Monday, August 4, 2008

ADZ-ZAHABI MENENTANG AJARAN IBN TAYMIYAH AL-HARRANY AL-MUJASSIM

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Adz-Dzahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, m.s. 23 (cetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik): “Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yang telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tidak dipercayai antara kebenaran dengan kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yang menerangi kehidupan, lebih-lebih lagi tentang al-salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap-gelita..”



Dalam kitab yang sama hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: “ Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu Taimiyah), sehinggalah saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya peroleh adalah; ternyata bahawa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama’ Syam dan Mesir serta beliau dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah kerana beliau seorang yang sombong takabbur, terlena oleh diri sendiri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan cenderung untuk mengepalai dan memimpin para ulama’ serta sering memperlekeh para ulama’ besar. Lihatlah wahai pembaca betapa berbahayanya sikap mengaku-ngaku sesuatu yang tidak dimilikinya dan betapa nestapanya akibat yang ditimbulkan dari kecenderungan terhadap populariti dan kemasyhuran ( mencari nama). Kita mohon semoga Allah mengampuni kita".


Adz-Dzahabi melanjutkan: “Sesungguhnya apa yang telah menimpa Ibnu Taimiyah dan para pengikutnya, hanyalah sebahagian dari risiko yang harus mereka peroleh, janganlah pembaca ragukan hal ini”.


ini dia tulisan tangan (manuskrip) Adzahhaby ;






Risalah adz-Dzahabiah ini memang benar adanya-( sekarang wahabi mengingkari wujudnya risalah ini)-dan ditulis oleh Adz-Dzahabi sendiri kerana al Hafizh as-Sakhawiy (W 902 H)- murid kepada Ibn Hajar Al-Asqolany menukilkan perkataan adz-Dzahabi ini dalam bukunya al I’lan bi at-Taubikh, hlm. 77. Suatu peringatan dari penulis jika didapati dari mana-mana kitab bahawa adz-Dzahabi memuji Ibn Taimiyah ketahuilah semua itu sebelum tertulisnya Risalah adz-Dzahabiah. Bahkan Adz-Dzahabi menegaskan pendiriannya terhadap ibn Taimiyah sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Asqolany dalam ad-Durar al Kaminah juz I, hlm. 151: “ Dan saya –adz-Dzahabi- saya tidak beri’tiqod bahawa padanya (ibnu Taymiyah) itu terpelihara dari dosa (ishmah) bahkan saya bercanggah dengannya dalam masalah-masalah usul (iktiqod) dan furu’ (cabang)“.


Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany

No comments: