Monday, August 4, 2008

AL-AHKAM.NET MENYEBARKAN AKIDAH MUJASSIMAH DAN MUSYABBIHAH

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

AL-AHKAM.NET SUMBER AJARAN MUJASSIMAH DAN WAHHABIYAH


AL-AHKAM.NET merupakan Laman web yang suka memfitnah dan mentohmah ulamak-ulamak Islam. Jenama 'tajdid' yang diwarwarkan oleh AL-AHKAM.NET adalah suatu usaha untuk mengorak langkah ke arah memperbaharui Syariat Islam yang sedia ada dan digantikan dengan ajaran agama baru yang dibawa oleh Muhammad Abdul Wahhab yang berteraskan akidah mujassimah Ibn Taymiyah al-Harrany, Karramiyah,dan Hasywiyyah. al-Ahkam.net dengan kata lainnya sebagai agen menyebarkan perpecahan dalam umat Islam dan mereka adalah satu persatuan yang berorganisasikan Protaz tiruan yang tidak mempunyai teras agama lantas berperanan menyebarkan fahaman mujassimah dan mushabbihah kepada masayarakat Islam. Sejajar dengan cita-cita golongan Yahudi , AL-AHKAM.NET mampu untuk memeningkan masyarakat dan mengelirukan akidah sebenar umat Islam.


SUMBER AGAMA DAN RUJUKAN AHKAM.NET IALAH IBN TAYMIYYAH DAN MUHAMMAD ABD WAHHAB BUKAN NABI MUHAMMAD


AL-AHKAM.NET menggelarkan Ibn Taymiyah al-Harrany Al-Mujassim adalah mujaddid ; "Sebenarnya, sebelum kemunculan atau kedatangan Muhammad bin Abdul Wahab, Islam sudah melalui era reformasinya sejak sekitar kurun ke-6 Hijrah lagi dengan kelahiran atau kemunculan seorang tokoh mujadid Islam yang paling terkenal iaitu ``Ibnu Taimiyyah'' dan kemudiannya telah disambung oleh anak muridnya bernama ``Ibnu Qayyim'' Al-Jauziyah. ". Lihat...



AL-AHKAM.NET menggelarkan Muhammad Abdul Wahhab SEBAGAI mujaddid ; "Muhammad Abdul Wahab merupakan seorang ``mujadid'' Islam.Beliau merupakan seorang tokoh agama yang telah menimbulkan kontroversiyang sungguh hebat pada zamannya." Lihat...



AKIDAH SONGSANG DISANGKAKAN TAJDID


Lihatlah mereka dengan jelas menggatakan Allah bersifat duduk bersemayam di atas arasy ;



Ahkam.net : " Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas kepada kita bahawa Allah swt berada di atas langit" ; lihat...




cukuplah untuk menolak akidah mujassimah yang di bawa oleh AKHAM.NET, kata-kata Imam Thohawiy As-Salafi ;


"Barang siapa mensifatkan Allah dengan satu (sahaja) makna/sifat daripada sifat-sifat makhluk, maka mereka telah keluar daripada Islam ".


Di samping itu mereka menghalang Umat Islam mengadakan sambutan Maulidurrasul ;


Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany

( 0133005046)

http://abulehyah.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

bergaduh pasal orang dah mati mcm ni la jadi nya... nasib baik saya x ambil tahu langsung pasal kamu semua... AMARIKA!

Unknown said...

salam. ya iya. masing 2 tak nak duduk bersama, egois. bermuzakarah dan cari jalan diplomasi sebaiknya. jangan bertelagah sesama kita umat islam. Allah Hualam Bissawab...