Sunday, September 7, 2008

ULAMAK ADALAH NIKMAT KEPADA UMAT ISLAM (1)


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد



Haji Abdul Qadir Al-Mandily

_____________________________________________



Segala puji bagi Allah yang menjadikan Ahlul Haq
[1] sebagai mejoriti bagi umat ini dan menjadikan bagi kami cahaya penglihatan hati untuk mengikuti kebenaran, memerangi mereka yang takabbur. Selawat dan salam ke atas nabi yang memberi syafaat kepada umatnya, keluarganya, sahabat-sahabatnya, dan siapa sahaja yang mengikutinya dalam menghidupkan As-Sunnah dan As-Syariat. Adapun ;

Sesungguhnya kitab (( At-Ta’aqqub Al-Hatsits ‘Ala Man Tha’ana Fima Shohha Minal Hadits)) dan kitab (( Nushrah At-Ta’aqqub Al-Hatsits ))
[2] merupakan kitab karangan Tuan Syeikh kita, Al-Allamah yang amat dibangga-banggakan oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu Syeikh Al-Hafidz Abdullah As-Syaiby . Semoga Allah menjaganya dan memberi peluang kepada kita merasai nikmat dengan panjangnya umurnya[3] yang mana kewujudannya merupakan sebesar-besar kenikmatan kepada kami. Kedua-dua buah kitabya tadi membongkar kesesatan Al-Albaany, pengikut-pengikutnya[4] dan percanggahannya. Ini kerana, mereka menurut hawa nafsu mereka dan juga kerana sedikitnya pengetahuan mereka tentang Ilmu Hadits[5]. Adapun pensahihan ataupun pendaifan terhadap hadits-hadits Rasulullah yang dibawa oleh Al-Albaany ditolak dan tidak dikira, ini kerana kerja mensohihkan hadits dan mengatakan ianya daif adalah kerja yang dikhaskan kepada mereka yang bergelar al-hafidz di dalam bidang hadits[6], dimana al-albaany kalau nak dibandingkan dengan martabat hafidz yang tinggi ini??!

Semoga Allah Taala membalas syiekh kita, Syeikh Al-Hafidz Abdullah As-Syaiby dengan sebaik-baik balasan dan semoga Allah Taala memberikannya balasan yang baik di akhirat dengan dibentangkan hakikat kebenaran yang dibawanya dan yang kami dapat rasai. Dan hanyasanya Dialah yang Maha berkuasa di atas segala sesuatu.


Yang benar,

(HAJI ABDUL QADIR AL-MANDILY)

_________________________________


Footnote ;


[1] Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Wahabi dan ajaran sesat lain tidak tergolong dalam ASWJ.
[2] Kedua-dua kitab ini pernah mendapat pujian daripada Al-Hafidz Abdullah Al-Ghummary.
[3] Dikhabarkan kepada penulis umur Muhaddits Al-Syeikh Al-Allamah Abdullah Bin Muhammad As-Syaibi Al-‘Abdary Al-Harary ketika meninggal dunia ialah 105 tahun…subhanallah.
[4] Pengikut-pengikutnya kebanyakan berfahaman al-wahabiyah.
[5] Ilmu hadits ialah ilmu berkaitan dengan ilmu diroyah dan ilmu riwayah.
[6] Berkata imam As-Syuyuti di dalam Alfiyahnya “ ambillah ia sebagaimana dinashkan oleh al-hafidz * ataupun ambilah ia sekiranya terdapat kitab karangan al-hafidz yang yang dikhaskan pada pada menyatakan hadits itu sahih atau dhaif”. Maknanya kerja mensohihkan hadits dan mengatakan ianya daif adalah kerja yang dikhaskan kepada mereka yang bergelar al-hafidz di dalam bidang hadits.

Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany

( 0133005046)

musufism_addeen@yahoo.com

http://abulehyah.blogspot.com/

PEJUANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEJATI ( Pengiktirafan daripada YADIM)

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
musufism_addeen@yahoo.com
http://abulehyah.blogspot.com/


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

Rencana >> Tokoh

Pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah sejati




05 September 2008, Dunia Islam baru-baru ini kehilangan sebutir permata yang selayaknya menjadi role model kepada kita semua. Jasanya terhadap Islam memang tidak terhitung kerana sikapnya yang zuhud dan tidak mahu bermegah-megah dengan tindakannya selain sentiasa mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat.


Lelaki alim kelahiran Harar, Ethiopia pada 1910 bersamaan 1328 Hijrah ini gigih memerangi begitu banyak dakyah palsu dan ajaran songsang dalam masyarakat. Meskipun paling menonjol dalam usahanya menetang gerakan Wahabi, namun Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari sebenarnya memberi sumbangan yang jauh lebih banyak.



Beliau adalah seorang yang alim, pakar dalam ilmu Feqah dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Paling jelas, seorang yang zuhud dan bertaqwa, ketika lahir, beliau dinamakan Abdullah. Manakala bapanya ialah Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’.Dilahirkan di Bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah dan dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama.


Beliau diberikan didikan agama yang mendalam sejak kecil dan telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun.Beliau membesar dengan menghafal ilmu-ilmu agama selain mendalami ilmu hadith dengan sanadnya sekali hinggakan telah berjaya diijazahkan meriwayat hadis nabi pada usia yang begitu muda.


Oleh kerana begitu terserlah kepintaran dan kebijaksanaan beliau, selain pengetahuan ilmu agama yang nyata begitu dalam, beliau telah dilantik menjadi Mufti Harar pada usia yang cukup muda, belum pun mencecah 18 tahun.


Selain sibuk menimba ilmu , zaman muda beliau juga dipenuhi dengan perjuangan untuk membebaskan Somalia daripada penjajahan British dan Itali.


Selepas berjuang membantu membebaskan bumi Somalia, ulama ulung ini mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelusuk bumi Syam untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat serta mengajarnya berteraskan metodologi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari mempunyai perwatakan dan peribadi yang sangat baik, justeru tidak hairan jika ramai yang mengungkapkan kata-kata ”walaupun kulitnya hitam, namun hatinya putih”.


Sifat mulianya ini menyebabkan beliau diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat di Syam, tanpa mengira latar belakang mereka.


Satu perkara yang membezakan beliau dengan para pejuang yang lain ialah kebijaksanaannya menyampaikan dakwahnya serta cara ia ditujukan kepada masyarakat umum.




Walaupun tegas dalam pendirian serta dakwahnya, ia tidak menyakiti dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak menyebabkan beliau tidak pernah ditahan atau dimasukkan ke penjara seperti rakan-rakan seperjuangan, contohnya Ibn Taimiyah dan Sayyid Qutb.


Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 Hijrah, beliau telah pergi ke Beirut, Lubnan dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Kedatangannya di Lubnan juga adalah untuk mengajar dan membetulkan dalah faham umat tentang Islam.


Beliau telah pergi meninggalkan kita pada subuh hari kedua umat Islam berpuasa iaitu 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008, selepas waktu subuh di Beirut, Lubnan. Jenazahnya ulama tersohor ini disembahyangkan oleh ribuan umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar, Beirut.




Jasad beliau kemudiannya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Takziah kepada keluarganya. Kita sesungguhnya telah kehilangan seorang tokoh Ahli Sunnah wal Jamaah yang terkemuka. Al Fatihah untuk beliau...


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

Awas!! Penceramah Wahhabi..!!


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
musufism_addeen@yahoo.com
http://abulehyah.blogspot.com/


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد



Zahazan al-Wahhabi jelas mengiklankan di dalam program Tadarus Al-Quran Tv9 jam 4.45 pagi pada 8 September 2008 menyebarkan akidah wahhabiyah :


  • berkata zahazan : " ...Bahawa Allah duduk di atasy Arasy..."


  • selain itu juga dia menisbahkan syirik bagi Nabi Ibrahim, ZAHAZAN berkata"... Nabi Ibrahim memikirkan bintang dan matahari itu Tuhannya..."

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)