Sunday, September 7, 2008

Awas!! Penceramah Wahhabi..!!


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
musufism_addeen@yahoo.com
http://abulehyah.blogspot.com/


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد



Zahazan al-Wahhabi jelas mengiklankan di dalam program Tadarus Al-Quran Tv9 jam 4.45 pagi pada 8 September 2008 menyebarkan akidah wahhabiyah :


  • berkata zahazan : " ...Bahawa Allah duduk di atasy Arasy..."


  • selain itu juga dia menisbahkan syirik bagi Nabi Ibrahim, ZAHAZAN berkata"... Nabi Ibrahim memikirkan bintang dan matahari itu Tuhannya..."

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

15 comments:

Anonymous said...

Apa lah... Dalam al-Qur'an pun ada doceritakan bahawa Nabi Ibrahim pernah menganggap matahari, bulan, bintang sebagai tuhannya. Tapi bila dia hilang, Nabi Ibrahim kata; "Aku tak suka al-aafilin (yang menghilangkan diri)"

Kalau ambik ayat qur'an yang sebut bahagian tu sahaja, of course dah terkeluar dari konteks. Seola-olah al-Qur'an nak kata Nabi Ibrahim adalah Nabi yang mensyirikkan Allah. Tapi bila kita baca habis apa yang Allah nak sampaikan, baru seorang itu tahu, yang Allah nak cerita bagaiamana Ibrahim mencari Rabbnya yang Maha Esa itu.

Sama juga seperti hal di sini, Ustaz Zahazan mungkin sedang menceritakan tentang tafsir surah tersebut, tapi bila kita ambik sebahagian sahaja dari apa yang dikatakan itu, seolah-olah Ustaz Zahazan sedang menuduh Ibrahim seorang yang mensyirikkan Allah.

Mana-mana orang yang ikhlas, apabila bercakap berkaitan dengan perkara ini, pasti akan menjaga konteks perbicaraan asal seseorang. Hanya orang yang mempunyai kedengkian di hatinya, dan tidak tahu kaedah-kaedah professional lagi adil dalam memquote kata orang lain sahaja yang akan mengambil sebahagian kata-kata orang dan mengeluarkan maksudnya dari konteks yang sebenar.

Umpama seorang yang tidak buta membawa tiga orang buta untuk memegang gajah di tiga tempat yang berlainan yang mempunyai sifat yang berlainan. Seorang pegang di ekor, seorang di kakinya dan seorang lagi di telinganya. Orang yang memegang di ekor akan kata gajah macam ular. Orang yang memegang di kaki pula akan berkata gajah macam pokok. Manakala orang yang memegang di telinga akan berkata gajah macam kipas. Tapi orang yang tak buta pula yang tersenyum puas dengan hati yang jahatnya membiarkan orang-orang buta tersebut berada di dalam kesesatan anggapan masing-masing, sedang dia melihat rupa gajah yang sebenar.

Juga umpama orang-orang yang Yahudi dan Nasrani apabila mereka mengambil sebahagian dari al-Kitab dan menolak sebahagian yang lain. Mereka tidak berlaku adil di dalam pengambilan hukum dari kitab mereka.

Adakah kita ingin mengikuti mereka? Sedang Allah telah memberi peringatan yang jelas kepada kita: "Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha ke atas kamu sehinggalah kamu mengikuti millah mereka" (al-Baqarah)

Dan juga ingatlah kita bahawa setiap orang di sana terdapat banyak lagi kezaliman yang lebih besar, iaitu kezaliman puak kuffar yang membunuh orang-orang Islam di Palestin, Iraq dan macam-macam tempat lain.

Di sana ada bid'ah dan kesesatan Aqidah yang lebih teruk berbanding dengan ini (itu pun kalau ini betul, which most likely not! Hanya sengaja dikeluarkan dari konteks). Iaitu aqidah puak kuffar yang sedang menyelinap di dalam masyarakat kita melalui media massa dan bermacam-macam lagi. Yang mana ia membawa-bawa semua model dari barat dan dihidupkan budaya tersebut di sini.

Kesimpulannya?

Anonymous said...

Dalam al-Quran hanya dinyatakan kalimah (qala hadha rabbi = "Dia berkata;Ini tuhanku?), & tidak pula didatangkan dengan kalimah (tafakkara = berfikir) atau (zonna = menyangka). Sepatutnya, Zahazan mengambil tafsir yang tidak menimbulkan kekeliruan. Bukan setakat main tangkap muat je. Sila nyatakan bahawa ada kitab tafsir muktabar yang mengemukakan lafaz (qala) ditafsirkan dengan (tafakkara) atau (zonna) jika ada. (PERINGATAN: Fi Zilal al-Quran oleh Sayyid Qutb tidak termasuk kitab muktabar)
Ini bukannya berkait dengan masalah "ambil sebahagian pernyataan", tetapi perkataan tersebut JELAS tidak layak disandarkan seorang Nabi....Cuba lihat cara ulama Ahlis-sunnah menghuraikan ayat tersebut dalam kitab-kitab mereka. Mereka menghuraikan ayat itu dengan cermat sehingga tidak terjejas martabat kemuliaan dan kemaksuman seorang nabi! Antaranya: ditafsirkan; Nabi Ibrahim berkata: "(Adakah) ini tuhanku (pada sangkaan kamu)?". Zahazanlah sewajibnya mentafsir ayat berkenaan dengan mengambil konteks keseluruhan cerita atau keseluruhan ayat-ayat yang berkaitan, bukan setakat melihat kepada makna zahir satu ayat sahaja!!

Seterusnya, demikian jua dalam al-Quran hanya didatangkan lafaz (istawa = ada 15 makna) bukannya lafaz (jalasa = duduk) bukan juga (qa^ada = duduk). Zahazan sepatutnya mendatangkan riwayat sahih yang menjelaskan makna (istawa)itu "duduk" jika ada. sebenarnya tidak ada pun riwayat sahih yang mengatakan makna istiwa dalam ayat berkenaan adalah "duduk"!!

Admin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam,
zahazan ni wahabi ka?lorrrr,plak,apa kejadahnya ramai nyer lecturers uiam jadi wahabi,ni lecturer matriks kan?kenapa uiam x amik tindakan,rektor,ust hamidon ,prof sanoo kutuob kena amik tindakan ni,buang jer puak2 ni,emmm satu lg,IKIM ni x der org lain ker nak amik mufassir si zahazan jer,aiyyo,..kata allah duduk,sama jer la macam akidah yahudi,abang adik la ni

Anonymous said...

Astaghfirullah.. bertaubatlah kalian. jangan mudah menuduh wahabi..

p/s: ada org tanya "innallaha sami'un basir" = sesungguhnya Allah itu maha MENDENGAR dan MELIHAT.

lepas tu dia tanya lagi, "aik?? Allah mendengar dan melihat???" tu kan sifat manusia=boleh mendengar dan meilat??? macam mana plak tu?

lepas tu si ustat tu jawab " oh, allah MAHA mendengar dan melihat, memang Allah mendengar dan melihat tapi power Dia lebih dari kita.

org tu kata lagi "oh, kalau ayat Allah bersemayam di atas arasyh macam mana? sama ke?

ustat tu jawab "oh, yg tu lain.."

Anonymous said...

kepada Abu lehyah, jgn menuduh org wahhabi, berdosa skiranya tuduhan anda itu salah..

Sekadar renungan.. Ikut Rasulullah......

Anonymous said...

masih cetek lg ilmu anda. belajar lah lagi.

Anonymous said...

masih cetek lagi ilmu anda. belajar lah lagi yg shohih.

Anonymous said...

Salam, tuan tanah. Ingat pemerhatian tuan power, rupanya dangkal. Perlu lebih tertib dalam memberikan pendapat.

Amat digalakkan untuk berbaik sangka.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

Asslamualaikum...sebelum kita menuduh orang lain Wahabi...Kenalkah anda apakah yang dimaksudkan dengan wahabi? Siapakah mereka? jangan memfitnah dan sebarkan fitnah dalam perkara yang kita tak jelas tentangnya...

Anonymous said...

Ana dah kenal sgt siapa Wahhabi & pernah jadi Wahhabi.. skrg jadi penentang Wahhabi & anasirnya...

Anonymous said...

Jangan duk fitnah Allah dgn mensifatkan duduk kpd-Nya & jgn duk fitnah Nabi Ibrahim dgn mengatakan bhw baginda pernah berfikir matahari tu tuhannya..

Muhammad said...

kesilapan majalah...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=298935390222739&set=a.186964124753200.36590.186960618086884&type=1

Anonymous said...

Zahazan & pihak majalah dikehendaki bersumpah bhw pernyataan dlm artikel majalah MIDI tu adalah benar-benar kesilapan pihak majalah.

Adapun pernyataan Zahazan bhw Allah bersifat duduk, Nabi Ibrahim berfikir matahari sbg tuhan & ibu bapa Nabi Muhammad kafir tu bukannya melalui tulisan beliau tapi melalui lisan beliau sendiri dlm rancangan Tadarus al-Quran TV9 & Tafsir al-Quran Radio IKIM... Pernahkah Zahazan kata bhw kesilapan pihak penyiar TV9 & Radio IKIM?

Anonymous said...

Atau pernahkah pihak TV9 & Radio IKIM buat pengakuan atau pembetulan bhw itu kesilapan mereka & bukannya kesilapan Zahazan atau itu sebenar krn Zahazan tersasul atau kita ada masalah teknikal audio...