Sunday, September 7, 2008

PEJUANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEJATI ( Pengiktirafan daripada YADIM)

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
musufism_addeen@yahoo.com
http://abulehyah.blogspot.com/


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

Rencana >> Tokoh

Pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah sejati




05 September 2008, Dunia Islam baru-baru ini kehilangan sebutir permata yang selayaknya menjadi role model kepada kita semua. Jasanya terhadap Islam memang tidak terhitung kerana sikapnya yang zuhud dan tidak mahu bermegah-megah dengan tindakannya selain sentiasa mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat.


Lelaki alim kelahiran Harar, Ethiopia pada 1910 bersamaan 1328 Hijrah ini gigih memerangi begitu banyak dakyah palsu dan ajaran songsang dalam masyarakat. Meskipun paling menonjol dalam usahanya menetang gerakan Wahabi, namun Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari sebenarnya memberi sumbangan yang jauh lebih banyak.



Beliau adalah seorang yang alim, pakar dalam ilmu Feqah dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Paling jelas, seorang yang zuhud dan bertaqwa, ketika lahir, beliau dinamakan Abdullah. Manakala bapanya ialah Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’.Dilahirkan di Bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah dan dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama.


Beliau diberikan didikan agama yang mendalam sejak kecil dan telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun.Beliau membesar dengan menghafal ilmu-ilmu agama selain mendalami ilmu hadith dengan sanadnya sekali hinggakan telah berjaya diijazahkan meriwayat hadis nabi pada usia yang begitu muda.


Oleh kerana begitu terserlah kepintaran dan kebijaksanaan beliau, selain pengetahuan ilmu agama yang nyata begitu dalam, beliau telah dilantik menjadi Mufti Harar pada usia yang cukup muda, belum pun mencecah 18 tahun.


Selain sibuk menimba ilmu , zaman muda beliau juga dipenuhi dengan perjuangan untuk membebaskan Somalia daripada penjajahan British dan Itali.


Selepas berjuang membantu membebaskan bumi Somalia, ulama ulung ini mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelusuk bumi Syam untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat serta mengajarnya berteraskan metodologi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari mempunyai perwatakan dan peribadi yang sangat baik, justeru tidak hairan jika ramai yang mengungkapkan kata-kata ”walaupun kulitnya hitam, namun hatinya putih”.


Sifat mulianya ini menyebabkan beliau diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat di Syam, tanpa mengira latar belakang mereka.


Satu perkara yang membezakan beliau dengan para pejuang yang lain ialah kebijaksanaannya menyampaikan dakwahnya serta cara ia ditujukan kepada masyarakat umum.




Walaupun tegas dalam pendirian serta dakwahnya, ia tidak menyakiti dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak menyebabkan beliau tidak pernah ditahan atau dimasukkan ke penjara seperti rakan-rakan seperjuangan, contohnya Ibn Taimiyah dan Sayyid Qutb.


Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 Hijrah, beliau telah pergi ke Beirut, Lubnan dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Kedatangannya di Lubnan juga adalah untuk mengajar dan membetulkan dalah faham umat tentang Islam.


Beliau telah pergi meninggalkan kita pada subuh hari kedua umat Islam berpuasa iaitu 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008, selepas waktu subuh di Beirut, Lubnan. Jenazahnya ulama tersohor ini disembahyangkan oleh ribuan umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar, Beirut.




Jasad beliau kemudiannya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Takziah kepada keluarganya. Kita sesungguhnya telah kehilangan seorang tokoh Ahli Sunnah wal Jamaah yang terkemuka. Al Fatihah untuk beliau...


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

No comments: