Monday, August 4, 2008

AL-AHKAM.NET MENYEBARKAN AKIDAH MUJASSIMAH DAN MUSYABBIHAH

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

AL-AHKAM.NET SUMBER AJARAN MUJASSIMAH DAN WAHHABIYAH


AL-AHKAM.NET merupakan Laman web yang suka memfitnah dan mentohmah ulamak-ulamak Islam. Jenama 'tajdid' yang diwarwarkan oleh AL-AHKAM.NET adalah suatu usaha untuk mengorak langkah ke arah memperbaharui Syariat Islam yang sedia ada dan digantikan dengan ajaran agama baru yang dibawa oleh Muhammad Abdul Wahhab yang berteraskan akidah mujassimah Ibn Taymiyah al-Harrany, Karramiyah,dan Hasywiyyah. al-Ahkam.net dengan kata lainnya sebagai agen menyebarkan perpecahan dalam umat Islam dan mereka adalah satu persatuan yang berorganisasikan Protaz tiruan yang tidak mempunyai teras agama lantas berperanan menyebarkan fahaman mujassimah dan mushabbihah kepada masayarakat Islam. Sejajar dengan cita-cita golongan Yahudi , AL-AHKAM.NET mampu untuk memeningkan masyarakat dan mengelirukan akidah sebenar umat Islam.


SUMBER AGAMA DAN RUJUKAN AHKAM.NET IALAH IBN TAYMIYYAH DAN MUHAMMAD ABD WAHHAB BUKAN NABI MUHAMMAD


AL-AHKAM.NET menggelarkan Ibn Taymiyah al-Harrany Al-Mujassim adalah mujaddid ; "Sebenarnya, sebelum kemunculan atau kedatangan Muhammad bin Abdul Wahab, Islam sudah melalui era reformasinya sejak sekitar kurun ke-6 Hijrah lagi dengan kelahiran atau kemunculan seorang tokoh mujadid Islam yang paling terkenal iaitu ``Ibnu Taimiyyah'' dan kemudiannya telah disambung oleh anak muridnya bernama ``Ibnu Qayyim'' Al-Jauziyah. ". Lihat...



AL-AHKAM.NET menggelarkan Muhammad Abdul Wahhab SEBAGAI mujaddid ; "Muhammad Abdul Wahab merupakan seorang ``mujadid'' Islam.Beliau merupakan seorang tokoh agama yang telah menimbulkan kontroversiyang sungguh hebat pada zamannya." Lihat...



AKIDAH SONGSANG DISANGKAKAN TAJDID


Lihatlah mereka dengan jelas menggatakan Allah bersifat duduk bersemayam di atas arasy ;



Ahkam.net : " Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas kepada kita bahawa Allah swt berada di atas langit" ; lihat...




cukuplah untuk menolak akidah mujassimah yang di bawa oleh AKHAM.NET, kata-kata Imam Thohawiy As-Salafi ;


"Barang siapa mensifatkan Allah dengan satu (sahaja) makna/sifat daripada sifat-sifat makhluk, maka mereka telah keluar daripada Islam ".


Di samping itu mereka menghalang Umat Islam mengadakan sambutan Maulidurrasul ;


Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany

( 0133005046)

http://abulehyah.blogspot.com/

ADZ-ZAHABI MENENTANG AJARAN IBN TAYMIYAH AL-HARRANY AL-MUJASSIM

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Adz-Dzahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, m.s. 23 (cetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik): “Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yang telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tidak dipercayai antara kebenaran dengan kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yang menerangi kehidupan, lebih-lebih lagi tentang al-salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap-gelita..”



Dalam kitab yang sama hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: “ Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu Taimiyah), sehinggalah saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya peroleh adalah; ternyata bahawa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama’ Syam dan Mesir serta beliau dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah kerana beliau seorang yang sombong takabbur, terlena oleh diri sendiri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan cenderung untuk mengepalai dan memimpin para ulama’ serta sering memperlekeh para ulama’ besar. Lihatlah wahai pembaca betapa berbahayanya sikap mengaku-ngaku sesuatu yang tidak dimilikinya dan betapa nestapanya akibat yang ditimbulkan dari kecenderungan terhadap populariti dan kemasyhuran ( mencari nama). Kita mohon semoga Allah mengampuni kita".


Adz-Dzahabi melanjutkan: “Sesungguhnya apa yang telah menimpa Ibnu Taimiyah dan para pengikutnya, hanyalah sebahagian dari risiko yang harus mereka peroleh, janganlah pembaca ragukan hal ini”.


ini dia tulisan tangan (manuskrip) Adzahhaby ;






Risalah adz-Dzahabiah ini memang benar adanya-( sekarang wahabi mengingkari wujudnya risalah ini)-dan ditulis oleh Adz-Dzahabi sendiri kerana al Hafizh as-Sakhawiy (W 902 H)- murid kepada Ibn Hajar Al-Asqolany menukilkan perkataan adz-Dzahabi ini dalam bukunya al I’lan bi at-Taubikh, hlm. 77. Suatu peringatan dari penulis jika didapati dari mana-mana kitab bahawa adz-Dzahabi memuji Ibn Taimiyah ketahuilah semua itu sebelum tertulisnya Risalah adz-Dzahabiah. Bahkan Adz-Dzahabi menegaskan pendiriannya terhadap ibn Taimiyah sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Asqolany dalam ad-Durar al Kaminah juz I, hlm. 151: “ Dan saya –adz-Dzahabi- saya tidak beri’tiqod bahawa padanya (ibnu Taymiyah) itu terpelihara dari dosa (ishmah) bahkan saya bercanggah dengannya dalam masalah-masalah usul (iktiqod) dan furu’ (cabang)“.


Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany

UIAM MENENTANG AJARAN WAHHABI



“MAHA Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Isra’:1)
Peristiwa Israk dan Mikraj biarpun di luar pencapaian pancaindera manusia biasa, tetap diabadikan dalam al-Quran, dengan hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru, umat Islam berkewajipan mempercayai, malah mengimani peristiwa itu. Ulama mencapai kata sepakat orang Islam yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa itu dihukum kafir. Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w, tidak kurang dengan kejadian aneh yang bermula dari awal.Nabi s.a.w mengalami pembedahan dada, hati baginda dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah), kemudian dadanya dijahit kembali dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah’.Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ‘israk’ dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.
Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan ruang cahaya, iaitu perdetik dapat menempuh jarak kira-kira 300,000 kilometer. Oleh itu, kecepatan buraq sekejap mata di antara Makkah sampai ke Palestin.Tiba di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan bersolat dua rakaat seperti di Thaibah (Ma dinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s. dilahirkan).Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi beberapa kaumnya.Nabi s.a.w juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja.

Kini selepas kewafatan Rasulullah s.a.w peristiwa Israk dan Mikraj dikenang umat Islam, malah pada penghujung Rejab sempena tarikh peristiwa terbabit diadakan acara memperingati melalui ceramah berkaitan peristiwa itu. Di sesetengah negeri diadakan cuti umum Israk dan Mikraj sebagai penghormatan kepada peristiwa bersejarah yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Usaha itu memberi kebaikan kerana mengingatkan umat Islam, terutama generasi muda sejarah Islam seperti Israk dan Mikraj.Sekurang-kurangnya ia membangkitkan roh dan syiar ke islaman, apatah lagi manusia mudah alpa mutakhir ini.Tetapi bagaimana, jika ada pihak yang tampil mendakwa meraikan peristiwa bersejarah seperti Israk dan Mikraj adalah suatu bentuk baru yang diada-adakan (bidaah) yang ber tentangan seperti juga sambutan Maulid Nabi?




Timbalan Rektor Unit Antarabangsa dan Inovasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Sano Koutoub Moustapha dipetik berkata: “Saya percaya menyambut peristiwa bersejarah seperti Maulid Nabi dan Israk Mikraj sepatutnya tidak dihukum secara keseluruhan bidaah yang dilarang. “Betul sambutan ini adalah benda baru, tetapi bukan semua benda baru dilarang. Banyak benda baru berlaku selepas kewafatan Nabi s.a.w, seperti pengumpulan al-Quran dan azan kedua solat Jumaat,” katanya, yang juga ahli tetap Majlis Akademi Feqah Antarabangsa, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Pengumpulan al-Quran adalah satu benda baru, berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah, iaitu ketika ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah, lalu Saidina Umar mencadangkan kepada beliau menghimpunkan al-Quran kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.Tetapi Saidina Abu Bakar pada mulanya ragu-ragu kerana Nabi s.a.w tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran.

Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, Saidina AbuBakar bersetuju dengan usaha pengumpulan ayat al-Quran itu. Dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi s.a.w yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana ditetapkan Rasulullah s.a.w. Mashaf ini kemudian diserahkan kepada Saidina Abu Bakar.

Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah s.a.w yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman. Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat al-Quran, ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan al-Quran. Jadi dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya, sehingga akhirnya terhasil apa yang dinamakan Mashaf Uthmani dan mashaf itu bertebaran ke seluruh dunia menjadi panduan umat Islam hingga hari ini.

Dr Sano menegaskan, Nabi s.a.w dilaporkan bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baik, dia akan diberikan ganjaran kerananya dan ganjarannya berdasarkan apa yang diadakannya. Demikian juga kepada sesiapa yang mengadakan sesuatu yang buruk dia akan dibalas dengan dosa dan dosanya bergantung pada perkara terbabit.”Oleh itu, katanya, seseorang tidak sepatutnya menghukumkan kenyataan umum dalam hadis lain yang mengatakan semua perkara baru (bidaah) adalah sesat.“Jika sambutan ini membawa kebaikan kepada umat Islam, ia sepatutnya dianggap benda baru yang baik,” katanya.


Rujukan ;