Monday, June 30, 2008

Nasihat Berguna Dari Seorang Muhaddits


Pesanan Al-Imam Al-‘Allamah As-Syeikh Muhaddits Ad-Dunya Abdullah al-Harory-

Di terjemah oleh :
Abu Lehyah al-Kelantany ;
0133005046


الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلا كيف ولاجهة ولا مكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, أما بعد :-



Berkata Al-Imam Al-‘Allamah As-Syeikh Muhaddits Ad-Dunya Abdullah al-Harory- semoga Allah meredhoinya :


" Orang yang mengetahui kesesatan golongan Wahhabiyah, kemudian mengambil keputusan untuk mendiamkan diri daripada mentahzirkan ( mewaspadakan) masyarakat daripada (bahaya) mereka, dosanya ini adalah lebih berat daripada orang yang mengetahui bahawa di sana terdapat orang yang bersembunyi ( bagi penulis mereka yakni Wahhabi ini adalah musuh dalam selimut dan virus amat berbahaya), dia bersembunyi daripada manusia lalu membunuh mereka. Kerana orang ini ( orang yang mewaspadakan umat Islam daripada bahaya golongan al-wahhabiyah) sekiranya dibunuh, ditulis bagi mereka pahala orang yang mati syahid ( antara sebabnya ; mempertahankan akidah umat Islam). Adapun orang yang membiarkan (atau membenarkan) manusia mengambil kekufuran daripada golongan al-wahhabiyah, kemudian manusia tersebut meninggal dunia dalam hal keadaan tersebut ( beriktikod kufur), jadilah mereka antara golongan yang kekal binasa.


Antara sebab yang membawa seseorang itu sampai ke tahap kekufuran lebih teruk daripada sebab-sebab yang membawa seseorang kepada dosa besar seperti membunuh orang yang zalim, ini adalah kerana seruan yang dibawa oleh mereka iaitu golongan al-wahhabiyyah ialah mengkafirkan orang mukmin tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak dan juga seruan kepada tajsim iaitu menyeru kepada menyerupakan Allah dengan makhluk." Selesai nasihat berguna Al-Imam Al-‘Allamah As-Syeikh Muhaddits Ad-Dunya Abdullah al-Harory..


Disediakan oleh :
Abu Lehyah al-Kelantany ;
0133005046

MAHMUD ZUHDI BERKATA ALLAH TAALA ADA DI MANA-MANA SEBAGAIMANA IKTIQOD MUKTAZILAH DAN JAHMIYYAH.




Disediakan oleh :
Abu Lehyah al-Kelantany
0133005046

Berkata Mahmud Zuhdi di dalam Majalah Al-Islam m/s 15 terbitan JULAI 2008 / REJAB 1429H ;


((“ Soalan pertama yang pernah kita dapat dalam literatur klasik tentang tauhid di mana ada kisah yang menceritakan ; seseorang datang kepada Nabi dan bertanya tentang hasratnya untuk memasuki Islam. Masalahnya dia kata dia tidak kenal Tuhan. Jadi Nabi tanya, kamu datang dari mana? Jawab individu ini , dia datang dari hulu. Nabi tanya lagi ,apa yang kamu nampak di jalanan? Individu ini kata ; dia nampak tahi unta. Kemudian Nabi tanya ; apa yang kamu fikir bila ada tahi unta ? Individu ini jawab ,saya fikir bila ada tahi unta tentu ada unta. Ini adalah pemikiran yang mudah tentang kewujudan Tuhan. Ertinya di sini, literatur ini menunjukan secara perinsipnya, kewujudan Tuhan ada di mana-mana dan dapat direalisasikan dalam fenomena alam ‘’.)) Kata-kata ini dipetik daripada Majalah Al-Islam m/s 15 terbitan JULAI 2008 / REJAB 1429H ;


ISLAM MELARANG BERKATA-KATA " ALLAH ADA/ BERADA DI MANA-MANA "



Firman Allah ta^ala di dalam Surah asy-Syura ayat 11:

Bermaksud: {“Tiada sesuatu pun yang sama denganNYA”}.

Dan dari Hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Ansariyy: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:


لا فِكْرَة فِي الرَّبِّ
(رواه أبو القاسم الأنصاري
)



Maknanya : "Tidak boleh berfikir (membayangkan) tentang Allah". (Diriwayatkan oleh Abu`l-Qasim al-Ansari). Oleh sebab inilah Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali berkata:


لاتَصِحُّ الْعِبَادَةُ إِلا بَعْدَ مَعْرِفَةِ الْمَعْبُودِ

Maknanya : "Ibadah tidak sah kecuali selepas mengetahui (Allah yang wajib) disembah". Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya syarak tidak membenarkan umatnya berkata, “Allah berada di mana-mana (setiap tempat."

Akan tetapi barangsiapa menggunakan kaedah yang salah ini dengan cara memahami bahawa Allah mengetahui segala-galanya dan menguasai setiap sesuatu (makhluk) , maka ini tidak kufur ( tidak jatuh kafir atau murtad), akan tetapi mereka sangat-sangatlah dilarang dari menuturkan perkataan tersebut.


Walaubagaimanapun, barangsiapa memahami dari ayat tersebut bahawa Allah menjelma di dalam tempat atau Allah meliputi ruang atau Allah berada di mana-mana dengan ZatNYA atau Allah berada di suatu tempat, maka mereka adalah murtad ( jatuh kafir), mereka telah terkeluar dari Islam. Adalah menjadi kewajipan bagi mereka untuk kembali kepada agama Islam dengan mengucapkan Kalimah Dua Kalimah Syahadah dan percaya bahawa Allah subhanahu wa ta^ala tidak mempunyai tempat dan bilangan sama sekali. Ketahuilah sesungguhnya Allah ta^ala tidak mempunyai bentuk, tidak kecil, tidak sederhana besar ataupun besar.


Umat Islam juga mesti mempercayai bahawa Allah ta^ala tidak seperti Ajsam al-Kathifah ( benda-benda yang keras yang boleh di gengam dengan tangan ) seperti manusia, pokok, batu, bumi, gunung, langit, matahari atau bintang dan sebagainya.


Allah juga tidak seperti Ajsam al-Latifah ( benda-benda yang lembut yang tidak boleh digengam dengan tangan ) seperti udara, ruh, terang, gelap, nafas atau bayang-bayang dan sebagainya.


Adalah menjadi kewajipan untuk percaya bahawa Allah ta^ala Maha Suci dari segala ukuran, bentuk, rupa, warna, pergerakan dan diam (tidak bergerak), ini adalah kerana DIA lah yang menciptakan semua ukuran dan bilangan maka sudah tentu DIA tidak mempunyai ukuran ataupun bilangan.


Oleh kerana sudah pasti bahawa Allah bukan berukuran kecil seperti :


1. ‘Al-Jawhar Al-Farad’ ( ciptaan yang paling kecil sekali yang tidak boleh dibelah-bahagikan lagi), atau


2. Zarah (adz-Zarrah) –( habuk yang yang kecil bertebangan yang kebiasaannya dilihat pada sinaran cahaya matahari. Habuk-habuk yang bertebangan di jendela akibat sinaran matahari ekoran daripada kegiatan menyampu sampah di dalam rumah contohnya, satu habuk daripada habuk-habuk itu dinamakan zarrah atau jawhar) - atau ,

3. Biji Sawi atau bukan berukuran besar seperti ^Arasyh, atau lebih besar dari ^Arasyh, Maka adalah wajib percaya Allah wujud tanpa tempat, arah ataupun ruang.


Oleh itulah para ulama’-ulama’ dikalangan Salaf dan Khalaf bersepakat mengatakan, yang bermaksud :“ Allah wujud tanpa tempat”.


Akan tetapi perkataan “Allah ta^ala berada di mana-mana” akan membuka pintu kepada golongan atheis ( golongan yang tidak mempercayai adanya Tuhan dan mengingkari kewujudanNya ) ataupun golongan komunis untuk membantah, lalu berkata, “Jika DIA berada di mana-mana, maka DIA berada di dalam tandas dan tempat-tempat kotor yang lain ”. Ini merupakan perkataan golongan Mutasawwifah ( orang yang mengaku-mengaku mereka adalah Sufi ) padahal mereka adalah jahil. Mereka mendakwa menjadi pegikut Tariqah, akan tetapi mereka tidak berilmu dan tidak memahami aqidah dan tariqah. Pengajian tasuaf perlu di dasari dengan pengetahuan akidah yang mantap. Sebab itulah mempelajari akidah Islam merupakan hal dan perkara yang amat utama, dan perlu didahulukan daripada ilmu fiqh dan tasauf.


Berikut adalah perkataan salah seorang ulama’ yan bernama Sheikh ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy, beliau berkata di dalam kitab tafsirnya, ‘Ruh al-Bayan’, Juzu^ 5, pada pentafsiran Surah Taha, muka surat 365:


Bermaksud: (( “Kami berkata kepada orang yang berkata, ‘ Allah mempunyai tempat’ ; ‘Di manakah DIA sebelum diciptakan alam ini? Bukankah DIA telah wujud? (yakni tanpa permulaan -- azali – dan tiada suatu pun wujud di sampingNYA). Jika mereka berkata ‘tidak’, jatuhlah mereka di dalam kekufuran ; manakala jika mereka mencadangkan (mangatakan ianya adalah) penjelmaan atau pergerakan bagi zat Allah, mereka juga jatuh kafir”.)) Selesai perkataan Sheikh ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy.

Pada muka surat yang sama, Sheikh ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy berkata:


Bermaksud: (( “Sesungguhnya orang yang menetapkan Allah mempunyai tempat merupakan dari golongan mujassimah dan dari kalangan ahli Sufi yang jahil palsu (mutasawwifah) yang berkata bahawa Allah ta^ala berada di mana-mana.”)) Selesai perkataan Shiekh ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy.

Ini juga diriwayatkan oleh Sheikh Al-ustaz Mahmud Muhammad Khattab As-Subkiyy, Sheikh-syeikh dan ulama’-ulama’, para pemimpin fatwa di kalangan ulama’-ulama’ Azhar di dalam kitabnya ‘Ithaf al-Ka’inat Bi-Bayan Madzhab As-Salaf Wal-Khalaf Fil-Mutashabihat, muka surat 14.


Al-Hafiz Abu Bakr Al-Bayhaqiyy Al-Ash^ariyy (458 H) secara terangnya menyatakan di dalam kitabnya “Al-I^tiqad”, muka surat 70:


(( Di antara apa yang kami tulis tentang ayat tersebut adalah bukti mengenai ketidaksahihan perkataan di kalangan al-Jahmiyyah yang mana mereka mendakwa bahawa Allah subhanahu ta^ala berada di mana-mana dengan ZatNYA.


Firman Allah ta^ala di dalam surah al-Surah Al-Hadid ayat 4:


“Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”


Ini bermaksud (bersamaan itu) dengan PengetahuanNYA, dan bukan dengan ZatNYA( yakni, ayat ini bermaksud bahawa Allah Maha Mengetahui tentang kita walau di mana kita berada bukanlah bermaksud bahawa DIA berserta dengan kita dengan ZatNYA walau di mana kita berada).”)) Selesai perkataan Al-Hafiz Abu Bakr Al-Bayhaqiyy Al-Ash^ariyy.


Jelas maknanya Allah mengetahui tentang kamu di mana pun kamu berada seperti yang dikatakan oleh al-Imam Sufyan al-Thawri, al-Imam al-Shafi^i, al-Imam Ahmad, al-Imam Malik dan selain mereka.

Al-Hafidz Ibn Hajar al-^Asqolaniyy asy-Syafi^iyy al-Asy^ariyy (852 H) secara terangnya menyatakan:


(( “Sebahagian Mu^tazilah juga condong kepada kepercayaan ini dan mereka berkata, ‘Allah berada di mana-mana’ dan ini adalah kejahilan yang cukup nyata.”)) Selesai perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqolaniyy asy-Syafi^iyy al-Asy^ariyy.


Asy-Syeikh ^Abdal-Wahhab Ibn Ahmad asy-Sya^raniyy (973H) menyatakan ini di dalam kitabnya “al-Yawaqit wal-Jawahir”, jilid 1 muka surat 65 bahawa ^Aliyy al-Khawwas, semoga Allah meredai mereka berdua, berkata:


(( “Tidak dibenarkan berkata bahawa Allah ta^ala berada di mana-mana (seluruh tempat) sebagaimana golongan Mu^tazilah dan Qadariyyah katakan.” )) selesai perkataan Asy-Syeikh ^Abdal-Wahhab Ibn Ahmad asy-Sya^raniyy.


Sehinggakan Ibn Katsir sendiri berkata pada tafsirnya “Tafsir Ibn katsir”, jilid 3 muka surat 7:


“Golongan Mufassirun (orang yang mentafsirkan al-Qur’an) telah berijma^ menolak perkataan golongan al-Jahmiyyah yang mana mereka berkata ‘Allah berada di mana-mana’. Allah ta^ala Maha Suci dari apa yang mereka katakan.” Selesai nukilan daripada kata-kata Ibn Katsir.


Syeikh Qadi Zakariyya al-Ansoriyy berkata di dalam tafsirnya, “Fathu-r-Rahman” pada pentafsiran Surah al-Mulk, muka surat 595:


((“DIA (Allah ta^ala ) Maha Suci dari (disifatkan) berada di mana-mana (seluruh tempat).”)) Selesai perkataan Syeikh Qadi Zakariyya al-Ansoriyy


Ibn Fuwrak al-Asy^ariyy (wafat pada tahun 406 H) berkata di dalam kitabnya “Mushkil al-Hadith” muka surat 63:


(( “Ketahuilah bahawa Ats-Tsaljiyy, kepercayaannya sama dengan kepercayaan golongan An-Najjar mengenai perkataan bahawa Allah berada di mana-mana yang juga menjadi kepercayaan Mu^tazilah[1][1]. Pada kami, pentafsiran ini adalah dilarang kerana tidak dibenarkan berkata bahawa Allah ta^ala berada di suatu tempat ataupun di mana-mana (seluruh tempat).”)) Selesai perkataan Ibn Fuwrak al-Asy^ariyy.


Pada muka surat 64-65 dalam kitab yang sama, Ibn Fuwrak menolak dakwaan orang yang berkata bahawa Allah berada di mana-mana, dengan berniat bahawa dia berkata Allah Maha Mengetahui mengenai segalanya. Ibn Fuwrak berkata dengan terangnya:


“Apabila mereka merujukkan pentafsiran ayat ini (yakni perkataan Allah berada di mana-mana) dengan makna Pengetahuan Allah dan Pentadbiran pada makhlukNYA, maka kefahaman ini adalah betul, akan tetapi lafaz/ucapannya adalah dilarang.


Tidakkah kamu melihat bahawa adalah tidak boleh diterima bagi seseorang untuk berkata ‘Allah ta^ala berada di sisi, bersentuh, menjelma, duduk bersemayam atas sesuatu’, pada masa yang sama berniat untuk menyatakan bahawa Allah Maha Mengetahui mengenai sesuatu dan mentadbir atau menguasai segalanya.”))Selesai perkataan Ibn Fuwrak al-Asy^ariyy.


Tetapi....


Mahmud Zuhdi sekejap puji Ibn Taymiyah Al-Harrany Al-Mujassim yang mengistsbatkan tempat kepada Allah ( pada hal Al-quran menolak fahaman sesaatnya itu ), kali ini beriktikod seperti Jahmiyah dan Muktazilah pula yang sebahagiannya berkata Allah berada di mana-mana padahal Ibn Taymiyah Al-Harrany Al-mujassim amat membenci golongan muktazilah sebagaimana yang masyhur dalam kitab-kitab karangannya.


Kecelaruan dan seserabutan mereka yang tidak mempelajari ilmu secara bertalaqqqi, lama-lama melakukan banyak perkara bida'aah dalam agama, lebih teruk lagi bid'aah tersebut dalam masalah akidah Islam, lantas bercanggah dengan akidah sebenar yang dibawa oleh Habibuna Musthofa Muhammad Sollallahu 'alaihi Wasallam.


..........................


[2][1] Golongan Mu^tazilah muncul pada zaman ulama Salaf lagi. Ulama menggolongkan mereka sebagai kafir kerana di sebahagaian perkara mereka percaya bahawa hamba Allah melakukan perkara amal dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud. Kepercayaan mereka ini telah diikuti sejak akhir-akhir ini oleh kumpulan yang dikenali sebagai Hizb at-Tahrir.

Disediakan oleh :
Abu Lehyah al-Kelantany
0133005046





Sunday, June 29, 2008

Kepentingan Akidah Dalam Pembentukan Muslimah




OLEH: Hajjah Azizah Khatib Mat
Jumaat 27 Jun 2008 22 Jamadil Akhir 1429 Hijrah


Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dialah Yang Mencipta arasy, langit dan bumi, Dialah juga pencipta tempat, wujudNya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penerapan ilmu akidah bersistemkan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap para muslimah sememangnya dapat membentuk peribadai wanita muslimah yang mulia.
Namun dalam menghadapi cabaran menerapkan ilmu ini kita dapati ramai golongan yang asyik melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.

Mari kita merenung sejenak, adakah dengan hanya mengaku sedemikian sahaja tanpa bukti yang kukuh harus bagi kita menamakan mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah? Sekiranya begitu maka sesiapa sahaja yang tidak berakidah Islam pun berpeluang mendakwa sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah.

Sedia maklum bahawa ancaman dan penentangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar datang dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang, keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya. Apakah mauqif dan peranan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Ramai jua yang tahu peranan masing-masing tetapi mengabaikan tindakan segera atau menganggap ia sebagai suatu yang boleh dilakukan pada masa yang akan datang tanpa disedari semakin hari semakin pupus insan yang mengetahui erti akidah yang sebenar, semakin hari semakin hilang mutiara ilmu akidah yang menjadi senjata utama dalam menguatkan serta memajukan lagi traf insan yang bergelar Ahli sunnah Wal jamaah. Renunglah sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: "sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungakaran, tiada pula ia merubahkannya maka Allah akan mengumumkan azabNya ke atas semua manusia."

Riwayat Imam Ibnu Asakir dan Imam Abdari dalam kitab beliau tahzir Syar'i wajib. Jadikan juga renungan pada kata-kata yang sering diungkapkan oleh para ulama seperti Imam Ali Ad-Daqqoq yang bermaksud, "senyap dari menyatakan kebenaran merupakan syaitan bisu".

Betul akidah terima ibadah

Akidah yang membawa erti pegangan dan kepercayaan dan pegangan serta kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar dan salah. Akidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa akidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan soleh.

Sekiranya akidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukkan maka akan hanya dibalas dengan keburukkan. Justeru itu perkara yang berkaitan dengan akidah tidak harus dijadikan gurau senda atau diremeh-remehkan.

Hubungan akidah dan amalan soleh ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud: "Dan barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit." (An-nisa: 124)

Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan soleh yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaan dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadith nabi yang bermaksud, "Semulia-mulia amalan adalah beriman kepada Allah dan rasulNya (beraqidah dengan aqidah yang betul)."

Riwayat Imam Bukhari dalam kitab Sohih Bukhari. Ini menunjukkan bahawa akidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah lain.

Akidah ahli sunnah wal jamaah

Kesemua akidah Ali Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan Al-Quran, Al-Hadith serta Ijmak para ulama.

Dalam ilmu berkaitan mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala, para ulama ahli Subaha Wal Jamaah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta'ala sendiri di dalam Al-Quran dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasullulah di dalam hadith baginda tanpa menyandarkan sifat tasbih (penyamaan) atau tajsim (menjisimkan) bagi Allah, ulama ahlu Sunnah Wal Jamaah juga menafikan bagi Allah segala sifat tersebut seperti sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas arasy dan sebagainya dari sifat-sifat yang tidak layak bagi tuhan bahkan mustahil baginya.

Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud: "Tiada sesuatupun yAang menyerupaiNya". Wujudnya Allah tanpa diliputi tempat berdalikan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud "Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali". Riwayat Bukhari dalam Sohih Bukhari.

Ini merupakan dalil qoth'i bahawa dia sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, arasy, langit, dan selainnya bukan azali.

Ijmak para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam Abdul Qohir Bin Tohir Al-Baghdadi dalam kitab Al-Farqu Bainal Firaq halaman 333 cetakan Darul Ma'rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas arasy akan tetapi Allah Wujud tanpa diliputi oleh tempat: "Dan telah disepakati dan diijmakkan bahawa Allah tidak diliputi tempat,"ijmak para ulama ini sememangnya tidak boleh ditolak lagi oleh golongan mujassimah dan musyabbihah yang menyamakan Allah dengan makhluk.

Murtad ancamannya terhadap akidah

Isu murtad menjadi masalah yang paling utama bagi sesebuah negara sekiranya negara itu sememangnya negara Islam. Untuk menyelesaikan kes murtad ini tidak boleh lari mengetahui hukum hakam berkaitan murtad.

Maka mempelajari perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang adalah perlu supaya kita tidak terjerus ke kencah murtad dan dapat membantu mengislamkan mereka yang telah murtad. Perlu diketahui bahawa diwajibkan ke atas setiap orang Islam menjaga akidahnya di dalam Islam dan melidungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan (merosakkan), membatalkan, dan memutuskan akidahnya, ini dinamakan sebagai keluar dari Islam iaitu Riddah (murtad) Imam an-Nawawi dan imam-imam yang lain pernah menyatakan:

"Murtad adalah jenis kekufuran yang paling dibenci."

Telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu menuturkan perkataan-perkataan yang mana membawa dia keluar dari Islam, dirinya tidak menyangka dengan menuturkan perkataan-perkataan itu boleh menjadikannya kafir.

Maka terjadi kes-kes murtad yang dia tidak sedar bahawa dia telah pun murtad. Semua ini berlandaskan apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadith baginda:

"Sesungguhnya seseorang itu berkata ia dengan kalimat yang tidak disangkakannya membahaya yang mana menyebabkannya menjunam jatuh 70 tahun ke dalam neraka." (Riwayat Imam Tirmizi dan Sunan).
Ini juga bererti tidak semestinya dalam keadaan tenang sahaja seseorang itu akan menjadi murtad apabila menuturkan perkataan kufur. Bahkan di dalam keadaan marah pun seseorang itu akan jatuh murtad jika di menuturkan perkataan kufur.

Imam Nawawi pernah berkata yang bermaksud; "Jika seorang lelaki marah pada anaknya atau hambanya dan memukulnya dengan teruk, kemudian datang seorang yang lain bertanya kepadanya, "kenapa engkau melakukan ini? Tidakkah engkau seorang Islam? Dengan segaja dia menjawab, 'Tidak', maka dia telah menjadi murtad kerana tidak mengaku sebagai muslim". Ini juga telah dinyatakan oleh ulama dari mazhab Hanafi dan juga para ulama Islam yang lain.

Maka kita perlu menghindari umat Islam dari bahaya murtad yang tersebar dan menjaga serta menerapkan isi ilmu akidah Islam sebenar bagi merealisasikan pembentukan muslimah yang solehah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Rujukan :

Sila layari http://www.englishsection.com/ untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.



Friday, June 27, 2008

Al-Hafidz Adz-Zahabiy Vs Bekas Gurunya, Ibn Taymiyah Al-Harrany




Biodata Al-Hafidz Az-Zahabi


Az-Zahabi adalah Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaymaz bin Abdullah ( 673-748H ). Pengarang kitab Siyar An-Nubala’ dan kitab-kitab lain termasuk Al-Kabair.


Mari Kita Lihat Perbezaan Ketara Iktikod Ibn Taymiyah dan Al-Hafidz Az-Zahabi


Dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374, Ibn Taymiyah Al-Harrany yang yang menjadi pujaan kepada Muhammad Abdul Wahhab, kuncu-kuncunya, dan Wahhabiyyah Mujassimah mengatakan :


إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
Akidah yang kufur ini bermaksud:

“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.

Terjemahan.Berkata Al-Hafidz Az-Zahabi:“Faedah, perkataan manusia yang dihukum kufur secara jelas ianya terkeluar dari Islam oleh para ulama adalah: ...…sekiranya seseorang itu menyatakan: Allah Duduk untuk menetap atau katanya Allah Berdiri untuk menetap maka dia telah jatuh KAFIR. Rujuk scan kitab tersebut di atas.


Perhatikan bagaimana Az-Zahabi menghukum kafir sesiapa yang mendakwa Allah bersifat Duduk. Sesiapa yang mengatakan Allah Duduk maka dia kafir. Fokuskan pada kenyataan Az-Zahhabi tidak pula mengatakan “sekiranya seseorang itu kata Allah Duduk seperti makhlukNya maka barulah dia kafir” akan tetapi amat jelas Az-Zahabi terus menghukum kafir kepada sesiapa yang mendakwa Allah Duduk disamping Az-Zahabi menukilkan hukum tersebut dari seluruh ulama Islam.



Wahai Mohd Asri Zainul Abidin, Aizam, Rasul Dahri, Zahazan dan Wahhabi yang lain…ketahuilah apabila anda semua mengatakan Allah Duduk merupakan kekufuran yang telah dihukum oleh Az-Zahabi sendiri dan ulama Islam. Tidak perlu ditunggu kenyataan “ Allah Duduk Seperti MakhlukNya” baru nak dihukum kafir akan tetapi dengan mengatakan Allah Duduk maka ia merupakan perkataan kufur terkeluar dari Islam sepertimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Az-Zahabi.

Ditambah lagi Adzahabi mengakui bahawa beliau tiada kaitan langsung dengan ibn Taymiyah selepas mengetahui penyelewengan Ibn Taymiyah Al-Harrany.

Ini terbukti Adz-Dzahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, m.s. 23 (cetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik) mengatakan :“Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yang telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tidak dipercayai antara kebenaran dengan kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yang menerangi kehidupan, lebih-lebih lagi tentang al-salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap-gelita."

Dalam kitab yang sama hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: “ Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu Taimiyah), sehinggalah saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya peroleh adalah; ternyata bahawa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama’ Syam dan Mesir serta beliau dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah kerana beliau seorang yang sombong takabbur, terlena oleh diri sendiri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan cenderung untuk mengepalai dan memimpin para ulama’ serta sering memperlekeh para ulama’ besar.Adz-Dzahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, m.s. 23 (cetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik):“Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yang telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tidak dipercayai antara kebenaran dengan kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yang menerangi kehidupan, lebih-lebih lagi tentang al-salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap-gelita..”

Dalam kitab yang sama hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: “ Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu Taimiyah), sehinggalah saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya peroleh adalah; ternyata bahawa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama’ Syam dan Mesir serta beliau dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah kerana beliau seorang yang sombong takabbur, terlena oleh diri sendiri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan cenderung untuk mengepalai dan memimpin para ulama’ serta sering memperlekeh para ulama’ besar.

Di sediakan oleh :

Abu Lehyah Al-kelantany

0133005046


Thursday, June 26, 2008

AWASI Fahaman TAKFIR di Malaysia

Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah al-Kelantany
(0133005046)
الحمد لله رب العالمين ،المنـزه عن الشبيه والمثيل والزوجة والولد والإخوان، الموجود بلا جهة ولا مكان، المنـزه عن كل ما لا يليق به من الصفات والنعوت، والملك القهار ذي الجلال والجبروت، وأفضل الصلاة وأتم السلام على سيدنا محمد خير الأنام، وخاتم أنبياء الإسلام، وعلى ءاله الطاهرين، وصحبه الغر الميامين، ومن اتبع منهاجهم واقتفى أثرهم إلى يوم الدين.ـ"قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "حتى متى ترعون عن ذكر الظالم اذكروه بما فيه حتى يحذره الناس
Kemunculan laman-laman blog yang tabiatnya suka mengkafirkan orang Islam dan Ulamaknya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan kita khususnya di Negara kita Malaysia ini, jika kita lihat di Negara kita sebelum ini tidak pernah wujud golongan yang secara terang-terangan mengkafirkan umat Islam dan Ulamaknya seperti yang dilakukan oleh mereka ini.

Tetapi malangnya nasib umat Islam di Malaysia apabila munculnya kelompok TAKFIR ini yang berselindung di balik nama AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH sedangkan pada hakikatnya mereka ini AHLI PUNAH DAN RANAH yang dikenali sebagai WAHHABI..

Laman-laman blog seperti :

( Masri mengkafirkan Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqolany)

(Kumpulan yang di syaki terlibat sama dengan jemaah takfir)


Blog ini didalangi oleh Mohd Abu Usamah Masri Mohd Ramli,berumur 22 tahun, tinggal di Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia. Pelajar UIAM, kuliah Ekonomi.Tahukah tuan-tuan bahawa Masri ini adalah antara orang melayu pertama yang “membuat rekod Malaysia” dengan mengkafirkan Al-Hafidz Ibn Hajar Asqolani. Apa kejadahnye semua ini? Mungkin tuan-tuan semacam tidak percaya,tetapi itulah hakikat yang berlaku kepada budak Masri ini yang memeluk ajaran wahabi dan meletakkan konsep taasub dan taklid buta sebagai teras akidahnya..nauzubillah...

Pengakuan Masri Objektif membuat blog:

Masri berkata dalam blognya :

"Blog ini dibina sekadar untuk melepas perasaan dan berkongsi apa-apa sahaja yang mahu dikongsi. "

Mungkin inilah antara faktor masri mengkafirkan Al-Hafidz Ibn hajar Al-Asqolany di samping faktor-faktor lain.


Mari kita lihat siapa ibn hajar yang Masri kafirkan itu ;

(( Al Hafiz Ibn Hajar Al Asqolaniy atau nama sebenarnya Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Ahmad Syihabuddin Abu Al Fadl, Masyhur dengan nama Ibn Hajar Al Mishri bermazhab Asyafi’e dari segi akidah pula berakidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah ( Asya`irah) lahir pada 12 Syaaban 773H dan wafat tahun 852H. Beliau adalah seorang yang zuhud banyak berpuasa dan beribadat ,menghafal Quran pada umurnya 9 tahun dan kemudian menghafal kitab Al Umdah dan banyak lagi. Beliau mempunyai jasa dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam.Beliau seorang muhaddith,al hafiz ,faqih dan mengetahui ilmu-ilmu dalam semua cabang hadis dan ilmu Islam yang lain. Semua orang pada zamannya mengakui kehebatannya sebagai seorang yang kuat hafalannya dan dihormati oleh lawan dan kawan. kitab-kitab yang dikarangnya amat banyak dan tersebar luas dipelusuk dunia. Diantara kitab karangannya ialah Fathul Bari ,Syarah Sahih Al Bukhari,Al Issobah Fittamyis Al Assahabah 5 jilid, Ad-Duraru Al-Kaminah 5 jilid dan banyak lagi.))


Perihatin Umat Islam


Pelajar ekonomi UIAM ini begitu ghairah mengatakan Ulamak Muktabar seperti Al Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani (yang digelar sebagai amirul mukminin dalam bidang hadis) berakidah bukan dari rasul dan para sahabat di blognya .Sebelum itu ,saya sediakan screen shot dari tulisan Masri.(screenshot ini telah diberikan kepada saya dari seorang sahabat di UIAM)


Dan yang ini pula diambil dari cbox beliau :
.............................................................................................
19 Sep 07, 07:23masri: ttg ibn hajar, yup mmg diketahui beliau berakidah asyairah, kita menghormati beliau, bahkan kelimuan beliau xd tandingan zaman skrg, cuma dlm bab akidah, saya lebih merasa selamat utk ikut akidah

19 Sep 07, 07:23masri: para rasulullah,shbt, ulama2 salaf,. kesilapan seorg mujtahid adalah dimaafkan sebgmana ijtihad2 mrk di dalam feqh

19 Sep 07, 07:24masri: buku2 ibn taimiyyah menimbun di library, utk tahu pegangan ibn taimiyyah baca shj buku2 beliau, dan kita nilai sndiri adakah ia bertentgn dgn akidah yg nabi saw bawa. jika x, utk apa ibn taimiyyah

19 Sep 07, 07:27masri: lgpun, jika ibn taimiyyah dikatakan bertaubat utk ikut ulama' sekelilingnya, maka kenapa pula dia dipenjara smp ke hujung hayat, bukankah taubatnya itu sudah mengikut kehendak ulama ramai wkt i2 n

19 Sep 07, 08:38ariff.arifin: fiza: tidaklah mustahil untuk al-hafidz ibn hajr melakukan kesilapan.namun,tidaklah bermakna keilmuaan beliau terjejas.seperti yang telah dijelaskan oleh masri
.........................................................................................


Amatlah jelas disini mafhumnya Masri telah mengatakan Al Hafiz Ibn HaJar Al Asqalani tidak berakidah seperti Rasulullah, para sahabat,dan ulama salaf.Jika khilaf dalam perkara furu` kita semua faham kerana hanya bab ranting,dan kita semua maklum mazhab yang empat pun hanya berkhilaf dalam perkara furu`..Tetapi akidah Islam hanya satu sahaja-Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak ada akidah yang berbeza beza. Jika tidak berakidah seperti Rasulullah dan para sahabat maka berakidah seperti siapa lagi?A bu Jahal?Astaghfirullah. Ini adalah satu fitnah yang berat apabila seorang pelajar ekonomi yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh(kemungkinan dia hanya bertaqlid dengan seseorang) sudah berani mengkafirkan Ibn Hajar.Inilah akibat daripada terpengaruh dengan ajaran sesat wahhabi walaupun dia tidak mengaku sebagai wahabi.


Jemaah wahhabi ini terasnya mengKAFIRkan Ulamak-ulamak Islam seperti yang anda semua boleh lihat. Sesiapa yang pernah memasuki laman-laman blog mereka, anda akan dapati isu-isu yang dilontarkan hanya berkisar kepada PENGKAFIRAN, MEMBID'AAH, PENGHINAAN, CACIAN, MAKIAN, MELAKNAT ulamak dan umat Islam . pendek kata blog-blog mereka dipenuhi dengan benda -benda yang tercela dan terkutuk....Inilah golongan yang disifatkan oleh Nabi s.a.w.


“Akan datang ke atas umatku di akhir zaman tahun-tahun yang menipu, di mana seorang pendusta dikatakan benar, orang yang benar dikatakan penipu, pengkhianat dianggap amanah, orang yang amanah dianggap khianat. Tatkala itu akan berkata-kata golongan Ruwaibidoh. Ditanya kepada Nabi r siapakah Ruwaibidoh, Nabi s.a.w. bersabda: Seorang yang lekeh bercakap dalam perkara yang besar atau agama.Sahih Ibn Majah, rujuk juga di dalam al-Jami’ al-Saghir.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

إن من أشراط الساعة ثلاثاً: إحداهُنَّ : أن يُلْتَمَسَ العلم عند الأصاغير...

Maksudnya: Antara tanda-tanda kiamat itu tiga: salah satunya ilmu itu diambil atau dipelajari daripada ‘al-Asaghir’ (budak-budak kecil).

Imam Abdullah ibn al-Mubarak ditanya siapakah mereka yang digelar al-Asaghir itu? Maka beliau menjawab: al-Asaghir itu ialah mereka yang hanya menggunakan akal fikiran semata-mata. Sebahagian menafsirkan sebagai ahli bid’ah.

Inilah kelompok manusia yang sedang kita hadapi sekarang ini, mereka yang tidak diketahui latar belakang agamanya yang berlagak pandai menimbulkan perkara-perkara yang mengundang ke arah meruntuhkan aqidah umat Islam kini.


Mereka ini puak-puak melayu yang terpengaruh dengan golongan Takfir di SAUDI iaitu WAHABI yang dikepalai oleh ASRI ZAINAL ABIDIN yang disifatkan oleh mereka konon-kononnya sebagai PEMBAHAWA PEMBAHARUAN, manakala Ahlus Sunnah mengenali beliau sebagai MUBTADI' (orang yang suka mereka-reka perkara baru dalam agama)

Kini di Malaysia fikrah TAKFIR ini dipelopori oleh pemilik-pemilik blog ini. Sebahagiannya merupakan Pelajar (undergraduate) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ini amat memalukan dan mencemarkan nama baik UIAM sebagai institusi Ilmu di Malaysia tidakkah mereka mendengar sabda Nabi s.a.w. memperingatkan:

“Siapa saja yang mengatakan kepada saudaranya : wahai kafir, maka akan kembali tuduhan tersebut pada salah satu dari keduanya. Apabila ia memang kafir, maka apa yang dikatakannya benar, namun apabila tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada dirinya sendiri.” (Muttafaq ‘alaihi dari Ibnu ‘Umar).


Kepada ALLAH sahaja tempat mengadu dan memohon pertolongan.....

Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah al-Kelantany
(0133005046)

Tuesday, June 24, 2008

Wahabi Mengakui Al-Albaany adalah Al-Mutanaaqidh

ADisediakan oleh :
Abu Lehyah al-Kelantany
0133005046


Alhamdulillah...


Wahhabi sendiri mengakui bahawa Al-Albaany seorang al-Mutanaaqidh (sekejap cakap Allah tidak duduk..kemudian di tempat lain cakap Allah meliputi alam semesta)


Adakah orang begini wahhabi dakwa sebagai muhaddits??


Bertambah-tambah bohong lagi, wahhabi tidak berani membuktikan Imam Bukhari tidak mentakwil ayat mutasyabihat. Sekadar dakwaan kosong tak payah la...hehe..Al-Albaany sendiri mengakui Imam Bukhary mentakwilkan ayat mutashyabihat cuba lihat kitab Albaany yang penulis postkan sebelum ini...




hehe..sekarang wahhabi sendiri dah pandai lawan Al-Albaany ek!!


syabas!!syabash...anda dah berjaya membongkar jenayah Al-Albaany..


..nampaknya tak payah lagi ASWJ menggali lubang untuk wahhabi..sekarang mereka sendiri menggali kubur mereka sendiri..


Syabas untuk wahhabi!
Syabas untuk wahhabi!


cube lihat :

Memang benar Al-Albaany mengkafirkan Imam Bukhary :

(( هذا لا يقوله مسلم مؤمن ))

" Ini sepatutnya tidak dituturkan oleh seorang Muslim yang beriman ". Lihatlah kitab (( Fatawa Al-Albaany )) m/s 523. Tentang takwilan Imam Bukhari ini adalah suatu yang diketahui ramai kerana jika dilihat pada naskhah yang ada pada hari ini tidak ada yang lain melainkan termaktub di sana takwilan Imam Bukhari terhadap ayat Mutasyabihat tadi. Di samping itu juga, ini adalah antara salah satu dalil konsep penakwilan nusush sudah pun wujud pada zaman salaf (pendetailan pada pegertian makna). Bagaimana beliau berani melontarkan pengkafiran terhadap Imam Bukhary As-Salafi dan mendakwa Imam Bukhary tiada iman dalam masa yang sama beriya-riya mengaku dirinya sebagai Muhaddits??!! memalukan je..
Wahhabi lupa firman Allah S.W.T dam surah al-Israa ayat 36 atau segaja melupakan:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dipertanggungjawabkan."
Jujurlah dalam menaqal tulisan ulama, jangan hanya membuat fitnah dengan mengambil sesuka hati mana-mana perkataannya tanpa diteliti terlebih dahulu apa yang hendak diperkatakannya. jangan menipu kalau jahil dan tidak tahu. Akuilah kesalahan sendiri, jangan menuduh dan mentohmah ya Khairul Anwar (Abu Syuaib) dan kuncu-kuncunya. bersikap ilmiahla. Jangan memperbodohkan diri antum..Wallahu-A'lam...
Kalau Wahhabi tidak berpuas hati, kami pihak pondok menjemput anda untuk sama-sama mengadakan sesi pembacaan kitab-kitab Al-Albaany secara beramai-ramai..Tapi tentu bukan itu yang anda mahukan?...yang anda ingankan ialah perpecahan...Kami memohon perlindungan daripada Allah dari keburukan kalian..
Disediakan oleh ;
Abu Lehyah al-kelantany
0133005046

Kebenaran Itu Pahit Tapi Buahnya Manis


Islam bukan Milik Menteri Besar,

Bukan juga milik MuftiN,

Islam itu suatu yang Indah,

Ada pada Quran dan Sunnah..

Jangan mengasihi seseorang..

Dan jangan juga membenci seseorang..

Melainkan sesudah kita timbang mereka dengan neraca syarak.

jangan taasub..

jangan kerana seseorang kita gadaikan agama..











Dr Hersi Memperkenalkan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary





Siapakah Dia Syiekh Muhaddits Abdullah Al-Harary Al-Habashi?

AL- Harary ( As-Syeikh Muhaddits Abdullah Al-Harary Al-Habasyi)
Mujaddid Manhaj Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah
Tulisan Dr. Hersi Muhammad Hailulah
Pensyarah di Kuliah Dakwah Pejabat Islam
Universiti Sains Islam Malaysia

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Bermulanya zaman moden di dunia islam ini dengan kejatuhan Daulah Kilafah dan peperangan penjajahan eropah di Negara-negara Islam. Hasil daripada perkara itu menatijahkan kepada penubuhan kumpulan-kumpulan yang mereka-rekakan perkara-perkara bid’aah dalam agama. Lalu keluarlah golongan Al-Wahhabiyah di Kepulauan Arab, Kumpulan Hizb Ikhwan di Mesir, Hizb Tahrir yang bertapak di Palestin, golongan Qaadiyaniyah di Negara Hindi, Baha-iyyah di Negara Iran, dan selainnya di beberapa tempat lain daripada Negara-negara-Islam.
Golongan al-Wahhabiyah merupakan puak yang agak lama dari puak-puak sesat yang lain dari segi penubuhan. Lalu ulamak-ulamak Ahlus Sunnah Wal-Jamaah bangkit membantah dan menentang mereka untuk menghalang kemaraan mereka.

Antara kitab-kitab yang paling terkenal untuk mencapai matlamat ini (dalam menentang golongan wahhabi ini) ialah :

1. Kitab “Fitnah Al-Wahhabiyyah” karangan Mufti As-Sayyid Ahmad Zainiy Dahlan. Ia (kitab ini) merupakan sebahagian daripada bahagian kedua daripada “Kitab Al-Futuhaat Al-Islamiyyah”. Bahagian ini dicetak di Negara Turki pada Tahun 1975. Kemudian dicetak kali kedua di tempat percetakan yang sama pada tahun 1982. Ia merupakan suatu risalah yang membicarakan tentang sejarah pergerakan golongan Wahhabiyah dan peperangan yang mereka tempuhi dan setengah pandangan-pandangan pemilik kepada seruan ini (Muhammad bin Abd Wahhab) di dalam isu permasalahan tauhid. Kitab ini merupakan satu-satunya kitab yang dikira sebagai rujukan terpenting yang pernah ditulis dalam menentang golongan al-Wahhabiyah.

2. Kitab “An-Nuqul Asy-Syar’iyyah Fi roddi ‘Ala al-wahhabiyyah” Karangan Musthofa Bin Ahmad bin Hasan Asy-Sathi al-Hanbaly. Pengarang kitab membincangkan di dalamnya tentang permasalahan Ijtihad, syirik dan bahagian-bahagian kedua-dua bab ini, kehidupan para nabi dan para syuhadak di dalam qubur-qubur mereka, permasalahan berkaitan tawassul dan selainnya.

3. Kitab “Al-Minhah al-Wahhabiyah Fi roddi ‘Ala al-wahhabiyyah” karangan Dawuud bin Sulaiman Al-Baghdady. Kitab ini dicetak pada di Turki, cetakan ketiga dicetak pada tahun 1974. Pengarang kitab ini menjelaskan di dalam risalahnya tentang sabitnya pendengaran bagi orang-orang yang telah mati dan kehidupan mereka selepas kewafatan/ kematian, dan adakah bagi mereka pengurusan dalam sesetengah perkara atau pun tidak.

4. Antaranya lagi, kitab “ As-Showa’iq Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Al-Wahhabiyah” karangan Syeikh Sulaiman Bin Abdul Wahhab An- Najdy ( saudara kandung Muhammad Bin Abdul Wahhab-Pengasas kepada ajaran sesat wahhabi). Ini merupakan kitab terawal yang ditulis untuk menentang golongan al-wahhabiyah. Kitab ini dikarang ketika Muhammad Abdul Wahhab masih hidup lagi. (Muhammad Abdul Wahhab) sendiri pernah menentang (kitab ini) di dalam beberapa risalah-risalahnya tentang apa telah dipertikaikan tentangnya di dalam kitab tersebut. Kitab (As-Showa’iq Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Al-Wahhabiyah ) ini di cetak pada pertama kalinya di Iraq pada tahun 1306H/ 1888m. Antara permasalahan penting yang dibincangkan oleh penulis ialah masalah mengkafirkan orang Islam (golongan Wahhabi adalah orangnya).

5. Kitab “ Fajr Al-Shodiq Fir Roddi ‘Ala Munkiry At-Tawassul Wal-Karamat Wal Khawariq karangan Jamil Affandy Sodafi Zuhawi W 1936. Beliau merupakan penduduk Iraq yang berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan Kilafah Al-Utsmaniyyah. Kitab ini ditulis dalam bentuk yang kecil sebanyak 76 muka surat. Kitab ini kemudiannya disebarkan di mesir dengan menggunakan cetakan Al-Waa-i’dz pada tahun 1323H, kemudian selepasnya diterbitkan pula dengan beberapa cetakan lain, antaranya cetakan Maktabah al-Haqiqah di Turki pada tahun 1976. Pengarang kitab ini membincangkan pada permulaan kitabnya tentang sumbangan-sumbangan Kerajaan Utsmaniyyah dan khidmatnya kepada dunia Islam. Kemudian berpindah topik kepada mengkritik keras pergerakan Al-Wahhabiyyah yang keluar daripada Khilafah Islamiyah. Penulis banyak membincangkan permasalahan-permasalahan yang banyak menjadi tajuk perdebatan, sebagai contoh permasalahan Tajsim, Ijma’, Qias dan sebagainya.

6. Kitab “ Dhiya-ul Shudur Li Munkiry Al-Tawassuli Bi Ahlil Qubur”karangan Zohir Syah Miyan Ibn ‘Abdul ‘Adzhim. Penulis membahaskan tentang permasalan-permasalahn tauhid dan syirik, tajsim dan ijtihad, dan sebagainya. Kemudian didatangkan pandangan-pandangan ulamak-ulamak yang empat mazhab untuk mengisbatkan keharusan bertawassul dengan para nabi dan ulamak-ulamak yang soleh.

7. Kitab “At-Tawassul Bi Al-Nabiy Wa Bi As-Sholihin” karangan Abu Hamid Marzuki ( nama sebenar beliau ialah Syeikh Muhammad Al-‘arabi At-Tabbany Al-Maliky W 1390H). Kitab ini dicetakkan di Turki pada tahun 1990. Kitab ini terdiri daripada dua bahagian, bahagian pertama bertajuk “ At-TAwassul Wajahlatul Wahhabiyyiin”. Pengarang menulis bahagian ini ketika mana beliau berada di Dimasq (Syiria) sebagaimana yang diberitahu oleh penerbit. Bahagian pertama ini adalah bahagian utama pada kitab tersebut yang mana mencecah sampai 304 muka surat. Diperbincangkan di dalamnya pandangan-pandangan Ibn Taimiyah al-Harrany dan Muhammad Abdul Wahhab dalam perkara Tauhid, sifat-sifat bagi Allah taala, tawassul dan sebagainya. Perbincangan yang dibawa dalam bahagian ini adalah sangat bagus. Adapun bahagian kedua, dimulakan daripada muka surat 305 sampai ke muka surat 336 dan ini adalah bahagian terakhir kitab yang diperbincangkan di dalamnya permasalahan tawassul dan dimantapkan dengan pendangan-pandangan ulamak-ulamak.

8. Kitab “ Al-basho-ir Li Munkiry At-Tawassul Bi Ahlil Maqobir” karangan Sayyid Hamidallah Al-Daajawi. Kitab ini diterbitkan di Turki pada tahun 1989. Pengarang kitab ini adalah berbangsa Pakistan. Kitabnya ini merupakan suatu penentangan kepada Syeikh Mulla Thahir yang merupakan salah seorang daripada golongan wahhabi di Pakistan. Beliau (Mulla Thahir) telah menulis sebuah kitab yang berjudul “ Al-Basho-ir lil Mutawassilin bil maqobir”. Adapun pengarang kitab ‘Al-Basho-ir Li munkiry At-Tawassul” merupakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan dibukakan Allah ilmu pengetahuan. Dan ini jelas terpapar daripada kitabnya bahawa beliau adalah seorang yang mempunyai akal yang panjang dalam perdebatan dan perbincangan yang dibawanya boleh diterima pakai serta membawa beberapa faedah yang amat banyak bagi mereka yang ingin mengetahui cara-cara membantah dan menentang golongan Al-Wahhabiyah. Antara perkara yang diperbincangkan oleh penulis ialah Kehidupan selepas kematian, pandangan-pandangan Ibn Taimiyah dalam masalah tawassul, permasalahan-permasalahan iman, kufur, bida’ah, dan sebagainya. Beliau mengira Muhammad bin Abdul Wahhab Adalah seorang daripada golongan Khawarij. Selesai penulisan kitabnya itu pada tahun 1925.

Akan tetapi usaha ulamak-ulamak yang bertungkus lumus untuk menentang bid’aah golongan Wahhabiyah, tetap juaga ideologi-ideologi golongan wahhabiyah ini tersebar kerana beberapa sebab, Antaranya :

1. Perjanjian mereka yang dimeterai dengan Penjajah Britain untuk melawan Islam sebagaimana yang dibuat oleh golongan Qadiyaniyah di Hindi.

2. Perjanjian mereka dengan Keluarga Pemerintah di Saudi Arabia yang mewajibkan bida’ah mereka ke atas umat Islam di teluk Arab itu.

3. Tempat mereka merupakan strategi yang baik kepada dunia Islam yang menganggap negara contoh yang suci murni yang mana mereka menjemput bermilion-milion umat Islam pada setiap tahun dengan tujuan menunaikan kefarduan haji. (kalau mana-mana yang menentang wahhabi..tak bagi pergi haji..apa barang!!)

4. Berselindung sebagai pusat pengajian di Negara-negara islam disebabkan kelemahan khilafah dan peperangan Barat yang mana memberi peluang kepada mereka untuk menyebarkan bida’ah-bida’ah mereka.

Oleh kerana sebab-sebab ini dan sebab-sebab yang lainnya golongan Al-Wahhabiyah mampu menyebarkan propaganda-peropaganda yang merosakkan masyarakat Islam. Al-Wahhabiyah telah menjadikan masyarakat Islam terutamanya bagi mereka yang tidak mempelajari Islam atas manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal-jamaah mudah tertipu dan terpedaya. Maka antara yang telah terpedaya dan tertipu dengan pembawakan bid’aah-bida’ah mereka ialah Al-Maududy, Mas’uud An-Nadwi, Al-Syahsuwany yang terdiri daripada kalangan masyarakat Hindi. Mereka tidak mengenali Islam berdasarkan cara dan metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bahkan ada yang tidak mempelajari ilmu-ilmu syarak sejak asal lagi seperti Al-Maududy.

Kesan pengaruh bid’aah baru (golongan wahhabi) ini kemudiannya merebak ke Mesir, Rashid Redha, Sayyid Qutb, Abd Al-Qadir ‘Audah, Muhammad Qutb, Sayyid Sabiq, dan selain mereka. Dan di bumi Syam Sa’id Hawa , Al-Albaany, An-Nabhany dan sebagainya. Adapun di Iroq, mereka merupakan antara penduduk yang paling sedikit menyahut ajakan seruan bida’ah golongan Al-Wahhabiyah, tiada yang banyak terpengaruh melainkan al-Alusi.

Kemudian golongan al-wahhabiyah mula menghancurkan syiar-syiar manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syarak selepas penguasaan mereka ke atas bumi Hijaz pada tahun 1920. Lalu mereka menggelar diri mereka sendiri sebagai “Salafiyah” bertujuan untuk menyembunyikan hakikat sebenar diri mereka. Bermula daripada itu, mereka mulalah mencabar ulamak-ulamak Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah dengan cara menyebarkan tulisan-tulisan yang telah ditahzirkan oleh ulamak-ulamak ASWJ membacanya. Ini adalah kerana kitab-kitab mereka (wahhabi) mengandungi perkara-perkara syirik dan perkara-perkara bida’ah baru yang direka-reka dan mengandungi pandangan-pandangan yang bercanggah dengan akal dan naqal ( Al-Quran dan As-Sunnah) seperti kitab Ibn Taymiyyah dan anak muridnya ibn Qayyim Al-jauziyyah, Ibn Katsir dan selainnya dari kalangan golongan Musyabbihah dan Mujassimah.

Al-Marhum Al-Syeikh Musthofa ‘Abd Raazaq, merupakan Syeikhul Azhar ketika itu memperingatkan umat Islam bahawa gerakan ilmu akidah pada masa moden ini bermula dengan perlumbaan di antara pejuang golongan al-wahhabiyah dan pejuang ahlus-sunnah Wal-Jamaah, beliau menegaskan demikian daripada itu :” Adapun pembangunan terkini bagi ilmu kalam berdiri di atas landasan perlumbaan di antara pemikiran Abu Hasan Al-Asy’ary dan pemikiran Ibn Taymiyah Al-Harrany (al-Mujassim). Sesungguhnya kita benar-benar melihat wujud perlumbaan dalam menyebarkan kitab-kitab Al’Asy’ary dan kitab Ibn Taymiyah dan muridnya Ibn Qayyim Al-jauziyah, lalu pemikiran kedua ini menamakan diri mereka sendiri (perasan la pulak!!) sebagai “salafiyah”(‘ala za’mihim), moga-moga kemenangan di Negara-negara Islam kekal terpelihara berpihak kepada pemikiran Asy’ary sampai ke hari ini".

Aku mengatakan sesungguhnya perkembangan keburukan bid’aah golongan Al-wahhabiyah adalah sehingga memberi kesan dan pengaruh kepada ulamak ASWJ. Begitu juga pemikiran-pemikiran mereka sampai kepada ulamak-ulamak Syiah, sehinggakan lahir pada zaman moden ini Ulamak-ulamak ASWJ dan ulamak-ulamak Syiah ada yang membahagikan tauhid kepada 3 bahagian; Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyah, Tauhid Asma’ Was-Sifat. Ini adalah kesan terpengaruh dengan pemikiran Ibn Taymiyah Al-Harrany yang rosak dalam perkara tauhid yang mana ini merupakan hasil porak peranda golongan Al-wahhabiyah dan sebaran yang mereka jalankan.

Maka tatkala Al-‘Allamah Al-Harary berehlah ke Negara Hijaz , beliau berhubung dengan ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah di dua buah Bandar yang suci. Beliau melihat sendiri bahayanya gerakan bida’ah golongan Al-Wahhabiyah ke atas masyarakat Islam di tempat tersebut. Berkemungkinan besar ini adalah salah satu sebab kenapa beliau menentang golongan ini dengan menyebarkan ‘Aqidah Sunniyyah (akidah para rasul dan sahabat) yang sahih dan mengadakan pengajaran ilmu-ilmu syarak berteraskan mazhab ASWJ dalam bidang Akidah dan Fiqh (dan ilmu-ilmu yang lain). Oleh itu, Golongan al-wahhabiyah pada peringkat permulaan timbul di Hijaz, mereka menginkari aqidah ASWJ, begitu juga mereka menolak mentah-mentah pandangan mazhab 4 yang muktabar (Mazhab Hanafi, Maliki, syafi’ie, dan Hanbali). Kemudian golongan wahhabi ini mereka-reka perkara baru dalam agama dengan mengadakan manhaj baru (agama baru) dalam proses memahami nusus (al-Quran dan al-Hadis). Mereka membenarkan kepada orang awam untuk memperkatakan pada Al-Quran dan Al-Hadits yang mulia seperti apa yang telah mereka lakukan tanpa mempedulikan perkara tersebut bercanggah dengan Ulamak-ulamak Islam. Perkara ini sebenarnya telah di beritahu terlebih awal oleh Syeikh Sulaiman bin Abd Wahhab ( saudara kandung Muhammad Abd Wahhab) bahawa manhaj yang mereka (wahhabi) bawa merupakan mahhaj yang rosak (lagi merosakkan) yang mana golongan al-wahhabiyah membenarkan pengikut-pengikutnya berijtihad dalam mentafsirkan Nusus (Al-Quran dan Hadits) tanpa mencukupi syarat-syarat ijtihad terlebih dahulu (kadang-kadang yang amat bodoh pun nak berijtihad) walaupun mereka pada hakikatnya tidak boleh membaca dan menulis..(na’uzubillah)

Dalam menentang aliran pemikiran yang punah ini, Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary memulainya dengan menghidupkan Fiqh Islami dengan cara pembelajaran bertalaqqi, memberi pengajaran, memberi peringatan, memberi bimbingan di sekitar bumi Syam. Kemudian beliau menyebarkan kitab-kitabnya dalam isu akidah yang mana terkandung di dalamnya keterangan akidah ASWJ, di samping menolak fahaman golongan yang mereka-reka perkara baru di dalam agama sama ada mereka terdahulu atau di kalangan yang hidup di zaman moden terutamanya kumpulan sesat wahhabiyah yang merupakan golongan yang paling banyak membuat kekecohan dan kemudharatan kepada Islam dan masyarakatnya. Oleh kerana hasil usaha gigih beliau (Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary) di bumi syam, kini telah terbentuk dan tersebar fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah di keseluruh pelusuk dunia Islam bahkan sampai ke Eropah, Amerika, Australia, dan sebagainya. Maka Allah Taala telah menghidup suburkan balik mazhab ASWJ yang dulunya pernah dicuba beberapa kali oleh golongan Al-wahhabiyah untuk merosakkannya dan menghancurkan syiar-syiarnya.

Maka di sini kami ingin mengatakan bahawa beliau boleh di kira sebagai seorang Mujaddid Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada zaman moden ini. Sesungguhnya mereka yang mengiktiraf beliau sebagai mujaddid adalah musuh-musuhnya sendiri (wahhabiyah) dan mensifatkan beliau sebagai Mujaddid, tetapi bila mana mereka tidak mampu menentang (Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary) secara terang-terangan dengan pengingkaran terhadap ahlus sunnah wal jamaah, lalu mereka mengatakan bahawa beliau (Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary) bekerja semata-mata untuk menghidupkan mazhab ahlul kalam!! Dan kami tidak mengetahui siapakah yang mengingkari metodologinya dalam mentajdidkan umat Islam melainkan mereka hanyalah kumpulan kecil yang terdiri daripada pelampau golongan Wahhabiah seperti Bin Baz dan seumpama dengannya. Dan begitulah juga kami mengatakan dengan rasa tenang tanpa perasaan takut bahawa Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary seorang mujaddid bagi metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada zaman moden ini. Dan perkara ini adalah diambil dari penyaksian musuh-musuhnya dan mereka yang dengki kepadanya, murid-muridnya dan pembantu-pembantunya. Benarlah sabda Rasulullah, “sesungguhnya Allah taala akan membangkitkan bagi umat ini pada setiap 100 tahun, seorang yang memperbaharui baginya (umat Islam) agamanya”. Dan beliau mempunyai karya-karya dan risalah-risalah yang insyaallah akan dipertontonkan dan yang kami akan sebut setengah daripadanya sebagaimana berikut:

Karangan-karangan dan risalah-risalahnya :

Adalah kehidupan Al-‘Allamah Syeikh Muhaddits Abdullah Al-Harary pada zaman remajanya penuh dengan dengan jihad dan perjuangan untuk membebaskan negara Islam Somalia daripada penjajahan sebagai mana telah diterangkan sebelum ini. Kemudian selepas beliau turun beliau ke bumi Syam,beliau menyambung kegiatannya yang penuh dengan ilmu. Beliau tidak menghabiskan sebahagian hidupnya di penjara seperti Ibn Taimiyah dan Sayyid Qutb dan tidak juga di hukumkan kepadanya dengan kuarentin di rumahnya sebagaimana hal keadaan Al-Albaany di Jordan, bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelusuk bumi Syam semata-mata untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Beliau tidak pernah di sekat oleh pihak penguasa yang rasmi dari mana-mana Negara sebagai mana yang berlaku kepada orang lain yang mempunyai pandangan-pandangan yang buruk dan pemikiran-pemikiran yang ganjil (syaz). Bahkan kelebihan metodologi yang di bawa olehnya di dalam dakwah terbina di atas nilai-nilai yang hikmah dan contoh tauladan yang baik. Beliau mengadakan hubungan baik dengan masyarakat di bumi Syam di semua peringkat lapisan sama ada orang bawahan ataupun orang atasan. Beliau sebenarnya tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengarang banyak kitab kerana teramat sibuk dengan pengajaran dan memperbetulkan akidah-akidah manusia, disamping menentang golongan sesat yang mereka-reka perkara baru dalam agama. Walaubagaimanapun dalam kesibukan itu beliau tetap jua menulis pelbagai karangan dan risalah-risalah. Antara yang terbaik-pada tanggapan ilmu kita-ialah kitab syarah bagi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dinamakan “Idzhar Al-‘Aqidah As-sunniyyah bi syarah al-‘Aqidah At-Thohawiyyah”.antaranya lagi :

1. Syarh Alfiah As-Suyuthi Fi Mustholah Al-Hadits

2. Qosidah Fil I’tiqodi Taqo’u Fi Sitteena Baitan Taqriiban

3. As-Shirothul Mustaqiim Fi At-Tauhid

4. Ad-Dalilul Qawwim ‘Ala As-Shirothil Mustaqiim Fit Tauhid

5. Mukhtasor Abdillah Al-Harory Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dhorury ‘Ala Mazhabi Asy-syafie

6. Bughyah At-Tholib li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib

7. At-Ta’aqqub Al-hatsits ‘Ala Man Tho’ana fi Ma Sohha Minal Hadits.

8. Nashratul Ta’aqqubil hatsits ‘ala Man Tho’ana Fima Sohha Minal Hadits

9. Ar- Rawa-ihuz Zakiyyah fi Maulidi Khairil Bariyyah.
. Syarh Aqidah An- Nasafiyyah

11. Syarah Al-fiyah Al-Zubad fi fiqhi Asy- Syafi’ei

12. Syarah Matan Abi Syujaa’Fi Fiqhi Asy Syafi’e

13. Syarah As –shirothil Mustaqiim.

14. Syarah Matnil ‘Ashmawiyyah.

15. Syarah Mutammimah Al-Aa jurumiyah fin Nahu.

16. Syarah Al-Baiquniyyah Fil Mushtolah.

17. Shorihul Bayan fi Roddi ‘Ala Man Khalafal Quran.

18. Al-Maqoolaat As-sunniyyah fi Kasyfi Dhalalaat Ahmad bin Taimiyyah.

19. Kitab Ad-durrin nadhidi Fi Ahkamit Tajwid.

20. Idzhar Al-‘Aqidah As-sunniyyah bi syarah al-‘Aqidah At-Thohawiyyah.

21. At-Tahzir al-Wajib

22. Mandzumah “ Nasihat At-Thullab”.

23. Risalah Fi Buthlan Da’wa Awwaliyyatil An-Nurul Muhammady

24. Risalah fi Roddi ‘ala Qaulil ba’dhi Innar Rasula ya’lamu kulla Syai’in ya’lamuhumullah.

25. Ad-durarul Bahiyyah Fi halli Alfadz Al-‘aqidah At-Tahawiyyah.

26. Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Roddi Mafasidi At-Tahriryyah.

27. Syarah Mandzumah As-Shibyan fil ‘Arudh

28. Mukhtasor Abdillah Al-Harory Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dhorury ‘Ala Mazhabi Al-Imam Malik

29. Abdillah Al-Harory Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dhorury ‘Ala Mazhabi Abi Hanifah.

30. Syaarh As-Sifat Ats-Salats ‘Asyarata Al-Wajib Lillah

31. Al’Aqidah Al-Manjiyyah

32. Syarah At-Tanbih

33. Syarah Manhaj At-Tullab.

34. Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah ‘Ala Tahqiqi Lil Syeikh Abdillah Ba’lawi

Rujukan ;
1.
www.alwatanvoice.com
2. kitab akidah karangan Dr hersi, keluaran Universiti Sains Islam Malaysia.

Sunday, June 22, 2008

PARASIT LA PULAK!!






MUFTIN ASRI SUDAH BERPOLITIK..
MENARUH SIMPATI PKR DAN PAS,
HARTA DUNIA SASARAN DAN TAKTIK,
AGAR WAHABI TERBANG BEBAS.







GURU-GURU PONDOK MENGIKTIRAF KEALIMAN SYEIKH AL-MUHADDITS ABDULLAH AL-HARRARY



disediakan oleh :

Abu Lehyah al-Kelantany

0133005046



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Segala puji bagi Tuhan, Pengurus sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi yang terpilih, sayyididuna Muhammad dan ke atas ahli keluarganya, serta para sahabat baginda seluruhnya..

Adapun …

Maka sesungguhnya aku telah membaca dan meneliti kitab-kitab yang dikarang oleh Al-Muhaddits Al-Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi yang amat dihormati- semoga Allah menjaganya- terutamanya pada bab membicarakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah dan selainnya seperti apa yang terdapat pada kitab “ Almaqoolat As-sunniyyah”, “kitab syarah shirot Mustaqim”, “dan Bughyah Thalib.”

Dan sesungguhnya apa yang mengembirakan aku (bila menatap apa yang terdapat di dalam kitab-kitab al-Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary ) tentang permasalahan yang berkaitan dengan kumpulan sesat al-wahhabiyah, golongan Mujassimah, dan golongan yang melakukan perkara-perkara bid’aah dalam agama. Semenjak kami mempelajari ilmu daripada Syeikh Al-Muhaddits Muhammad Yassin Bin ‘Isa Al-Padany Al-Makky dan selainnya, sesungguhnya kami memerangi ideology-ideologi pemikiran sesat, dan kami sekarang ini dalam langkah membantah dengan keras permasalahan golongan Al-Wahhabiyah secara terang-terangan di khalayak ramai bertujuan untuk menyebarkan kebenaran yang amat nyata yang merupakan agama Tuhan, yang memiliki sekalian alam.

Dan semoga Allah senantiasa memberi taufiq kepada kami di atas apa yang di kasihiNya dan yang di redhaiNya, dan semoga Allah mematikan kami dengan kesudahan yang baik .


...........................

Ketua ribat Al-madrasah Ad-diniyah Al-Bakriyah di Kelantan,
Pondok Pasir Tumbuh Malaysia,



Haji Hasyim Bin Haji Abu Bakar.

disediakan oleh ;

abu Lehyah al-Kelantany

0133005046