Sunday, June 22, 2008

PARASIT LA PULAK!!






MUFTIN ASRI SUDAH BERPOLITIK..
MENARUH SIMPATI PKR DAN PAS,
HARTA DUNIA SASARAN DAN TAKTIK,
AGAR WAHABI TERBANG BEBAS.







GURU-GURU PONDOK MENGIKTIRAF KEALIMAN SYEIKH AL-MUHADDITS ABDULLAH AL-HARRARY



disediakan oleh :

Abu Lehyah al-Kelantany

0133005046



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Segala puji bagi Tuhan, Pengurus sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi yang terpilih, sayyididuna Muhammad dan ke atas ahli keluarganya, serta para sahabat baginda seluruhnya..

Adapun …

Maka sesungguhnya aku telah membaca dan meneliti kitab-kitab yang dikarang oleh Al-Muhaddits Al-Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi yang amat dihormati- semoga Allah menjaganya- terutamanya pada bab membicarakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah dan selainnya seperti apa yang terdapat pada kitab “ Almaqoolat As-sunniyyah”, “kitab syarah shirot Mustaqim”, “dan Bughyah Thalib.”

Dan sesungguhnya apa yang mengembirakan aku (bila menatap apa yang terdapat di dalam kitab-kitab al-Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary ) tentang permasalahan yang berkaitan dengan kumpulan sesat al-wahhabiyah, golongan Mujassimah, dan golongan yang melakukan perkara-perkara bid’aah dalam agama. Semenjak kami mempelajari ilmu daripada Syeikh Al-Muhaddits Muhammad Yassin Bin ‘Isa Al-Padany Al-Makky dan selainnya, sesungguhnya kami memerangi ideology-ideologi pemikiran sesat, dan kami sekarang ini dalam langkah membantah dengan keras permasalahan golongan Al-Wahhabiyah secara terang-terangan di khalayak ramai bertujuan untuk menyebarkan kebenaran yang amat nyata yang merupakan agama Tuhan, yang memiliki sekalian alam.

Dan semoga Allah senantiasa memberi taufiq kepada kami di atas apa yang di kasihiNya dan yang di redhaiNya, dan semoga Allah mematikan kami dengan kesudahan yang baik .


...........................

Ketua ribat Al-madrasah Ad-diniyah Al-Bakriyah di Kelantan,
Pondok Pasir Tumbuh Malaysia,



Haji Hasyim Bin Haji Abu Bakar.

disediakan oleh ;

abu Lehyah al-Kelantany

0133005046

FITNAH MAJALAH I DAN ABU SYUAIB BAKAL DI BONGKAR

OLEH KERANA BANYAK FITNAH TERHADAP SYEIKH ABDULLAH AL-HARARY KAMI PIHAK PONDOK YANG MENGETAHUI SEDIKIT SEBANYAK PASAL BELIAU DAN PERNAH MENGKAJI KITAB-KITAB SYEIKH ABDULLAH AL-HARARY AKAN MEMBERI SEDIKIT PENJELASAN, LANTAS AKAN MEMBONGKARKAN JENAYAH ILMIYAH YANG DI LAKUKAN OLEH KHAIRUL ANUAR (BEKAS PELAJAR UIAM YANG TELAH MEMALUKAN INSTITUSI TINGGI TERSEBUT) YANG KINI MEMAKAI GELARAN SEBAGAI ABU SYU'AIB AL-FATTAN.
KAMI MENDAPATI PENULISANNYA YANG TIDAK ILMIYAH TANPA KAJIAN RAPI SEPERTI KATA PEPATAH MELAYU "MELUDAH KE LANGGIT". LAGIPUN INI ADALAH BENAR-BENAR SUATU PENYELEWENGAN TERHADAP SYEIKH MUHADDITS TERSEBUT ANTARANYA KERANA RUJUKAN M/S YANG DIPAPARKAN ADALAH SUATU PEMBOHONGAN YANG AMAT NYATA. SERINGKALI MUKA SURAT ITU TIDAK ADA SEBAGAI MANA YANG DINYATAKAN, KADANG-KADANG BUKU SYEIKH TERSEBUT HANYALAH SETEBAL TIGA LEBIH MUKA SURAT TAPI DI SEBUT DI DALAM MUKA SURAT YANG KE LIMA RATUS LEBIH.YANG PALING MENIPU, APA YANG DI SEBUT OLEH KHAIRUL ANUAR ADALAH BERTENTANGAN DENGAN APA YANG DI PEGANG OLEH SYEIKH AL-MUHADDITS ITU...SUBHANALLAH..DAN KAMI MEYAKINI BELIAU HANYA MENTERJEMAH APA YANG DI TULIS OLEH ABDUL RAHMAN DIMASYQIAH, SEORANG BEKAS PELAJAR AL-AZHAR YANG DI BUANG SECARA RASMI KERANA TERLIBAT DENGAN KES LIWAT. KERANA HASAD DAN DENGKI TERHADAP SYEIKH AL-MUHADDITS ABDULLAH AL-HARARY BELIAU BERANI MENIPU UMAT ISLAM UNTUK MENUTUP AIB DAN KEMUNGKARAN YANG SELAMA INI DI SEMBUNYIKAN..TETAPI..QADDARALLAHU WAMA SYA-A WA WA'AL..
KAMI AMAT TERKEJUT APABILA DI KAJI PERKARA YANG DI SEBUT DI DALAM MAJALAH I,TERBUKTI IA ADALAH SUATU FITNAH BUKANNYA HAKIKAT. BAGAIMANA MUNGKIN MAJALAH I BOLEH BERSETONGKOL DALAM MENYAMPAIKAN FITNAH KEPADA MASYARAKAT ISLAM..? TIDAK HAIRANLAH DI ZAMAN MODEN INI, KERANA MENGEJAR KEDUNIAN MANUSIA SANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH DAN AGAMA..SUBHANALLAH..
MUNGKIN INILAH SEBENAR AKHLAK WAHHABI..MENIPU...MEMBOHONG ADALAH RESIPI CERAMAH MEREKA..
PENULIS MENYERU KEPADA PEMBACA..BACA, KAJI SELIDIK, TIMBANG DENGAN NERACA AL-QURAN DAN SUNNAH, BARU PEGANG..JANGAN BACA TERUS PERCAYA.JANGAN HANYA MEMPELAJARI AGAMA DARI SEGEBAL MAJALAH YANG TIDAK BERMORAL, YANG KADANG-KADANG HANYA MENDATANGKAN POLEMIK YANG TIDAK BERHARGA..

Mari Mengenali Syeikh Al Muhaddits Di Bumi Syam


Di sediakan oleh :
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046


Nama dan Tempat Lahirnya


Beliau adalah seorang yang alim, al Muhaddis, pakar dalam ilmu Feqah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar, berketurunan al Syaibi[1]dan al Abdari[2] beliau juga merupakan Mufti Harar ( beliau di lantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun). Dilahirkan di Bandar Harar [3] pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah.

Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al Hadhramiah dan kitab al Mukhtasar al Saghir dalam ilmu feqah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.

Kemudian beliau mula menghafal ilmu-ilmu agama yang lain seperti matan-matan ilmu agama kemudian beliau mendalami ilmu hadits dan telah menghafal kitab hadits yang enam dan selainnya dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadits-hadits nabi ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.


Guru-gurunya:

Beliau telah mempelajari ilmu feqah Syafie dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik dan al Luma’ 'dari:

1- Syeikh Muhammad Abdu Salam al Harary
2- Syeikh Muhammad Omar Jamei’ Al Harary
3- Syeikh Muhammad Rasyad al Habasyi
4- Syeikh Ibrahim Abil Gaish al Harary
5- Syeikh Yunus al Habasyi
6- Syeikh Muhammad Siraj al Jabruty


Manakala. dalam ilmu bahasa arab beliau telah ambil daripada;

1- Syeikh al Soleh Ahmad al Basir
2- Syeikh Ahmad bin Muhammad al Habasyi


Manakala dalam feqah 3 Mazhab dan usulnya beliau telah ambil daripada:

1-Syeikh Muhammad al Araby al Fasy
2-Syeikh Abdur Rahman al Habasyi.


Manakala ilmu tafsir beliau telah ambil dari Syeikh Syarif al Habsyi di kawasanya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari:

I- Al-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al Jabruty Mufti Habsyah,
II- Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al Habsyi.



Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim:

1.Syeikh al Muhaddits Ahmad Abdu al Muttalib al Jabaruty al Habsyi
[4], beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Makkah.
2.Syeikh Daud al Jabruty al Qori
3.Syeikh al Muqri Mahtnud Faiz at Dair Atony, ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Makkah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulamak-ulamak Makkah diantaranya ialah:

1- Syeikh al Aalim al Said Alawi al Maliki
2-
Syeikh Amin al Kutbi
3- Syeikh al-muhaddits Muhammad Yasin al Padani
[5] (Berasal dari Padang Indonesia)
4- Syeikh Muhammad al Araby al Tabban

Beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat al- Naqsyanbadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al Afghani An- Naqsyabandi. Ketika beliau berada di Madinah Munawwarah beliau sempat belajar ilmu hadis dan membaca hadits-hadits nabi dari Syeikh al Muhaddits Muhammad bin All al Siddiq al Bakry al Hindi al Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke maktabah Arif Hikmat dan maktabah al Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana. dan di katakan beliau telah menghafal hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut.

Di sana juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulamak hadis iaitu Syeikh al Muhaddits Ibrahim al Khattani anak murid kepada seorang ulama yg masyhur iaitu syeikh al Muhaddits Abdul Qadir Syalbi.

Manakala ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini. Kemudian beliau menuju ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulamak yang sangat alim iaitu al Muhaddits Syeikh Badruddin al Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan syeikh Abdullah al Harari ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al Harary menjadi rujukan dalam masaalah-masalah agama yang mana alim ulamak Syam merujuk kepada syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al Hasani dari segi ilmu. kemudian beliau di gelar sebagai "Al-Muhaddits Ad-diyar Asy-Syamiyyah"

Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al Rifaeyah dari Syeikh Abdul Rahman al Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al Kayaly al Humsi. Beliau sempat menerima ijazat tariqat al Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al Arbiny dan dari Syeikh al Toyyib al Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector Al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.



Footnote :

[1] Bani Syaibah daripada Abdud Dar dari bangsa Quraisy. Abdul Dar adalah anak kepada Qusai pemegang kunci-kunci kaabah. Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallan telah meninggalkan wasiat agar dipegang kunci-kunci kaabah oleh keturunan mereka. Sila lihat: Saba 'ik al Zahab, m/s 68.

[2] Keturunan Bani Abdud Dar adalah dari keturunan Qusai bin Kilab iaitu Datuk Nabi kita Muhammad yang keempat. Sila lihat Saba 'ik al Zahab, m/s: 68.

[3] Harar adalah sebuah negeri yang terletak di benua Afrika. Dikelilingi oleh beberapa buah negara iaitu dari sebelah timur ialah Republik Somalia, dari sebelah barat ialah Habsyah, dari sebelah selatan ialah Kenya manakala dari timur laut ialah Djibuti. Mengikut sejarah bahawa kerajaan Somalia pernah menjajah Harar suatu ketika dahulu dan membahagikannya kepada lima bahagian. Dan Somalia barat dikenali sebagai Harar yang mana ia di bawah kuasa kerajaan Habsyah. Ketika itu pada tahun 1887 bersamaan 1304Hijrah.


[4] Beliau adalah Imam dan Syeikh Masjidil Haram di zaman pemerintahan kerajaan Othmaniah iaitu di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid yang kedua pada masa itu.

[5] Sedia maklum bahawa Syeikh al-Muhaddits Yasin al Padani yang berasal dari Padang, Indonesia adalah seorang alim dalam ilmu hadits dan feqah di Makkah. Beliau mempunyai banyak ijazah-ijazah dan sanad-sanad dari guru-gurunya yang alim di Makkah. Kebanyakan ulama-ulama pondok atau selainnya di Malaysia, Indonesia dan Fattani banyak mempelajari daripadanya dan mengambil ijazah serta sanad dari beliau. Di antara kitab ijazah dan sanad beliau ialah yang berjudul Kifayatul Masanid Lima 'Ala Mm Asanid. Di antara ulama di Malaysia yang pemah belajar dengan beliau di Makkah ialah Tuan Guru Haji Hasyim Pondok Pasir Tumboh Kelantan dan banyak lagi.

Disediakan oleh:

Abu Lehyah Al-Kelantany

0133005046