Wednesday, July 2, 2008

PENGAJIAN RINGKAS TENTANG KALAMULLAH


Di sediakan Oleh :
ABU LEHYAH AL-KELANTANY
(0133005046)


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Ketahuilah oleh mu wahai para pembaca sekalian! Iaitu, boleh terjatuh hukum kufur (kafir) kepada Si Penyebutnya jika dia ini beriktiqad bahawa Allah itu berkata-kata seperti makhluq. Inilah kesannya kerana mengambil Zahir ayat Al-Quran (Ayat Mutasyabihat) yang mengatakan Allah berdialog, tanpa mempelajari Ilmu Tauhid.

Perkara ini seperti apa yang dinyatakan di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani, pada m/s 49, baris yang ke-8 dari atas.



-...(Dan) Telah lalu disebut, orang yang berpegang dengan ZAHIR segala ayat Mutasyabihat atau segala Hadis Mutasyabihat itu, jadi KUFUR (Kafir).
................................

Maka, sebagai tafsilan atau perincian penghujjahan ini, baiklah! Secara “Tabarrukan Wa Tawasullan”, Dibawakan apa yang dinyatakan di dalam Kitab AsySyarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim, bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi, m/s 141.

Shubuhaat :

....Maka, jika berkata mereka, iaitu Golongan Musyabbihah dan Wahhabiyah, Bermula dalil kami di atas bahawasanya, Kalam Allah Taala itu dengan ada Huruf dan Suara, ialah sebagaimana FirmanNya Taala,



Ertinya, “Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia, baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.”

Maka jawapannya, Kalau adalah perkara sebenar sebagaimana yang kamu (orang-orang Musyabbihah) dakwa, nescaya bersalahanlah ataupun bercanggahlah ini ayat serta Ayat Al-Quran yang lain-lainnya. Sedangkan, Al-Quran itu saling kuat mengkuatkan satu sama lain. Dan, tidaklah saling bertentangan. (Jadi, apakah maksud sebenar ayat “Kun Fayakun” ini?

Dan, hanya sesungguhnya makna ini ayat bahawa, Allah Taala mengadakan segala benda dengan ketiadaan penat, dan kesusahan, dan dengan ketiadaan halangan dari seseorang kepada Allah. Iaitu, sesungguhnya Allah Taala menjadikan akan benda-benda yang Ia kehendaki, bahawa Ia jadikan akan benda itu dengan bersegera, lagi dengan ketiadaan terlewat daripada waktu yang ia kehendaki adanya benda itu, pada waktu tertentu itu.





Maka adapun, makna, Ertinya, “Jadilah, maka jadilah ia.” Ia menunjukkan di atas segera mengadakan. Dan, bukanlah maknanya itu, tiap-tiap kali apakala berkehendak oleh Allah Taala menjadikan sesuatu benda bahawa berkata ia,


“Jadilah”, “Jadilah”, “Jadilah”.

Dan, jika sekiranya begini maknanya. Nescaya, Allah Taala itu tiap-tiap waktu hanya berkata,


“Jadilah”, “Jadilah”, “Jadilah”.

Bermula, fahaman yang sedemikian adalah Mustahil kerana Allah swt menjadikan pada detik yang satu, iaitu barang yang tidak dapat masuk di bawah perkiraan. (Tidak difahami, hanya Allah sahaja yang faham.

Kemudian, adalah perkataan, “Kun, itu bahasa ‘Arab. Sedangkan Allah Taala itu, telah ada sebelum adanya bahasa-bahasa makhluq semuanya. Dan, sebelum adanya berbagai-bagai bangsa makhluq.

Maka, di atas fahaman Golongan Musyabbihah (Yang mengatakan Allah Taala menjadikan makhluq dengan menyebut perkataan, “Kun’. – ), nescaya pastilah Allah Taala itu asalnya diam. (tidak berkata-kata). Kemudian, baharulah ia berkata-kata.

Bermula ini perkara adalah mustahil, kerana bahawasanya keadaan diam, kemudian berkata-kata, kemudian diam lagi, dan kemudian berkata-kata lagi, adalah Sifat Keadaan Manusia, dan juga selain daripada manusia.

Dan, demi sesungguhnya, berkatalah Qaum Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah), “Kalaulah ada Allah Taala itu berkata-kata dengan huruf dan suara, nescaya Allah Taala berlaku di atasnya segala Sifat-sifat kemahkluqan, seperti bergerak, dan diam, dan sejuk, dan kering, dan berwarna-warni, dan ada bauan tertentu, dan rasa tertentu, dan lain-lain lagi. Sedangkan, ini semua adalah Mustahil bagi Allah.”

Dan, bermula Allah Taala menjadikan sebahagian daripada ‘Alam atau Makhluq itu bergerak-gerak pada satu ketika, dan diam pada satu ketika, mereka itulah manusia dan jin dan malaikat, dan angin, dan cahaya, dan gelap, dan bayang-bayang. Sedangkan Allah Taala, langsung tidak menyerupai akan sesuatu pun daripada ini ‘Alam atau makhluq kesemuanya.
.......................................

Dan, lagi pada halaman 142.


Ertinya,

... Dan adapun, barang yang berpendapat kepadanya oleh Golongan Mujassimah daripada mengatakan bahawa Allah Taala menyebut dengan huruf “Kaf dan Nun ()” ketika menjadikan sesuatu daripada segala makhluq. Maka, fahaman itu adalah fahaman yang bodoh.

Tidak pernah mengatakan dengan ini fahaman oleh seorang yang beraqal pun. Kerana, sesungguhnya mereka (Qaum Mujassimah) berkata mereka,

“Sebelum mengadakan makhluq, berkata oleh Allah Taala dengan ini perkataan yang tersusun dari huruf kaf dan nun.”

Maka, adalah maknanya Allah berkata-kata kepada sesuatu benda yang belum ada. Dan, jika mereka berkata pula,

“Sesungguhnya Allah Taala berkata akan yang demikian itu selepas menjadikan sesuatu makhluq.”

Maka, tidak ada makna sama sekali berkata-kata untuk menjadikan sesuatu yang sudah ada.
.......................................

Inilah kesan sebenar yang berlaku apabila Al-Quran itu diterjemah tanpa disertakan Tafsir berbahasa Arabnya. Kerana perkara inilah, Ulama’ dan Fuqaha’ mengharamkan menterjemah Al-Quran tanpa disertakan dengan tafsir bahasa ‘Arabnya..


Ini jelas kerana kerosakan telah berlaku lantaran dengan adanya Al-Quran dan Terjemahannya sahaja, ada orang sudah merasakan dia sudah faham Al-Quran dan boleh menafsir Al-Quran hanya dengan berdasarkan terjemahan ke dalam Bahasa tertentu. InsyaAllah, pengharaman ini akan diterangkan pada Artikel yang akan datang.


Seperti apa yang dipelajari dari Kitab-kitab Tauhid Muktabar, mengenai Allah itu bersifat Kalam. Penulis dapati bahawa Allah Taala itu berkata-kata dengan ;


a. Tiada Berhuruf dan tiada Bersuara,

b. Tiada ada Permulaan dan tiada ada Kesudahan,

c. Tiada mempunyai arah, iaitu atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang.


Bagi Kisah Nabi Musa as pula, sebenarnya, Allah telah membuka hijab Nabi Musa as supaya dapat mendengar Kalam Allah yang Qadim (Tiada Permulaan). Dan, bukanlah dengan Berdialog yang mempunyai Permulaan dan Kesudahan.


Untuk memantapkan lagi hujjah ini, dibawakan kepada para pembaca sekalian akan penerangan Kitab Tijanu Dharari, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 8, baris 9 dari bawah


Tentang Bab Kalam Allah

Dan, bermula dalil atas demikian itu, yaitu tsabitnya sifat Kalam bagi Allah swt iaitu, dalil Sam’iyy,


Ertinya, “Dan telah berkata-kata oleh Allah Taala kepada Nabi Musa as akan sebagai benar-benar berkata-kata.”

Tafsiran - Iaitu, menghilangkan oleh Allah daripada Nabi Allah Musa as akan Hijab, dan Allah memperdengarkan kepada Nabi Musa as akan Kalamnya yang Qadim (Tiada Mula). Kemudian, Allah kembalikan ke atas Nabi Musa as akan Hijab.

Dan, bukanlah maksud daripada ayat ini bahawasanya Allah Taala memulakan percakapan (Dialog). Kemudian, lalu Allah Taala diam (daripada berdialog), kerana sesungguhnya Allah Taala itu sentiasa bersifat pengkata, kekal dan selama-lamanya (. ).

Dan ada diriwayatkan, bahawasanya Musa a.s adalah beliau menyumbat akan dua lubang telinganya ketika sekembalinya daripada bermunajat kepada Allah Taala, supaya beliau tidak mendengar akan perkataan makhluq kerana keadaan Musa as sudah tidak sanggup mendengar perkataan makhluq. Kerana, sudah jadi di sisinya (apa yang didengari dari Makhluq) lebih buruk daripada suara-suara binatang yang buruk lantaran kerana sudah mengecapi daripada kelazatan mendengar Kalamullah yang Qadim, yang tidak dapat sama sekali diterangkan ketika mana mendengar akan Kalam “Zat yang tiada serupa dengan suatu apa pun.”

Dan, sesungguhnya, naik cemerlang (bercahaya) wajahnya Musa as, lantaran kerana cahaya nur yang bergemilangan. Sehingga tidak ada orang yang melihat akan dia melainkan pasti buta matanya. Lalu, beliau pun memakai Burqu’ (Kain Penutup Muka) dan berkekalanlah beliau memakai Burqu’ (Kain penutup muka) di atas muka beliau sehinggalah beliau wafat.

Kesimpulannya, jangan bermudah-mudah kita membaca Terjemahan Al-Quran, lalu menafsirkan ayat-ayat Al-Quran seperti apa yang telah orang-orang wahhabi lakukan. Kesannya jelas, ia boleh membawa Riddah (Murtad).

DISEDIAKAN OLEH :
ABU LEHYAH AL-KELANTANY
(0133005046
)

Ulamak Islam Meletakkan Fahaman Ibn Taymiyah Sebagai Fahaman Khawarij

Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah al-Kelantany
(0133005046)

الحمد لله رب العالمين ،المنـزه عن الشبيه والمثيل والزوجة والولد والإخوان، الموجود بلا جهة ولا مكان، المنـزه عن كل ما لا يليق به من الصفات والنعوت، والملك القهار ذي الجلال والجبروت، وأفضل الصلاة وأتم السلام على سيدنا محمد خير الأنام، وخاتم أنبياء الإسلام، وعلى ءاله الطاهرين، وصحبه الغر الميامين، ومن اتبع منهاجهم واقتفى أثرهم إلى يوم الدين.ـ"قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "حتى متى ترعون عن ذكر الظالم اذكروه بما فيه حتى يحذره الناس

Syaikh Abdullah bin Ibrahim yang terkenal dengan gelaran Syaikh Abdullah Fahim merupakan ulama terkenal Tanah Melayu dan mufti pertama Pulau Pinang yang berkhidmat dari 1951 - 1961. Beliau dilahirkan di Kampung Syib 'Ali, Makkah pada tahun 1286H dan dibesarkan di sana dalam suasana ilmu keagamaan. Beliau berdamping dan berguru dengan ramai ulama, menurut riwayatnya guru beliau di Makkah dan Madinah tidak kurang 42 orang.

Di antara guru-gurunya ialah:

-Syaikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi (murid Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan pengarang kitab I`aanathuth -Tholibin yang masyhur. Jelas bahawa terdapat hubungan sanad keilmuan antara beliau dengan Sidi Ahmad Zaini.;
Syaikh Muhammad Sa`id BabShil;
Syaikh Muhammad Sulaiman Hasbullah al-Makki;
Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani;
Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kalantani; dan
Syaikh Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani.
Syaikh Abdullah Fahim selain alim dalam ilmu-ilmu fiqh, tauhid dan tasawwuf, juga mendalami ilmu falak. Keahliannya dalam ilmu falak menyebabkan nasihatnya diminta mengenai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan cadangannya untuk tarikh tersebut diterima. Jangan pula disalah anggap bahawa ilmu falak Syaikh Abdullah Fahim tu serupa dengan ramalan Tok Sami dan Tok Cha. Kalau nak tahu berkenaan ilmu falak kenalah belajar dengan ahlinya, cuma kena ingat bahawa falak ulama itu bukan setakat melihat anak bulan sahaja. Mudah-mudahan titihan zuriat beliau yang akhirnya menjadi Perdana Menteri ke-5 Malaysia dapat memartabatkan lagi Islam di persada dunia umumnya dan Nusantara khususnya.
Wasiat Syeikh Abdullah Fahim I
Ikhwah, sebenarnya aku terlupa, almaklumlah nama sahaja insan tempat berlaku khata` dan nisyan (salah dan lupa). Alhamdulillah, nasib baik ada sahabat yang mengingatkan aku berhubung dengan pesanan Syaikh Abdullah Fahim kepada anak bangsanya. Dalam buku "Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (2)" dipetik antara pesanan beliau:-
Supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
Syadid jugak Tok Wan Pak Lah ni. Dan saudara lihat juga bagaimana Tok Syaikh Abdullah Fahim mengisytihar Ibnu Qayyim sebagai seorang khawarij sebagaimana pernah dihukumkan oleh ulama-ulama sebelum beliau terhadap puak Wahhabi. Apa tidak khawarijnya, selain mereka semua tak betul, semua bid`ah, semua sesat, semua masuk neraka. Aku harap Pak Lah pegang dengan wasiat Tok Wan dia ni. Hadhari hadhari jugak, tapi carilah mana dia al-Ghazali, mana dia asy-Syafi`i. Imam asy-Syafi`i dan Hujjatul Islam al-Ghazali pergi meninggalkan warisan bernilai tinggi berupa kitab-kitab dan juga murid-murid yang berkesinambungan sehingga ke masa kita ini, alhamdulillah. Para ulama Syafi`i yang muktabar semuanya bersambung sanad dan silsilah keilmuan dengan mereka, jadi kalau nak cari mereka pergi kat ulama mazhab, bukan kepada ulama khawarij seperti kata Tok Wan tadi.
Yang aku pelik sekarang, kenapa masih ada 'ustaz' bila orang awam bertanya mengenai sesuatu hukum, maka jawapan yang diberi bersandarkan kepada pendapat Ibnu Taimiyyah atau Ibnu Qayyim, sedangkan yang bertanya tu umumnya bermazhab Syafi`i. Sejak bila Ibnu Taimiyyah atau Ibnu Qayyim atau al-Qardhawi jadi ulama sandaran dalam Mazhab Syafi`i ? Bawalah keterangan ulama-ulama Syafi`i kita, Imam Ibnu Hajar ke, Syaikh Ramli ke atau sebagainya. Ini yang menyebabkan orang awam keliru dan pening kepala. Ini yang jadi punca qunut jadi bid`ah, talqin jadi bid`ah, talaffuz bin niyyah jadi bid`ah.
Aku rasa pihak Mufti Pulau Pinang dengan Jabatan Agamanya sekarang kena buat pemantauan terhadap perkembangan dakyah pencinta dan pentaksub Ibnu Qayyim yang berpusat di sana. Siap buat dewan pengajian atas nama Ibnu Qayyim. Besar sangat ke jasa Ibnu Qayyim kat bangsa Melayu Islam kat rantau ini ? Jagalah amanah Mufti pertama Pulau Pinang di atas.
Wasiat Syeikh Abdullah Fahim II
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah was sholatu was salamu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi. (Amma ba'd), tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMalaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al-Imam asy-Syafi`i ijma`an tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi`i (yahrumu kharqul ijma`/ diharamkan merobek ijma`). Ambil mereka itu hukum-hukum fiqh Syafi`i daripada kitab Tohfah dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabilal Muhtadin, Bughyatuth Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh dan hawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu. Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul 'Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin. Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath daripada Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-u ajilla` (ulama yang cemerlang lagi terbilang) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000 tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.Ikhwah, di mana salah silapnya mazhab Syafi`i sehingga kita hendak gugah pegangan masyarakat kita terhadapnya.
Jika mazhab Syafi`i mensunnatkan qunut dalam sembahyang Subuh kenapa kita nak tolak dengan mendatangkan pendapat mazhab lain ? Salahkah mazhab Syafi`i ? Bukankah ini hanya perkara khilafiyyah, yang pihak-pihak kena menghormati sesamanya. Masyarakat kita yang sudah sebati dengan qunut, dengan talaffuz bin niyyah, kenduri tahlil dan sebagainya, bukankah semua hal ini termasuk khilafiyyah yang sewajarnya ditangani dengan lapang dada, bukan dengan tuduhan bid`ah membid`ah, sesat menyesat dan sebagainya.
Rujukan :

Tuesday, July 1, 2008

QAADIYANI BUKAN AJARAN ISLAM

(( Mirza Ghulam Ahmad Qadiani (1839 - 1908)The Founder of Jamaat-e-Ahmadiyaa ))


MAKLUMAN FATWA RASMI


Buku ini adalah dikeluarkan mengikut keputusan Majlis Raja-Raja (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) dalam mesyuaratnya yang ke-101 diadakan pada 18hb. Jun, 1975 (hari yang kedua). Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) yang tersebut telah mempersetujui pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengenai Puak Kadiyaniah/Ahmadiah, selepas pindaan seperti berikut:

“Puak Kadiyaniah/Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam”.

“Majlis (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) bersetuju satu kertas putih mengenai penyelewengan Puak Kadiyaniah/Ahmadiah hendaklah dikeluarkan oleh Majlis Keebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia”.

“Majlis (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) bersetuju iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal ehwal Ugama Islam Malaysia hendaklah mengambil tindakan berutus dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri (yang mengambil bahagian sahaja) supaya pendapat-pendapat terkandung dalam keputusan-keputusan (i) dan (ii) di atas diisytiharkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri itu”. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, Malaysia.

AJARAN QADIANI (AHMADIAH/QADINIAH)

Pendahuluan

Ajaran Qadiani ialah suatu ajaran yang diasaskan ioleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan terkeluar dari agama Islam. Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad sendiri iaitu pengasas ajaran ini. Qadiani pula adalah diambil dari nama kampung atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daam daerah Gurdaspur, India. Dengan demikian, ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza. Ajaran ini telah tersebar hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang oleh mubaligh-mubaligh atau pengikut-pengikut ajaran ini, atas nama agama Islam walaupun ianya tidak pernah diiktiraf oleh agama Islam sendiri.


Siapa Mirza Ghulam Ahmad , Qadiani?


Keturunan


Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan pada tahun 1839 di Kampung Qadian dalam daerah Gurdaspur pada peringkat akhir pemerintahan Sikh di situ. Bapanya bernama Mirza Ghulam Murtaza bin mirza Atta Muhammad. Beliau berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tetapi tidak berapa lama kemudian, beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke India dan menetap di Qadian.

Pendidikan
Pendidikan awal Mirza Ghulam Ahmad dimulai dengan pengajian membaca Al-Quran dan beberapa buah buku Parsi. Apabila berumur 10 tahun, beliau belajar bahasa Arab. Di kala berumur 17 tahun, beliau belajar ilmu-ilmu nahu, mantiq dan falsafah secara berguru. Beliau belajar ilmu perubatan dengan ayahnya sendiri. Beliau tidak mempelajari ilmu agama dengan sesiapapun cuma secara belajar sendiri sahaja. Beliau menerima pelajaran di rumah hingga ke peringkat menengah (Middle Class). Beliau seorang yang kuat belajar. Guru-gurunya yang mengajar nahu, mantiq (Logic) dan falsafah ialah Maulavi Fazlilillahi, Maulavi Fazli Ahmad dan Maulavi Gul Ali Shah. Ayahnya sendiri seorang ahli ilmu perubatan (Physician) yang berpengalaman.

Pekerjaan

Dengan pengetahuan yang ada Mirza bertugas di bawah Penolong Pesuruhjaya Sialkot dengan gaji yang kecil selama 4 tahun (1864-1868). Pada masa ini, beliau belajar sebuah atau dua buah buku Inggeris. Beliau telah cuba mengambil peperiksaan sijil Mukhtar tetapi gagal. Pada tahun 1868, beliau meletakkan jawatan dan pulang ke Qadian menjaga tanah dan harta sendiri. Tetapi sebahagian besar masanya ditumpukan untuk menatap Al-Quran serta buku-buku Tafsir dan Hadith.

Kehidupan

Kehidupan awal Mirza adalah susah dan miskin seperti juga orang-orang biasa. Hanya setelah dakwaan-dakwaannya mendapat perhatian dan berjaya, beliau mula mendapat hidup senang. Dalam tahun 1907 beliau menulis : “…dulu saya tidak dikenali, hidup di kampung terpencil, Qadian dan tidur di ceruk sudut. Kemudian Allah telah menukarkan dunia ini kepada saya dan menolong saya dengan kemenangan demi kemenangan. Dulu sebenarnya saya tidak pernah ada harapan untuk mendapat 10 rupee sebulan. Tetapi sekarang saya dapat menerima kira-kira 300 rupee atau lebih lagi. Mereka telah menghantarkan kepada saya wang dan emas dan saya tidak tahu nama mereka”.

Kahwin Dan Anak

Perkahwinan Mirza yang pertama ialah pada tahun 1852 atau 1853 iaitu dengan seorang daripada kalangan keluarganya sendiri. Beliau mendapat dua orang anak iaitu Mirza Sultan Ahmad dan Mirza Fazal Ahmad. Dalam tahun 1891, beliau menceraikan isterinya. Tahun 1884 beliau mengahwini anak perempuan Nawab Nasir, Delhi. Anak-anaknya yang lain adalah dengan isterinya ini iaitu tiga orang. Mereka ialah:

Mirza Bashiruddin Mahmood
Mirza Bashir Ahmad (Pengarang Sirat Al-Mahdi)
Mirza Sharif Ahmad

Kesihatan

Semasa muda Mirza selalu diserang penyakit hysteria di mana kadang-kadang beliau pernah rebah dan tidak sedarkan diri. Mirza sendrii pernah menganggap penyakitnya itu sebagai hysteria dan tekanan perasaan (Melancholia). Beliau juga diserang penyakit kencing manis (diabetes) dan kencing besel (copious urination). Beliau sering mengamalkan latihan rohani (spiritual exercise) dan disiplin diri yang ketat. Beliau pernah berpuasa enam bulan tanpa henti.

Sikap Dan Tingkahlaku

Pada masa kanak-kanak, Mirza adalah seorang budak yang ‘simple’ dan tidaklah begitu cerdik. Beliau tidak tahu bagaimana memutarkan jarum jam. Kalau dia hendak mengetahui masa, beliau mengambil jam dari poketnya lalu membilang dengan tangan bermula dari angka satu. Beliau membilang kuat-kuat supaya tidak lupa kerana beliau seorang pelupa. Kadang kala beliau tidak dapat membezakan kasut kiri dan kanan. Mirza juga seorang yang bercakap keras dan kasar serta menggunakan bahasa yang kesat bila menjawab tuduhan-tuduhan lawannya. Dalam syairnya untuk menghentam orang yang tidak mempercayainya, beliau berkata: “Seteru-seteru itu macam babi; perempuan-perempuan mereka macam anjing”.

Meninggal Dunia

Setelah Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan (The Promised Messiah) pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901, maka ulama-ulama Islam mula menyerang dakwaannya itu. Antara mereka termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, pengarang (penyunting) buku Ahli-Hadith.

Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang menjawab dan mencabar Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu. Antara lain Mirza berkata: “Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai Al-Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan dapat lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau selagi saya masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong”.

Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb. Mei, 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Padai masa itu juga, beliau diserang penyakit cerah muntah (taun). Pada keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza menghembuskaan nafasnya yang terakhir. Mengikut bapa mertuanya: ‘Di malam Hazrat Mirza sedang tenat itu saya telah mendampinginya. Lalu beliau mengucapkan kepada saya: “Tuan sahib, saya ini diserang penyakit tuan”. Selepas itu saya tidak dengar lagi dia bercakap denga jelas sehingga dia menghembuskan nafansya yang terakhir pada pukul 10 malam”. Beliau dikuburkan di Qadian yang sekarang ini di dalam negara Pakistan.

Bagaimana Munculnya Ajaran Qadiani

Faktor Dalam Diri Mirza Ghulam Ahmad

Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang kuat dan tekun belajar. Dia berminat dalam bidang tafsir Al-Quran dan Al-hadith. Beliau juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan amat sensitif dengan kedudukan agama Islam pada masa itu yang sentiasa diancam oleh pengaruh luar khasnya kebudayaan Inggeris dan agama Kristian. Pada masa inilah Mirza telah bangun mempertahankan Islam dan menyerang Kristian. Beliau telah menulis risalah-risalah dan mengarang buku untuk mempertahankan Islam. Antaranya Baharin-I-Ahmadiah. Mirza telah dipuji atas hasilnya itu. Dan ini akhirnya menjadikannya merasa sangat bijak, pandai dan berjasa kepada Islam. Akhirnya pula beliau merasa cukup sesuai untuk membuat dakwaan luar biasa ke atas dirinya seperti ‘reformer’ (mujaddid), Al-Mahdi dan lain-lain lagi. Di sinilah bermulanya penyelewengan-penyelewengan lain yang melahirkan ajaran Qadiani ini.

Faktor Luar Alam Sekitar

Pada akhir abad ke-19, umat Islam termasuk di India menghadapi pelbagai keadaan. Ulama-ulama bercakaran pendapat mengikut mazhab masing-masing. Perang mazhab sering mencetuskan keganasan yang mengakibatkan perpecahan. Imej ulama telah rosak. Ramai ahli sufi olok-olok mendakwa boleh menunjukkan sesuatu yang ajaib dan mendakwa menerima ilham daripada Allah. Mereka menarik minat masyarakat. Di samping itu, Punjab tempat lahirnya Mirza Ghulam Ahmad menjadi pusat konflk pemikiran karut-marut dan kejahilan di dalam agama. Mereka menderita akibat pemerintahan Sikh sejak lapan puluh tahun dahulu. Ajaran Islam yang sebenarnya hampir hilang. Masyarakat Islam menjadi pudar, kosong fikiran dan ragu-ragu.

Kekalahan orang-orang India dalam pemberontakan 1857 menentang penjajah Inggeris menambahkan lagi keperluan kepada seorang pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang teristimewa (charismatic). Segolongan orang Islam menunggu kemunculan Isa yang dijanjikan sebagaimana yang diberitahu kepada mereka. Maka dari keadaan dan peluang ini, bangkitnya Mirza Ghulam Ahmad membuat berbagai-bagai dakwaan berkenaan dengan idirnya.

Pengaruh Nuruddin Ke Atas Mirza Ghulam Ahmad

Siapa Nuruddin?



Nuruddin Bhairawi dilahirkan di Kampung Bhaira, Punjab, Pakistan Barat pada tahun 1841. Beliau mempelajari bahasa Parsi, tulisan dan bahasa Arab permulaan. Beliau sebenarnya seorang ahli perubatan tradisi India yang memegang gelaran ‘Hakim’. Nuruddin Bhairawi orang yang kedua di dalam ajaran Qadiani ini selepas Ghulam Ahmad. Malah setengah pengkaji berpendapat bahawa beliaulah orang yang sebenarnya menghasut Mirza melakukan pentyelewengan di dalam ajaran ini.

Hubungan Nuruddin Dan

Perhubungan Nuruddin dengan Mirza bermula pada tahun 1885 di Qadian. Terdapat banyak persamaaan idea antara Nuruddin dan Mirza. Sehinggakan apabila Mirza menulis bukunya “Barahin Ahmadiah”, Nuruddin menulis bukunya “Tasdiq Barahin Ahmadiah” untuk menyokong Mirza. Betapa dalamnya kepercayaan Nuruddin kepada Mirza dapat ditunjukkan dalam cerita ini : Apabila Mirza mengarang Fath Al-Islam dan Tawdhih Al-Maram, seorang bertanyakan Nuruddin sebelum beliau melihat buku-buku itu, “Apakah sebarang nabi akan muncul selepas Nabi Muhammad? Jawabnya, “Tidak”. “Jika ada orang yang mendakwa menjadi Nabi?”. Jawabnya, “Kita tengok dulu dia itu benar atau tidak. Kalau benar saya akan terima, malah kalau Al-Masih itu mendakwa membawa syariat baru dan membatalkan Al-Quran, saya tidak menafikannya. Ini kerana jika kita telah mengakui (Mirza Ghulam Ahmad) sebagai benar dan telah diutuskan Allah, maka apa saja yang dia kata tentunya benar dan kita mesti fikirkan bahawa maksud Khatami An-Nabiyyin (nabi terakhir) di dalam Al-Quran itu tentu mempunyai makna yang lain”.

Nuruddin Mempengaruhi Mirza

PAda awal tahun 1891, Nuruddin telah menghantar surat kepada Mirza memintanya supaya mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan. Dalam surat jawapannya kepada Nuruddin, Mirza menulis bahawa dia tidak bercadang untuk membuat dakwaan demikian. Beliau hanya ingin menjadi seorang hamba Allah yang taat. Tetapi kemudian dalam tahun yang sama Mirza menerima gagasan Nuruddin itu.

Kesan Kepada Mirza

Implikasi dari penerimaan Mirza itu, menampakkan bahawa Mirza sebenarnya seorang yang lemah dan tidak cekal. Dia senang dipengaruhi oleh orang lain. Kesan daripada ini terdapat dua peringkat dalam hasil karya Mirza iaitu:

Peringkat Pertama:

Mengandungi karya-karya yang membuktikan sahnya agama Islam dan membatalkan agama-agama lain. Dalam karya-karya ini tidak terdapat dakwaan menjadi Al-Masih. Antara karya-karyanya itu ialah Barahin Ahmadiah, surmahi-Chashor-I-Arya dan Shahna-I-haq.

Peringkat kedua:

Bermula dengan dakwaannya menjadi Al-Masih kemudian diikuti dengan dakwaan-dakwaan lain berkenaan dengan dirinya. Dalam karya -karya ini penuh dengan sikap sombong dan mulia diri daripada masa yang lalu. Karya pertamanya di peringkat ini ialah Fath Al-Islam yang dikeluarkan pada tahun 1891 di mana di dalam buku inilah beliau mendakwa dirinya sebagai bayangan kepada Al-Masih yang dijanjikan. Mirza Bashir Ahmad dalam bukunya Sirat Al-Mahadi mengatakan bahawa Al-Masih Isa telah mati.

Kandungan Ajaran Qadiani

Kandungan ajaran Qadiani yang bertentangan dengan Islam itu boleh dilihat dari dakwaan-dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dan perbuatan-perbuatannya.

Siri Dakwaan Mirza

Mula-mula pada tahun 1885, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai reformasi (mujaddid) kemudian pada tahun 1891, beliau mendakwa sebagai Imam Mahadi yang ditunggu-tnggu kemudian beliau dihasut oleh Nuruddin supaya mendakwa dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan dan ini juga dilakukannya pada tahun 1891. Kemudian pada tahun 1901, beliau mengakui dirinya sebagai nabi. Di samping itu, pada 1hb. November 1904, beliau mendakwa dirinya sebagai penjelmaan Krishna unutk orang-orang Hindu di samping sebagai Isa Al-Masih untuk orang-orang Islam dan Kristian.

Dakwaan Sebagai Imam Mahdi

Sebelum Mirza Ghulam Ahmad, golongan-golongan Syiah telah terlebih dahulu mendakwa kedatangan Imam Mahdi dari kalangan tokoh-tokoh mereka. Umpamanya Syiah Sabaiah menganggap Ali bin Abi Talib adalah Imam Mahdi yang akan datang lagi ke dunia pada akhir zaman, Syiah Imamiah Ithna-Asyariyyah menganggap Muhammad bin Hassan Al-Asykari, Imam mereka yang kedua belas sebagai Imam Mahdi. Dia sekarang dalam keadaan ghaib dan akan keluar lagi sebagai Imam Mahdi. Dan golongan-golongan lain lagi yang mendakwa mempunyai Imam Mahdi masing-masing. Dengan demikian, tidak hairanlah jika Mirza Ghulam Ahmad yang mendakwa dirinya berjasa kepada Islam, mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi.

Dakwaan

Seperti juga kepercayaan Kristian dan Yahudi, Mirza Ghulam Ahmad mempercayai bahawa nabi Allah Isa a.s. itu adalah telah mati sebagaimana kematian manusia biasa. Tetapi berlainan dari Kristian, beliau mendakwa mendapat ilham daripada Allah pada tahun 1890 bahawa Isa tidak mati di atas palang. Malah sebenarnya apabila beliau pengsan di atas palang, beliau diturunkan dalam keadaan luka. Kemudian kononnya apabila beliau benar-benar sembuh, beliau pun lari ke Kashmir dan mati di sana dalam keadaan biasa dan kuburnya terdapat di Srinagar, Kashmir.

Dakwaan Sebagai Al-Masih
Pada mulanya kepercayaan Mirza kepada nabi Allah Isa a.s. sama dengan kepercayaan orang-orang Islam yang lain. Tetapi pada tahun 1891 di atas desakan kawannya Nuruddin, Mirza mendakwa dirinya sebagai Isa Al-Masih. Dengan demikian, supaya sesuai dengan dakwaannya, Mirza tidak lagi berpegang bahawa Isa Al-Masih yang akan turun itu adalah Isa ibn Mariam tetapi kononnya Al-Masih dari kalangan penganut agama Islam dan pengikut Nabi Muhammad saw. Tetapi ianya masih tetap mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat dan peranan-peranan yang sama dengan Al-Masih ibn Mariam yang dijanjikan itu. Dan dengan demikian juga, Isa ibn Mariam itu tidak akan turun lagi kerana beliau (Mirza Ghulam Ahmad) sendiri yang telah menggantikannya. Untuk menguatkan lagi hujah ini beliau terus mengatakan bahawa Isa ibn Mariam itu telah mati bukan diangkat ke langit oleh Allah. Orang yang mati tidak mungkin akan hidup dan turun ke dunia lagi. Dakwaan ini terkandung di dalam buku-bukunya, antaranya: Fath Al-Ilam, Tawdhih Al-Maram dan ‘Izalah Al-Awhan.

Dakwaan Menerima Wahyu

Dalam khutbah Ilhamnya (Al-Khutbah Al-Ilhamiah) Mirza Ghulam Ahmad berkata: “Ini adalah kitab yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadaku pada satu hari daripada hari-hari perayaan, malah ia adalah hakikat yang diwahyukan Tuhan kepadaku”. Katanya lagi, “Sesungguhnya telah sampai wahyu kepadaku daripada Tuhan sebelum diturunkan penyakit taun supaya aku membuat perahu (bahtera) dengan pertolongan dan wahyu Kami”. Beliau mendakwa bahawa apa-apa dakwaan dirinya adalah wahyu atau ilham daripada Allah bukan daripadanya sendiri.

Dakwaan Sebagai Nabi

Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad yang paling merbahaya dan terakhir sekali ialah sebagai nabi iaitu pada tahun 1901. Dakwaan ini didahului dengan dakwaan menerima wahyu daripada Allah di mana bukan melalui malaikat Jibrail tetapi melalui ilham terus daripada Allah. Beliau mengakui bahawa wahyu melalui Jibrail hanya kepada rasul yang membawa agama baru. Wahyu seperti itu telahpun ditutup. Pada tahun 1901, beliau telah membuat pernyataan yang mutlak tentang dirinya sebagai nabi yang sebenar: “Demi Allah yang nyawa saya di tangan-Nya, Dia-lah yang telah mengutus dan menamakan saya Nabi … dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti”. Kemudian beliau menyamakan dirinya dengan nabi-nabi lain, malah akhirnya beliau menyatakan : “Sayalah Muhammad Rasul Allah”.

‘Mukjizat’ Mirza

Selain daripada mengakui menerima ‘wahyu’ daripada Allah yang taraf sahnya sama dengan wahyu Al-Quran, beliau mengakui juga mempunyai mukjizat. Katanya : “Nabi Allah itu telah menunjukkan tiga ribu mukjizat. Tetapi mukjizat saya melebihi dari satu juta”. Dalam risalah ‘Ikjaz Ahmadi’ katanya: “Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat saya menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya”.

Menafikan Jihad Dan mewajibkan Taat Kepada Inggeris

Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang anti-jihad dan menjunjung tinggi penjajah Inggeris. Di bahagian lampiran dalam bukunya ‘Shahadatul-Quran’ edisi keenam, atas tajuk “Untuk Perhatian Segera Pemerintah”, beliau menulis : “Saya telah menerangkan beberapa kali bahawa Islam yang saya anuti ini mengandungi dua bahagian; iaitu Taat Kepada Allah dan kedua : Taat kepada pemerintah yang telah memberikan keamanan dan perlindungan kepada kita serta mengawal kita daripada kezaliman. Itulah dia kerajaan Inggeris”. Beliau menambah: “Saya bukan saja menjadikan orang-orang India Muslim taat kepada kerajaan Inggeris, malah saya telah menulis beberapa buah buku dalam bahasa Arab dan Parsi juga Urdu menerangkan kepada penduduk-penduduk Islam bagaimana untuk hidup aman, nikmat bahagia dan bebas di bawah kepak sayap kerajaan Inggeris”. Dan Mirza menambah lagi: “Saya yakin bahawa dengan bertambahnya bilangan pengikut-pengikut saya, maka berkuranglah orang yang percaya kepada jihad kerana kepercayaan kepada saya sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi dengan sendirinya menafikan adanya jihad itu”.

Mirza mengeluarkan hukum dan pendapat yang bertentangan sekali dengan kehendak ayat-ayat Al-Quran. Ini dapat ditunjukkan melalui kata-katanya di bawah:

Jihad dengan pedang telah dilarang;

Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah;

Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan;

Pada pendapat saya, tidak ada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad;

Saya menghabiskan sebahagaian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad.

Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran

Satu lagi penyelewengan dan kesalahan besar yang dilakukan oleh ajaran Qadiani ialah mengubah ayat-ayat Al-Quran atau disebut ‘Tahrif Al-Quran’. Tahrif bererti mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran. Sebarang pengurangan yang sengaja, penghapusan dan penambahan terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah merupakan tahrif. Usaha yang sengaja dilakukan untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran di luar dari erti yang sebenar dan jelas adalah juga dipanggil tahrif. Antara contoh-contoh tahrif adalah seperti ayat 23 surah Al-Baqarah, ayat 52 surah Al-Hajj dan ayat 1 surah Al-Qadr. Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang diubah atau ditahrifkan oleh Mirza Ghulam Ahmad di dalam Al-Quran. Segala-galanya adalah untuk menguatkan segala dakwaannnya.

Lain-Lain Dakwaan

Dakwaan-dakwaan lain yang dilakukan oleh Mirza Ghulam Ahmad , antaranya ialah:

1. Para Nabi Menyaksikan dirinya

Dalam bukunya ‘Maktub Ahmad’ halaman 62, Mirza mendakwa: “Nabi Allah Saleh telah menyaksikan kebenaran saya sebelum saya melahirkan seruan saya. Saya adalah Isa Al-Masih yang akan datang. Beliau menyebut nama saya serta nama kampung saya”.

2. Malaikat Sebagai Pancaindera Tuhan

Dalam buku ‘Hamamah Al-Busyra’ halaman 98, Mirza menegaskan: “Lihatlah pada malikat-malaikat itu bagaimana Allah menjadikan mereka itu sebagai pancainderanya”.

3. Ibadat Haji Di Qadian

Orang-orang Qadiani menganggap bahawa daerah Qadian adalah merupakan salah satu daripada tiga tempat suci disebutkan iaitu Makkah, Madinah dan Qadian. Harian ‘Al-Fadhl’ bilangan 1848, Jilid 10 Disember 1912 menyebut: “Sesiapa yang menziarahi menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza) akan diberikan berkat yang hanya ditentukan kepada menara hijau Nabi di Madinah Al-Munawwarah. Alangkah menderitanya orang yang menghalang dirinya daripada menikmati Haji Akbar di Qadian”. Dalam Harian ‘Al-Fadhl’ Jilid 20 bilangan 23 ada disebutkan katanya: “Apa yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Haram ialah Masjid Qadian. Andainya daerah Qadian menyamai Tanah Suci malah mungkin lebih utama daripadanya, maka menziarahinya adalah menyamai fardhu haji dan mungkin melebihi daripadanya”. Dalam ‘Bigam Sulhi’ Jilid 21 bilangan 22, lidah rasmi ‘Cawangan Lahore’ menyebut: “Menunaikan haji di Makkah tanpa melakukan haji di Qadian adalah haji kering dan kosong kerana menunaikan haji di Makkah hari ini tidak memenuhi risalah dan tidak menunaikan fardhunya”.

Ulasan

Munculnya Ajaran Qadiani

Munculnya ajaran Qadiani ini adalah jelas dari keadaan-keadaan yang tidak ‘normal’ pada diri Mirza Ghulam Ahmad sendiri dan pada suasana alam sekelilingnya. Mirza adalah seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kuat berusaha dan belajar serta mempunyai sikap yang keras. Namun beliau bukan mempunyai pendidikan yang tinggi dan mendalam di dalam agama Islam. Pengetahuan yang didapatinya lebih merupakan hasil pembacaannya sendiri. Suasana yang tidak tenteram di dalam masyarakatnya khasnya ancaman-ancaman politik dan kebudayaan dari penjajahan Inggeris dan kejahilan rakyat, memberi peluang kepadanya untuk muncul sebagai pemimpin yang akhirnya mendakwa dirinya dengan bermacam-macam dakwaan yang karut. Lebih-lebih lagi beliau sentiasa digalakkan oleh kawannya Nuruddin yang bukan seorang ahli agama yang kemudiannya menjadi khalifahnya yang pertama.

Dakwaan Menerima Wahyu

Penyelewengan yang nyata dalam ajaran Qadiani bermula dari dakwaan menerima wahyu dari Allah swt oleh Mirza Ghulam Ahmad. Sebenarnya tiada seorangpun selepas Nabi Muhammad saw sama ada dari kalangan sahabat atau kalangan salafussalih yang telah diturunkan wahyu. Dengan demikian, apa yang dimaksudkan wahyu oleh Mirza Ghulam Ahmad itu adalah rekaan semata-mata.

Dakwaan Sebagai Imam Mahdi

Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi adalah dakwaan tanpa asas. Tidak ada orang yang mengetahui dengan tepat siapakah Imam Mahdi itu. Hadith-hadith berhubung Imam Mahdi hanyalah Hadith ‘Ahad’ dan tidak menjelaskan siapkah Imam Mahdi itu sebenarnya. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentang akan lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu itu. ýDengan demikian, kemunculan Imam Mahdi itu bukan suatu akidah di dalam akidah Islam. Gelaran Imam Mahdi yang disebutkan itu adalah rekaan golongan tertentu untuk mengagungkan pemimpin mereka. Dan Mirza telah mengambil kesempatan menggunakan nama tersebut untuk dirinya dan mendakwa ianya datang daripada perintah Allah. Inilah taktik pembohongan Mirza yang selalu dilakukannya.

Dakwaan Isa a.s. Mati Dan Kuburnya Di Srinagar

Di dalam Al-Quran , Nabi Isa a.s. bukan dibunuh dan disalibkan tetapi rupanya telah diserupakan oleh Allah dengan seorang yang lain. Malah Allah telah mengangkatnya kehadrat-Nya sebagaimana tersebut di dalam ayat: “Dan (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan :”Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa ibn Maryam, Rasulullah”. Pada hal mereka tidak memalangnya (dikayu palang salib) tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham tentang (Nabi) Isa, sebenarnya mereka berada dalam syak (ragu-ragu) tentang menentukan pembunuhannya. Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka tentangnya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka (pula) tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat (Nabi) Isa kepada-Nya, dan adalah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksna”. (An-Nisaa’ : 157 & 158) Dengan demikian, umat Islam percaya bahawa Nabi Isa a.s. itu tidak mati di tiang salib atau di mana-mana malah telah diangkatkan Allah ke hadrat-Nya. Hadith-hadith juga telah menyebutkan demikian. Dengan itu, kubur ýNabi Isa a.s. tentulah tidak ada di mana-mana juapun.

Dakwaan Sebagai Isa Al-Masih

Dakwaan tersebut oleh Mirza Ghulam Ahmad ternyata karutnya. Ada dua perkara yang mesti difahami dalam soal ini:

Pertama:

Soal turunnya Isa Al-Masih ke dunia ini bukanlah boleh difahami dengan mudah. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentangnya. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh An-Nuwwas bin Sam’an r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw ada menjelaskan ; ‘ … semasa Dajjal itu bermaharajalela, Allah menghantar turun Nabi Isa Al-Masih anak Maryam. Lalu ia turun berhampiran menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik. .. maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kampung yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya ‘. (Riwayat Muslim)

Apa yang tersebut di dalam hadith di atas tidak ada kaitan langsung dengan Mirza. Dengan demilkian Mirza Ghulam Ahmad itu bukan sekali-kali Isa Al-Masih.

Kedua :

Isa Al-Masih yang disebutkan akan turun ke dunia menjelang kiamat itu jelas sekali adalah tidak lain daripada Isa anak Maryam dari keturunan Bani Israel yang tidak berbapa, sedangkan Mirza Ghulam Ahmad adalah berbapa dari keturunan Borlas dari bangsa Monghul bukan sekali-kali anak Maryam.

Dakwaan Sebagai Nabi

Dakwaan Mirza yang paling merbahaya sekali ialah dakwaan dirinya sebagai seorang nabi. Ayat yang digunakan oleh Mirza untuk menyokong dakwaannya ialah: “Bahawa Muhammad itu bukanlah bapa kepada salah seorang lelaki kamu (Zaid bin Harithah, anak angkat Rasulullah) malah beliau adalah rasul (utusan) Allah dan penyudah segala nabi-nabi (yang terdahulu). Dan adalah Allah itu mengetahui segala-galanya”. (Al-Ahzab : 40)

Mengikut ajaran Qadiani, maksud ‘Khatam Al-Nabiyyin’ itu ialah bahawa Muhammad itu adalah mohor (seal) atau pengesah kepada segala nabi-nabi selepasnya, khasnya Mirza Ghulam Ahmad. Kesilapan dan pembelotan yang dilakukan oleh Qadiani di sini ialah ia memberi erti “adanya nabi-nabi selepas Nabi Muhammad” kepada perkataan Khatam Al-Nabiyyin itu. Ini semata-mata untuk membuka pintu kepadanya mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, sedangkan makna sebenar ‘Khatam Al-Nabiyyin’ itu ialah tidak akan ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad saw. Pada zaman sahabat dahulu, setelah wafatnya Rasulullah saw terdapat orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi umpamanya Musailamah Al-Kazzab. Mereka ini telah diperangi dan ada yang dibunuh.
'Mukjizat' Mirza

Mukjizat ialah kebolehan luar biasa yang tidak dapat dicabar oleh manusia yang dianugerahkan Allah kepada Rasul dan Nabi-Nya untuk membuktikan kenabian atau kerasulan mereka. Misalnya mukjizat Nabi Muhammad saw ialah keluarnya air dari celah-celah jari Baginda apabila Baginda meletakkan tangannya di bumi. Oleh kerana Mirza ini bukan nabi dan bukan rasul maka tentunya beliau tidak mempunyai mukjizat apa-apa. Dan memang beliau tidak dapat menunjukkan apa-apa mukjizat pun.

Menafikan Jihad

Mirza telah melawan hukum Allah swt di dalam Al-Quran apabila beliau menafikan jihad. Jihad yang dimaksudkan di dalam konteks ini ialah berjuang memerangi musuh yang menceroboh agama Allah dan umat-Nya. Di dalam Al-Quran, kewajiban berjihad terhadap seteru-seteru yang merampas hak-hak orang Islam adalah jelas dan tiada siapa yang menafikannya. Ayat-ayat 190 hingga 194 surah Al-Baqarah memberi maksud: “Berperanglah untuk jalan Allah (berjihad) terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui … dan perangilah mereka di mana sahaja kamu berjumpa, dan usirkan mereka keluar sebagaimana (setakat mana) mereka telah mengusirkan kamu. Dan fitnah itu adalah lebih dahsyat daripada pembunuhan.. Dan perangilah mereka hingga tidak ada lagi fitnah .. “

Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran

Perbuatan tahrif iaitu mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran dengan sengaja adalah dianggap kafir. Setiap orang Islam yang mempercayai bahawa Al-Quran itu wahyu daripada Allah, tidak akan berani dan sanggup melakukan tahrif demikian.

Lain-Lain Dakwaan Yang Salah

Para Nabi Menyaksikan Mirza

Dakwaaan Mirza yang para nabi seperti Nabi Saleh a.s. menyaksikan dan mengakui Mirza sebagai Al-Masih adalah satu pembohongan yang amat nyata yang tidak masuk akal. Kalau itu berlaku di dalam mimpi, maka mimpi manusia tidak boleh dipegang lebih-lebih lagi tentang perkara yang tidak betul dan tidak dapat dibuktikan.

Malaikat Pancaindera Tuhan

Kata-kata bahawa malaikat adalah pancaindera Tuhan ternyata sesat dan salah sekalipun diucapkan dalam bentuk simbolik. Semua makhluk tidak boleh dicantumkan dengan zat Allah Yang Maha Suci dari segala makhluk-Nya.

Haji Di Qadian

Amat sesat jika terdapat dakwaan adanya tempat lain untuk ibadat Haji selain dari Makkah tempat terletaknya Baitullah. Perkara ini sudah jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.

Kumpulan Qadian Dan Kumpulan Lahor

(Dikenali Juga Dengan Panggilan Ahmadiah Sahaja).
Antara sifat-sifat penting kumpulan Lahor ini ialah: Pertama: Ia tidak mengakui kenabian Mirza Ghulam Ahmad tetapi mereka mengakui ajaran Mirza (Golongan Qadian memang mengakui Mirza sebagai nabi). Kedua: Ia mendakwa bahawa Isa itu adalah anak ‘Yusuf tukang kayu’ bukan tidak berbapa. Namun kedua-dua kumpulan iaitu Kumpulan Qadian dan Kumpulan Lahor adalah pengikut ajaran Qadiani yang sesat dan terpesong daripada agama Islam itu. Ajaran Qadiani Di Malaysia

Kedatangannya

Kedatangan ajaran Qadiani ke Malayssia dipercayai pada awal tahun 1930-an.dan penyebarnya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz yang datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singaoura 15. Melalui pengkalannya di situ beliau menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana Mohd. Sadiq bin Barakatullah pada 22hb. Disember 1949 sebagai wakil penyebarnya di sini.

Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia ini telah ditentang hebat ooleh ulama-ulama Islam. Di Jeram, Selangor ketua Qadiani di situ iaitu Syed Abdul rahman bin Syed Alwi telah meminta Sultan Selangor mengadakan penyelidikan ke atas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada 23hb. Julai 1951 satu majlis perbahasan telah diadakan di hadapan baginda di Istana Selangor, Kuala Lumpur. Pihak Qadiani diwakili oleh Mohd Sadiq Barakatullah dan Mohd Zuhdi Fadhli. Pihak ulama Islam diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama di Pejabat Agama Islam Negeri Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai golongan Islam malah terkeluar dari Islam.

Kedudukan Ahmadiah/Qadiani Sekarang

Sejak berlakunya dialog antara Ketua Ahmadiah/Qadiani dengan ulama-ulama tempatan yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor dalam tahun 1951 itu, ajaran ini menjadi makin lemah dan tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar dikenali. Lebih-lebih lagi kerana ajaran ini tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam yang sebenar. Dengan demikian, ianya tidak dapat berkembang ke seluruh negara, cuma hidup di tempat yang ia telah lahir sebelum itu. Di Selangor, antara tempat-tempat yang terdapat penganut-penganut ajaran ini ialah:

Jeram : Ada kira-kira 40 orang pengikut (lelaki dan perempuan) di sini. Terdapat tanah perkuburan mereka sendiri yang diberi oleh Pegawai Daerah Inggeris pada tahun 1954. Luasnya kira-kira dua ekar.

Sungai Tua : Kira-kira 20 orang pengikut (lelaki dan peremmpuan) terdapat di sini. Pengikut Ahmadiah/Qadiani dari Melaka datang berkumpul di sini.

Sungai Buloh : Di sini terdapat sebuah surau Ahmadiah/Qadiani yang berharga kira-kira RM1600. Surau ini dibina daripada derma pengikut-pengikut ajaran itu.

Kampung Nakhoda : Pengikutnya di sini masih kuat berpegang ajaran ini. Mereka terdiri daripada kira-kira lima keluarga. Terdapat sebuah ‘masjid’ Qadiani yang digunakan untuk mereka sahaja.

Di negeri-negeri lain di Malaysia, selain dari Selangor, terdapat juga pengikut ajaran Ahmadiah/Qadiani ini. Tetapi mereka itu tidak diketahui orangnya. Mungkin kerana jumlahnya terlalu kecil. Tiap-tiap pengikut ajaran ini dikehendaki mengeluarkan 1/16 daripada pendapatan harian mereka kepada tabung kumpulan ini.

Buat masa ini, penganut Ahmadiah/Qadiani adalah semakin berkurangan kerana di kalangan mereka ramai yang telah bertaubat dan anggota baru hampir tidak ada langsung. Gerakan mengembangkan ajaran ini telah lama berhenti dan orangramai umumnya mengetahui ajaran ini adalah bertentangan dengan Islam. Apa yang jelas kelihatan ialah pengikut ajaran ini terpisah dari masyarakat Islam biasa. Anak-anak mreka tidak dapat berkahwin dengan anak orang Islam dan mereka terpaksa menerima keadaan ini.


Rujukan :


Monday, June 30, 2008

Nasihat Berguna Dari Seorang Muhaddits


Pesanan Al-Imam Al-‘Allamah As-Syeikh Muhaddits Ad-Dunya Abdullah al-Harory-

Di terjemah oleh :
Abu Lehyah al-Kelantany ;
0133005046


الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلا كيف ولاجهة ولا مكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, أما بعد :-



Berkata Al-Imam Al-‘Allamah As-Syeikh Muhaddits Ad-Dunya Abdullah al-Harory- semoga Allah meredhoinya :


" Orang yang mengetahui kesesatan golongan Wahhabiyah, kemudian mengambil keputusan untuk mendiamkan diri daripada mentahzirkan ( mewaspadakan) masyarakat daripada (bahaya) mereka, dosanya ini adalah lebih berat daripada orang yang mengetahui bahawa di sana terdapat orang yang bersembunyi ( bagi penulis mereka yakni Wahhabi ini adalah musuh dalam selimut dan virus amat berbahaya), dia bersembunyi daripada manusia lalu membunuh mereka. Kerana orang ini ( orang yang mewaspadakan umat Islam daripada bahaya golongan al-wahhabiyah) sekiranya dibunuh, ditulis bagi mereka pahala orang yang mati syahid ( antara sebabnya ; mempertahankan akidah umat Islam). Adapun orang yang membiarkan (atau membenarkan) manusia mengambil kekufuran daripada golongan al-wahhabiyah, kemudian manusia tersebut meninggal dunia dalam hal keadaan tersebut ( beriktikod kufur), jadilah mereka antara golongan yang kekal binasa.


Antara sebab yang membawa seseorang itu sampai ke tahap kekufuran lebih teruk daripada sebab-sebab yang membawa seseorang kepada dosa besar seperti membunuh orang yang zalim, ini adalah kerana seruan yang dibawa oleh mereka iaitu golongan al-wahhabiyyah ialah mengkafirkan orang mukmin tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak dan juga seruan kepada tajsim iaitu menyeru kepada menyerupakan Allah dengan makhluk." Selesai nasihat berguna Al-Imam Al-‘Allamah As-Syeikh Muhaddits Ad-Dunya Abdullah al-Harory..


Disediakan oleh :
Abu Lehyah al-Kelantany ;
0133005046

MAHMUD ZUHDI BERKATA ALLAH TAALA ADA DI MANA-MANA SEBAGAIMANA IKTIQOD MUKTAZILAH DAN JAHMIYYAH.




Disediakan oleh :
Abu Lehyah al-Kelantany
0133005046

Berkata Mahmud Zuhdi di dalam Majalah Al-Islam m/s 15 terbitan JULAI 2008 / REJAB 1429H ;


((“ Soalan pertama yang pernah kita dapat dalam literatur klasik tentang tauhid di mana ada kisah yang menceritakan ; seseorang datang kepada Nabi dan bertanya tentang hasratnya untuk memasuki Islam. Masalahnya dia kata dia tidak kenal Tuhan. Jadi Nabi tanya, kamu datang dari mana? Jawab individu ini , dia datang dari hulu. Nabi tanya lagi ,apa yang kamu nampak di jalanan? Individu ini kata ; dia nampak tahi unta. Kemudian Nabi tanya ; apa yang kamu fikir bila ada tahi unta ? Individu ini jawab ,saya fikir bila ada tahi unta tentu ada unta. Ini adalah pemikiran yang mudah tentang kewujudan Tuhan. Ertinya di sini, literatur ini menunjukan secara perinsipnya, kewujudan Tuhan ada di mana-mana dan dapat direalisasikan dalam fenomena alam ‘’.)) Kata-kata ini dipetik daripada Majalah Al-Islam m/s 15 terbitan JULAI 2008 / REJAB 1429H ;


ISLAM MELARANG BERKATA-KATA " ALLAH ADA/ BERADA DI MANA-MANA "



Firman Allah ta^ala di dalam Surah asy-Syura ayat 11:

Bermaksud: {“Tiada sesuatu pun yang sama denganNYA”}.

Dan dari Hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Ansariyy: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:


لا فِكْرَة فِي الرَّبِّ
(رواه أبو القاسم الأنصاري
)



Maknanya : "Tidak boleh berfikir (membayangkan) tentang Allah". (Diriwayatkan oleh Abu`l-Qasim al-Ansari). Oleh sebab inilah Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali berkata:


لاتَصِحُّ الْعِبَادَةُ إِلا بَعْدَ مَعْرِفَةِ الْمَعْبُودِ

Maknanya : "Ibadah tidak sah kecuali selepas mengetahui (Allah yang wajib) disembah". Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya syarak tidak membenarkan umatnya berkata, “Allah berada di mana-mana (setiap tempat."

Akan tetapi barangsiapa menggunakan kaedah yang salah ini dengan cara memahami bahawa Allah mengetahui segala-galanya dan menguasai setiap sesuatu (makhluk) , maka ini tidak kufur ( tidak jatuh kafir atau murtad), akan tetapi mereka sangat-sangatlah dilarang dari menuturkan perkataan tersebut.


Walaubagaimanapun, barangsiapa memahami dari ayat tersebut bahawa Allah menjelma di dalam tempat atau Allah meliputi ruang atau Allah berada di mana-mana dengan ZatNYA atau Allah berada di suatu tempat, maka mereka adalah murtad ( jatuh kafir), mereka telah terkeluar dari Islam. Adalah menjadi kewajipan bagi mereka untuk kembali kepada agama Islam dengan mengucapkan Kalimah Dua Kalimah Syahadah dan percaya bahawa Allah subhanahu wa ta^ala tidak mempunyai tempat dan bilangan sama sekali. Ketahuilah sesungguhnya Allah ta^ala tidak mempunyai bentuk, tidak kecil, tidak sederhana besar ataupun besar.


Umat Islam juga mesti mempercayai bahawa Allah ta^ala tidak seperti Ajsam al-Kathifah ( benda-benda yang keras yang boleh di gengam dengan tangan ) seperti manusia, pokok, batu, bumi, gunung, langit, matahari atau bintang dan sebagainya.


Allah juga tidak seperti Ajsam al-Latifah ( benda-benda yang lembut yang tidak boleh digengam dengan tangan ) seperti udara, ruh, terang, gelap, nafas atau bayang-bayang dan sebagainya.


Adalah menjadi kewajipan untuk percaya bahawa Allah ta^ala Maha Suci dari segala ukuran, bentuk, rupa, warna, pergerakan dan diam (tidak bergerak), ini adalah kerana DIA lah yang menciptakan semua ukuran dan bilangan maka sudah tentu DIA tidak mempunyai ukuran ataupun bilangan.


Oleh kerana sudah pasti bahawa Allah bukan berukuran kecil seperti :


1. ‘Al-Jawhar Al-Farad’ ( ciptaan yang paling kecil sekali yang tidak boleh dibelah-bahagikan lagi), atau


2. Zarah (adz-Zarrah) –( habuk yang yang kecil bertebangan yang kebiasaannya dilihat pada sinaran cahaya matahari. Habuk-habuk yang bertebangan di jendela akibat sinaran matahari ekoran daripada kegiatan menyampu sampah di dalam rumah contohnya, satu habuk daripada habuk-habuk itu dinamakan zarrah atau jawhar) - atau ,

3. Biji Sawi atau bukan berukuran besar seperti ^Arasyh, atau lebih besar dari ^Arasyh, Maka adalah wajib percaya Allah wujud tanpa tempat, arah ataupun ruang.


Oleh itulah para ulama’-ulama’ dikalangan Salaf dan Khalaf bersepakat mengatakan, yang bermaksud :“ Allah wujud tanpa tempat”.


Akan tetapi perkataan “Allah ta^ala berada di mana-mana” akan membuka pintu kepada golongan atheis ( golongan yang tidak mempercayai adanya Tuhan dan mengingkari kewujudanNya ) ataupun golongan komunis untuk membantah, lalu berkata, “Jika DIA berada di mana-mana, maka DIA berada di dalam tandas dan tempat-tempat kotor yang lain ”. Ini merupakan perkataan golongan Mutasawwifah ( orang yang mengaku-mengaku mereka adalah Sufi ) padahal mereka adalah jahil. Mereka mendakwa menjadi pegikut Tariqah, akan tetapi mereka tidak berilmu dan tidak memahami aqidah dan tariqah. Pengajian tasuaf perlu di dasari dengan pengetahuan akidah yang mantap. Sebab itulah mempelajari akidah Islam merupakan hal dan perkara yang amat utama, dan perlu didahulukan daripada ilmu fiqh dan tasauf.


Berikut adalah perkataan salah seorang ulama’ yan bernama Sheikh ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy, beliau berkata di dalam kitab tafsirnya, ‘Ruh al-Bayan’, Juzu^ 5, pada pentafsiran Surah Taha, muka surat 365:


Bermaksud: (( “Kami berkata kepada orang yang berkata, ‘ Allah mempunyai tempat’ ; ‘Di manakah DIA sebelum diciptakan alam ini? Bukankah DIA telah wujud? (yakni tanpa permulaan -- azali – dan tiada suatu pun wujud di sampingNYA). Jika mereka berkata ‘tidak’, jatuhlah mereka di dalam kekufuran ; manakala jika mereka mencadangkan (mangatakan ianya adalah) penjelmaan atau pergerakan bagi zat Allah, mereka juga jatuh kafir”.)) Selesai perkataan Sheikh ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy.

Pada muka surat yang sama, Sheikh ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy berkata:


Bermaksud: (( “Sesungguhnya orang yang menetapkan Allah mempunyai tempat merupakan dari golongan mujassimah dan dari kalangan ahli Sufi yang jahil palsu (mutasawwifah) yang berkata bahawa Allah ta^ala berada di mana-mana.”)) Selesai perkataan Shiekh ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy.

Ini juga diriwayatkan oleh Sheikh Al-ustaz Mahmud Muhammad Khattab As-Subkiyy, Sheikh-syeikh dan ulama’-ulama’, para pemimpin fatwa di kalangan ulama’-ulama’ Azhar di dalam kitabnya ‘Ithaf al-Ka’inat Bi-Bayan Madzhab As-Salaf Wal-Khalaf Fil-Mutashabihat, muka surat 14.


Al-Hafiz Abu Bakr Al-Bayhaqiyy Al-Ash^ariyy (458 H) secara terangnya menyatakan di dalam kitabnya “Al-I^tiqad”, muka surat 70:


(( Di antara apa yang kami tulis tentang ayat tersebut adalah bukti mengenai ketidaksahihan perkataan di kalangan al-Jahmiyyah yang mana mereka mendakwa bahawa Allah subhanahu ta^ala berada di mana-mana dengan ZatNYA.


Firman Allah ta^ala di dalam surah al-Surah Al-Hadid ayat 4:


“Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”


Ini bermaksud (bersamaan itu) dengan PengetahuanNYA, dan bukan dengan ZatNYA( yakni, ayat ini bermaksud bahawa Allah Maha Mengetahui tentang kita walau di mana kita berada bukanlah bermaksud bahawa DIA berserta dengan kita dengan ZatNYA walau di mana kita berada).”)) Selesai perkataan Al-Hafiz Abu Bakr Al-Bayhaqiyy Al-Ash^ariyy.


Jelas maknanya Allah mengetahui tentang kamu di mana pun kamu berada seperti yang dikatakan oleh al-Imam Sufyan al-Thawri, al-Imam al-Shafi^i, al-Imam Ahmad, al-Imam Malik dan selain mereka.

Al-Hafidz Ibn Hajar al-^Asqolaniyy asy-Syafi^iyy al-Asy^ariyy (852 H) secara terangnya menyatakan:


(( “Sebahagian Mu^tazilah juga condong kepada kepercayaan ini dan mereka berkata, ‘Allah berada di mana-mana’ dan ini adalah kejahilan yang cukup nyata.”)) Selesai perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqolaniyy asy-Syafi^iyy al-Asy^ariyy.


Asy-Syeikh ^Abdal-Wahhab Ibn Ahmad asy-Sya^raniyy (973H) menyatakan ini di dalam kitabnya “al-Yawaqit wal-Jawahir”, jilid 1 muka surat 65 bahawa ^Aliyy al-Khawwas, semoga Allah meredai mereka berdua, berkata:


(( “Tidak dibenarkan berkata bahawa Allah ta^ala berada di mana-mana (seluruh tempat) sebagaimana golongan Mu^tazilah dan Qadariyyah katakan.” )) selesai perkataan Asy-Syeikh ^Abdal-Wahhab Ibn Ahmad asy-Sya^raniyy.


Sehinggakan Ibn Katsir sendiri berkata pada tafsirnya “Tafsir Ibn katsir”, jilid 3 muka surat 7:


“Golongan Mufassirun (orang yang mentafsirkan al-Qur’an) telah berijma^ menolak perkataan golongan al-Jahmiyyah yang mana mereka berkata ‘Allah berada di mana-mana’. Allah ta^ala Maha Suci dari apa yang mereka katakan.” Selesai nukilan daripada kata-kata Ibn Katsir.


Syeikh Qadi Zakariyya al-Ansoriyy berkata di dalam tafsirnya, “Fathu-r-Rahman” pada pentafsiran Surah al-Mulk, muka surat 595:


((“DIA (Allah ta^ala ) Maha Suci dari (disifatkan) berada di mana-mana (seluruh tempat).”)) Selesai perkataan Syeikh Qadi Zakariyya al-Ansoriyy


Ibn Fuwrak al-Asy^ariyy (wafat pada tahun 406 H) berkata di dalam kitabnya “Mushkil al-Hadith” muka surat 63:


(( “Ketahuilah bahawa Ats-Tsaljiyy, kepercayaannya sama dengan kepercayaan golongan An-Najjar mengenai perkataan bahawa Allah berada di mana-mana yang juga menjadi kepercayaan Mu^tazilah[1][1]. Pada kami, pentafsiran ini adalah dilarang kerana tidak dibenarkan berkata bahawa Allah ta^ala berada di suatu tempat ataupun di mana-mana (seluruh tempat).”)) Selesai perkataan Ibn Fuwrak al-Asy^ariyy.


Pada muka surat 64-65 dalam kitab yang sama, Ibn Fuwrak menolak dakwaan orang yang berkata bahawa Allah berada di mana-mana, dengan berniat bahawa dia berkata Allah Maha Mengetahui mengenai segalanya. Ibn Fuwrak berkata dengan terangnya:


“Apabila mereka merujukkan pentafsiran ayat ini (yakni perkataan Allah berada di mana-mana) dengan makna Pengetahuan Allah dan Pentadbiran pada makhlukNYA, maka kefahaman ini adalah betul, akan tetapi lafaz/ucapannya adalah dilarang.


Tidakkah kamu melihat bahawa adalah tidak boleh diterima bagi seseorang untuk berkata ‘Allah ta^ala berada di sisi, bersentuh, menjelma, duduk bersemayam atas sesuatu’, pada masa yang sama berniat untuk menyatakan bahawa Allah Maha Mengetahui mengenai sesuatu dan mentadbir atau menguasai segalanya.”))Selesai perkataan Ibn Fuwrak al-Asy^ariyy.


Tetapi....


Mahmud Zuhdi sekejap puji Ibn Taymiyah Al-Harrany Al-Mujassim yang mengistsbatkan tempat kepada Allah ( pada hal Al-quran menolak fahaman sesaatnya itu ), kali ini beriktikod seperti Jahmiyah dan Muktazilah pula yang sebahagiannya berkata Allah berada di mana-mana padahal Ibn Taymiyah Al-Harrany Al-mujassim amat membenci golongan muktazilah sebagaimana yang masyhur dalam kitab-kitab karangannya.


Kecelaruan dan seserabutan mereka yang tidak mempelajari ilmu secara bertalaqqqi, lama-lama melakukan banyak perkara bida'aah dalam agama, lebih teruk lagi bid'aah tersebut dalam masalah akidah Islam, lantas bercanggah dengan akidah sebenar yang dibawa oleh Habibuna Musthofa Muhammad Sollallahu 'alaihi Wasallam.


..........................


[2][1] Golongan Mu^tazilah muncul pada zaman ulama Salaf lagi. Ulama menggolongkan mereka sebagai kafir kerana di sebahagaian perkara mereka percaya bahawa hamba Allah melakukan perkara amal dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud. Kepercayaan mereka ini telah diikuti sejak akhir-akhir ini oleh kumpulan yang dikenali sebagai Hizb at-Tahrir.

Disediakan oleh :
Abu Lehyah al-Kelantany
0133005046





Sunday, June 29, 2008

Kepentingan Akidah Dalam Pembentukan Muslimah




OLEH: Hajjah Azizah Khatib Mat
Jumaat 27 Jun 2008 22 Jamadil Akhir 1429 Hijrah


Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dialah Yang Mencipta arasy, langit dan bumi, Dialah juga pencipta tempat, wujudNya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penerapan ilmu akidah bersistemkan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap para muslimah sememangnya dapat membentuk peribadai wanita muslimah yang mulia.
Namun dalam menghadapi cabaran menerapkan ilmu ini kita dapati ramai golongan yang asyik melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.

Mari kita merenung sejenak, adakah dengan hanya mengaku sedemikian sahaja tanpa bukti yang kukuh harus bagi kita menamakan mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah? Sekiranya begitu maka sesiapa sahaja yang tidak berakidah Islam pun berpeluang mendakwa sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah.

Sedia maklum bahawa ancaman dan penentangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar datang dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang, keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya. Apakah mauqif dan peranan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Ramai jua yang tahu peranan masing-masing tetapi mengabaikan tindakan segera atau menganggap ia sebagai suatu yang boleh dilakukan pada masa yang akan datang tanpa disedari semakin hari semakin pupus insan yang mengetahui erti akidah yang sebenar, semakin hari semakin hilang mutiara ilmu akidah yang menjadi senjata utama dalam menguatkan serta memajukan lagi traf insan yang bergelar Ahli sunnah Wal jamaah. Renunglah sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: "sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungakaran, tiada pula ia merubahkannya maka Allah akan mengumumkan azabNya ke atas semua manusia."

Riwayat Imam Ibnu Asakir dan Imam Abdari dalam kitab beliau tahzir Syar'i wajib. Jadikan juga renungan pada kata-kata yang sering diungkapkan oleh para ulama seperti Imam Ali Ad-Daqqoq yang bermaksud, "senyap dari menyatakan kebenaran merupakan syaitan bisu".

Betul akidah terima ibadah

Akidah yang membawa erti pegangan dan kepercayaan dan pegangan serta kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar dan salah. Akidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa akidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan soleh.

Sekiranya akidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukkan maka akan hanya dibalas dengan keburukkan. Justeru itu perkara yang berkaitan dengan akidah tidak harus dijadikan gurau senda atau diremeh-remehkan.

Hubungan akidah dan amalan soleh ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud: "Dan barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit." (An-nisa: 124)

Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan soleh yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaan dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadith nabi yang bermaksud, "Semulia-mulia amalan adalah beriman kepada Allah dan rasulNya (beraqidah dengan aqidah yang betul)."

Riwayat Imam Bukhari dalam kitab Sohih Bukhari. Ini menunjukkan bahawa akidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah lain.

Akidah ahli sunnah wal jamaah

Kesemua akidah Ali Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan Al-Quran, Al-Hadith serta Ijmak para ulama.

Dalam ilmu berkaitan mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala, para ulama ahli Subaha Wal Jamaah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta'ala sendiri di dalam Al-Quran dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasullulah di dalam hadith baginda tanpa menyandarkan sifat tasbih (penyamaan) atau tajsim (menjisimkan) bagi Allah, ulama ahlu Sunnah Wal Jamaah juga menafikan bagi Allah segala sifat tersebut seperti sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas arasy dan sebagainya dari sifat-sifat yang tidak layak bagi tuhan bahkan mustahil baginya.

Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud: "Tiada sesuatupun yAang menyerupaiNya". Wujudnya Allah tanpa diliputi tempat berdalikan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud "Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali". Riwayat Bukhari dalam Sohih Bukhari.

Ini merupakan dalil qoth'i bahawa dia sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, arasy, langit, dan selainnya bukan azali.

Ijmak para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam Abdul Qohir Bin Tohir Al-Baghdadi dalam kitab Al-Farqu Bainal Firaq halaman 333 cetakan Darul Ma'rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas arasy akan tetapi Allah Wujud tanpa diliputi oleh tempat: "Dan telah disepakati dan diijmakkan bahawa Allah tidak diliputi tempat,"ijmak para ulama ini sememangnya tidak boleh ditolak lagi oleh golongan mujassimah dan musyabbihah yang menyamakan Allah dengan makhluk.

Murtad ancamannya terhadap akidah

Isu murtad menjadi masalah yang paling utama bagi sesebuah negara sekiranya negara itu sememangnya negara Islam. Untuk menyelesaikan kes murtad ini tidak boleh lari mengetahui hukum hakam berkaitan murtad.

Maka mempelajari perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang adalah perlu supaya kita tidak terjerus ke kencah murtad dan dapat membantu mengislamkan mereka yang telah murtad. Perlu diketahui bahawa diwajibkan ke atas setiap orang Islam menjaga akidahnya di dalam Islam dan melidungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan (merosakkan), membatalkan, dan memutuskan akidahnya, ini dinamakan sebagai keluar dari Islam iaitu Riddah (murtad) Imam an-Nawawi dan imam-imam yang lain pernah menyatakan:

"Murtad adalah jenis kekufuran yang paling dibenci."

Telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu menuturkan perkataan-perkataan yang mana membawa dia keluar dari Islam, dirinya tidak menyangka dengan menuturkan perkataan-perkataan itu boleh menjadikannya kafir.

Maka terjadi kes-kes murtad yang dia tidak sedar bahawa dia telah pun murtad. Semua ini berlandaskan apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadith baginda:

"Sesungguhnya seseorang itu berkata ia dengan kalimat yang tidak disangkakannya membahaya yang mana menyebabkannya menjunam jatuh 70 tahun ke dalam neraka." (Riwayat Imam Tirmizi dan Sunan).
Ini juga bererti tidak semestinya dalam keadaan tenang sahaja seseorang itu akan menjadi murtad apabila menuturkan perkataan kufur. Bahkan di dalam keadaan marah pun seseorang itu akan jatuh murtad jika di menuturkan perkataan kufur.

Imam Nawawi pernah berkata yang bermaksud; "Jika seorang lelaki marah pada anaknya atau hambanya dan memukulnya dengan teruk, kemudian datang seorang yang lain bertanya kepadanya, "kenapa engkau melakukan ini? Tidakkah engkau seorang Islam? Dengan segaja dia menjawab, 'Tidak', maka dia telah menjadi murtad kerana tidak mengaku sebagai muslim". Ini juga telah dinyatakan oleh ulama dari mazhab Hanafi dan juga para ulama Islam yang lain.

Maka kita perlu menghindari umat Islam dari bahaya murtad yang tersebar dan menjaga serta menerapkan isi ilmu akidah Islam sebenar bagi merealisasikan pembentukan muslimah yang solehah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Rujukan :

Sila layari http://www.englishsection.com/ untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.



Friday, June 27, 2008

Al-Hafidz Adz-Zahabiy Vs Bekas Gurunya, Ibn Taymiyah Al-Harrany




Biodata Al-Hafidz Az-Zahabi


Az-Zahabi adalah Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaymaz bin Abdullah ( 673-748H ). Pengarang kitab Siyar An-Nubala’ dan kitab-kitab lain termasuk Al-Kabair.


Mari Kita Lihat Perbezaan Ketara Iktikod Ibn Taymiyah dan Al-Hafidz Az-Zahabi


Dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374, Ibn Taymiyah Al-Harrany yang yang menjadi pujaan kepada Muhammad Abdul Wahhab, kuncu-kuncunya, dan Wahhabiyyah Mujassimah mengatakan :


إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
Akidah yang kufur ini bermaksud:

“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.

Terjemahan.Berkata Al-Hafidz Az-Zahabi:“Faedah, perkataan manusia yang dihukum kufur secara jelas ianya terkeluar dari Islam oleh para ulama adalah: ...…sekiranya seseorang itu menyatakan: Allah Duduk untuk menetap atau katanya Allah Berdiri untuk menetap maka dia telah jatuh KAFIR. Rujuk scan kitab tersebut di atas.


Perhatikan bagaimana Az-Zahabi menghukum kafir sesiapa yang mendakwa Allah bersifat Duduk. Sesiapa yang mengatakan Allah Duduk maka dia kafir. Fokuskan pada kenyataan Az-Zahhabi tidak pula mengatakan “sekiranya seseorang itu kata Allah Duduk seperti makhlukNya maka barulah dia kafir” akan tetapi amat jelas Az-Zahabi terus menghukum kafir kepada sesiapa yang mendakwa Allah Duduk disamping Az-Zahabi menukilkan hukum tersebut dari seluruh ulama Islam.



Wahai Mohd Asri Zainul Abidin, Aizam, Rasul Dahri, Zahazan dan Wahhabi yang lain…ketahuilah apabila anda semua mengatakan Allah Duduk merupakan kekufuran yang telah dihukum oleh Az-Zahabi sendiri dan ulama Islam. Tidak perlu ditunggu kenyataan “ Allah Duduk Seperti MakhlukNya” baru nak dihukum kafir akan tetapi dengan mengatakan Allah Duduk maka ia merupakan perkataan kufur terkeluar dari Islam sepertimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Az-Zahabi.

Ditambah lagi Adzahabi mengakui bahawa beliau tiada kaitan langsung dengan ibn Taymiyah selepas mengetahui penyelewengan Ibn Taymiyah Al-Harrany.

Ini terbukti Adz-Dzahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, m.s. 23 (cetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik) mengatakan :“Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yang telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tidak dipercayai antara kebenaran dengan kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yang menerangi kehidupan, lebih-lebih lagi tentang al-salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap-gelita."

Dalam kitab yang sama hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: “ Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu Taimiyah), sehinggalah saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya peroleh adalah; ternyata bahawa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama’ Syam dan Mesir serta beliau dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah kerana beliau seorang yang sombong takabbur, terlena oleh diri sendiri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan cenderung untuk mengepalai dan memimpin para ulama’ serta sering memperlekeh para ulama’ besar.Adz-Dzahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, m.s. 23 (cetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik):“Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yang telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tidak dipercayai antara kebenaran dengan kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yang menerangi kehidupan, lebih-lebih lagi tentang al-salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap-gelita..”

Dalam kitab yang sama hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: “ Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu Taimiyah), sehinggalah saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya peroleh adalah; ternyata bahawa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama’ Syam dan Mesir serta beliau dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah kerana beliau seorang yang sombong takabbur, terlena oleh diri sendiri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan cenderung untuk mengepalai dan memimpin para ulama’ serta sering memperlekeh para ulama’ besar.

Di sediakan oleh :

Abu Lehyah Al-kelantany

0133005046