Tuesday, August 19, 2008

KETELITIAN ULAMAK-ULAMAK MUHADDITS DALAM MENILAI KESAHIHAN

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


KETELITIAN ULAMAK MUHADDITS DALAM MENILAI KESAHIHAN

AL-MUHADDITSU AL-HAFIZH AL-FAQIH WALIYY AD-DIN AL ‘IRAQI

Berkata Al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi (W 862 H)-anak Syeikul Huffaz Zain Al-Addin Al ‘Iraqi dalam kitabnya (( Al-Ajwibah Al-Murdhiyah ‘Ala Al-Asilati Al-Makkiyyah)) : “Ilmunya lebih besar dari akal fikirannya”. Maknanya Ibn Taymiyah adalah seorang yang boleh diketegorikan sebagai seorang yang gila dan keliru berdasarkan kata-kata al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi tadi .

Selain itu al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi mengatakan lagi ;

“Ibnu Taimiyyah telah menyalahi Ijma’ dalam banyak permasalahan, kira-kira sekitar 60 masalah, sebahagiannya di dalam masalah Ushul ad-Din (pokok-pokok agama) dan sebahagian lagi berkenaan dengan masalah-masalah furu’ ad-Din (cabang-cabang agama), Ibnu Taimiyyah dalam masalah-masalah tersebut mengeluarkan pendapat lain ; yang berbeza setelah termeterainya ijma’di dalamnya". Selesai nukilan penulis daripada kata-kata Al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi.

AL- IMAM AL-HAFIZH TAQIYY AD-DIN ALI BIN ABD AL KAFI AS-SUBKI

Pelbagai lapisan masyarakat dan orang awam yang jahil mulai terpengaruh dan cuba mengikuti jejak Ibnu Taimiyyah, sehinggakan perkara ini disedari oleh ulamak-ulamak semasa Ibnu Taimiyah sebagai suatu ancaman yang amt berbahaya, lalu mereka mulai bersuara, bertindak mentahzir dan membantah pendapat-pendapatnya serta menggolongkan beliau di dalam kelompok para ahli bid’ah yang sesat dan menyesatkan. Di antara yang lantang membantah Ibnu Taimiyah adalah Al-Imam Al-Hafizh Taqiyy Ad-Din Ali Bin Abd Al Kafi As-Subki (W 756 H) dalam karyanya (( Ad-Durrah Al Mudhiyyah Fi Ar-Radd 'Ala Ibn Taimiyah)), beliau mengatakan :

“Amma ba’du:

Ibnu Taimiyah benar-benar telah membuat bida’ah-bida’ah ( mereka-reka perkara-perkara baru) dalam dasar-dasar I’tiqod/keyakinan (Ushul al 'Aqa-id), beliau telah meruntuhkan tonggak-tonggak dan sendi-sendi Islam setelah ia sebelum ini seorang yang bersembunyi disebalik taktik kotor mengikuti Al-Qur’an Dan As-Sunnah. Kalau dilihat zahirnya beliau mengajak kepada kebenaran dan menunjukkan kepada jalan syurga, ternyata kemudian dia bukan melakukan ittiba’ ( mengikuti As-Sunnah, ulama Salaf dan Ijma’ Ulamak) akan tetapi sebenarnya membuat bid’ah-bid’ah baru (mereka-reka dalam beragama).

1. Dia shaz dari umat muslimin dengan menyalahi Ijma’.

2. Dan dia juga mengatakan tentang Allah dengan perkataan yang mengandungi Tajsim (meyakini Allah adalah jisim ; benda yang memiliki ukuran dan dimensi) dan bersusun (tarkib) bagi Zat Allah Yang Maha Suci".

3. Dia mempercayai keberhajatan kepada juz-i – iaitu dia mempercayai Allah berhajat kepada juz-i (bahagian) adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi-Nya.

Seterusnya Imam al-Subki mengatakan ;

4. “ Dia –yakni Ibn Taimiyyah- mengatakan Allah meliputi segala yang baharu dengan zatnya (berakidah hulul),

5. Beliau menyebut Al-Quran itu adalah baharu, Allah berkata-kata setelah sebelumnya tidak, dan sesungguhnya Allah berkata-kata kemudian dia diam dan ia akan berlaku pada zatNya Iradaat (kehendak-kehendak) yang mengikut kehendak-kehendak makhluk”.

6. Dia melampaui batasan demikian selepas mengatakan alam ini qidam iaitu tanpa ada permulaan. Dan lazim dengan kata-katanya itu bahawa ketiadan permulaan bagi makhluk maka dia berkata perkara-perkara baharu pun tiada permulaan. Maka di sini dia mengitsbatkan sifat yang qadim (bagi Allah) sebagai baharu dan makhluk yang baharu sebagai qadim. Perkataan Ibn Taymiyah ini tidak pernah termaktub di dalam mana-mana agama.

Pada akhir komentar Imam Subki lantas dia menegaskan “ Ibn Taymiyah tidak tergolong dalam mana-mana golongan daripada 73 golongan yang berpecah dari pada umat ini, dan juga tidak bersepakatan dengan mana-mana umat. Dan semuanya itu ( apa yang diyakini oleh Ibn Taymiyah) walaupun sudah dikira sebagai kekufuran yang amat keji, tetapi ia dikira sedikit sahaja jumlahnya jika dinisbahkan atau dibandingkan dengan bid’ah-bid’ah yang telah dia dilakukan dalam masalah cabang-cabang agama ( furu’ fiqhiyyah)". Selesai Nukilan penulis daripada kata-kata al- Imam Al-Hafizh Taqiyy Ad-Din Ali Bin Abd Al Kafi As-Subki.
Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
(0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/