ; dan tidak syak lagi bahawa Ibn Izz Abd Salam merupakan ulamak yang paling mulia dan amat dipercayai, ,maka wajiblah dipegang dan bergantung pada nukilannya’. Selain Itu Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy berkata : “ Dan sesiapa yang mengatakan : aku tidak mengetahui sama ada Allah itu berada di langit atau dibumi maka kufurlah ia, ini adalah kerana dengan mengatakan salah satu dari dua pernyataan tadi menjadikan tempat bagi zat Allah Taala.” Rujuk Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy , Kitab Al-I’timad fil I’tikoq ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, Cetakan Pertama, Tahun : 2004 Bersamaan 1425 H) m/s 13.
[5] Berkata Imam At-Thahawiy As-Salafiy : " Maha Suci (Allah) Taala daripada batasan, tinggi kemuncak, beranggota kecil (spt jari-jemari), anggota besar, memerlukan alat perantaraan, tidak juga sekali-kali meliputi arah-arah yang enam (atas bawah, depan belakang, kiri dan juga kanan) seperti sekalian makhluk. Seterusnya beliau menambah “ barangsiapa mengsifatkan Allah sengan satu makna atau sifat makhluk daripada sifat-sifat makhluk, maka telah jatuh kafir ia” Rujuk Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary, Idzhar As-Sunniyyah ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, tahun ).
[6] Tiada permulaan bagi kewujudan-Nya.
[7] Terdapat satu hadits yang diguna oleh golongan wahhabi untuk mengatakan Allah berada di langit iaitu Hadits Al-Jariyah. Hadis Al-Jariyah sebuah hadis yang mengandungi peristiwa pertanyaan Rasulullah kepada seorang jariyah (hamba perempuan) yang telah diriwayatkan dalam pelbagai lafaz oleh beberapa ulama hadis seperti al-Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim, Bab Tahrim al-Kalam fi al-Salah, al-Imam Abu Dawud dalam kitabnya Sunan Abi Dawud, Bab Tashmit al-^Atish dan Bab fi al-Raqabati`l-Mu'minah, al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta', Bab Ma Yajuz Mina`l-^Itq fi al-Riqab al-Wajibah, al-Imam al-Bayhaqi, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Hibban dan lain-lain lagi. Hadits Jariyah ini bukan Bermakna Allah berada di atas langit.
MAKNA HADIS AL-JARIYAH
Hadis tersebut mudtarib (suatu hadis yang diriwayatkan dengan lafaz matannya yang berbeza-beza dan saling bertentangan sehingga menjadikannya dihukumkan sebagai hadis da^if ). Meskipun ada ulama yang menganggap hadis tersebut sebagai sahih, namun mereka tidak mengertikan bahawa Allah mendiami atau berada di langit. Al-Imam al-Nawawi telah berkata dalam huraiannya terhadap hadis tersebut bahawa perkataan " أَيْنَ الله" (Di mana Allah?) adalah suatu soalan tentang darjat atau kedudukan, bukannya tentang tempat. Oleh itu, makna perkataan Baginda di atas ialah: "Apakah peganganmu dari segi pengagunganmu terhadap Allah?". Selanjutnya, perkataan hamba perempuan في السماء (di langit) itu pula bermakna: "Sangat tinggi tahap pengagunganku terhadap-Nya". Oleh itu, tidak boleh berpegang bahawa Rasulullah telah bertanya kepada hamba perempuan tersebut tentang tempat (bagi Allah) dan tidak boleh berpegang bahawa hamba perempuan itu telah bermaksud Allah bertempat di langit.
Sayyidina Ali Radiallahu anhu berkata:
لا يُقَالُ أَيْنَ لِمَنْ أَيَّنَ الأَيْنَ(ذكره أبو القاسم القشيري في الرسالة القشيرية)
Maknanya:"Tidak boleh dikatakan (disoalkan tentang) di mana (tempat) bagi Allah yang telah menempatkan di mana (tempat). (Disebutkan oleh Abu`l-Qasim al-Qushayri dalam al-Risalah al-Qushayriyyah).Al-Imam Abu Hanifah berkata dalam kitabnya al-Fiqhu`l-Absat:
كَانَ قَبْلَ الْمَكَانِ, كَانَ وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلا خَلْقٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
Maknanya: "Dia (Allah) ada (azali) sebelum (kewujudan) tempat. Dia ada (azali) dengan keadaan belum ada suatu (penciptaan) tempat dan suatu (penciptaan) makhluk yang lain, dan Dia adalah pencipta segala sesuatu".
Allah taala berfirman:
ليس كمثله شيء ( 11) - سورة الشورى
Maknanya: "Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)". (Surah al-Shura: 11)
Rasulullah bersabda:
كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ(رواه البخاري وغيره)
Maknanya: "Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya).
[8]Lihat Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony , Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah ( Thailand , Percetakan Maktabah Wa Mathba’ah Muhammad Al-Nahdi Wa Aulad, tahun : tiada ) m/s 6,7.
Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/