Soalan:
Apakah hukumnya membaca barzanji yang diamalkan di negeri ini? Ada yang mengatakan baik kerana mengingati sejarah Rasulullah, juga memuliakan Rasulullah.Jawapan:
Adalah dimaklumkan bahawa bacaan barzanji telah menjadi satu tradisi keagamaan bagi masyarakat Islam di sebelah sini dan ia adalah dianggap salah satu cabang kebudayaan Islam. Kitab barzanji yang dibaca itu mengandungi sejarah hidup Rasulullah (Sirah Nabawiyyah) selain daripada puji-pujian bagi Rasul junjungan alam. Membacanya dapat pahala dengan niat hendak mengetahui sejarah hidup Rasulullah yang mana percaya kepada Rasul salah satu Rukun Iman. Orang Islam hendaklah mengetahui Rasulullah, ayahanda dan bonda juga anak-anaknya walaupun kebanyakan umat Islam di negeri ini yang membaca barzanji tidak faham ertinya tetapi bacaan-bacaan mereka betul dan tidak lari dari ayat-ayat yang berkenaan. Oleh itu, membaca barzanji diberi pahala kepada yang membacanya kerana ada kaitan dengan sejarah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan memuliakan Rasul utusan Allah itu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para mala’ikat-Nya mengucap salawat atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah salawat dan salam ke atasnya.”ULASAN ;
GOLONGAN AL-WAHHABIYAH BUKAN SAHAJA MENOLAK AMALAN FURU' YANG TIDAK BERCANGGAH DENGAN ISLAM TETAPI MENGKAFIRKAN PELAKU AMALAN TERSEBUT. SELAIN DARIPADA ITU MEREKA MELETAKKAN PENTASHBIHAN DAN PENTAJSIMAN KEPADA ALLAH SEBAGAI TERAS DAN ASAS AQIDAH MEREKA SEPERTIMANA IKTIQOD YAHUDIYAH.ULAMAK-ULAMAK ISLAM YANG MUKTABAR YANG BERSIKAP AMANAH TERHADAP ILMU DAN TIDAK CINTAKAN HARTA DUNIA MEMANDANG SERIUS MASALAH PENTAJSIMAN INI.PENTAHZIRAN SUPAYA BERHATI-HATI DENGAN IKTIQOD KUFUR INI WAJIB HUKUMNYA SUPAYA MASYARAKAT TIDAK TERMINUM "RACUN" DAN "VIRUS" WAHHABIYAH YANG BOLEH MEMBAWA KEBINASAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
Di Sediakan oleh :
Abulehyah Al-Kelantany
0133005046
http://abulehyah.blogspot.com/
1 comment:
Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam kenal dari saya, semoga blog saya yang pertama yang berbayar ini bisa menambah khasanah pemikiran dan wawasan ke-Islam-an kita semua terutama tentang salawat nabi yang sekarang sedang jadi bahasan dalam blog saya
Dan selamat hari raya Idul Adha 1429 H
Semoga Allah Memberkahi kita semua
Dan ( lagi ) ditunggu kunjungannya
Amin
Post a Comment