Tuesday, July 8, 2008

Ulamak-ulamak Muhadditsin Mengkafirkan Mujassimah



Disediakan oleh :

Abu Lehyah Al-Kelantany

0133005046

Ulamak-ulamak Muhadditsin Menolak Al-Wahhabiyah Mujassimah


ونص عبارة الفقيه الحنفي ملاّ علي القاري في كتابه "شرح المشكاة" (ج3/300) :" قال جمع من السلف والخلف إن معتقِد الجهة (أي في حق الله) كافر كما صرح به العراقيّ وقال إنه قول أبي حنيفة ومالك والشافعي والأشعري والباقلاني( المتوفى سنة 403 هـ)" انتهى.


Dan kata kata Al Faqih Al-Hanafi Mulla A’li Al-Qari dalam kitab beliau syarah al-Misykat juz 3/ms 300 : telah berkata sekelompok daripada ulama salaf dan khalaf bahawa orang yang beriktiqod Allah itu Ada pada salah satu arah, maka hukumnya orang itu kafir seperti mana telah dinyatakan secara jelas oleh Al-I’raqi dan beliau berkata : inilah kata-kata Abu Hanifah dan Imam Malik dan Al-Syafie dan Al-Asya’ri ( Imam Abu Hasan Al-Asya’ri dan Al-Baqillani(w 403h).

Iktikod ulamak-ulamak ini amat jelas sekali bertentangan dengan iktikod Ibn Taymiyah. cube lihat....!

IBN TAIMIYAH :

Ibnu Taimiyyah mengatakan maksud ‘استوى’ ialah duduk bersila. Ditambah lagi katanya duduk bersila itu duduk bersila sepertinya Ibnu Taimiyiah. Beliau membantu yahudi menyebarkan akidah yahudi ” Allah duduk atas arasy” :

Dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374, Ibn Taymiyah Al-Harrany yang yang menjadi pujaan kepada Muhammad Abdul Wahhab, kuncu-kuncunya, dan Wahhabiyyah Mujassimah mengatakan :

إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه

Akidah yang kufur ini bermaksud:

“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.

Dalam kitab Majmu’ Fatawa Jilid 5 m/s 527, dan dalam Kitab Syarah Hadits Nuzul Cetakan Darul ‘Ashimah m/s 400, al_Harrany mengatakan : “ Maka apa yang datang dengannya atsar daripada nabi tentang lafaz duduk dan bersemayam pada haq Allah taala seperti Hadits Jaafar Bin Abi Thalib dan Hadits Umar lebih diberi keutamaan supaya tidak mengumpamakan sifat-sifat jisim hamba). Beliau mensabitskan sifat duduk dan bersemayam, tetapi bila beliau mengatakan tidak sama dengan sifat-sifat makhluk, itulah tamwiih (mengaburkan mata orang ramai) dan penipuan jua. Ini kerana ijma’ mengatakan sifat duduk dan bersemayam itu adalah sifat jisim. Lembu duduk, ayam duduk, kambing duduk, monyek duduk, khinzir duduk, wahhabi pun duduk.

Tidak cukup dengan itu sahaja Ibnu Taimiyah turut mengunakan lafaz kufur Yahudi demi menyahudikan umat islam : rujuklah Majmu’ Fatawa Jilid 5 m/s 527, dan dalam Kitab Syarah Hadits Nuzul Cetakan Darul ‘Ashimah m/s 400:

إذا جلس تبارك و تعالى على الكرسي سُمِع له أطيط كأطيط الرَّحل الجديد

Kata Ibnu Taimiyiah tersebut bermaksud :”Apabila (Tuhan) tabarakallah taala duduk di atas kursi maka akan terdengarlah bunyi seperti pelana kursi unta yang baru diduduki (keriuk-keriak)”. Subhanallah betapa jelas Ibnu Taymiyah menjisimkan Allah taala..Nauzubillahu min zalik.

Dan kitab Al-Harrany ini yang beliau namakan sebagai Syarah Hadits Nuzul, termaktub di dalamnya belambak kekejian dan kesesatan dan jauhnya beliau dari kebenaran. Kitab ini di cetak di Riyadh pada tahun 1993 , Cetakan Darul 'Asimah, di ta'liq oleh Muhammad Al-Khamis yang amat menyetujui akidah tashbih dan tajsim al-Harrany.

Disini penulis ingin tegaskan bahawa, lafaz (julus) duduk dan bersemayam tidak pernah warid dan sabit pun ke atas Allah taala, sama ada dalam Quran mahu pun sunnah. Dan ketahuilah ini merupakan antara perkara bida’ah rekaan Ibn Taimiyah Al-Harrany, Muhammad Abdul Wahhab dan kuncu-kuncunya yang selari dengan aliran mujassimah, lantaran bahayanya i’tikod ini menjerumuskan seseorang ke kancah kukufuran.

Dan di dalam kitab Al-Asma’ Wa- Sifat daripada Majmu’ Fatawa juzuk yang pertama Cetakan Darul Kutub Ilmiyah di tahqiq oleh Mushtofa Abdul Qadir ‘Atho, m/s 81 Ibn Taymiyyah Al_Harrany berkata :

قال -أي ابن حامد المجسم- إذا حاءهم وجلس على كرسيه أشرقت الأرض كلها بأنواره

“ telah berkata – Ibn Hamid al-Mujassim- apabila Dia datang kepada mereka dan duduk/ bersemayam di atas kursi, bersinarlah bumi keseluruhannya dengan cahaya- cahayanya”.

Jelas sangatla di sini iktikod Ibn Taymiyah Al-Harrany, Muhammad Bin Abd Wahhab, dan kuncu-kuncunya bukan iktikod Islam, hatta ulamak muhadditsin, ulamak fuqahak dan ulamak Tasauf menolak ajaran ini kerana terasnya iktiqod yahudi yang boleh memecahbelahkan umat Islam dan bahayanya boleh menjerumuskan manusia ke kancah kekufuran.

Di sediakan oleh :
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046

No comments: