Saturday, July 5, 2008

Hadits Jariyah Bukan Bermakna Allah Berada Di Atas Langit

MAKNA HADIS AL-JARIYAH[1].

Jawapan:
Hadis tersebut mudtarib (suatu hadis yang diriwayatkan dengan lafaz matannya yang berbeza-beza dan saling bertentangan sehingga menjadikannya dihukumkan sebagai hadis da^if ). Meskipun ada ulama yang menganggap hadis tersebut sebagai sahih, namun mereka tidak mengertikan bahawa Allah mendiami atau berada di langit.

Al-Imam al-Nawawi telah berkata dalam huraiannya terhadap hadis tersebut bahawa perkataan " أَيْنَ الله" (Di mana Allah?) adalah suatu soalan tentang darjat atau kedudukan, bukannya tentang tempat. Oleh itu, makna perkataan Baginda صلى الله عليه وسلم di atas ialah: "Apakah peganganmu dari segi pengagunganmu terhadap Allah?". Selanjutnya, perkataan hamba perempuan في السماء (di langit) itu pula bermakna: "Sangat tinggi tahap pengagunganku terhadap-Nya". Oleh itu, tidak boleh berpegang bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bertanya kepada hamba perempuan tersebut tentang tempat (bagi Allah) dan tidak boleh berpegang bahawa hamba perempuan itu telah bermaksud Allah bertempat di langit.

Sayyidina Ali رضي الله عنه وكرم وجهه berkata:


لا يُقَالُ أَيْنَ لِمَنْ أَيَّنَ الأَيْنَ
(ذكره أبو القاسم القشيري في الرسالة القشيرية)

Maknanya:"Tidak boleh dikatakan (disoalkan tentang) di mana (tempat) bagi Allah yang telah menempatkan di mana (tempat). (Disebutkan oleh Abu`l-Qasim al-Qushayri dalam al-Risalah al-Qushayriyyah).

Al-Imam Abu Hanifah berkata dalam kitabnya al-Fiqhu`l-Absat:


كَانَ قَبْلَ الْمَكَانِ, كَانَ وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلا خَلْقٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
Maknanya: "Dia (Allah) ada (azali) sebelum (kewujudan) tempat. Dia ada (azali) dengan keadaan belum ada suatu (penciptaan) tempat dan suatu (penciptaan) makhluk yang lain, dan Dia adalah pencipta segala sesuatu".

Allah تعالى berfirman:
(سورة الشورى: 11)

Maknanya: "Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)". (Surah al-Shura: 11)
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ
(رواه البخاري وغيره)

Maknanya: "Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya).
....................................................................


[1] Hadis al-Jariyah sebuah hadis yang mengandungi peristiwa pertanyaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada seorang jariyah (hamba perempuan) yang telah diriwayatkan dalam pelbagai lafaz oleh beberapa ulama hadis seperti al-Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim, Bab Tahrim al-Kalam fi al-Salah, al-Imam Abu Dawud dalam kitabnya Sunan Abi Dawud, Bab Tashmit al-^Atish dan Bab fi al-Raqabati`l-Mu'minah, al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta', Bab Ma Yajuz Mina`l-^Itq fi al-Riqab al-Wajibah, al-Imam al-Bayhaqi, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Hibban dan lain-lain lagi.
Disediakan oleh :
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046

No comments: