Thursday, August 14, 2008

KUBUR SIAPAKAH INI?


(QUBUR IBN TAYMIYAH)

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


KEMATIAN IBN TAYMIYAH DAN PETANDA BURUK

Asal kubur Ibn Taymiyah adalah tidak terurus dan kotor sehinggakan dijadikan tempat pembuangan sampah dan mayat janin oleh masyarakat setempat . Tetapi selepas diuruskan dan dibersihkan baik, Golongan wahhabi datang memusnahkan kubur Ibnu Taimiyah kemudian depa hancurkan pada bahagian atasnya kerana menganggap pembinaan kubur seperti itu adalah bida'ah masuk neraka.



Berkata Al-Allamah Taqiyyuddin Al-Husniyy di dalam kitabnya ( Daf-U Subha Man Sabbaha Wa Tamarrad) m/s 88 ; “ Aku berkata : dan telah sampai padaku perkhabaran bahawasanya ketika mana dikebumikan mayat Ibn Taymiyah selepas 3 hari, berkata seseorang : Ada orang telah bercakap mengenai suatu yang mengelirukan tentang lelaki ini, demi Allah aku teringin sangat melihat bagaimanakah Allah perbuat dengannya. Lalu dia menggali kuburnya (Ibn Taymiyah) dan dia terkejut kerana mendapati seekor ular yang besar berada di atas dadanya dengan bentuk yang amat menakutkan. Selepas itu, lelaki tersebut mentahzir atau mewaspadakan orang ramai daripada iktiqodnya (Ibn Taymiyah) dan memberitahu mereka apa yang telah dia lihat. dan Allahlah Yang Maha Mengetahui". selesai nukilan penulis dari kata-kata Al-Allamah Taqiyyuddin Al-Husniyy .

BEBERAPA HADITS BERKAITAN DENGAN AZAB QUBUR

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Abu Sa'id al-Khudri bahwa ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, Akan dikuasakan kepada orang kafir dalam kuburnya sembilan puluh sembilan ekor ULAR yang akan menggigitnya sampai tiba hari kiamat. Seandainya seekor saja dari ULAR itu menjilat sebidang tanah, maka tanah itu akan mati (tidak dapat menumbuhkan tanaman).'"

Disebutkan dalam sebuah hadits mauquf Abdullah bin Amr ibnul-Ash, " Setelah menyuruh malaikat menyempitkan kubur orang kafir, Allah lalu mengirim padanya beberapa ekor ULAR yang kemudian memakan dagingnya hingga tinggal tulang-tulangnya belaka. Lalu, Allah menyuruh malaikat menyiksanya dengan palu."

Marilah sama-sama kita berdoa dan memohon dari Allah Taala perlindungan dan mengharapkan kematian yang Husn Khatimah...ameen..

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

1 comment:

TigerChan said...

Daripada banyak hal anti-Wahabi yang ditulis dalam blog ini, saya pelik kamu orang tulis apapun saya tak tahu.

Biar saya cerita sedikit. Anak saya pernah belajar di Kuantan ambil bahagian electronics. Sekarang dia dibuang sekolah kerana ada budak Melayu (dia bukan Wahabi)menuduh anak saya itu mencuri motosikal. Anak saya ditahan polis, dibuat berbagai tuduhan palsu terhadap anak saya, dipaksa mengaku membuat jenayah walaupun dia tidak buat kerana pihak polis siksa dia begitu sakit sekali. Kemudian dia dipenjarakan dengan penuh airmata kerana fitnah seorang Melayu.

Saya seorang berketurunan China. Apa boleh saya buat, polis Malaysia zalim, mahkamah Malaysia zalim dan orang Melayu zalim. Kamu kata orang Wahabi zalim. Tapi orang Wahabi tak kacau saya. Anak saya masuk penjara dan disiksa oleh polis, orang Melayu Sunni tak dapat tolong saya.

Sekarang kita bertanya, siapa orang baik, siapa orang jahat ? Anwar Ibrahim dituduh liwat, kamu tulis dalam blog ini seolah-olah Anwar Ibrahim patut dipenjarakan 20 tahun ?

Saya tidak soal orang itu Wahabi atau Sunni, tapi bagi anak saya yang disiksa oleh polis dan orang Melayu, adakah saya patut tanya polis itu Wahabi atau Sunni ?

Anak saya pernah berkata, dia dianiaya oleh orang Melayu, hanya Tuhan sahaja akan menghukum mereka.

Yang saya hairan, kamu orang sibuk fasal Wahabi, tapi orang yang dianiaya bukan urusan kamu ? Ya..satu hari nanti saya akan pukul orang zalim, tapi saya tak tanya dia tu Wahabi atau Sunni. Barangkali saya akan pukul orang UMNO kerana UMNOlah yang buat polis jadi jahat. Bolehjadi saya akan pukul kamu menyokong orang zalim.

Ya..saya sokong Anwar Ibrahim kerana mencari keadilan. Saya rasa orang Melayu macam kamu patut dilaknat kerana setuju dengan polis dan orang UMNO yang menuduh Anwar Ibrahim meliwat ?