DIROSAH MUQARAN : AKIDAH IBN TAIMIYAH DAN WAHHABIYAH MUJASSIMAH SAMA DENGAN AKIDAH YAHUDIYAH
Disediakan oleh :
Abu Lehyah al-Kelantany
((0133005046))
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
Alhamdulillah, ada beberapa hamba Allah yang suka mencari kebenaran meminta penulis mengkaji dengan lebih teliti tentang iktikod Ibn Taymiyah dan mendakwa bahawa kenyataan penulis yang mengatakan iktikod mujassimah Ibn Taymiyah Al-Harrany dan Mujassimah Al-Wahhabiyah adalah iktikod yahudi adalah tidak tepat dan boleh membawa kepada fitnah dan tohmahan kepada beliau. Setelah dibuat kajian yang tepat dan dapat pengiktirafan daripada beberapa ulama’-ulama’ maka hamba datangkan perbincangan ini sebagai mentahzir atau mewaspadakan pembaca daripada firqah wahhabiyah ini yang membawa agama baru yang tidak selari dengan ajaran Nabi Muhammad Sollallahu ‘alaihi wasallam…silakan..
BEBERAPA AKIDAH SESAT IBN TAYMIYAH
Edisi Pertama : mempercayai i’tiqod yahudi iaitu Allah duduk bersemayam atas Arasy- dengan erti kata lainnya- Tuhan duduk sepertimana Ibnu Taimiyah duduk di atas kerusi.
YAHUDIYYAH
Golongan Yahudi menisbahkan kepada Allah taala sifat duduk, menetap di suatu tempat (istiqror), mempunyai berat, mempunyai timbangan, dan mempunyai bentuk,(wal’iyadzubillah) marilah kita berlindung dengan Allah daripada kekufuran mereka.
Di dalam naskhah kitab Taurat yang telah diselewengkan dan diubah isi kandungannya yang menjadi tunggak asasi agama yahudi, Kitab al-Muqaddas Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 Nombor 19-20, Yahudi laknatullah menyatakan akidah kufur mereka di dalamnya :
- قال فاسمع إذاً كلام الرب قد رأيت الرب جالسًا على كرسيه و كل جند السماء وقوف لديه عن يمينه و عن شماله -
Perkataan kufur Yahudi tersebut bermaksud :“Berkata : Dengarlah akan engkau kata-kata tuhan, telahku lihat tuhan duduk di atas kursi dan ke semua tentera langit berdiri di sekitarnya kanan dan kiri” . Ketahuilah bahawa aqidah yang dibawa oleh Wahhabiyah dalam dan luar Malaysia adalah akidah yang bersumberkan Yahudi dan Kristian kafir yang cuba diserapkan dalam masyarakat umat islam demi memecah belahkan umat islam dan bertujuan agar umat Islam menjadi Yahudi dan Nasrani, !!Inilah agenda dan propaganda Yahudi dengan mendapat kerjasama penuh dari Wahhabiyah dalam menyesatkan umat Islam di tanah air kita ini...Nasuzubillahu Min Zalik..
Manakala didalam Kitab Safar Mazaamir : Al-Ishhah ((47)) bernombor ((8)), Yahudi laknatullah mengatakan:
الله جلس على كرسي قدسه
(( Allah duduk di atas kursi maha sucinya )).
Dan lagi jika dirujuk pada kitab yang diberi nama Safar Yuhana : Al-Ishhah ((8)) bernombor ((10)) Yahudi laknatullah berpandangan : “ dan mereka berteriak dengan suara yang nyaring dan kuat mengatakan selesailah bagi tuhan kami yang duduk di atas arasy”.
Dan dalam kitab bernama safar Yuhana : Al-Ishhah ((8)) bernombor ((15)). Yahudi mengatakan :
الجالس على العرش يحل فوقهم
(Tuhan) duduk di atas arasy, berpindah ke atas mereka )).
Dalam kitab mereka Safar Yuhina : Al-Ishhah ((4)) bernombor ((9)) Yahudi laknatullah berpendapat :
وشكراً للجالس على العرش الحي الأبدي
(( Dan berterima kasihlah kepada (Tuhan ) yang duduk di atas arasy yang hidup kekal abadi)).
Ini adalah beberapa tempat sahaja penulis nukilkan dari kitab-kitab yahudi yang jelas menisbahkan kepada Allah taala sifat duduk..
IBN TAIMIYAH :
Perbincangan ini adalah membahaskan ayat al-Quran “العرش استوى ”.Ibnu Taimiyyah mengatakan maksud ‘استوى’ ialah duduk bersila. Ditambah lagi katanya duduk bersila itu duduk bersila sepertinya Ibnu Taimyiah. Beliau membantu yahudi menyebarkan akidah yahudi ” Allah duduk atas arasy” :
Dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374, Ibn Taymiyah Al-Harrany yang yang menjadi pujaan kepada Muhammad Abdul Wahhab, kuncu-kuncunya, dan Wahhabiyyah Mujassimah mengatakan :
إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
Akidah yang kufur ini bermaksud:
“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.
Dalam kitab Majmu’ Fatawa Jilid 5 m/s 527, dan dalam Kitab Syarah Hadits Nuzul Cetakan Darul ‘Ashimah m/s 400, al_Harrany mengatakan : “ Maka apa yang datang dengannya atsar daripada nabi tentang lafaz duduk dan bersemayam pada haq Allah taala seperti Hadits Jaafar Bin Abi Thalib dan Hadits Umar lebih diberi keutamaan supaya tidak mengumpamakan sifat-sifat jisim hamba). Beliau mensabitskan sifat duduk dan bersemayam, tetapi bila beliau mengatakan tidak sama dengan sifat-sifat makhluk, itulah tamwiih (mengaburkan mata orang ramai) dan penipuan jua. Ini kerana ijma’ mengatakan sifat duduk dan bersemayam itu adalah sifat jisim. Lembu duduk, ayam duduk, kambing duduk, monyek duduk, khinzir duduk, wahhabi pun duduk.
Tidak cukup dengan itu sahaja Ibnu Taimiyah turut mengunakan lafaz kufur Yahudi demi menyahudikan umat islam : rujuklah Majmu’ Fatawa Jilid 5 m/s 527, dan dalam Kitab Syarah Hadits Nuzul Cetakan Darul ‘Ashimah m/s 400:
إذا جلس تبارك و تعالى على الكرسي سُمِع له أطيط كأطيط الرَّحل الجديد
Kata Ibnu Taimiyiah tersebut bermaksud :”Apabila (Tuhan) tabarakallah taala duduk di atas kursi maka akan terdengarlah bunyi seperti pelana kursi unta yang baru diduduki (keriuk-keriak)”. Subhanallah betapa jelas Ibnu Taymiyah menjisimkan Allah taala..Nauzubillahu min zalik.
Dan kitab Al-Harrany ini yang beliau namakan sebagai Syarah Hadits Nuzul, termaktub di dalamnya belambak kekejian dan kesesatan dan jauhnya beliau dari kebenaran. Kitab ini di cetak di Riyadh pada tahun 1993 , Cetakan Darul 'Asimah, di ta'liq oleh Muhammad Al-Khamis yang amat menyetujui akidah tashbih dan tajsim al-Harrany.
Disini penulis ingin tegaskan bahawa, lafaz (julus) duduk dan bersemayam tidak pernah warid dan sabit pun ke atas Allah taala, sama ada dalam Quran mahu pun sunnah. Dan ketahuilah ini merupakan antara perkara bida’ah Ibn Taimiyah Al-Harrany, Muhammad Abdul Wahhab dan kuncu-kuncunya yang selari dengan aliran mujassimah, lantaran bahayanya i’tikod ini menjerumuskan seseorang ke kancah kukufuran.
Dan di dalam kitab Al-Asma’ Wa- Sifat daripada Majmu’ Fatawa juzuk yang pertama Cetakan Darul Kutub Ilmiyah di tahqiq oleh Mushtofa Abdul Qadir ‘Atho, m/s 81 Ibn Taymiyyah Al_Harrany berkata :
قال -أي ابن حامد المجسم- إذا حاءهم وجلس على كرسيه أشرقت الأرض كلها بأنواره
“ telah beقkata – Ibn Hamid al-Mujassim- apabila Dia datang kepada mereka dan duduk/ bersemayam di atas kursi, bersinarlah bumi keseluruhannya dengan cahaya- cahayanya”.
AL-DARIMI
Dalam kitab Darimi ‘ala Bisr Al-Marisi –Cetakan Darul Kutub Al-Ilmiyyah dita’liq oleh Muhammad Hamid Al-Faqi, Al-Darimi mengatakan :
وإن كرسيه وسع كل السموات والأرض ، وإنه ليقعد عليه فما يفضل منه إلا قدر أربع أصابع ، وإن له أطيطا كأطيط الرحل الجديد إذا ركبه من يثقله
“ Dan sesungguhnya kursi-Nya meluasi langit dan bumi, dan sesungguhnya Dia benar-benar duduk di atasnya, Maka tiada melebihi daripada qadar kerusi itu melainkan qadar 4 puntung jari jua, dan sesungguhnya berbunyi baginya seperti bunyi pelana unta yang baru (keriuk keriak) apabila ditunggangi oleh suatu yang berat ”.Beliau menisbahkan kekufuran ini kepada kepada Nabi kita Muhammad Sollahu ’Alaihi Wasallam, padahal pada hakikatnya nabi tidak pernah bersabda demikian.dan hadits ini tidak sabits daripada para muhaditsin. Wal’iyazubillah..marilah kita minta berlindung dari Allah taala daripada mendustakan Nabi Muhammad sollahu’alaihi wasallam kerana siapa yang mendustakan Rasulullah maka tunggulah tiket jemputan ke neraka Allah kelak.
Di dalam kitab yang sama m/s 81, al-Darimi melakukan pembohongan sekali lagi dan mereka-reka cerita ke atas junjungan besar kita Muhammad sollahu’alaihi wasallam bahawa beliau bersabda :
ءاتي باب الجنة فيفتح لي فأرى ربي وهو على كرسيه تارة يكون بذاته علي العرش وتارة يكون بذاته علي كرسي
“ Aku mendatangi pintu syurga maka dibukakannya kepadaku lalu aku melihat Tuhanku sedangkan Dia sedang duduk di atas kerusi pada suatu ketika, kekadang zatNya berada di atas arasy pada ketika yang lainnya dan kekadang zatnya berada di atas kerusi.”
Pada M/S 73, AlDarimi berkata :
قال هذا المجسم
“ Rasulullah bersabda : Tuhan telah mendarat/turun daripada arasy ke kursi”, seterusnya berkata lagi :
قالت امرأة : يوم يجلس الملك علي الكرسي
“ seorang perempuan telah berkata : Suatu hari Al-Mulk (Allah) duduk bersemayam di atas kerusi”.
PERHATIAN PENTING :
Al-Darimi yang dimaksudkan oleh penulis tadi ialah Utsman Bin Said Al-Darimi dan beliau adalah seorang Mujassimah pada zaman salaf yang meninggal pada tahun 282H. Ini antara dalil membuktikan mujassimah sudah bertapak pada zaman salaf lagi. Al-Darimi ini bukanlah Al-Imam Al-Hafidz Al-Sunni Abi Muhammad Abdullah Bin Bahram _rahimahullah- tuan punya Kitab As-Sunan yang telah wafat pada tahun 255. Berhati hatilah pembaca bila melihat nama Al-Darimi ini, cuba rujuk tarikh kematian mereka untuk membezakan yang mana mujassim dan yang mana yang haq. Disini kantoilah Ibn Taymiyah Al-Harrany bilamana dibuat penilaian dan perbandingan antara kata-kata Ibn Taymiyah Al-Harrany dengan Al-Darimi al-Mujassim. Rupa-rupanya al-Harrany banyak mengambil kata-kata Al-Darimi al-Mujassim dalam berhujah tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan i’tiqodiyah. Dalam Kitab Majmuk sebagai contohnya berlambak dinukilkan kata-kata Al-Darimi al-Mujassim bagi menguatkan hujahnya. Jadi salaf yang diwawarkan oleh Ibn Taymiyah, Muhammad Bin Abdul Wahhab dan kuncu-kuncunya selama ini adalah Al-Darimi al-Mujassim..Allah..memalukan..
Di dalam kitab Al-Darimi ini, disembunyikan akidah-akidah mereka yang keji sehingga boleh membawa orang awam dan orang jahil terjerumus ke lembah kekufuran. Apa yang diterapkan dalam kitab ini adalah kesesatan yang amat jelas sekali sehinggakan Al-Darimi al-Mujassim ini mengketogorikan bab dalam kitab beliau itu “ bab pada membicarakan tangan, bab pada membicarakan duduk, bab pada membicarakan mata, baba pada membicarakan telinga, bab pada membicarakan kaki, bab pada membicarakan betis,...” semua beliau nisbahkan kepada Allah kecuali janggut dan alat kemaluan.
Ketaksuban Al-Harrany ini terhadap Al-Darimi Al-Mujassim dan pujian beliau yang melebih-lebih supaya orang ramai memuthala’ah kitab Al-Darimi adalah suatu ajakan kepada kekufuran dan pembohongan terhadap Agama Islam, konon-kononnya buku yang beliau rujuk ini adalah akidah salaf yang sebenar...soalan ringkas penulis.. salaf ke salah? (kelantan version : salaf ko saloh?)
IBN QAYYIM AL-JAUZIYYAH
Antara yang memuji Ibn Taimiyah al-Harrany adalah anak murid kesayangan beliau, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah yang boleh dikatakan 99% atau 100% beraqidah seperti Ibn Taymiyah. Beliau amat taasub padanya dan ini boleh dibuktikan, banyak tulisan beliau yang membuktikan hal yang demikian itu, antaranya Kitab “اجتماع الجيوش”. Kitab ini mengandungi berlambak perkara bid’aah dan kekufuran disamping mereka-reka ijma’ padahah tidak pernah pun termeterai ijma’ disana. Cara ini adalah warisan syeikh mereka Al-Fattan Ibn Taimiyyah Al-Harrany.. contohnya ;
إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
Pada m/s 85 daripada kitab“Ijtima’ al-Juyush , beliau menukilkan kata-kata Darimi al-Mujassim ; “ Dan sesungguhnya telah sampai kepada kami bilamana mereka menanggung arasy yang di atasnya terdapat bukit yang dalam kekuasaannNya, mereka merasa lemah memikulnya dan telah merendahkan diri mereka dan meraba tunggangan mereka sehingga mereka bertalqin mengatakan la haula wala quwwata illabillah. Lalulah mereka terangkat sedikit dengan Kekuasaan Allah dan kehendaknya, jikalau tidak demikian tidak terangkat sekali-kali arasy, tanggungan, langit, bumi dan seisinya. Jika Dia inginkan –Allah- nescaya Dia boleh menetap di atas belakang nyamuk lalu terangkat dengan kekuasaanNya dan kelembutan ketuhanannya, apatah lagi di atas arasy !!”.. Subhanakallahu buhtan al-adhzim..
Dalam kitab Syarh Al-Qasidah Al-Nuniyah bagi Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, karangan Muhammad Khalil Harras m/s 256, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah bekata :
قال هذا المجسم : قا
“berkata al-Mujahid : “Sesungguhnya Allah mendudukkan rasulNya bersamaNya di atas arasy”. Ini juga tidak sabits daripada Mujahid dan tidak pernah disebut oleh mana-mana ulama’ muhadditsin..subhanallah tipu lagi.
Mujassimah mahupun al-Wahhabiyah memberi kerjasama yang penuh dalam menghidupkan kekufuran Kristian dengan memalsukan Hadith Nabi : Yahudi kata Allah Duduk…Ibnu Taymiah pun kata Allah duduk. ..Wahhabi pun kata duduk..hmm
AL-WAHHABIYYAH
Dalam kitab Tobaqaat Al-Hanabilah- juzuk pertama, Cetakan Darul Kutub Al-Ilmiyah, ini adalah cetakan pertama 1997 karya tulisan Abi Ya’la Al-Mujassim yang diperakui oleh wahhabi perkataannya. Beliau berkata pada m/s 32 :
قال هذا المجسم : و
" Dan Allah Azza Wajalla berada di atas arasy manakala kursi adalah tempat letak kedua-dua kakinya”.
Dalam kitab “ Ma’arij Al-Qabul” karangan Hafidz Hukmi ( ni bukan hafizd hadits tapi nama dia memang hafidz) dita’liq oleh Solah ‘Uwaidhah dan Ahmad Al-Qaadiry, cetakan pertama, Cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, juzuk pertama bermuka surat 235, beliau mengatakan :
يقول : قال النبي : إن الله ينزل إلى السماء الدنيا وله في كل سماء الدنيا كرسي، فإذا نزل إلى السماء جلس على كرسيه ثم مد ساعديه، فإذا كان عند الصبح ارتفع فجلس على كرسيه
" Nabi bersabda : Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia dan bagiNga pada setiap langit itu Kursi, maka apabila dia turun ke langit dunia dia duduk di atas Kursi kemudian meluruskan lengannya, maka apabila datang waktu subuh dia pun bangun lalu duduk bersemayam di atas kerusiNya”.
Pada muka surat 257, mujassim ini berkata :
يقول هذا المجسم : فإذا كان يوم الجمعة نزل ربنا عز وجل على كرسيه أعلى ذلك الوداي
“ Dan apabila sampai hari Allah Azza Wajallaa taala telah turun ke atas kursi yang lebih tinggi daripada lembah itu”.
Pada m/s 267, beliau menisbahkan kepada Nabi bahawa beliau bersabda ; “ maka apabila datang tuhanku dan dia berada di atas kursi Nya atau di atas katilNya”. Hadits yang tidak ada hujung pangkalnya ini direka-reka untuk menguatkan hujah mengatakan Allah mempunyai sifat duduk bersemayam.
Dalam m/s 127, mujassim ini berkata lagi ; “ berkata seorang perempuan: suatu hari Al-Mulk duduk bersemayam di atas kursi lalu diambil tindakan orang yang menzalimi orang lain”.
BIN BAZ DAN CUCU MUHAMMAH ABDUL WAHHAB
Dalam kitab wahhabi yang diberi nama Fathul Majid Syarh Kitab At-Tauhid karangan cucu Muhammad Abd Wahhab, Abdur Rahman Bin Hasan bin Muhammad Bin Abdul Wahhab disohihkan oleh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz cetakan pertama tahun 1992 bersamaan 1413 Maktabah Darul Faiha Dan Maktabah Darul Salam.Cetakan ini pada m/s 356 yang tertera kenyatan kufur yang didakwa oleh Wahhabi sebagai hadis ( pada hakikatnya bukan hadis Nabi ) adalah tertera dalam bahasa arabnya berbunyi:
“ إذا جلس الرب على الكرسي”
Perkara kufur membawa erti : ” Apabila Telah Duduk Tuhan Di Atas Kursi “. TAPI AL-QURAN DAN HADITS AL- NABAWI AL-SYARIF YANG SOHIH TIDAK PERNAH MENYATAKAN ALLAH DUDUK...subhanallah.
MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Dewasa ini telah lahir ramai pendakyah-pendakyah yang semacam mereka ini sehingga dokrin tahsbih ini sampai ke tanahair kita sejak baru beberapa tahun sahaja. Dan paling terbaru ia di hidupkan oleh seorang yang bersarjana Jordan dalam bidang bahasa arab, Mohd Asri Muftary. Beliau dalam banyak ceramahnya menerapkan isu-isu khilafiyah sebelum sampai kemudiannya keperingkat memasukkan virus tajsim kepada beberapa pengikut yang amat taasub kepadanya. seterusnya beliau dimasyhurkan oleh beberapa buah majalah, majalah Al-Islam dan Majalah I , di samping itu wahhabiyah mengaktifkan website AHKAM sebagai medium maklumat kepada masyarakat awam. Laman web ini bolehlah di ketegorikan sebagai Fattan, Dajjal, Kazzab. Tiga sifat ini adalah sifat asasi Wahhabiyah sejak dulu, kini ....
ASWJ SECARA RINGKAS :
Ahli Sunnah Wal Jamaah pula berpendapat dengan dua pegangan :-
- Pendapat Ulamak Salaf yang menyerahkan/mentafwidhkan maksudnyakembali kepada Allah. Tidak perlu ditafsirkan / ditaayiinkan maknanya beserta mentanzihkan Allah dari sifat jisim.
- Ulama Khalaf pula mentakwilkan maksudnya ialah ‘menguasai’ dan ‘memerintah’ (al-qahar wa al-istaula
PESANAN PENULIS ;
Ulama’-ulama’ telah memperakui bahawa iktidod ini mengeluarkan seseorang itu daripada Islam. Pada hal yang sebenarnya mereka yang beri’tikod ini bukanlah menyembah Allah taala bahkan menyembah jisim yang dikhayalkan duduk di atas arasy tapi mereka menyangka-nyangka itulah Allah. Berkata Imam Zunnun al-Misri As-Sufiy dan Imam Ahmad Bin Hanbal mengatakan :
مهما تصورت ببالك فالله بخلاف ذلك
" walaupunbagaimanapun engkau mebayangkan Allah taala maka Allah adalah tidak sama sekali dengan apa yang engkau bayangkan ". Maksudnya Allah bukanla sesuatu yang boleh dibayangkan dan dikhayalkan. Mereka yang berkhayal dan membayangkan Allah adalah musia yang tidak ma'rifatullah. Ketahuilah tidak sah ibadat seseorang jikalau tidak mengenali yang di sembah. Oleh kerana inilah imamuna Hujjatul Islam Abu Hamaid al-Ghazali berkata :
لا تصح العبادة إلا بعد معرفة المعبود
“Tidak sah ibadat seseorang itu melainkan setelah mengenali Tuhannya”.
KESIMPULAN
Apa yang penulis sebutkan tadi adalah sedikit sahaja daripada berlambak lagi apa yang ada dalam kitab-kitab mereka. Ini sebagai untuk memberi kefahaman yang jelas kepada semua. Di sini telah jelaslah kepada semua wahai pembaca yang budiman bahawa di sana ada kesatuan dan persekepakatan di antara iktikod golongan yahudi dengan i’tikod al-wahhabiyah, sama-sama memberi sifat duduk bersemayam kepada Allah.
Lihatlah dengan mata kepala saudara sendiri dan carilah rujukan yang telah penulis sebutkan tadi untuk mendapat kepastian lagi atau pun boleh berhubung dengan penulis kalau berminat.
Golongan al-wahhabiyah golongan yang mempunyai kesatuan dan kesekapatan dengan iktiqod Yahudi, sehubungan dengan itulah kita dapat lihat dewasa ini mereka menolong dan membantu Yahudi untuk menyerang umat Islam.Yang jadi mangsa ialah umat Islam seperti kita, Wahhabi bermaharajalela dan bergembira. Walaupun mereka cuba sedaya upaya untuk menafikan pemimpin mereka (Ibnu Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahhab) bukan golongan tajsim dan tasbih tetapi secara tidak langsung mereka menjilat dan terminum hasutan tashbih daripada kitab-kitab al-Harrany dan Muhammad Abdul Wahhab.......
MEREKA YANG TERTIPU DENGAN IBN TAYMIYAH
Dan sesungguhnya mereka yang tertipu dan terpedaya dengan mencintai Ibn Taymiyah dan mempertahankan beliau adalah mereka yang amat jahil dan adalah semata-mata kerana hawa nafsu belaka. Keta’suban dengan menyebarkan kitab-kitabnya dan kebatilannya, menjualnya kepada khalayak ramai dan menterjemahkannya kepada Bahasa Melayu atau Inggeris adalah sikap tidak bertanggungjawab dan tidak amanah kepada ilmu. Jika dinasihati kepada mereka perkara ini adalah akidah sesat Ibn Taymiyah, Ibn Taymiyah menisbahkan sifat duduk kepada Allah dan lain-lain lagi maka didapati mereka tidak berganjak bahkan tetap mempertahankan Ibn Taymiyyah sebagai "Syeikul Islam" (ala za'mihim), dan kekadang sengaja menafikan bahawa ini tidak sabit daripada al-Harrany..
kami ASWJ bukan sahaja memadai dengan hanya menakalkan ulama’-ulama’ yang thiqaat di dalam tulisan-tulisan dan karangan-karangan mereka sebagaimana Abu Hayyan al-Andalusy dalam tafsifnya (( al-Nahr al-Mad)), al-Hafidz al-Faqih Taqiuddin al-Subkiy , al-Faqih Taqiuddin al-Hushni al-Syafi’y, al-Qaddi Badr Al-diin bin Jamaah, al-Hafiz ‘Ala’i, Solahuddin al-Sofdiy dan selain mereka belambak lagi, tetapi kami menkaji dan menjumpai ini memang termaktub dalam kitab Ibn Taymiyah sendiri daripada tulisan tangannya (manuskrip) yang menunjuk kepada benarnya kebatilan iktiqadat kufur Ibn Taymiyah, di samping cetakan-cetakan dan apa yang telah disebarkan oleh pengikut-pengikutnya yang amat kasih pada beliau. Dan kesemua ini adalah merupakan bukti yang cukup untuk membuktikan kekafiran dan kefasadan akidah mereka dan kesepakatan akidah mereka dengan akidah yahudi..wallahu a’lam...
Disediakan oleh :
abulehyah al-kelantany
((0133005046))