الحمدلله رب العالمين, المكون الأكوان, المدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد :-
Abu Lehyah al-kelantany (0133005046)
IMAM 4 MAZHAB MENGKAFIRKAN I’TIQOD TAJSIM DAN ALLAH DUDUK
Ketahuilah! mengucap dua kalimah syahadah, mempercayai tentang kewujudan Allah taala sahaja adalah tidak memadai dan aqidah seseorang itu dikira tidak selamat dengan mengatakan : “Allah itu berjisim”, “Allah duduk di atas arasy, Allah mempunyai arah-arah, Allah beranggota” kerana dengan itu mereka terkeluar daripada Firqah An-Najiah atau pun Ahlul Sunnah Wal- Jamaah (ASWJ). Kalimah syahadah itu merangkumi keseluruhan i’tiqod-i’tiqod yang benar daripada semua yang berkaitan dengan Sam’iyaat dan Nubuwwaat. Lagipun mereka yang menjisimkan Allah taala mereka tidak dikira beriman lagi dengan rukun iman yang pertama. Wahabi Mujassimah Musyabbihah inilah yang membawa dokrin-dokrin Yahudi ini ke dalam masyarakat Islam supaya dapat mengelirukan mereka dan lebih menyayatkan hati, sesetengah mereka yang kreatif memodifiedkan hujah-hujah mereka dengan Al-quran dan al-Sunnah supaya kelihatan ianya adalah daripada ajaran Islam. Sebenarnya apa yang Wahabi sembah ialah sesuatu yang dikhayalkan di fikiran-fikiran mereka dan apa yang mereka wahamkan. Ini bukanlan makrifatullah (mengenal Allah Taala) namanya.
AL-WAHHABIYYAH MUJASSIMAH MUSYABBIHAH KEUAR ISLAM SECARA IJMA’
Thoib..disini hamba (penulis) nukilkan sedikit sahaja (ada dengan penulis berlambak lagi) dari ulama’-ulama’ yang menghukumkan Al-Wahhabiyah Mujassimah dan Musabbihah sebagai keluar dari ajaran islam secara ijma’, antaranya ialah ulama’ulama’ Mazhab yang empat, Imamuna Abu Hasan Al-Asy’ary, dan tidak lupa setengah daripada ulama’-ulama’ tanah air kita yang tercinta.
1. Mujassimah adalah kafir kerana Imam Asy-Syafie rodhiyallahu ‘anhu menyatakan : “ Al-Mujassim Kafir ” kata-kata Imam Syafie itu bermaksud : “ Mujassim (Yang mengatakan Allah itu jisim seperti Wahhabi) adalah kafir ”. Kenyataan Imam Asy-Syafie yang mengkafirkan Mujassimah tersebut diriwayatkan oleh Imam Asy-Suyuti dalam kitabnya Al-Asbah Wa An-Nazoir mukasurat 488 cetakan Darul Kutub Ilmiah. Imam Asy-Syafie rahimahullah turut mengkafirkan orang yang berakidah ' Allah Duduk'. Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi wa Rajmul Mu'tady menukilkan dari Al-Qodi al-Husain bahawa Imam Asy-Syafie menyatakan :“ Sesiapa beranggapan Allah duduk di atas arasy maka dia KAFIR ”.
2. Mari kita lihat pandangan ulama’ Hanafi. Syeikh Kamal Bin Al-Humam Al-Hanafiy menyatakan dalam kitab mazhab Hanafi berjudul Fathul Qadir juzuk 1 mukasurat 403 pada Bab Al-Imamah : “ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.
3. Mari kita lihat kenyataan Imam Ahmad Bin Hanbal dan para ulama mazhab Hanbali yang mempersetujui kenyataan Imam Ahmad mengatakan : “ Man Qola Allahu Jismun Faqod Kafar Wakaza Man Qola Allahu Jismun La Kal Ajsam ” kenyataan Imam Ahmad bermaksud : “ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir, begitu juga kafirlah yang mengatakan Allah itu berjisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim ”.Lihat Sohibul Khisol diantara ulama mazhab Hanbali yang masyhur. Manakala seorang ulama mazhab Hanbali terkenal bernama Muhammad Bin Badruddin Bin Balban Ad-Dimasyqiy Al-Hanbaliy dalam kitabnya berjudul Muktasor Al-Ifadat mukasurat 490 menyatakan : “ Allah tidak menyerupai sesuatu dan sesuatupun tidak menyerupai Allah, sesiapa menyamakan Allah dengan sesuatu maka dia KAFIR seperti mereka yang menyatakan Allah itu berjisim, begitu jugak kafir yang menyatakan Allah itu berjisim tapi tak seperti jisim-jisim ”.
4. Begitu juga Imam al-Maliky dan Imam Abu Hanifah jelas mengkafirkan golongan Mujassimah. Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitamiy dalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah : “ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Asy-Syafie, Imam Maliky, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.
5. Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir : “ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi” . Kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud : “ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya”.
HUKUM ORANG YANG BERI’TIKOD ALLAH MEMPUNYAI TEMPAT :
Syeikh Daud bin Abd Allah Al-Fathani rahimahullah
Syeikh Daud bin Abd Allah Al-Fathani (wafat 1265H/1297H) dalam kitab Al-Jawahir Al- Saniyah m/s 6 mengatakan: “ Dan barangsiapa mehinggakan zat Allah Ta’ala pada tempat maka tidak syak ia kufurnya seperti katanya Allah Ta’ala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.”
Syeikh Nur Al-Din Al-Rahiri rahimahullah
Syeikh Nir Al-Din Al-Rahiri berkata kitab Sabil Al Muhtadin jilid 1 m/s 203 : “ Tiada sah mengikut bid’ah yang jadi kafir seperti mengiktikadkan bahawa Allah Ta’ala itu tiada mengetahui akan juz’iyat dan ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan ba’ath dan hasyr dan demikian lagi kaum mujasimmah dan yang mengiktikad bahawa Allah Ta’ala berjihah”.
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari rahimahullah
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (wafat 1227H) dalam kitab Sabil Al Muhtadin jilid 2 m/s 37 berkata: “Adapun yang jadi kafir dengan bid’ahnya seperti yang beriktikad bahawa Allah Ta’ala tiada mengetahui akan segala juz’iyat dan yang ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan bangkit dari dalam kuburdan berhimpun di Mashyar dan demikian lagi kaum mujassimah dan yang berikitikad bahawa Allah Ta’ala berjihah maka tiada sah mengikut mungkin dia seperti sekalian kafir yang lain.”.
Perlu penulis ingatkan di sini, bagi muslim dan muslimah-muslimah yang budiman janganlah terpedaya dengan golongan wahhabi ini, kerana dibimbangi akidah setengah daripada mereka itu menjisimkan Allah dan mentashbihkanNya dengan makhluk-makhluk. Rentetan daripada itu, keluar mereka dari agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya. Begitu juga dengan perkahwinan dengan golongan ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan menyayatkan hati.
MULAHAZHAH :
Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki rujukan-rujukan penulis nukilkan tadi, penulis bersedia berkongsi di atas dasar menyahut seruan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.