Saturday, August 30, 2008

Benarkah Ulamak Nusantara Tidak Mengkafirkan Mujassimah??!






Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


ULAMAK MELAYU BUKAN CALANG-CALANG ULAMAK


Sesetengah hamba Allah yang dahagakan kebenaran semalam bertanyakan tentang ulamak-ulamak Melayu kita yang mengatakan iktikod mengatakan Allah ini berjisim adalah keluar daripada Islam. Maka di atas hasrat yang murni itu hamba datangkan ulamak yang paling mashur di tanah air kita, kata-katanya dijadikan hujah, perbuatan dan akhlaknya dijadikan contoh dan teladan, zuhudnya dipertuturkan oleh lidah dan amalan.




Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony [1] dalam menjelaskan perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu keluar daripada Islam melalui iktikod: “….syak akan satu sifat Allah atau dibangsakan baginya sifat yang wajib kita sucikan dia daripadanya dengan ijma’ seperti (Allah) berjisim [2] atau masuk pada suatu (akidah hulul ) atau bersuatu (bersatu) dengan sesuatu (ittihad), sekalian iktikoq kufur”.


Kata-kata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ini disyarahkan serba sedikit oleh anak muridnya, Syeikh Muhammad Nur Bin Muhammad Bin Ismail Al-Fathony di dalam kitabnya, Sullamul Muhtady [3] syarah bagi kitab Kifayatul Muhtady: “… atau dibangsakan baginya sifat yang wajib kita sucikan dia daripadanya dengan ijmak seperti (Allah) berjisim atau masuk pada suatu (hulul), atau bersuatu (bersatu) denga suatu (ittihad), sekalian itu iktikod kufur maka jadilah dia murtad dengan yang demikian itu “.


Pembicaraan tentang iktikod Allah berjisim ini dibukukan oleh kedua- dua ulamak tadi di bawah tajuk murtad. Ini menunjukkan Mujassimah itu terkeluar daripada Islam.


Berkata Syeikh Muhammad ‘Ali Bin Abdul Ghafur Al-Kelantany di dalam Kitab Zahratul Murid Fi ‘Aqa-id At-Tauhid [4]: “dan Zat allah taala itu tiada berjisim”.



Berkata Syeikh Al-Fadhil Umar Bin Zainul Abidin Al-Fathoni, anak kepada Al-Alim Al-Allamah Zainul ‘Abidin Ibn Muhammad Al-Fathony yang mashhur dengan gelaran Tuan Minal dalam membicarakan tentang bab Riddah (murtad ) : “ atau iktikod ia akan ketiadaan (mengingkari) satu sifat daripada segala sifat Allah subhanahu wata ’ala yang wajib baginya dengan ijmak ulamak seperti sifat Al-ilmu dan Al-qudrah atau menyebut ia bagi Allah Subhanahu Wata ‘Ala itu akan satu sifat yang Maha Suci Allah Taala daripada nya dengan ijma’ seperti jisim (mengatakan Allah taala jisim) dan warna atau berhubung dengan alam atau bercerai daripadanya”.[5]


Selain daripada itu, terdapat beberapa kitab yang dikarang oleh seorang ulamak jawi kita yang jelas mengatakan golongan mujassimah keluar daripada Islam. Namun, Kitab ini tidak di nyatakan pengarangnya. Apa yang pasti semasa penulis berada di Thailand, pernah beberapa kali menanyakan tentang pengarang kitab ini tetapi tidak diketahui jua. Apa yang agak pasti pengarangnya sezaman dengan Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony atau dia sendiri atupun murid-muridnya. Kitab yang penulis maksudkan ialah “ Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayani Haqiqati Iman Al-Mukminin Wama Yufsiduhu Min Riddati Al-Murtaddin Li Ahadi Ulama’ Al-Jawiyin Al-‘Alamin”[6], berkata pengarang kitab : (( “ adapun kaum mujassimah, maka setengah daripada mereka itu iktikod bahawa Allah itu jauhar yang maujud, dan setengah mereka itu bahawa Allah taala itu jisim tetapi tiada seperti jisim yang lain, dan setengah mereka itu iktikodnya bahawa Allah taala seperti rupa manusia, dan setengah mereka itu iktikodnya bahawa ada bagi Allah taala daging dan darah dan anggota muka dan tangan dan kaki dan jari, dan setengah mereka tu iktikodnya bahawa ada bagi Allah Taala rupa tetapi tiada kami ketahui betapa (bagaimana) rupanya, dan setengah mereka itu iktikodnya bahawa Allah taala datang dan turun dengan zatnya serta bergerak dan berpindah daripada sesuatu tempat kepada suatu tempat, dan setengah mereka itu iktikodnya Allah Taala duduk di atas arasy, dan setengah mereka itu iktikodnya bahawa Allah Taala masuk pada Arasy dan Arasy itulah tempat kediamannya..Syahadan. Adalah perpegangan (pegangan) setengah kaum mujassimah pada iktikodnya yang tersebut itu dzohir ayat dan hadits yang mutasyabihat. Dan di nama ia kaum mujassimah itu (sebagai) musyabbihah. Kata Imam Fakhruddin Al-Razi ; yang mujassimah itu mushabbihah, dan yang mushabbihah itu kafir kerana diitsbatkannya bagi hak Allah Taala berjisim, dan akan jisim itulah yang disembahnya, dan barangsiapa menyembah jisim maka sanya jadi kafir kerana ia meyembah yang lain dari dari Allah Taala. Kata Imam Ahmad Radhiallahu Anhu : “ barangsiapa mentashbihkan Allah Taala dengan makhluk maka sanya jadi kafir, dan berkata Sohib Al-Jauhar Al-Nafsiyah : barangsiapa mengiktikodkan Allah taala itu berjisim maka sanya jadilah ia kafir”.


Lagi berkata pengarang kitab “ Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayani Haqiqati Iman Al-Mukminin Wama Yufsiduhu Min Riddati Al-Murtaddin Li Ahadi Ulama’ Al-Jawiyin Al-‘Amilin” selepas mengkafirkan mujassimah: “ pelihara akan dirimu daripada daripada iktikod dan perkataan dan perbuatan yang bid’ah, dan janganlah bersahabat dengan kaum yang mempunyai bida’ah lagi dhaolalah (sesat lagi menyesatkan), dan janganlah memuliakan mereka itu kerana sabda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam ;


Yang bererti “ barangsiapa yang memuliakan ahli Bida’ah maka sanya menolongi ia pada pada meruntuhkan agama Islam. Telah meriwayatkan akan hadits ini Imam Al-Baihaqi. Dan lagi sabda nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam ;


Yang bererti : “ Ahli Bida’ah itu sejahat-jahat makhluk dan tabiat”. Telah meriwayatkan akan hadits ini Abu Nu’aim. Dan lagi sabda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam :


Yang ertinya “ Barangsiapa menghinakan akan ahli bida’ah nescaya disentosakan Allah Taala akan dia pada hari kiamat daripada huru hara terkejut yang amat besar” )) tamat nukilan penulis daripada kitab “ Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayani Haqiqati Iman Al-Mukminin Wama Yufsiduhu Min Riddati Al-Murtaddin Li Ahadi Ulama’ Al-Jawiyin Al-‘Alamin”.

.................................

[1] Lihat Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony, Kifayatul Muhtady.

[2] Berkata Imam As-Syafie: “Jangan mengkafirkan Ahlul-Kiblah, dikecualikan dalam masalah ini al-mujassim. Berkata sesetengah ulamak perkara Bida’ah itu terdapat beberapa bahagian , bahagian yang pertama apa yang wajib kita kafirkan seperti orang yang menuduh ‘Aisyah radhiallahu anha, dan orang yang mungkir ilmu juz’yat, dan orang mengingkari kembalinya jasaq selepas kematian,, dan mujassimah, dan orang yang berkata dengan qidam alam (ala mini azali)…”. Lihat Imam As-Suyutiy Al-Ashbah Wa Al-Naza’i r Fi Qawa’idy Wa Furu’ Fiqhi As-Syafi’yyah, Bab Murtad, ( Beirut , Percetakan Darul Kutub Al-Ilmiyyah ) juzuk ; 2, m/s : 441.

[3] Lihat Syeikh Muhammad Nur Bin Muhammad Bin Ismail Al-Fathony , Sullamul Muhtady, ( Fathony Thailand, Percetakan Maktabah Wa Mathba’ah Muhammad Al-Nahdy Wa Auladidi, tarikh : 10 Syaaban tahun 1351 H) m/s22.

[4] Syeikh Muhammad ‘Ali Bin Abdul Ghafur Al-Kelantany, Kitab Zahratul Murid Fi ‘Aqa-id At-Tauhid ( Fathony Thiland, Percetakan Mathba’ah Bin Halaby,Tahun 1396 H ) m/s 11.

[5] Rujuk Miftah al-Murid Fi ilmi at-Tauhid ( Surabaya Indonesia, Percetakan Bengkulu Indah, tahun : tiada )m/s 8.

[6] Lihat Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayani Haqiqati Iman Al-Mukminin Wama Yufsiduhu Min Riddati Al-Murtaddin Li Ahadi Ulama’ Al-Jawiyin Al-‘Alamin, ( Fathoni Thailand, Percetakan Mathba’ah Bin Halaby ) M/S 17.


Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany

( 0133005046)

http://abulehyah.blogspot.com/


Friday, August 29, 2008

KEBOCORAN AKAL IBN TAYMIYAH DALAM MENILAI MAJAZ DI DALAM NUSUS


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

IBN TAYMIYAH MENGINGKARI MAJAZ

Berkata Ibn Taymiyah Al-Harrany di dalam kitabnya ((ِِAl-Iman)) : “ Dengan menentukan di dalam bahasa (arab) ada majaz, maka tiadalah majaz di dalam Al-Quran, bahkan pembahagian bahasa (arab) kepada hakikat dan majaz adalah pembahagian yang bida’ah lagi baharu, tidak pernah dituturkan oleh mana-mana para ulamak salaf, manakala ulamak khalaf pula mempunyai dua pendapat tentangnya. Bukanlah masalah ini menjadi perselisihan secara lafdzi sahaja bahkan dikatakan : Pembahagian itu sendiri sudah batil tidak ada beza yang ini atau yang itu”.

Jawabnya :

((Subhanaka Haza Buhtanun A’zim)).

Sesungguhnya majaz sabit daripada para sahabat lagi, maka telah datang daripada Ibn Abbas Radhiallahu Anhu yang mana beliau telah menyandarkan pentafsiran sesetengah ayat dengan syair-syair arab yang lafadznya jauh daripada makna yang asal seperti pentafsirannya tentang kalimah (As-Saq –الساق ) pada firman Allah Taala (( يوم يكشف عن ساق )) dengan makna (الشدة ) sengit . Maka dia (Ibn Abbas) berkata : (( عن شدة منالأمر )) orang arab mengatakan :

قامت الحرب على ساق : إذا اشتدت

“ telah berlaku peperangan di atas betis : sengit

Antaranya :

قد سن أصحابك ضرب الأعناق * وقامت الحرب بنا عن ساق


Manakala Imam Al-Baihaqi telah menyandarkan atsar yang disebut tadi daripada Ibn Abbas dengan dua bentuk sandaran, kedua- dua bentuk sandaran ini adalah suatu yang baik, dan beliau menambah ;

إذا خفي عليكم شيء من القرآن فابتغوه من الشعر فإنه ديوان العرب

“ Jika sekiranya tersembunyi sesuatu daripada Al-Quran , maka carilah ia daripada syair kerana sesungguhnya ia adalah diwan arab”. Inilah dia yang dikatakan majaz.

Maka telah sabit majaz ini sejak daripada ulamak salaf lagi. Ulamak seperti Al-Muhaddits Al-Mujtahid Al-Lughawiyyu Abu Ubaidah Ma’ammar Bin Mutsanna As-Salafi telah siap mengarang sebuah kitab mengisahkan tentang majaz yang berjudul “ kitab Al-Majaz”. Maka terbatallah dakwaan palsu Ibn Taimiyyah yang majaz ini tiada pada zaman salaf memandangkan perkara ini telah wujud pada zaman sahabat dan tabieen lagi.

Haaa.. bukanlah menjadi syarat sabitnya majaz itu memestikan semua ulamak-ulamak salaf menuturkannya dengan lafadz ini ( ini majaz! Itu majaz!) bahkan memadai dengan maknanya sahaja. Dan majaz bermakna Lafadz yang digunakan bukan pada hakikat maknanya. Maka kalimah ( الساق ) tadi jika ditelitikan pada makna asalnya amat jauh sekali jika dibandingkan dengan makna yang telah ditafsirkan oleh Ibn Abbas dalam ayat tersebut.

Jika ditanya : Jadi apakah rahsia di sebalik penginkaran Ibn Taymiyah Al-Harrany tentang majaz ini?

Jawapan ;

Haa..pada hal yang sebenarnya Ibn Taymiyah Al-Harrany amat taasub dengan manhaj akidahnya iaitu akidah mentashbihkan Allah dan memberi jisim pada Allah. Untuk memenuhi hasratnya, dia meletakkan kaedah supaya boleh sampai kepada pentashbihan dan pentajsiman itu dengan mengatakan : ayat-ayat Al-Quran yang berbentuk Mutasyabihaat perlu diambil secara zahir sahaja, jangan di takwil-takwil (sebab baginya al-quran tiada Majaz).

Marilah kita memohon dari Allah Taala perlindungan dan keselamatan…

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/




Tuesday, August 26, 2008

SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATHONY MENILAI AKIDAH ALLAH DI LANGIT DAN BERTEMPAT


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
AKIDAH IBN TAIMIYAH :

Ibnu Taimiyyah mengatakan maksud ‘استوى’ ialah duduk bersila. Ditambah lagi katanya duduk bersila itu duduk bersila sepertinya Ibnu Taimyiah. Ibn Taymiyah teras akidahnya ” Allah duduk atas arasy” (berbukti):

Dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374, Ibn Taymiyah Al-Harrany yang yang menjadi pujaan kepada Muhammad Abdul Wahhab, kuncu-kuncunya, dan Wahhabiyyah Mujassimah mengatakan :

إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
Akidah yang kufur ini bermaksud:

“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.

Dalam kitab Majmu’ Fatawa Jilid 5 m/s 527, dan dalam Kitab Syarah Hadits Nuzul Cetakan Darul ‘Ashimah m/s 400, al_Harrany mengatakan : “ Maka apa yang datang dengannya atsar daripada nabi tentang lafaz duduk dan bersemayam pada haq Allah taala seperti Hadits Jaafar Bin Abi Thalib dan Hadits Umar lebih diberi keutamaan supaya tidak mengumpamakan sifat-sifat jisim hamba). Beliau mensabitskan sifat duduk dan bersemayam, tetapi bila beliau mengatakan tidak sama dengan sifat-sifat makhluk, itulah tamwiih (mengaburkan mata orang ramai) dan penipuan jua. Ini kerana ijma’ mengatakan sifat duduk dan bersemayam itu adalah sifat jisim. Lembu duduk, ayam duduk, kambing duduk, monyek duduk, khinzir duduk, wahhabi pun duduk.

Tidak cukup dengan itu sahaja Ibnu Taimiyah turut mengunakan lafaz kufur Yahudi dalam mengorak langkah menyahudikan umat islam : rujuklah Majmu’ Fatawa Jilid 5 m/s 527, dan dalam Kitab Syarah Hadits Nuzul Cetakan Darul ‘Ashimah m/s 400:

إذا جلس تبارك و تعالى على الكرسي سُمِع له أطيط كأطيط الرَّحل الجديد
Kata Ibnu Taimiyiah ini tersebut bermaksud :”Apabila (Tuhan) tabarakallah taala duduk di atas kursi maka akan terdengarlah bunyi seperti pelana kursi unta yang baru diduduki (keriuk-keriak)”. Subhanallah betapa jelas Ibnu Taymiyah menjisimkan Allah taala..Nauzubillahu min zalik.
AKIDAH YAHUDI

Golongan Yahudi menisbahkan kepada Allah taala sifat duduk, menetap di suatu tempat (istiqror), mempunyai berat, mempunyai timbangan, dan mempunyai bentuk,(wal’iyadzubillah) marilah kita berlindung dengan Allah daripada kekufuran mereka.

Di dalam naskhah kitab Taurat yang telah diselewengkan dan diubah isi kandungannya yang menjadi tunggak asasi agama yahudi, Kitab al-Muqaddas Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 Nombor 19-20, Yahudi laknatullah menyatakan akidah kufur mereka di dalamnya :

- قال فاسمع إذاً كلام الرب قد رأيت الرب جالسًا على كرسيه و كل جند السماء وقوف لديه عن يمينه و عن شماله -
Perkataan kufur Yahudi tersebut bermaksud :“Berkata : Dengarlah akan engkau kata-kata tuhan, telahku lihat tuhan duduk di atas kursi dan ke semua tentera langit berdiri di sekitarnya kanan dan kiri” . Ketahuilah bahawa aqidah yang dibawa oleh Wahhabiyah dalam dan luar Malaysia adalah akidah yang bersumberkan Yahudi dan Kristian kafir yang cuba diserapkan dalam masyarakat umat islam demi memecah belahkan umat Islam dan bertujuan agar umat Islam menjadi Yahudi dan Nasrani, !!Inilah agenda dan propaganda Yahudi dengan mendapat kerjasama penuh dari Wahhabiyah dalam menyesatkan umat Islam di tanah air kita ini...Nasuzubillahu Min Zalik..

Manakala didalam Kitab Safar Mazaamir : Al-Ishhah ((47)) bernombor ((8)), Yahudi laknatullah mengatakan:

الله جلس على كرسي قدسه
(( Allah duduk di atas kursi maha sucinya )).
Dan lagi jika dirujuk pada kitab yang diberi nama Safar Yuhana : Al-Ishhah ((8)) bernombor ((10)) Yahudi laknatullah berpandangan : “ dan mereka berteriak dengan suara yang nyaring dan kuat mengatakan selesailah bagi tuhan kami yang duduk di atas arasy”.

Dan dalam kitab bernama safar Yuhana : Al-Ishhah ((8)) bernombor ((15)). Yahudi mengatakan :

الجالس على العرش يحل فوقهم
(Tuhan) duduk di atas arasy, berpindah ke atas mereka )).
Dalam kitab mereka Safar Yuhina : Al-Ishhah ((4)) bernombor ((9)) Yahudi laknatullah berpendapat :

وشكراً للجالس على العرش الحي الأبدي
(( Dan berterima kasihlah kepada (Tuhan ) yang duduk di atas arasy yang hidup kekal abadi)).
Ini adalah beberapa tempat sahaja penulis nukilkan dari kitab-kitab yahudi yang jelas menisbahkan kepada Allah taala sifat duduk..

SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATHONY MENILAI AKIDAH ALLAH DI LANGIT DAN BERTEMPAT.



Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;

“ Dan ketiga Mukhalafatuhu Lil Hawaditsi :

Dan maknanya : Bahawasanya Allah Taala tiada bersama ia dengan segala yang baharu, tiada pada zatNya, dan tiada pada sifatNya dan tiada pada af’alNya (perbuatanNya). Maka zat Allah tiada menyerupa akan dia segala zat yang baharu, dan sifatNya tiada menyerupa akan dia akan segala sifat-sifat yang baharu, dan perbuatanNya tiada meyerupa akan dia akan segala perbuatan yang baharu, dan setiap barang yang terlintas dengan hati seorang kita akan sesuatu maka bahawasanya Allah Taala itu bersalahan baginya kerana sekalian itu baharu
[1]. Maka Allah itu bersalahan dengan segala yang baharu seperti firman Allah Taala :

Yang bermaksud :

“Tiada seperti seumpamanya Allah Yang Maha Suci suatu dan Dialah jua Tuhan Yang Amat Mendengar dan Yang Lagi Amat Melihat”.
[2]

Dan tiada Allah Taala itu bertempat
[3], dan tiada Ia di atas[4], dan tiada Ia di bawah, dan tiada ia di kanan, dan tiada di kiri, dan tiada pada hadapan, dan tiada di belakang,[5] kerana adalah sekalian itu melazimkan jirim, dan Allah Yang Maha Suci tiada berjirim, dan tiada Aradh. Kerana adalah segala yang baharu itu terhingga atas dua perkara iaitu jirim dan aradh maka tempat dan berubah itu sifat jirim dan sifat aradh. Demikian lagi besar dan kecil itu sifat jirim yang banyak dan sedikit kerana jikalau banyak jirim dinamakan besar dan yang sedikit dinamakan kecil. Dan berubah itu sifat aradh seperti gerak dan diam maka kedua-duanya itu daripada kelakuan yang baharu dan Allah Yang Maha Suci itu Qadim[6] tidak boleh disifatkan dengan segala sifat yang baharu. Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia pada kufurnya seperti katanya allah taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.

Seterusnya berkata lagi Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;

" Kata Imam Syafie ; Barangsiapa yang meninggalkan empat perkara ini sempurna imannya, dan iaitu (kam ),dan (kaif), dan (mata), dan (aina), maka adapun (kam) maka dinyatakan dengan dia menuntut kenyataan bilangan maka jika dikata orang ; Kamillah ? Yakni “ berapa Allah?” maka jawab olehmu : iaitu wahid yakni Esa pada zatNya dan pada sifat-sifatNya dan pada perbuatanNya. Dan (kaif) iaitu ditanya dengan dia daripada kaifiat maka jika ditanya orang : kaifallah? Yakni “ betapa Allah (bagaimana rupa Allah?)" maka jawab olehmu ; tiada mengetahui seseorang akan hakikat zat Allah melainkan Ia jua. Dan (mata) itu tiada dengan dia daripada zaman (masa) maka jika dikata orang : Matallah? Artinya ; manakala didapati Allah? (bilakan Allah Taala wujud?) maka jawab oleh mu : Allah Taala itu awalnya tiada permulaan dan akhir tiada kesudahan. Dan (aina) dan tiada dengan dia daripada makan (tempat), maka jika dikata orang : Ainallah?
[7] (di mana Allah?) maka jawab oleh mu : Allah itu tiada bertempat dan tiada dilalu atasnya masa kerana zaman (masa) dan makan (tempat) baharu keduanya.

Bermula Allah taala itu Qadim dan yang Qadim tiada berdiri dengan yang baharu dan barangsiapa yang menyerupakan Allah , Tuhan yang bersifat dengan Rahman dengan suatu maka tiada syak pada kufurnya. Maka takut olehmu akan diri kamu dan pelihara akan dia daripada menyerupa ia akan Allah dengan suatu bahagi daripada bahagi yang baharu ini maka demikian itu kufur. Dan sungguhnya wajib bagi Allah itu mukhalafah (bersalahan) bagi segala yang baharu kerana bahawasanya jikalau menyama ia akan dia nescaya adalah baharu seumpamanya. Dan telah terdahulu pada burhan wajib qidamnya dan baqa’nya dan wajiblah ia bersifat Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi, dan apabila sabitlah baginya Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi nescaya nafilah daripadanya Mumatsilah Lil Hawaditsi ( bersamaan Allah pada segala yang baharu). Selesai nukilan penulis (abu lahyah) daripada Kitab Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah”[8]


.............................................................

FOOTNOTE ;

[1]Berkata Imam As-Suffi Zunnun Al-Mishry (nama asalnya ialah Tsauban Bin Ibrahim, pernah mempelajari ilmu secara bertallaqqi dengan Imam Malik pada qurun ke 12 Hijrah) dan Imam Ahmad Bin Hanbal : “ walaubagaimana engkau membayangkan Allah Taala, maka Allah bersalahan dengan apa yang engkau bayangkan atau gambarkan ”.

[2] Allah Taala berfirman ; “Tiada sesuatu pun sama dengan Allah dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.” Surah Syura Ayat ;11.

[3] Sayyidina Ali Radiallahu Anhu (40 H) yang merupakan seorang khalifah al_Rasyidin yang keempat dan seorang sahabat yang agung telah berkata:“ Adalah (Allah azali) tanpa bertempat, dan Dia sekarang seperti mana keadaanNya yang lalu ( wujudnya azali tanpa bertempat)”. Lihat Abu Mansur al-Baghdady, Al-Farqu Bainal al-Firaq, ( Kaherah, Percetakan Darul Al-Turats), m/s :356. Imam Ali berkata lagi : “Akan kembali suatu kaum daripada umat ini ketika dekat berlaku hari kiamat menjadi kafir mereka itu, lalu berkata seorang lelaki bertanya : wahai Amir al-Mukminin kekafiran mereka dengan apa, dengan sebab mereka melakukan perkara bida’ah ke dengan sebab keingkaran mereka? Maka berkata (Imam Ali) : Bahkan dengan keingkaran. Mereka mengingkari percipta mereka dan mensifatkanNya dengan jisim dan anggota.” Rujuk Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi, Kitab Najmul Muhtady, m/s 588.

[4] Berkata Imam Abu Hanifah di dalam kitab Al-Fqh Al-Absath m/s 12 : “ barangsiapa mengatakan aku tidak mengetahui tuhanku sama ada berada dilangit atau dibumi maka kufurlah ia, begitu juga sesiapa yang mengatakan bahawa Allah berada di atas Arash dan aku tak pasti tahu sama ada Arash itu di langit ataupun dibumi. Perkara ini dipersetujui oleh Syeikh al-Izz Ibn Abd As-Salam di dalam kitab ((Hal Al-Rumuz)) lalu berkata : “ini adalah kerana perkataan itu mengelirukan atau menisbahkan bagi Allah tempat, barangsiapa menisbahkan bagi Allah tempat maka dia adalah Mushabbihah”. Manakala Syiekh Mulla ‘Ali Qari Al-Hanafi berkata di dalam kitab syarh kitab Fiqh Al-Akbar ; dan tidak syak lagi bahawa Ibn Izz Abd Salam merupakan ulamak yang paling mulia dan amat dipercayai, ,maka wajiblah dipegang dan bergantung pada nukilannya’. Selain Itu Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy berkata : “ Dan sesiapa yang mengatakan : aku tidak mengetahui sama ada Allah itu berada di langit atau dibumi maka kufurlah ia, ini adalah kerana dengan mengatakan salah satu dari dua pernyataan tadi menjadikan tempat bagi zat Allah Taala.” Rujuk Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy , Kitab Al-I’timad fil I’tikoq ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, Cetakan Pertama, Tahun : 2004 Bersamaan 1425 H) m/s 13.

[5] Berkata Imam At-Thahawiy As-Salafiy : " Maha Suci (Allah) Taala daripada batasan, tinggi kemuncak, beranggota kecil (spt jari-jemari), anggota besar, memerlukan alat perantaraan, tidak juga sekali-kali meliputi arah-arah yang enam (atas bawah, depan belakang, kiri dan juga kanan) seperti sekalian makhluk. Seterusnya beliau menambah “ barangsiapa mengsifatkan Allah sengan satu makna atau sifat makhluk daripada sifat-sifat makhluk, maka telah jatuh kafir ia” Rujuk Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary, Idzhar As-Sunniyyah ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, tahun ).

[6] Tiada permulaan bagi kewujudan-Nya.

[7] Terdapat satu hadits yang diguna oleh golongan wahhabi untuk mengatakan Allah berada di langit iaitu Hadits Al-Jariyah. Hadis Al-Jariyah sebuah hadis yang mengandungi peristiwa pertanyaan Rasulullah kepada seorang jariyah (hamba perempuan) yang telah diriwayatkan dalam pelbagai lafaz oleh beberapa ulama hadis seperti al-Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim, Bab Tahrim al-Kalam fi al-Salah, al-Imam Abu Dawud dalam kitabnya Sunan Abi Dawud, Bab Tashmit al-^Atish dan Bab fi al-Raqabati`l-Mu'minah, al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta', Bab Ma Yajuz Mina`l-^Itq fi al-Riqab al-Wajibah, al-Imam al-Bayhaqi, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Hibban dan lain-lain lagi. Hadits Jariyah ini bukan Bermakna Allah berada di atas langit.

MAKNA HADIS AL-JARIYAH

Hadis tersebut mudtarib (suatu hadis yang diriwayatkan dengan lafaz matannya yang berbeza-beza dan saling bertentangan sehingga menjadikannya dihukumkan sebagai hadis da^if ). Meskipun ada ulama yang menganggap hadis tersebut sebagai sahih, namun mereka tidak mengertikan bahawa Allah mendiami atau berada di langit. Al-Imam al-Nawawi telah berkata dalam huraiannya terhadap hadis tersebut bahawa perkataan " أَيْنَ الله" (Di mana Allah?) adalah suatu soalan tentang darjat atau kedudukan, bukannya tentang tempat. Oleh itu, makna perkataan Baginda di atas ialah: "Apakah peganganmu dari segi pengagunganmu terhadap Allah?". Selanjutnya, perkataan hamba perempuan في السماء (di langit) itu pula bermakna: "Sangat tinggi tahap pengagunganku terhadap-Nya". Oleh itu, tidak boleh berpegang bahawa Rasulullah telah bertanya kepada hamba perempuan tersebut tentang tempat (bagi Allah) dan tidak boleh berpegang bahawa hamba perempuan itu telah bermaksud Allah bertempat di langit.

Sayyidina Ali Radiallahu anhu berkata:

لا يُقَالُ أَيْنَ لِمَنْ أَيَّنَ الأَيْنَ(ذكره أبو القاسم القشيري في الرسالة القشيرية)

Maknanya:"Tidak boleh dikatakan (disoalkan tentang) di mana (tempat) bagi Allah yang telah menempatkan di mana (tempat). (Disebutkan oleh Abu`l-Qasim al-Qushayri dalam al-Risalah al-Qushayriyyah).Al-Imam Abu Hanifah berkata dalam kitabnya al-Fiqhu`l-Absat:

كَانَ قَبْلَ الْمَكَانِ, كَانَ وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلا خَلْقٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ

Maknanya: "Dia (Allah) ada (azali) sebelum (kewujudan) tempat. Dia ada (azali) dengan keadaan belum ada suatu (penciptaan) tempat dan suatu (penciptaan) makhluk yang lain, dan Dia adalah pencipta segala sesuatu".

Allah taala berfirman:

ليس كمثله شيء ( 11) - سورة الشورى


Maknanya: "Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)". (Surah al-Shura: 11)

Rasulullah bersabda:

كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ(رواه البخاري وغيره)

Maknanya: "Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya).

[8]Lihat Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony , Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah ( Thailand , Percetakan Maktabah Wa Mathba’ah Muhammad Al-Nahdi Wa Aulad, tahun : tiada ) m/s 6,7.


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/



Tuesday, August 19, 2008

KETELITIAN ULAMAK-ULAMAK MUHADDITS DALAM MENILAI KESAHIHAN

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


KETELITIAN ULAMAK MUHADDITS DALAM MENILAI KESAHIHAN

AL-MUHADDITSU AL-HAFIZH AL-FAQIH WALIYY AD-DIN AL ‘IRAQI

Berkata Al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi (W 862 H)-anak Syeikul Huffaz Zain Al-Addin Al ‘Iraqi dalam kitabnya (( Al-Ajwibah Al-Murdhiyah ‘Ala Al-Asilati Al-Makkiyyah)) : “Ilmunya lebih besar dari akal fikirannya”. Maknanya Ibn Taymiyah adalah seorang yang boleh diketegorikan sebagai seorang yang gila dan keliru berdasarkan kata-kata al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi tadi .

Selain itu al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi mengatakan lagi ;

“Ibnu Taimiyyah telah menyalahi Ijma’ dalam banyak permasalahan, kira-kira sekitar 60 masalah, sebahagiannya di dalam masalah Ushul ad-Din (pokok-pokok agama) dan sebahagian lagi berkenaan dengan masalah-masalah furu’ ad-Din (cabang-cabang agama), Ibnu Taimiyyah dalam masalah-masalah tersebut mengeluarkan pendapat lain ; yang berbeza setelah termeterainya ijma’di dalamnya". Selesai nukilan penulis daripada kata-kata Al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi.

AL- IMAM AL-HAFIZH TAQIYY AD-DIN ALI BIN ABD AL KAFI AS-SUBKI

Pelbagai lapisan masyarakat dan orang awam yang jahil mulai terpengaruh dan cuba mengikuti jejak Ibnu Taimiyyah, sehinggakan perkara ini disedari oleh ulamak-ulamak semasa Ibnu Taimiyah sebagai suatu ancaman yang amt berbahaya, lalu mereka mulai bersuara, bertindak mentahzir dan membantah pendapat-pendapatnya serta menggolongkan beliau di dalam kelompok para ahli bid’ah yang sesat dan menyesatkan. Di antara yang lantang membantah Ibnu Taimiyah adalah Al-Imam Al-Hafizh Taqiyy Ad-Din Ali Bin Abd Al Kafi As-Subki (W 756 H) dalam karyanya (( Ad-Durrah Al Mudhiyyah Fi Ar-Radd 'Ala Ibn Taimiyah)), beliau mengatakan :

“Amma ba’du:

Ibnu Taimiyah benar-benar telah membuat bida’ah-bida’ah ( mereka-reka perkara-perkara baru) dalam dasar-dasar I’tiqod/keyakinan (Ushul al 'Aqa-id), beliau telah meruntuhkan tonggak-tonggak dan sendi-sendi Islam setelah ia sebelum ini seorang yang bersembunyi disebalik taktik kotor mengikuti Al-Qur’an Dan As-Sunnah. Kalau dilihat zahirnya beliau mengajak kepada kebenaran dan menunjukkan kepada jalan syurga, ternyata kemudian dia bukan melakukan ittiba’ ( mengikuti As-Sunnah, ulama Salaf dan Ijma’ Ulamak) akan tetapi sebenarnya membuat bid’ah-bid’ah baru (mereka-reka dalam beragama).

1. Dia shaz dari umat muslimin dengan menyalahi Ijma’.

2. Dan dia juga mengatakan tentang Allah dengan perkataan yang mengandungi Tajsim (meyakini Allah adalah jisim ; benda yang memiliki ukuran dan dimensi) dan bersusun (tarkib) bagi Zat Allah Yang Maha Suci".

3. Dia mempercayai keberhajatan kepada juz-i – iaitu dia mempercayai Allah berhajat kepada juz-i (bahagian) adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi-Nya.

Seterusnya Imam al-Subki mengatakan ;

4. “ Dia –yakni Ibn Taimiyyah- mengatakan Allah meliputi segala yang baharu dengan zatnya (berakidah hulul),

5. Beliau menyebut Al-Quran itu adalah baharu, Allah berkata-kata setelah sebelumnya tidak, dan sesungguhnya Allah berkata-kata kemudian dia diam dan ia akan berlaku pada zatNya Iradaat (kehendak-kehendak) yang mengikut kehendak-kehendak makhluk”.

6. Dia melampaui batasan demikian selepas mengatakan alam ini qidam iaitu tanpa ada permulaan. Dan lazim dengan kata-katanya itu bahawa ketiadan permulaan bagi makhluk maka dia berkata perkara-perkara baharu pun tiada permulaan. Maka di sini dia mengitsbatkan sifat yang qadim (bagi Allah) sebagai baharu dan makhluk yang baharu sebagai qadim. Perkataan Ibn Taymiyah ini tidak pernah termaktub di dalam mana-mana agama.

Pada akhir komentar Imam Subki lantas dia menegaskan “ Ibn Taymiyah tidak tergolong dalam mana-mana golongan daripada 73 golongan yang berpecah dari pada umat ini, dan juga tidak bersepakatan dengan mana-mana umat. Dan semuanya itu ( apa yang diyakini oleh Ibn Taymiyah) walaupun sudah dikira sebagai kekufuran yang amat keji, tetapi ia dikira sedikit sahaja jumlahnya jika dinisbahkan atau dibandingkan dengan bid’ah-bid’ah yang telah dia dilakukan dalam masalah cabang-cabang agama ( furu’ fiqhiyyah)". Selesai Nukilan penulis daripada kata-kata al- Imam Al-Hafizh Taqiyy Ad-Din Ali Bin Abd Al Kafi As-Subki.
Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
(0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/

Saturday, August 16, 2008

WARTA KERAJAAN AL- SULTAN IBN QALAWUUN

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
صورة مرسوم ابن قلاوون في ابن تيمية
مرسوم السلطان ابن قلاوون في تكفير من على دين ابن تيمية والتحذير من ابن تيمية --------------------------------------------------------------------------------. انظروا كيف ان ابن تيمية كان كافرا باجماع اهل عصره وان القول
بالجهة والمكان كفر العياذ بالله. هكذا كان ولاة الامور يقطعون راس كل بدعة
.قال:
بسم الله الرحمن الرحيم
، الحمد لله الذي تنزه عن الشبيه والنظير وتعالى عن المثل فقال عز وجل: ﴿ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ ﴾ [سورة الشورى]، أحمده على أن ألهمنا العمل بالسنة والكتاب، ورفع في أيامنا أصباب الشك والارتياب، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، شهادة من يرجو بإخلاصه حسن العقبى والمصيبر، وينزه خالقة عن التحيز في جهة لقوله تعالى: ﴿ وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ﴾ [سورة الحديد]، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله الذي نهج سبيل النجاة لمن سلك سبيل مرضاته، وأمر بالتفكر في ءالاء الله ونهى عن التفكر في ذاته، صلى الله عليه وعلى ءاله وأصحابه الذين علا بهم منار الإيمان وارتفع، وشيد الله بهم من قواعد الدين الحنيف ما شرع، وأخمد بهم كلمة من حاد عن الحق ومال إلى البدع.وبعد، فان العقائد الشرعية وقواعد الإسلام المرعية وأركان الإيمان العلية ومذاهب الدين المرضية، هي الأساس الذي يبنى عليه [والمَوئِلُ]23 الذي يرجع كل أحد إليه، والطريق التي من سلكها فقد فاز فوزا عطيفا، ومن حاد عنها فقد استوجب عذابا أليما، فلهذا يجب أن تنفذ أحكامها، ويؤكد دوامها، وتصان عقائد الملة عن الاختلاف، وتزان قواعد الأئمة بالائتلاف، وتخمد ثوائر البدع، ويفزق من فرقها ما اجتمع.وكان ابن تيمية في هذه المدة قد بسط لسان قلمه، ومد [بجهله] عنان كلمه، وتحدث في مسائل الذات والصفات، ونمى في كلامه [ الفاسد] على أمور منكرات، وتكلم فيما سكت عنه الصحابة والتابعون، وفاه بما اجتنبه الأئمة الأعلام الصالحون، وأتى في ذلك بما أنكره أئمة الإسلام، وانعقد على خلافه إجماع العلماء والحكام، وشهر من فتاويه في البلاد ما استخف به عقول العوام، وخالف في ذلك فقهاء عصره، وعلماء شامه ومصره، وبعث برسانله إلى كل مكان، وسمى فتاويه بأسماء ما أنزل الله بها من سلطان.ولما اتصل بنا ذلك وما سلكه المريدون له من هذه المسالك الخبيثة وأظهروه من هذه الأحوال وأشاعوه، وعلمنا أنه استخف قومه فأطاعوه، حتى قيل إنهم صرحوا في حق الله سبحانه بالحرف والصوت [والتشبيه، والتجسيم] قمنا في الله تعالى مشفقين من هذا النبا العظيم، وأنكرنا هذه البدعة، وعز علينا أن تشيع عمن تضمه ممالكنا هذه السمعة. وكرهنا ما فاه به المبطلون، وتلونا قوله تعالى: ﴿ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ ﴾ [سورة المؤمنون]، فإنه [سبحانه وتعالى] تنزه في ذاته وصفاته عن العديل والنظير: ﴿ لاَّ تُدْرِكُهُ الأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴾ [سورة الأنعام]، فتقدمت مراسيمنا باستدعاء [ابن تيمية] المذكور إلى أبوابنا العالية عندما سارت فتاويه [الباطلة] في شامنا ومصرنا، وصرح فيها بألفاظ ما سمعها ذو لب الا وتلا قوله تعالى: ﴿ لَّقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُّكْرًا ﴾ [سورة الكهف].[/ولما وصل إلينا تقدمنا إلى أولي العقد والحل، وذوي التحقيق والنقل، وحضر قضاة الإسلام، وحكام الأنام، وعلماء الدين، وفقهاء المسلمين، وعقد له مجلس شرعي في ملأ وجمع من الأئمة، [ومن له دراية في مجال النظر ودفع] فثبت عندهم جميع ما نسب إليه، [بقول من يعتمد وبعول عليه]، وبمقتضئ خط قلمه الدال على منكر معتقده، وانفصل ذلك الجمع وهم لعقيدته الخبيثة منكرون، وءاخذوه بما شهد به قلمه تالين: ﴿ سَتُكْتَبُ شَهَادَتُهُمْ وَيُسْأَلُونَ ﴾ [سورة الزخرف]، ونقل إلينا انه كان استتيب مرارا فيما تقدم، وأخره الشرع الشريف لما تعرض لذلك وأقدم، ثم عاد بعد منعه، ولم تدخل تلك النواهي في سمعه.وصح ذلك في مجلس الحاكم العزيز المالكي حكم الشرع الشريف أن يسجن هذا المذكور وأن يمنع من التصرف والظهور، ويكتب مرسومنا هذا بأن لا يسلك أحد ما سلكه المذكور من هذه المسالك، وينهى عن [التشبيه في] اعتقاد مثل ذلك، أو يعود له في هذا القول متبعا، أو لهذه الألفاظ مستمعا، أو يسري في التشبيه مسراه، أو أن يفوه بجهة العلو بما فاه، أو أن يتحدث أحد بحرف أو صوت، أو يفوه بذلك إلى الموت، أو يتفوه بتجسيم، أو ينطق بلفظ في ذلك غير مستقيم، أو خرج عن رأي الأئمة، أو ينفرد به عن علماء الأمة، أو يحيز الله سبحانه وتعالى في جهة أو يتعرض إلى حيث وكيف، فليس لمعتقد هذا إلا السيف.فليقف كل واحد عند هذا الحد، ولله الأمر من قبل ومن بعد، وليلزم كل من الحنابلة بالرجوع عن هذه العقيدة، والخروج عن الشبهات الزائغة الشديدة، ولزوم ما أمر الله تعالى به من التمسك بمذاهب أهل الإيمان الحميدة، فانه من خرج عن أمر الله فقد ضل سواء السبيل، ومثل هذا ليس له إلا التنكيل، والسجن الطويل مستقره ومقيله وبئس المقيل.[وقد رسمنا بأن ينادى في دمشق المحروسة والبلاد الشامية، وتلك الجهات الدانية والمقاصية بالنهي الشديد والتخويف والتهديد لمن اتبع ابن تيمية في هذا الأمر الذي أوضحناه، ومن تابعه تركناه في مثل مكانه وأحللناه، ووضعناه من عيون الأمة كما وضعناه] ومن أصر على الامتناع وأبى إلا الدفاع، أمرنا باسقاطهم من [مدارسهم] ومناصبهم، ووضعهم من مراتبهم مع إهانتهم، وأن لا يكون لهم في بلادنا قضاء ولا حكم ولا ولاية ولا تدريس ولا شهادة ولا إمامة بل ولا مرتبة ولا إقامة، فإنا أزلنا دعوة هذا الرجل من البلاد، وأبطلنا هذه العقيدة التي أضل بها كثيرا من العباد أو كاد [بل كم أضل بها من خلق وعاثوا بها في الأرض الفساد، ولتثبت المحاضر الشرعية على الحنابلة بالرجوع عن ذلك وتسير المحاضر بعد إثباتها على قضاة المالكية]، وقد أعذرنا وحذرنا وأنصفنا حيث إنذرنا، وليقرأ مرسومنا هذا على المنابر، ليكون أبلغ واعظ وزاجر، وأعدل ناه وءامر إن شاء الله تعالى. والحمد لله وحده وصلواته على نبينا محمد وءاله وصحبه وسلم. والاعتماد على الخط الشريف أعلاه. وكتب ثامن عشري شهر رمضان سنة خمس رسبعمائة. ا. هـ.
وهذه المراسيم الصادرة في حقه بعد محاكمته أمام جماعة من كبار العلماء في عصره مسجلة في كتب التواريخ ، وكتب خاصة مثل عيون التواريخ ، ونجم المهتدي ، ودفع الشبه وغيرها

IBN QALAWUUN VS IBN TAYMIYAH

WARTA KERAJAAN DAN SEJARAH HITAM IBN TAYMIYAH

Ini adalah suatu naskhah dipanggil Warta Kerajaan Al-Sultan Nasir Al-Dunya Wal-Deen, Muhammad Ibn Qalawuun- semoga Allah merahmatinya-. Warta Kerajaan ini di baca di atas Mimbar Jamek di Dimashq (Damasqus Mosque) pada Hari Jumaat pada tahun 750 H. Lihatlah bagaimana Ibn Taymiyah Al-Harrany telah dihukumkan keluar dari Islam secara Ijmak ulamak-ulamak sezaman dengannya dan juga keputusan para pemimpin, ini adalah ekoran daripada iktikodnya yang mengatakan Allah mempunyai arah dan tempat, wal-iyazubillah....

Kandungan Warta Kerajaan sebagaimana berikut ;

“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, segala puji-pujian bagi Allah Yang Maha Suci daripada perumpamaan dan persamaan, dan Maha Suci Allah Taala daripada perbandingan.

Maka Allah Azza Wajalla berfirman ;

Yang bermaksud : “ Allah Taala tidak sekali-kali sama dengan makhluk” Surah Syura Ayat ; 11.

Aku memuji dan bersyukur kepada-Nya yang telah mengilhamkan kepada kita supaya beramal dengan As-Sunnah (Al-hadits) dan Al-Kitab (Al-Quran), dan telah mengangkat atau menghilangkan daripada hari-hari kami sebab-sebab yang boleh membawa kepada syak dan keraguan.

Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Taala Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagi kewujudannya. Ini merupakan suatu penyaksian bagi mereka yang selalu mengharapkan keikhlasan-Nya iaitu mengharapkan sebaik-baik balasan dan sebaik-baik tempat kembali. Maha Suci Penciptanya daripada mengambil tempat dari mana-mana arah kerana Allah Taala berfirman ;

Yang bermaksud ; “ Dan Allah sentiasa bersama (dengan ilmu) kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Taala Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. Surah Al-Hadid Ayat ; 04.

Dan aku bersaksi bahawa penghulu kita Nabi Muhammad itu merupakan hamba-Nya dan Rasul-Nya yang mana dialah yang mempelopori manhaj jalan mereka yang terselamat, iaitu jalan bagi mereka yang berjalan di dalam perjalanan untuk mencari keredhaan Allah Taala. Dia memerintahkan supaya bertafakkur (meneliti dan memikirkan) kepada Makhluk Allah dan melarang bertafakkur tentang Zat-Nya. Semoga Allah Taala menganugerahkan kesejahteraan ke atasnya (Nabi Muhammad) dan ke atas para sahabatnya yang agung dengan menara iman dan ketinggiannya. Allah telah memantapkan mereka dengan kaedah-kaedah atau peraturan agama yang suci. Di samping itu juga, Allah telah memberi kelebihan kepada mereka membezakan perkataan yang membawa kepada kebenaran dan perkataan membawa kepada kebida’atan (perkara-perkara baru dalam agama hasil rekaan semata-mata berdasarkan nafsu tanpa petunjuk dari Al-Quran dan Al-Sunnah ).

Dan adapun,

Maka sesungguhnya pegangan-pegangan syariat dan qawaid atau peraturan Islam yang terpelihara dan rukun-rukun iman yang agung dan aliran madzhab-madzhab yang di redhai oleh agama, ini merupakan batu asas terbinanya di atasnya sesuatu perkara, dan ia merupakan suatu rujukan penting bagi setiap orang yang memerlukannya, dan ia adalah jalan yang siapa sahaja yang melaluinya maka akan mendapat kejayaan yang besar, dan barangsiapa berpaling daripadanya maka wajib menerima azab yang amat pedih. Oleh kerana inilah wajib untuk kamu melaksanakan hukum- hakamnya, dan menguatkan kelangsungannya, wajib kamu menjaga tiang-tiang akidah daripada berlaku perselisihan (kerana iktikod adalah satu dan tidak harus berikhtilaf sepertimana ilmu fiqhiyah), dan kamu mesti membuat pertimbangan yang adil kaedah atau peraturan yang diletakkan oleh imam-imam dalam keadaan yang harmoni, dan kamu dapat membezakan perkara-perkara rekaan dalam agama (bida’ah), dan juga dapat membezakan firqah-firqah yang pelbagai.

Dewasa ini, kita melihat Ibn Taymiyah menyebarkan dakwat penanya (dakyahnya), dan dengan kejahilannya itu, dia telah memanjangkan atau menyebarkan ucapan-ucapannya, dia membicarakan tentang permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan Zat Allah dan Sifat-Sifatnya, dan dia menashkan atau meletakkan kata-katanya yang buruk yang berteraskan kemungkaran, tambahan lagi dia bercakap tentang perkara yang para sahabat dan tabi’en mengambil sikap berdiam diri, dan keluar di bibirnya perkara-perkara yang ulamak-ulamak salafussoleh pernah jauhi, dan dia membawakan sesuatu yang telah diingkari oleh ulamak-ulamak Islam yang muktabar, manakala perkara yang dibawanya itu telah berlaku ijmak ulamak dan para hakim tentang percanggahan dengan apa yang dibawa olehnya, tersebar fatwa-fatwa sesatnya di dalam negara yang mana boleh memperbodohkan (mengelirukan) pemikiran orang awam, dia bercanggah dengan ulamak-ulamak fuqaha’ yang sezaman dengannya ( contohnya Imammuna Syaikhul Islam Al-Hafidz Al Faqih Taqiuddin Al- As-Subki Rahimahullah ), dan ulamak-ulamak di Bumi Syam ( ulamak-ulamak yang tinggal di Kawasan Palestin, Jordan, Lubnan, Dan Syiria) dan Mesir,dan dia menghantar risalah-risalahnya yang berisi fatwa (sesatnya) ke setiap tempat dan menamakan fatwanya dengan nama yang tidak berteraskan dengan apa yang Allah Taala wahyukan ke Pada Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassallam.

Apabila perkara ini sampai kepada pengetahuan kami dan berita tentang pengikut-pengikutnya yang telah terpengaruh atau menjejaki apa yang telah dipeloporinya (Ibn Taymiyah), ia merupakan suatu yang teladan buruk dan keadaan ini memang terjadi secara jelas nyata dan mereka pula tersebar, dan kami tahu yang dia telah mengeksploitasi kaumnya manakala mereka (kaumnya) pula amat taasub (fanatik) dan taat padanya, sehinggalah (Ibn Taymiyah) menyebut dengan terang bahawa Allah mempunyai huruf dan bersuara, mentashbihkan Allah Taala dengan makhluk, menjisimkan Allah dengan anggota badan, lalu kami ikhlas kerana Allah Taala bangkit dan bangun menyahut janji baik Allah Taala dengan mengingkari perkara bida’ah ini. Perkara ini amat menyakitkan kami kerana ianya telah ini tersebar di dalam pemerintahan kami. Dan kami amat membenci perkataan sebegini yang keluar daripada orang-orang yang batil.

Marilah sama-sama kita hayati firmanallah ;

Yang Bermaksud ; “Maha Suci Allah Taala daripada apa yang mereka sifatkan” Surah Al-Mukminun Ayat ; 91.

Bahawasanya Allah Taala Maha Suci daripada perumpamaan dan persamaan.

Allah Taala berfirman ;

Yang Bermaksud ; “Dia tidak dapat dilihat dengan penglihatan mata dan diliputi dengan penglihatan mata sedangkan Dialah Yang Maha Melihat segala penglihatan mata, dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Yang Maha Mendalam pengetahuannya.” Surah Al-An’am Ayat ; 103.

Dan kami persembahkan Warta Kerajaan kami sebagai mendakwa Ibn Taymiyah ke pintu tertinggi kami (Mahkamah Tinggi kami) apabila fatwanya yang batil lagi sesat tersebar dan merebak di bumi kami iaitu Syam Dan Mesir. Dia menyebut dengan nyata sekali yang mana kalau dibaca oleh mana-mana orang yang mempunyai akal fikiran lantas orang tersebut akan membaca firmanallah ;

Yang bermaksud ; “ Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar” Surah Al-Kahfi, Ayat ; 74

Apabila hal ini sampai kepada kami, kami bentangkan perkara ini kepada Ahli Al-‘Ahdi Wal-‘Aqdiy ( ulamak-ulamak muktabar yang pakar yang menjadi anggota syura perlantikan khalifah wakil kepada Umat Islam sejagat), dan kepada Ulamak Muhaqqiq yang pakar (ulamak yang boleh membezakan yang sahih dan yang batil) dan Ahli Naql (ulamak yang pakar dalam bidang nukilan nash dan laporan). Majlis tersebut dihadiri para Qadhi-Qadhi Pakar Islam ( hakim-hakim yang cerdik pandai dan pakar), dan dihadiri juga para pemimpin sebagai wakil kepada orang ramai, dan turut hadir para ulamak-ulamak agama yang terbilang, dan para alim Fuqaha’ Islam. Kemudian Mahkamah Tinggi Syari’ah pun membicarakan kesnya (Ibn Taymiyah) di hadapan khalayak ramai dan dihadapan sekumpulan para A’immah dan di hadapan mereka yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang penelitian dan pengkritikan). Setelah itu, telah sabitlah ke semua atau keseluruhan tuduhan ke atasnya. Manakala penulisan tangannya juga menjadi bukti yang kukuh menunjukkan kemungkaran iktiqod yang dipegang olehnya, dan setelah itu telah bersurai sekumpulan orang ramai kerana mengetahui dan mengingkari akidahnya yang amat buruk. Dan Mereka mengambilnya dengan apa yang dapat dilihat dengan tulisan tangannya, lalu mereka membacakan firmanallah ;

Yang Bermaksud ; “ Penyaksian mereka akan dicatat dan mereka akan di persoalkan kelak (serta akan menerima balasannya) “
Surah Az-Zukhruf ,Ayat ; 19.

Dan kami diberi laporan atau diberitahu bahawasanya dia (Ibn Taymiyah) pernah di minta dan diperintahkan supaya bertaubat beberapa kali sebelum ini, walaubagaimanapun dia tetap kembali kepada akidahnya (yang batil) selepas dia ditegah berbuat sedemikian itu. Dia tidak pernah mendegar tegahan itu dan tidak pernah masuk ke dalam telinganya (bersikap tolol dan degil dan menentang).

Dan telah sahih apa yang berlaku di dalam Majlis Mahkamah Al-Hakim Al-Aziz Al-Maliky, Hakim Syar’i memutuskan supaya Ibn Taymiyah dipenjarakan di samping melarang dia melakukan pergaulan dan menonjolkan diri di khalayak ramai. Warta Kerajaan kami ini ditulis bertujuan supaya tidak ada lagi yang berani mengikuti jejak langkah yang dipelopori oleh lelaki yang disebut tadi (Ibn Taymiyah). Dan juga bertujuan supaya akidah tashbih seperti itu dibasmikan (tidak diikuti lagi), atau masih lagi mencontohi perkataannya, atau masih lagi mendengar ucapan-ucapannya, atau terjebak atau terjerumus di dalam akidah mentashbihkan Allah dengan makhluknya, atau masih lagi menuturkan dengan memberi arah yang berjarak tinggi kepada Allah ( arah adalah seperti ; kanan kiri, atas bawah,dan depan belakang), atau masih lagi mengatakan (Kalam Allah) berhuruf dan bersuara, atau mengungkap dan perkara yang sedemikian rupa sehinggalah meninggal dunia, atau pun masih lagi membicarakan dengan barang yang membawa kepada tajsim (memberi anggota badan kepada Allah Taala), atau menuturkan dengan pertuturan yang tidak betul, atau keluar daripada pandangan para A’immah, atau mempunyai pandangan yang ganjil daripada pandangan ulamak-ulamak Umat Islam, atau masih lagi memberi tempat kepada Allah Taala, padahal Maha Suci Allah Taala dari pada arah atau meletakkan Allah Taala pada tempat dan memberi kaifiat (seperti mengatakan Allah Taala duduk bersemayam-iaitu sifat yang tidak warid bagi Allah ). Maka iktikod sebegini tiada membawa apa-apa melainkan membawa kepada pedang (peperangan).

Maka marilah setiap individu antara kita memberhentikannya setakat had ini sahaja, semua perkara yang dahulu dan yang kemudian adalah bagi Allah Taala, dan wajiblah setiap individu daripada madzhab hanabilah insaf kembali daripada berpegang dengan iktiqod ini (ini kerana pada masa itu terdapat segelintir mereka yang menisbahkan diri kepada madzhab Hanabilah terjebak dengan najis tahsbih dan tajsim Ibn Taymiyah- manakala Ibn Taymiyah pula menisbahkan dirinya kepada Hanabilah secara Zuran wa Buntanan), dan keluar daripada perkara syubuhaat (perkara yang membawa keraguan kepada orang ramai) yang cenderung kepada hawa nafsu yang teruk, dan marilah melazimkan diri dengan mengamalkan perintah Allah Taala dengan berpegang dengan madzhab-madzhab di kalangan Ahlul Iman yang terpuji, maka barangsiapa yang keluar daripada perintah Allah, maka sesatlah dia di seburuk-buruk perjalanan,.dan orang yang sebegini tiada apa-apa melainkan perlu ditegah atau dilarang, dan penjara yang lama dan berterusan merupakan detinasinya dan inilah seburuk-buruk tempat tinggal untuknya.

Dan kami telah memutuskan supaya ia sepatutnya dipanggil keluar daripada penjagaan atau pengawalan Dimashq (Dimascus) dan juga bumi Syam, dan negara lain yang berdekatan dan negara yang berjauhan dengan cara penegahan serius, menakut-nakutkan, dan mencabar mana-mana yang berani mengikut Ibn Taymiyah dalam perkara ini yang mana telah kami terangkan sekejap tadi. Barangsiapa yang menjejakinya atau mengikutinya, kami akan membiarkan mereka sama tempat atau senasib dengan Ibn Taymiyah dan kami akan letakkan dia dihadapan Umat Islam sebagai mana telah kami lakukan sebelum ini (kepada Ibn Taymiyah). Barang siapa yang cuba ingkar dan menolak arahan kami dan mengambil keputusan untuk mempertahankan (Ibn Taymiyah) akan kami perintahkan supaya mereka dipecat dari persekolahan dan dipecat dari mana-mana agensi, lalu kami akan tempatkan mereka pada martabat yang rendah bersama orang bawahan supaya mereka merasa hina. Mereka ini di Negara kita tidak akan dapat apa-apa hak keistimewaan, tiada pengadilan, tiada wilayah, tiada pengajaran (dihalang mengajar), tiada dapat tauliah dan sijil, tidak diberi apa-apa jawatan, tiada martabat atau pangkat, dan tidak boleh bermastautin di dalam negara kita.

Kami telah melenyapkan dakyah lelaki ini dari tersebar dan merebak ke negara-negara, dan kami telah mengesahkan akidah ini (Ibn Taymiyah) telah atau hampir menyesatkan ramai hamba Allah, bahkan berapa ramai orang telah tersesat disebabkan (akidah) nya itu, dan tersebar kefasadan di merata-rata tempat di muka bumi?!!

Biarlah laporan membuktikan atau mensabitkannya kepada Hanabilah (segelintir mereka yang menisbahkan diri kepada Hanabilah pada ketika itu terpengaruh dengan akidah tajsim Ibn Taymiyah) supaya meninggalkannya daripada terjebak dengan perkara tersebut , setelah laporan dapat disahkan kesahihannya atau dapat dibuktikan bahawa ianya sabit lantas di bawa ke hadapan Qadhi Malikiyah. Sesungguhnya, memandangkan kami telah memberi amaran terlebih awal, kami tidak akan menerima lagi (apa-apa) alasan dan kami telah melakukan keadilan untuk itu. Dan biarlah kami bacakan Warta Kerajaan kami ini di atas mimbar-mimbar supaya ianya menjadi sebaik-baik peringatan, tauladan dan juga pencegah (daripada melakukan perbuatan tersebut), dan menjadi seadil-adil pencegah dan dan sebaik-baik penyuruh kepada kebaikan insyaAllah ( sekiranya dengan kehendak Allah). Dan segala puji-pujian bagi Allah Yang Maha Esa dan selawat dan salamnya ke atas junjungan besar Nabi Kita Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, dan ke atas keluarganya, para sahabatnya. Perkara diatas merupakan kebergantungan kepada tulisan tangan Yang Arif sendiri . Ianya ditulis pada 18 Ramadhan Pada Tahun 750 H.” Selesai nukilan secara amanah penulis bagi Warta Kerajaan Sultan Ibn Qalawuun.

Warta Kerajaan ini diterbitkan berdasarkan kes Ibn Taymiyah selepas dibicarakan kesnya di Mahkamah Syariah di hadapan sekelompok ulamak-ulamak yang terbilang pada zamannya. Manakala perkara ini menjadi sejarah hitam Ibn Taymiyah sememangnya termaktub di dalam kitab-kitab sejarah seperti kitab ;

1.‘Uyun At-Tawarikh
2. Najmul Muhtady
3. Daf’ As-Shubah Man Syabbaha Wa Tamarrada
4. Dan Sebagainya..
Soalan penulis ; Kalau bukan ulamak yang sezaman yang menentukan kesesatan Ibn Taymiyah, siapa lagi?? Takkan wahai wahhabi yang tak pernah jumpa Ibn Taymiyah nak pandai-pandai kot??

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
(0133005046)

Thursday, August 14, 2008

KUBUR SIAPAKAH INI?


(QUBUR IBN TAYMIYAH)

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


KEMATIAN IBN TAYMIYAH DAN PETANDA BURUK

Asal kubur Ibn Taymiyah adalah tidak terurus dan kotor sehinggakan dijadikan tempat pembuangan sampah dan mayat janin oleh masyarakat setempat . Tetapi selepas diuruskan dan dibersihkan baik, Golongan wahhabi datang memusnahkan kubur Ibnu Taimiyah kemudian depa hancurkan pada bahagian atasnya kerana menganggap pembinaan kubur seperti itu adalah bida'ah masuk neraka.



Berkata Al-Allamah Taqiyyuddin Al-Husniyy di dalam kitabnya ( Daf-U Subha Man Sabbaha Wa Tamarrad) m/s 88 ; “ Aku berkata : dan telah sampai padaku perkhabaran bahawasanya ketika mana dikebumikan mayat Ibn Taymiyah selepas 3 hari, berkata seseorang : Ada orang telah bercakap mengenai suatu yang mengelirukan tentang lelaki ini, demi Allah aku teringin sangat melihat bagaimanakah Allah perbuat dengannya. Lalu dia menggali kuburnya (Ibn Taymiyah) dan dia terkejut kerana mendapati seekor ular yang besar berada di atas dadanya dengan bentuk yang amat menakutkan. Selepas itu, lelaki tersebut mentahzir atau mewaspadakan orang ramai daripada iktiqodnya (Ibn Taymiyah) dan memberitahu mereka apa yang telah dia lihat. dan Allahlah Yang Maha Mengetahui". selesai nukilan penulis dari kata-kata Al-Allamah Taqiyyuddin Al-Husniyy .

BEBERAPA HADITS BERKAITAN DENGAN AZAB QUBUR

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Abu Sa'id al-Khudri bahwa ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, Akan dikuasakan kepada orang kafir dalam kuburnya sembilan puluh sembilan ekor ULAR yang akan menggigitnya sampai tiba hari kiamat. Seandainya seekor saja dari ULAR itu menjilat sebidang tanah, maka tanah itu akan mati (tidak dapat menumbuhkan tanaman).'"

Disebutkan dalam sebuah hadits mauquf Abdullah bin Amr ibnul-Ash, " Setelah menyuruh malaikat menyempitkan kubur orang kafir, Allah lalu mengirim padanya beberapa ekor ULAR yang kemudian memakan dagingnya hingga tinggal tulang-tulangnya belaka. Lalu, Allah menyuruh malaikat menyiksanya dengan palu."

Marilah sama-sama kita berdoa dan memohon dari Allah Taala perlindungan dan mengharapkan kematian yang Husn Khatimah...ameen..

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

Wednesday, August 13, 2008

KAJIAN TERPERINCI DAN TEPAT






Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


أورد كثيرًا من مسائل ابن تيمية الحافظُ أبو سعيد العلائي شيخ الحافظ العراقي، نقل ذلك المحدّث الحافظ المؤرخ شمس الدين بن طولون في ذخائر القصر (ص 69، مخطوط)، قال ما نصه:


"ذكر المسائل التي خالف فيها ابن تيمية الناس في الأصول والفروع: فمنها ما خالف فيها الإِجماع، ومنها ما خالف فيها الراجح من المذاهب، فمن ذلك: يمين الطلاق، قال بأنه لا يقع عند وقوع المحلوف عليه
بل عليه فيها كفَّارة يمين، ولم يقل قبله بالكفارة أحد من المسلمين البتة، ودام إفتاؤه بذلك زمانًا طويلاً وعظم الخطب، ووقع في تقليده جمّ غفير من العوامّ وعمَّ البلاء. وأنَّ طلاق الحائض لا يقع وكذلك الطلاق في طهر جامع فيه زوجته، وأنَّ الطلاق الثلاث يردّ إلى واحدة، وكان قبل ذلك قد نقل إجماع المسلمين في هذه المسألة على خلاف ذلك وأنَّ من خالفه فقد كفر، ثم إنه أفتى بخلافه وأوقع خلقًا كثيرًا من الناس فيه. وأن الحائض تطوف في البيت من غير كفارة وهو مُباح لها. وأنَّ المكوس حلال لمن أقطعها، وإذا أخذت من التجار أجزأتهم عن الزكاة وإن لم تكن باسم الزكاة ولا على رسمها. وأنَّ المائعات لا تنجس بموت الفأرة ونحوها فيها وأن الصلاة إذا تركت عمدًا لا يشرع قضاؤها. وأنَّ الجنب يصلي تطوعه بالليل بالتيمم ولا يؤخره إلى أن يغتسل عند الفجر وإن كان بالبلد، وقد رأيت من يفعل ذلك ممَّن قلّده فمنعته منه. وسئل عن رجل قدّم فراشًا لأمير فتجنب بالليل في السفر، ويخاف إن اغتسل عند الفجر أن يتهمه أستاذه بغلمانه فأفتاه بصلاة الصبح بالتيمم وهو قادر على الغسل. وسئل عن شرط الواقف فقال: غير معتبر بالكلية بل الوقف على الشافعية يصرف إلى الحنفية وعلى الفقهاء يصرف إلى الصوفية وبالعكس، وكان يفعل هكذا في مدرسته فيعطي منها الجند والعوام، ولا يحضر درسًا على اصطلاح الفقهاء وشرط الواقف بل يحضر فيه ميعادًا يوم الثلاثاء ويحضره العوام ويستغني بذلك عن الدرس. وسئل عن جواز بيع أمهات الأولاد فرجحه وأفتى به.

ومن المسائل المنفرد بها في الأصول مسألة الحسن والقبح التي يقول بها المعتزلة، فقال بها ونصرها وصنف فيها وجعلها دين الله بل ألزم كل ما يبنى عليه كالموازنة في الأعمال.


وأما مقالاته في أصول الدين فمنها قوله: إنَّ الله سبحانه محل الحوادث، تعالى الله عمَّا يقول علوًّا كبيرًا. وإنه مركب مفتقر إلى ذاته افتقار الكل إلى الجزء. وإنَّ القرءان محدث في ذاته تعالى. وإنَّ العالم قديم بالنوع ولم يزل مع الله مخلوق دائمًا، فجعله موجبًا بالذات لا فاعلاً بالاختيار، سبحانه ما أحْلَمَهُ. ومنها قوله بالجسمية والجهة والانتقال وهو مردود.


وصرَّح في بعض تصانيفه بأنَّ الله تعالى بقدر العرش لا أكبر منه ولا أصغر، تعالى الله عن ذلك، وصنَّف جزءًا في أنَّ علم الله لا يتعلَّق بما لا يتناهى كنعيم أهل الجنَّة، وأنه لا يحيط بالمتناهي، وهي التي زلق فيها بعضهم، ومنها أنَّ الأنبياء غير معصومين، وأنَّ نبينا عليه وعليهم الصلاة والسلام ليس له جاه ولا يتوسل به أحد إلا ويكون مخطئًا، وصنف في ذلك عدة أوراق. وأنَّ إنشاء السفر لزيارة نبينا صلى الله عليه وسلم معصية لا يقصر فيها الصلاة، وبالغ في ذلك ولم يقل بها أحد من المسلمين قبله. وأنَّ عذاب أهل النار ينقطع ولا يتأبد حكاه بعض الفقهاء عن تصانيفه. ومن أفراده أيضًا أنَّ التوراة والإِنجيل لم تبدل ألفاظهما بل هي باقية على ما أنزلت وإنَّما وقع التحريف في تأويلها، وله فيه مصنف، هذا ءاخر ما رأيت، وأستغفر الله من كتابة مثل هذا فضلاً عن اعتقاده". انتهى.


Permasalahan- Permasalahan Ibn Taymiyah banyak didatangkan oleh Al-Hafidz Abu Sa’id Al-‘Ala-I yang mana beliau merupakan syeikh ataupun guru kepada Al-Hafidz Al-Iroqi. Perkara tersebut dinukilkan daripada Al-Muhaddits Al-Hafidz Al-Muarrikh Syamsuddin Bin Thulun dalam karya kitabnya (( Zakhair Al-Qoshor)) m/s 69. kitab ini adalah manuskrip dan masih tiada lagi di terbitkan dengan mana-mana percetakan. Beliau berkata ;

“ Menyebut permasalahan-permasalahan Ibn Taymiyah yang bercanggah dengan orang ramai dalam masalah usul agama ( tunggak-tunggak agama) dan masalah furu’ (cabang-cabang agama), maka antaranya ialah perkara yang bercanggah dengan ijma’, antaranya juga terdapat perkara yang bercanggah dengan pandangan yang rajih (kuat) dalam mazhab.

Antara perkara-perkara tersebut ialah;

1. Sumpah talak, berkata (Ibn Taymiyah) bahawasanya (sumpah talak) tidak jatuh ketika mana berlaku sumpahan tersebut bahkan ke atasnya kafarah sumpah. ( Perkara ini ) tidak pernah diperkatakan seorang pun sebelum ini dari kalangan Umat Muslimin dengan kafarah (sebagaimana yang diperkatakan oleh Ibn Taymiyah Al-Harrany ). Berkekalanlah fatwanya itu berlalu pada masa yang panjang dan ianya di jadikan khutbah yang hebat manakala sekelompok besar dikalangan awam pula bertaklid kepadanya, lalu ianya membawa kepada bala’ yang menyeluruh.

2. Dan (berkata (Ibn Taymiyah) sesungguhnya menceraikan perempuan yang berada dalam keadaaan haid hukumnya tidak jatuh.

3. Dan ((berkata Ibn Taymiyah); begitu juga ( tidak jatuh ) cerai atau talak jika ianya berlaku ketika (isteri) dalam keadaan suci yang telah dipersetubuhi suaminya.

4. Dan cerai atau talak tiga dikira sebagai talak satu.

Padahal semuanya ini telah berlaku ijmak muslimin sebelumnya (pada mengatakan bahawa talak itu jatuh dengan sebab perkara tadi iaitu no 1,2,3). Dan sesungguhnya barangsiapa yang bercanggah dengannya (perkara yang telah diijmakkan tadi) hukumnya kafir. Kemudian dia -Ibn Taymiyah- memberi fatwa yang bercanggah dengannya dan menyebabkan ramai yang terjebak dengan fatwanya itu.

5. Dan katanya sesungguhnya perempuan yang dalam keadaan haid boleh melakukan tawaf di Baitullah (kaabah) tanpa kafarah ,(bagi Ibn Taymiyah ) hukumnya adalah harus untuk perempuan itu melakukannya.

6. Dan mengambil mukus (cukai yang biasa dikenakan oleh kerajaan secara zalim terhadap barangan, Taman dan seumpamanya) halal bagi mereka yang menentukannya, dan apabila peniaga-peniaga mengambil bahagian mereka daripada harta zakat dan sekiranya ambil tadi bukan dengan nama zakat dan bukan dengan cara yang ditetapkan.

7. Cecair yang mengalir tidak menjadi najis dengan sebab matinya tikus di dalamnya dan seumpama dengannya.

8. Dan solat apabila ditinggalkan secara sengaja tidak disyariatkan supaya menqada’kannya.

9. Dan sesungguhnya orang yang berjunub boleh melakukan solat sunat pada malam hari dengan melakukan tayammum dan janganlah mengakhirkannya sehinggalah dia mandi wajib pada waktu fajar walaupun dia berada di dalam negara. Dan sesungguhnya aku telah melihat ada orang yang telah melakukannya dan didapati dia sebenarnya bertaklid dengan (Ibn Taymiyah) lantas aku menegahnya daripada melakukan perbuatan tersebut.

Dan pernah sekali dia ditanya tentang seorang lelaki yang yang membawa katil kepada seorang raja, lalu pada malam hari raja tersebut berjunub. Maka dia merasa takut untuk mandi wajib pada fajar keesokan harinya , ini adalah kerana dibimbangi gurunya menuduh dia melakukan persetubuhan dengan orang gaji lelakinya itu .Lalu dia (Ibn Taymiyah) menfatwakan kepadanya supaya melakukan solat subuh( fajr) dengan hanya melakukan tayammum sedangkan dia masih mampu untuk melakukan mandi wajib.

10. Dan ditanya tentang peruntukan harta waqaf (harta benda yang diniatkan untuk digunakan untuk tujuan tertentu seperti diniatkan sebuah bangunan untuk dijas\dikan masjid ataupun di wakafkan air hanya untuk minuman sahaja), lalu dia (Ibn Taymiyah) mengatakan : secara keseluruhannya tidak boleh dikira. Dia berkata ; waqaf bagi mazhab Syafi’iyyah mesti dibelanjakan kepada madzhab Hanafiyyah. dan wajib ke atas ulamak-ulamak-fuqaha’membelanjakannya kepada golongan sufi dan begitulah sebaliknya. Dan dia pernah melakukannya sebegini ketika berada di madrasahnya lalu diberi daripadanya (harta wakaf) kepada tentera dan orang awam.

Dan dia tidak pernah menghadiri pengajian dengan cara yang biasa diamalkan oleh para ulamak-ulamak fuqaha’ dan peruntukan sebagai pewakaf. Walaubagaimanapun dia menghadirinya juga pada masa-masa tertentu iaitu pada hari selasa bilamana orang awam ramai datang menghadiri majlis.

11. Dan bila ditanya tentang adakah harus ibu menjual anak-anak mereka maka dia merajihkan ( menguatkan) masalah ini dan memberi fatwa tentang keharusannya.

Antara masalah-masalah (Ibn Taymiyah) yang ganjil dalam permasalahan usul ialah :

12. Masalah “Al-Hasan” (baik) dan “Al-Qabh” (buruk) yang mana selari dengan perkataan golongan muktazilah. Lalu ((Ibn Taymiyah) juga memperkatakannya dan membantunya, dan menulis tentangnya, dan melebalkan perkara (salah) ini sebagai agama Allah, bahkan sampai peringkat mewajibkan setiap apa yang terbina di atasnya seperti perkara yang ditimbang pada amalan-amalan perbuatan.

Dan adapun di antara rencana-rencananya atau perkatan-perkataanya tentang usul agama (tunggak-tunggak agama) ialah ;

13. Dia (Ibn Taymiyah) berkata ; Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci merupakan tempat bagi segala yang baharu, padahal maha suci Allah dari apa yang sifatkan (oleh Ibn Taymiyah).

14. Dan sesungguhnya (Allah) tersusun, berhajat kepada zatnya sebagai berhajatnya kulliy kepada juz’i.

15. Dan sesungguhnya Al-Quran adalah baharu (makhluk) pada zat Allah Taala.

16. Dan sesungguhnya alam adalah qadim (tanpa permulaan pada kewujudannya) dengan al-nau’ (jenisya) dan senantiasalah ia bersama Allah sebagai makhluk. Maka dia (Ibn Taymiyah) menjadikannya wajib bagi zat Allah Taala dan bukanlah dengan perbuatannya yang iktiyar. Maha suci Allah daripada perkara yang demikian itu, dan Allah bersifat dengan Maha Halim.

17. Antaranya lagi ialah kata-katanya yang membawa kepada pentajsiman (menjisimkan Allah - menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang ada pada jisim), memberi arah kepada Allah, berpindah randah padahal semuanya ini adalah tertolak.

18. Dan dia menyebut secara nyata sekali di sebahagian penulisan-penulisannya bahawa Allah Taala bersaiz sebesar arasy bukan besar padanya dan bukan juga kecil dari itu padahal Maha Suci Allah dari disifatkan dengan yang demikian itu.

19. Dia menulis satu juzuk pada membicarakan bahawa ilmu Allah tidak ada kaitan dengan perkara yang tidak berakhir ( kekal) seperti nikmat dan keseronokan yang dirasai oleh penghuni syurga, dan sesungguhnya Allah Taala tidak meliputi ilmunya (tidak mengetahui) perkara berakhir dan terbatas. Dan inilah yang telah menjerumuskan sesetengah kepadanya.

20. Antaranya lagi –Ibn Taymiyah mendakwa- bahawasanya para nabi tidaklah maksum. dan nabi kita sollallallhu ‘alaihi wasallam tiada mempunyai martabat yang tinggi dan tidak harus seorang pun bertawassul dengannya melainkan mereka itu salah. Dan dia menulis dalam permasalahan ini dalam beberapa penulisan.

21. Dan sesungguhnya melakukan pemusafiran untuk menziarahi nabi kita Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassallam adalah suatu maksiat (dosa), tidak boleh mengqasarkan solat padanya. Perkara ini tidak pernah diungkapkan seorangpun dikalangan Umat Islam sebelumnya (Ibn Taymiyah).

22. Dan sesungguhnya azab penghuni neraka akan terputus dan terhenti dan ianya tidak akan berlangsung selama-lamanya. Perkara ini diceritakan oleh beberapa ulamak-ulamak fuqaha’ tentang penulisan-penulisannya ini.

23. Antara yang pelik juga dia mengatakan bahawa kitab taurat dan injil tidak berubah lafaz tulisan kedua-duanya bahkan (kitab aturat dan injil sekarang ini) kekal sebagaimana ianya diturunkan atau diwahyukan. Dan sesungguhnya perubahan yang berlaku hanyalah pada pentakwilannya atau penafsirannya. Dan (Ibn Taymiyah) memiliki penulisan tentang perkara tersebut. Ini adalah antara yang terakhir apa yang dapat aku lihat.

Aku memohon kepada Allah akan keampunan daripada menulis dengan penulisan seperti ini ( iaitu seperti Ibn Taymiyah) tambah-tambah lagi seperti iktiqodnya”. Selesai nukilan penulis daripada kata-kata Al-Muhaddits Al-Hafidz Al-Muarrikh Syamsuddin Bin Thulun.

Manuskib ini tersimpan di dalam Al-Khazanah Al-Taymuriyyah di Kaherah bernombor 1420. kalau berminat silalah ke bumi Mesir.


PERSAMAAN MAKLUMAT ANTARA AL-MUHADDITS AL-HAFIDZ AL-MUARRIKH SYAMSUDDIN BIN THULUN DAN SYEIKH IBN HAJAR AL-HAITAMY.

Alam adalah qadim dengan al-nau’.


Berkata Syeikh Ibn Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Haditsiah m/s 166 “:" (Ibn Taymiyah beriktikod sebagaimana falsafah Yunani, mengatakan Allah sediakala pada jenisnya) Dan sesungguhnya Alam sediakala pada jenisnya dan senantiasa kekal bersama Allah sebagai makhluk, maka dia telah menjadikannya wajib bagi zat bukan dengan perbuatanya dengan ikhtiar. Padahal Maha Suci Allah Taala daripada disifatkan dengan yang sedemikian itu. Dan kata-katanya (Ibn Taymiyah) dengan pentajisiman (menjisimkan Allah - menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang ada pada jisim), mempunyai arah, berpindah-randah,dan bahawa Dia bersaiz sebesar Al-Arasy bukan kecil atau pun besar, padahal (yang sedemikian itu) Maha Suci Allah Taala daripada rekaan dan penipuan ini yang amat keji, buruk,dan membawa kepada kekufuran yang jelas nyata".

Manakala Al-Muhaddits Al-Hafidz Al-Muarrikh Syamsuddin Bin Thulun pula menulilkan daripada Al-Hafidz Abu Sa’id Al-‘Ala-I syeikh kepada Al-Hafidz Al-Iroqi bahawa Ibn Taymiyyah berkata dalam karya kitabnya (( Zakhair Al-Qoshor)) m/s 69. “Dan sesungguhnya alam adalah qadim dengan al-nau’ (jenisya) dan senantiasalah ia bersama Allah sebagai makhluk. Maka dia menjadikannya wajib bagi zat Allah Taala dan bukanlah dengan perbuatan yang iktiyar. Maha suci Allah daripada apa yang dia bawa. Antaranya lagi ialah kata-katanya yang membawa kepada pentajsiman (menjisimkan Allah - menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang ada pada jisim), memberi arah kepada Allah, berpindah randah padahal semuanya ini adalah tertolak.”

Saiz dan Ukuran


Berkata Al-Muhaddits Al-Hafidz Al-Muarrikh Syamsuddin Bin Thulun bahawa Ibn Taymiyah dalam kitabnya (( Zakhair Al-Qoshor)) m/s 69 mengatakan : "Dan dia menyebut secara nyata sekali di sebahagian penulisan-penulisannya bahawa Allah Taala bersaiz sebesar arasy bukan besar padanya dan bukan juga kecil dari itu padahal Maha Suci Allah dari disifatkan dengan yang demikian itu. "

Manakala Berkata Syeikh Ibn Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Haditsiah m/s 166 bahawa ibn taymiyah mengatakan :" Dia bersaiz sebesar Al-Arasy bukan kecil atau pun besar, padahal (yang sedemikian itu) Maha Suci Allah Taala daripada rekaan dan penipuan ini yang amat keji, buruk,dan membawa kepada kekufuran yang jelas nyata".

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/