Saturday, September 20, 2008

ASRI ZAINAL ABIDIN ADALAH MUFTIN FATTAN


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
musufism_addeen@yahoo.com
http://abulehyah.blogspot.com/


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

Menjawab kepada artikel Mohd Asri Bin Abdul Talib di majalah I pada keluaran September 2008.


قوله تعالى : { ولا تقف ما ليس لك به علم إن السمع والبصر والفؤاد كل أولئك كان عنه مسئولا }



Allah Taala berfirman :" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya".

قال رسول الله : من أفتى بغير العلم فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين. رواه ابن عساكر


Yang bermaksud: " barangsiapa mengeluarkan fatwa tanpa ilmu maka menimpa baginya laknat Allah taala dan para malaikat dan manusia seluruhnya". Diriwayat oleh Al-Hafidz Ibn 'Asakir


حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي أُوَيْسٍ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ:

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا



Daripada Ismail Bin Abi Uwais berkata daripada Malik daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash berkata: Aku mendengar Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:


“ Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan melantik pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang amat jahil, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan memberi fatwa tanpa ilmu, lalu mereka sesat dan menyesatkan”. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah dan lafaz ini dari riwayat Imam Bukhari).



Arakian, fenomena gelombang asrisme yang dipelopori oleh Mohd Asri Bin Abdul Talib @ (kemudian diubah namanya Zainul Abidin) semakin menjadi-jadi, bila mana Muftin Perlis ini ditegur dan ditakdibkan oleh pegawai agama peringkat atasan termasuk mufti-mufti negeri lain. Tetapi respons yang dapat kita lihat dari insan lemah ini hanyalah sikap takabbur, ujub, melancarkan fitnah-fitnah dan tohmahan terhadap ulama', jabatan-jabatan agama terutamanya JAKIM selain melabelkan ulama pondok Ahli Sunnah Wal Jamaaah sebagai ulamak konservatif. Bila di kaji dan diteliti, kebanyakan mereka yang tidak sehaluan dengan Asri ini adalah orang agamawan, bukan orang sebarangan di tepi jalan atau orang yang menjaja perbualan kosong di kedai kopi.



Kenapa Asri dan Pendakyah Wahabi Takut Digelar Sebagai Wahhabi?

Sejarah hitam Muhammad Bin Abdul Wahhab kelihatan amat terang dan nyata sekali di dalam masyarakat Islam. Bila disebut kalimah wahhabi, umat Islam setempat akan membayangkan suatu kumpulan yang baru datang memporak- perandakan masyarakat dan memecahbelahkan Umat Islam. Dan ini memang benar-benar berlaku dan nyata dibila dirujuk sejarah golongan wahhabiyah ini.


Ahbash


Apakah itu ahbash? ada yang menjawab mereka adalah satu kumpulan takfir, ada pula yang mendakwa mereka sebagai pelampau agama, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan pelaku bida’ah, namun saya katakan INI SEMUA LAHIR DARI LISAN WAHHABI. MAKA tidak hairanlah jika kita mendengar perkataan yang sama dari mulut Asri yang ‘bergincu’, yang mana maklumat si Asri hanya bersumberkan tokoh liwat Syria, Abdur Rahman Dimasyqiah al-Wahhabi,( yang mana saya telah sebutkan sebelum ini) .


Adakah seorang yang disabitkan dengan jenayah liwat dikira sesuai untuk dijadikan sandaran dalam agama? atau si Asri lebih gemar merujuk blog bankahbash.blogspot.com dalam menilai sesuatu kebenaran berbanding Al-Quran dan Al-Hadis? Atau si Asri tidak sanggup menerima hakikat bahawa Muhammad Abdul Wahhab sebagai tokoh Al-Fattan dan Qarn Syaithan (tanduk Syaithan) seperti yang tersebut dalam hadis-hadis an-Nabawiyyah, dan ramai ulamak muktabar menolak Muhammad Bin Abdul Wahhab ini baik sezaman dan selepasnya.


Hadith dari Sahih Bukhari tersebut adalah seperti berikut (terjemahannya):


Ibn 'Umar meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”.


Dalam banyak hadith lain, Najd itu disebut sebagai terletak di sebelah timur Madinah. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur.


Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadith ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N.


Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Medinah. Bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari Medinah.

Tentang najad ini hamba rujuk :


http://www.geocities.com/traditionalislam/hadith_najd_kebenaran_yang_digeruni.htm


Kenapa Wahhabi? Siapakah Wahhabi?


Adakah seseorang dilabel sebagai wahabi kerana mereka:

1) Tidak qunut subuh?

2) Tidak melakukan tahlil arwah?

3) Tidak menyambut maulid?

4) Tidak melakukan amalan talqin?

5) Menolak sunnah thoriqah?

6) Tinggal dan belajar di saudi?

7) Menolak kewajipan bermazhab ?

Maka saya katakan, Ya Syeikhul Fattan, seorang itu dipanggil WAHABI kerana :


1) Mentasybih dan Menjisimkan Allah Taala dengan makhluk-Nya. Seperti kata setengah golongan wahhabi : Allah duduk bersemayam di atas arasy, ataupun yang mengatakan Allah duduk di atas arasy tapi kononnya tidak sama macam makhluk.

Puak-puak ni mengatakan : Kalau Allah tidak berhajat kepada tempat, ini menafikan kewujudan Allah!


Saya katakan : Subhanaka haza buhtanun 'azhim! Sebagaimana diitsbatkan kewujudan Allah Taala sebelum dijadikan mana-mana tempat Allah wujud tidak bertempat, begitu juga setelah Allah Taala menjadikan tempat Allah wujud tanpa bertempat, dulu kini dan selama-lamanya. Ini tidak menafikan kewujudanNya. Tuan-tuan, gologan wahhabi ini mereka tidak menerima sekali-kali Allah ini wujud jika tiada bertempat.


2) Mengkafir umat Islam secara keseluruhannya.


Wahabi ini menuduh umat Islam Salaf dan Khalaf yang bertawassul dengan para nabi atau sahabat ,tabiin dan wali –wali Allah yang soleh ADALAH kafir.


Dengan ini mereka mendustakan HADITS SOHIH yang diriwayat para ulamak muhaddithin seperti :


1) Imam Al-Hafidz Thobroni dalam "Mu’jam Kabir"dan "Mu’jam soghir" dan mensohihkan hadis tawassul tersebut.

2) Imam Syeikhul Islam As-Subky di dalam kitab "Syifa-us-Saqam".

3) Imam Al-Hafiz Abu Bakar Al-Baihaqi di dalam kitabnya "Dala-il An-Nubuwwah" dan kitab Syu’ab al-Iman.

4) Amir Mukminin dalam bidang hadis, Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqolani. Beliau menyebut cerita tentang lelaki yang datang kepada kubur Nabi Sollallahu 'Alaihi Wassallam lalu bertawassul dengannya. Ibn Hajar Mensohihkan sanad hadis ini di dalam kitab Fathul Bary jilid 2 m/s 495.

5) Imam Al-Hafidz Al-Dimyathi.

6) Imam Al-Hafidz Abu Al-Hasan Al-Maqdisy.

7) Syeikh Huffaz Al-Hafiz 'Iraqy.

8) Imam Al-Hafidz Al-Darulqutny.


9) Imam Al-Hafidz Nawawi.

10)Imam Al-Hafidz Imam Al-Nasai’.

11) Imam Al-Hafidz Al-Lughawi Murtadha Az-Zabidi Al-Hasani.

12) Ibn Sunni di dalam " ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah".

13) Amir Mukminin dalam bidang hadis, Imam Al-Bukhari dalam "adab al-mufrad".

14) Imam Al-Hafidz Tirmizi.

15) Al-Hakim Abu Abdillah di dalam kitabnya " Mustadrak". Beliau menyebut hadits bertawassulnya Nabi Adam dengan Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi wassallam serta mensohihkan hadits tersebut.


16) Imam Al-Hafidz Jalaluddin As-Suyuty dalam kitabnya "Khaso-is Al-Qubra". Beliau menyebut tentang hadits tawassulnya Nabi Adam.


17) Imam Al-Hafidz Abu Al-Farraj Ibn Jauzy di dalam karyanya "Al-wafa' ".


18) Imam Al-Hafidz Al-qadhi 'iyadh dalam kitabnya " As-Syifa' Fit Taa'rif Bi Huquqil Mushthofa Sollallahu 'Alaihi Wassallam". Beliau menyebut keharusannya pada bab Ziarah dan juga pada bab kelebihan Nabi Sollallahu 'Alaihi Wassallam.


19) Imam As-syeikh Nuruddin Al-Qory yang terkenal dengan gelaran Mulla 'Ali Qory di dalam syarahnya terhadap kitab Syifa'.


20) Imam Al-Hafidz Al-Qoshtholany di dalam kitabnya "Al-Mawahibul Ladunniyyah" pada bahagian awal kitabnya.


21) Al-Allamah As-Syeikh Muhammad 'Abdul Baqiy Al-Zarqany dalam syarahnya pada kitab Al-Mawahib (jilid 1 m/s 44).


23) Imam Syeikhul Islam Abu Zakaria Yahya An-Nawawi di dalam Kitabnya " Al-i-dhoh" pada bab yang ke 6 m/s 497)


24) Al-Allamah As-Syeikh Ibn Hajar Al-Haitamy dalam "Hasyiah 'Ala Al-i-dhoh", m/s 499. beliau membincangkan keharusan bertawassul secara khusus di dalam bab yang di namakan " Al-Jauhar Al-Munazzhom".


25) Imam Al-Mufassir Abu 'Abdullah al-Qurthuby di dalam tafsirnya pada Jilid yang ke 5 m/s 265.


Antara sahabat yang bertawassul dan meriwayat hadis- hadis ini :


1) Abdullah Ibn 'Umar


2) Uthman Bin Hunaif


3) Bilal bin Harits


Adapun pandangan Al-Albaani yang mengatakan hadis ini dhoif tidaklah boleh diterima kerana dia tidak pernah sampai ke martabat Al-Hafiz atau Muhaddits maupun Musnid, jauhnya seperti langit dan bumi.


Bahkan bila kita teliti pandangan wahhabi yang mengatakan tawassul ini syirik, mereka sebenarnya mendustakan dan MENGKAFIRKAN penghulu kita Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wassallam yang mengajar doa tawassul ini :


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكُ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي ، فَتَقْضِي لِي حَاجَتِي


Adakah nabi Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wassallam mengjar kepada kita suatu doa yang membawa kepada syirik??


Saya katakan : Subhanaka haza Buhtanun 'Adzim!!


HADIS TAWASSUL


Sesungguhnya At-Thabrani dan al-Baihaqi telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang mengadukan halnya kepada Sayyidina Utsman bin Affan dizaman pemerintahannya, tetapi Saiyyidina Utsman tidak berpaling kepadanya dan tidak memandang kepada hajat yang diperlukannya [kerana kesibukan]. Lelaki itupun berlalu dan mengadu pula kepada Utsman bin bin Hunaif tentang hal itu. Mendengar hal itu, Utsman bin Hunaif pun berkata kepadanya: Kalau begitu pergilah kamu ke tempat berwudhu dan berwudhulah, kemudian datangilah masjid dan bersholatlah. Lepas itu berdoalah:



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكُ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي ، فَتَقْضِي لِي حَاجَتِي


Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu dan aku menghadap kepadaMu melalui nabiMu yang penuh kasih sayang, Wahai Muhammad, sesungguhnya aku menghadap [hajatku] dengan [perantaraan]mu kepada Tuhanku agar diperkenankan bagiku hajatku. Dan engkau sebutlah hajatmu. Lelaki itupun berlalu dari situ dan melakukan suruhan tersebut.Kemudian dia datang ke pintu rumah Sayyidina Utsman . Tiba-tiba datang seorang penjaga pintu lalu menarik tangannya masuk kedalam dan didudukkan bersama-sama Saidina Utsman . Sayyidina Utsman berkata: Sebutlah hajatmu itu. Lalu lelaki itupun menyebut dan akhirnya Sayyidina Utsman pun menunaikan hajatnya. Sayyidina Utsman bertanya lagi: Kalau kamu mempunyai hajat lagi, sebutlah.Selepas itu lelaki itupun keluar lalu menemui Utsman bin Hunaif dan berkata kepadanya: Moga-moga Allah membalas jasamu dengan kebaikan. Tidaklah ia memandang kepada hajatku sehingga engkau mengajarkan kepadaku. Ibn Hunaif lantas menjawab: Demi Allah, tidaklah aku mengajarmu, tetapi sebenarnya aku telah menyaksikan bahwa Rasulullah ketika didatangi oleh seorang buta mengadu akan hilangnya penglihatannya ………. (hingga akhir hadits .. Maka ini adalah tawassul dan seruan selepas wafat Rasulullah.


Syeikhul Takfir


Siapakah syeikhul takfir ini sebenarnya ? Kenapakah disembunyi identitinya?..


Untuk menjawab soalan ini,mari kita lihat bukti yang didedahkan oleh ulamak-Ulamak bahawa Muhammad Bin Abdul Wahhab inilah sebenarnya Syeikhul Fattan dan Syeikh Takfir.

  • Mengkafirkan ulama najd, lihat Al-Durar m/s 10,15.

  • Mengkafirkan ulama mazhab hanbali dan selainnya yang sezaman dengannya,lihat Al-Durar m/s 10,13.
  • Muhammad Bin Abdul Wahhab kafirkan orang perseorangnan. Antaranya dia mengkafirkan Ahmad Ibn Abd Karim (seorang alim mazhab hanbali),lihat Al-Durar m/s 10,64.

  • Mengkafirkan orang badawi. Lihat Al-Durar (113,114) (118,117,119) beliau mengatakan bahawa mereka lebih kafir dari Yahudi Dan Nasoro.

  • Mengkafirkan penduduk makkah. Lihat Al-Durar 10/86 dan 9/291. Dia mendakwa kedua tanah haram Makkah Dan Madinah adalah negara kufur. Lihat Al-Durar 10/7.

  • Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan ibn Arabi sebagaimana dalam knyataannya di dalam kitab Al-Durar 10/25 : "Dia (Ibn 'Arabi) lebih kufur dari firaun sesiapa yang tidak mengkafirkannya , maka dia adalah seorang yang kafir. Bahkan, kafir juga orang yang merasa ragu dengan kekufurannya."

  • Mengkafirkan Imam Al-Razi pengarang kitab tafsir yang masyhur, tafsir al-kabir.Lihat Al-Durar 10/72, 273. Dia telah mendakwa Imam Al-Razi telah menulis sebuah risalah membenarkan umat Islam menyembah bintang-bintang, rujuk Al-Durar 10/355, dakwaan sebegini dia sandarkan kepada Ibn Taymiyah Al-Harrani al-Mujassim di dalam kitab "Iqtidho’ As-Sirot Al-Mustaqim". Tetapi apabila ulamak merujuk dakwaan kenyatan ini ,ianya tidak terdapat sebagaimana yang disebut oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab.

  • Mengkafirkan kebanyakan penduduk Syam dengan mendakwa mereka menyembah Ibn Arabi lihat Al-Durar 2/45.

  • Dia mengatakan ilmu fiqh yang diistinbatkan oleh imam mazhab adalah usaha yang kufur,lihat Al-Durar 2/59.

  • Mengkafirkan ulama kalam (ulamak usuluddin). Dia berkata ’ulama’ telah ijmak mengkafirkan ulamak kalam. lihat Al-Durar 1/35.

  • Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan semua guru-gurunya, di dalam kitab risalah untuk penduduk riyadh, tarikh najd tulisan Husain Bin Ghannam m/s 137-138, Muhammad Bin Abdul Wahhab berkata di dalam risalah tersebut " tidak ada dari seorang pun dari kalangan guru-guruku yang mengetahui makna La ilaha illa Allah".

Golongan wahabi


1. Mengkafikan Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu al-Asyai'rah dan Al-Maturidiyah. Soleh bin Fauzan (wahhabi) berkata: " Pengikut Al-Asyai'rah dan Al-Maturidiyah tidak layak digelar sebagai ahli sunnah wal jamaaah”. Rujuk kitab Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam, m/s 32, Terbitan Riasah Ammah Lil Ifta’ di Riyadh (Najd). Juga cucu Muhammad Bin Abdul Wahhab, Abd Rahman tidak ketinggalan mengikuti jejak takfir datuknya di dalam kitabnya Fathul Majid m/s 353, Terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh.


2) Mengkafirkan mereka yang menyebut selawat syifa’ ,Ibn Bazz (wahhabi) berkata : " lafaz selawat ini adalah syirik". Rujuk kitab "Kaifa Ihtadaitu Ila Al-Tauhid" , Karangan Muhd Jamil Zainu, m/s 83,89, Cetakan Darul Fatah.


3) Mengkafirkan saiyyidah Hawwa.


4) Mengkafirkan ulama-ulama sufi yang benar lagi soleh dan mengisytiharkan perang terhadap mereka seperti di dalam kitab " Majmu’ Al-mufid Min 'Akidah Tauhid" ,m/s 102, Cetakan Maktabah Darul Fikr Riyadh. Nash kata-kata mereka ialah : ”perangilah golongan sufi sebelum kamu memerangi YAHUDI, sesungguhnya sufi itu adalah ruh Yahudi".


5) Mengkafirkan ulama yang mentafsirkan istiwa dengan makna istaula di dalam kitab mereka "Halaqaat Mamnu’ah ", Tulisan Husam Al-Aqod ,Cetakan Darus Sahabah ,Tonto.


6) Mengkafirkan Umat Islam yang menyambut maulidurrasul dan yang mengamal amalan ini sejak 900 tahun yang lalu. Ibn Baaz berkata: " Perayaan maulidurrasul adalah menyerupai orang yahudi ". rujuk kitabnya " Tahzir minal Bida’ah", m/s 5, Cetakan Riyadh Saudi.


7) mengkafirkan ulama yang bertawasul dengan para wali dan solihin,berkata abu bakar al jazai iri, di dalam kitab aqidatul mukmin m/s 144’ tawasul dengan kemuliaan mereka adalah syirik dan boleh mengeluarksan mereka dari islam dan berkekalan dalam neraka.’


8) Wahabi mengkafirkan Ibn Hajar Al-Asqolany dan Imam Nawawi dalam kitab mereka " liqa’ babil maftuh".

9) Wahabi mengkafirkan umat Islam yang beristighasah dengan para anbiya’. Ibn Bazz berkata: " istighasah dengan nabi –nabi adalah syirik". Rujuk kitabnya " 'akidah Sohihah Wa Ma Yudhodiduha", m/s 22, Cetakan Darul Watan Riyadh.


10) Wahabi mengkafirkan mereka yang mengucapakan "good morning" and "good night", dan mengatakan ucapan ini salah kerana mengikut jejak yahudi di dalam kitab mereka "Akhtho’ Sya’i’ah", Karangan Muhd Zainu, m/s 67.


11) Mengkafirkan penduduk Islam di Hijaz dan Yaman , berkata Ibn Bazz: " telah tersebar dikalangan penduduk di sana (Hijaz dan Yaman) mereka yang menyembah selain dari Allah menyembah pokok, batu-batu dan kubur."


12) Mengkafirkan penduduk Syam, dan mendakwa penduduk syam menyembah Ibn 'Arabi. Rujuk ta’liq Ibn Bazz pada kitaq "Fathu Majid", m/s 217, Cetakan Darul Aulaanah.


13) Mengkafirkan penduduk Islam di Mesir.Wahhabi mengatakan bahawa penduduk Islam Mesir mengagungkan Tuhan iaitu wali Ahmad Badawi. Rujuk taaliq Ibn Baz pada kitab "Fathul Majid" m/s 206, Cerakan Aula Nahi.


Islam vs Liberal


Berkata Mohd Asri Bin Zainul 'Abidin, Mufti Al-Kazzab di dalam Majalah I m/s 33: " sekarang dunia moden, banyak pengetahuan boleh di cari hanya beberapa klik di hadapan internet. Jika kita tidak larat fikir , jangan halang orang lain mencari maklumat dan berfikir. Tunjukkan imej keistimewaan islam itu dengan mengizinkaN kepelbagaian pemikiran hidup dalam iklim yang harmoni selagi tiada penipuan dan pengkhianatan.”


Sekira maklumat yang Asri sebarkan itu jelas penipuan dan pengkhianatan...adakah asri nak mengatakan ianya ilmiyah dan berfakta...??

LIHAT BETAPA lIBERALNYA MUFTI AL-FATTAN INDERA KAYANGAN..!!



Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany

( 0133005046)

musufism_addeen@yahoo.com
http://abulehyah.blogspot.com/