Tuesday, June 17, 2008

AQIDAH AS-SULTAN SHOLAHUDDIN AL-AYYUBY

Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah al-Kelantany
(0133005046)


بيان الحق وكشف أهل الضلال

الحمد لله رب العالمين

المنـزه عن الشبيه والمثيل والزوجة والولد والإخوان، الموجود بلا جهة ولا مكان، المنـزه عن كل ما لا يليق به من الصفات والنعوت، والملك القهار ذي الجلال والجبروت، وأفضل الصلاة وأتم السلام على سيدنا محمد خير الأنام، وخاتم أنبياء الإسلام، وعلى ءاله الطاهرين، وصحبه الغر الميامين، ومن اتبع منهاجهم واقتفى أثرهم إلى يوم الدين.ـ"قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "حتى متى ترعون عن ذكر الظالم اذكروه بما فيه حتى يحذره الناس

AL-AQIDAH AS SHOLAHIYYAH AS-SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBY

KARANGAN AS-SYEIKH TAJUDDIN MUHAMMAD BIN HIBATILLAH AL-MAKKY.


Sultan Sholahuddin al-Ayyubi sebagaimana yang disifatkan oleh oleh ulamak-ulamak Tarajim (ulamak yang menyebut dan menceritakan biodata ulamak yang lain) bahawa sultan salahuddin merupakan seorang yang bermazhab Shafiey dalam fiqh, dan bermanhajkan Al-Asyairoh dalam perkara-perkara iktiqod.

Beliau adalah seorang yang amat menitik beratkan penyebaran iktoqod yang benar dalam masyarakat dan mempunyai usaha yang khas untuk menyebarkan manhaj akidah yang dibawa oleh Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ariy yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sesungguhnya pernah Sultan Sholahuddin Al-Ayyuby memerintahkan para muazzin (tukang-tukang azan) waktu sebelum subuh melaungkah akidah A'syairoh di mi'zanah (tempat azan) kemudian memberi tugasan kepada mereka supaya menyebutnya pada setiap malam dengan harapan umat Islam menjadi umat yang kuat berjunjangkan akidah Sunniyah Asyairoh yang berteraskan akidah yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sollahu 'Alaihi Wassallam.

Sultan Sholahuddin Al-ayyuby merupakan seorang Hafiz al-Quran, beliau menghafal sebuah kitab fiqh yang berjudul Al-Tanbih, kitab yang membicarakan tentang fiqh Imam Asy-Syafiey dan juga pernah menghafal kitab al-Hamasah. Beliau seorang yang berakhlak mulia,kuat beragama, seorang yang wara', berani berperang,suka berjihad di jalan Allah,dan bertaqwa orangnya.

Disebabkan ambil berat beliau terhadap aqidah al-a'syairoh, seorang ulamak di zamannya Al-Syeikh An-Nahwiyyu Tajuddin Bin Muhammad Hibatillah Al-Makki sebuah kitab yang berjudul (( Hadaa-iqul fushul wa jawahirul 'uqul )) lalu dihadiahkan kepada Sultan. Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi menerimanya dangan baik, kemudian diperitahkan supaya kitab ini diajar, disebarkan sehingga menjadi sillibus pembelajaran kepada kanak-kanak dan para remaja di sekolah-sekolah dan di tempat-tempat pengajian setempat.

Kemudian pengajian akidah berteraskan kitab ini akhirnya menjadi terkenal di serata tempat sehingga masyhur dengan nama AL-AQIDAH AS-SHOLAHIYYAH kerana dinisbahkan kepada Sultan Sholahuddin Al-Ayyuby dan sikap ambil beratnya dalam menyampaikan akidah yang sohih lagi benar dalam masyarakat.

Marilah sam-sama kita hayati dengan jiwa yang tenang sambil memohon moga-moga Allah taala matikan kita di atas akidah sunniyah mengikuti jejak langkah para ulamak-ulamak yang muktabar...ameen

Di Sediakan oleh :

Abu Lehyah al-kelantany

0133005046