INSYAALLAH PENULIS AKAN MENGGEMBELING TENAGA MEMBENTERAS AJARAN-AJARAN SESAT YANG MENJADI CANCER DALAM MASYARAKAT ISLAM HARI INI..KE ARAH MEMARTABATKAN ASWJ..BIZNILLAH
Monday, July 28, 2008
MARI TINGKATKAN KETAQWAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT ISRAK DAN MI'RAJ
YA AYYUHAL WAHHABIY..ANTUM ATAITUM BI DININ JADID..TUKAFFIRUNA WA TUBADDI'UNAL MUSLIMIN, ANTUM 'INDANA DHOLALUN WANAHNU BARI`UN MINKUM, WALLAHU 'ISHMATU WATTAUFIQ..
BERKUBURNYA KESANGSIAN TERHADAP BACAAN ALQURAN SELEPAS KEMATIAN
KITAB INI ADALAH HASIL KESUNGGUHAN PELAJAR-PELAJAR PONDOK UNTUK MENJELASKAN DALIL-DALIL YANG BENAR TENTANG KEHARUSAN AMALAN UMAT ISLAM DAN MENANGKIS FAHAMAN TABDI' GOLONGAN AL-WAHHABIYAH YANG BERPERANAN SEBAGAI AGEN PEMBIDA'AH DAN PENGTAKFIR..SEMOGA ALLAH MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA KITA DAN GENERASI YANG MENDATANG..AMEEN
ARASY BUKAN TEMPAT BAGI ALLAH TAALA
BERKATA IMAM ALI RADHIALLAHU ÁNHU : "SESUNGGUHNYA ALLAH TAALA MENJADIKAN ARASY ADALAH UNTUK MENUNJUKKAN KEKUASAANNYA BUKAN UNTUK MENGAMBILNYA (ARASY) SEBAGAI TEMPAT BAGI ZAT-NYA.Al-Farqu Bainal al-Firaq, Abu Mansur al-Baghdady, ms:333
BERKATA IMAM AT-THAHAWIY AS-SALAFIY : " MAHA SUCI (ALLAH) TAALA DARIPADA BATASAN, TINGGI KEMUNCAK, BERANGGOTA KECIL(SPT JARI-JEMARI), ANGGOTA BESAR, MEMERLUKAN ALAT PERANTARAAN, TIDAK JUGA SEKALI-KALI MELIPUTI ARAH-ARAH YANG ENAM (ATAS BAWAH, DEPAN BELAKANG, KIRI DAN JUGA KANAN)..SEBELUM ITU BELIAU MENEGASKAN " BARANGSIAPA YANG MENSIFATKAN ALLAH TAALA DENGAN HANYA SATU SIFAT DARI SIFAT-SIFAT MAKHLUK, MEKA KETAHUILAH DIA TELAH JATUH KAFIR JUA"..DI NUKILKAN DARIPADA MATAN AT-THAHAWIYAH
Daf'u Syubahi Man Syabbaha Wa Tamarrada Wa Nasaba Dzalika Ila asy-Sayyid al-Jalil al-Imam Ahmad
Pengarang kepada kitab "Kifayatul Akhyar" sebuah kitab fiqh mazhab Syafi`i yang amat masyhur adalah Imam Abu Bakar bin Muhammad bin 'Abdul Mu'min bin Hariz bin Mu`alla bin Musa bin Hariz bin Sa`id bin Dawud bin Qaasim bin 'Ali bin 'Alawi bin Naasyib bin Jawhar bin 'Ali bin Abi al-Qaasim bin Saalim bin 'Abdullah bin 'Umar bin Musa bin Yahya bin 'Ali al-Ashghar bin Muhammad at-Taqiy bin Hasan al-'Askari bin 'Ali al-'Askari bin Muhammad al-Jawaad bin 'Ali ar-Ridha bin Musa al-Kaadhzim bin Ja'far ash-Shoodiq bin Muhammad al-Baaqir bin Zainal 'Abidin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin 'Abi Tholib at-Taqiy al-Husaini al-Hishni. Beliau yang lebih dikenali sebagai Imam at-Taqiy @ Taqiyuddin al-Hishni adalah seorang ulama besar dan ahli sufi bermazhab Syafi`i serta berpegang dengan i'tiqad Imam Abul Hasan 'Ali al-Asy'ari. Seorang yang zahid dan sentiasa menyeru ke arah ma'ruf dan mencegah kemungkaran tanpa takutkan sesiapa hatta para pemerintah dan penguasa.Beliau dilahirkan dalam tahun 752H di Kota al-Hishn dalam negeri Syam kemudian berpindah ke Kota Dimasq di mana beliau meneruskan pengajiannya.. Beliau juga mempunyai karya-karya besar dan bernilai tinggi dalam berbagai lapangan. Antaranya:-Daf'u Syubahi Man Syabbaha Wa Tamarrada Wa Nasaba Dzalika Ila asy-Sayyid al-Jalil al-Imam Ahmad; Syarah Asmaullah al-Husna; At-Tafsir; Syarah Shohih Muslim (3 jilid); Syarah al-Arbain an-Nawawi; Ta'liq Ahadits al-Ihya; Syarah Tanbih (5 jilid); Kifayatul Akhyar; Syarah an-Nihayah; Talkhish al-Muhimmaat (2 jilid);Syarah al-Hidayah; Adab al-Akl wa asy-Syarab; Kitab al-Qawaa`id; Tanbihus Saalik; Qami`un Nufuus; Siyarus Saalik; Siyarush Sholihaat; Al-Asbaabul Muhlikaat; Ahwal al-Qubur; al-Mawlid. Beliau terkenal bukan sahaja kerana ketinggian ilmunya, bahkan kerana kewaliannya. Berbagai karamah telah berlaku ke atas beliau. Antaranya pernah diceritakan bahawa sewaktu para mujahidin berperang di Cyprus, maka beliau telah dilihat berjuang bersama-sama para mujahid tersebut sehingga mereka memperolehi kemenangan. Apabila para pejuang tersebut menceritakan hal tersebut kepada murid-murid beliau, maka murid-murid tersebut menyatakan bahawa beliau sentiasa bersama mereka di Dimasq dan tidak pergi ke mana-mana. Begitu juga beliau sering dijumpai berada di Makkah dan Madinah mengerjakan haji sedangkan pada masa yang sama beliau tetap berada di Dimasqh. Beberapa keramatnya telah disebut oleh Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam "Jaami` Karaamaatil Awliya`" juz 1 halaman 621- 622. Beliau wafat pada tahun 829H dan dikebumikan di Dimasq. Mudah-mudahan Allah sentiasa mencucurkan rahmatNya dan kasih-sayangNya kepada beliau yang telah menghabiskan umurnya untuk mengabdi kepadaNya serta menyebar luas ilmu agama. ..... al-Fatihah.
AL-DURARUL SANIYYAH FIR RODD ’ALAL WAHHABIYYAH
KARANGAN MUFTI AGUNG BERMAZHAB AS-SYAFIE AHMAD BIN ZAINI DAHLAN.Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan dalam kitabnya “ Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah m/s 42: “ Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik ”.Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketika mana mereka mula-mula memasuki Kota Taif. (Sila rujuk Kitab Umaro’ Al-bilaadul Haram m/s 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr).
شعر النبي صلى الله عليه وسلم
BERTABARRUK ADALAH AMALAN YANG DI GALAKKAN DALAM ISLAM DAN SUNNAH KERANA NABI SENDIRI MENGGALAKKAN KAN AMALAN TERSEBUT SEBAGAIMANA DIISYARATKAN DI DALAM HADITS BUKHARI DAN MUSLIM DARIPADA HADITS ANAS.............SILA RUJUK..
ASH-SHUHUBUL WABILAH 'ALA DHARA'IH AL-HANABILAH
Mufti Mazhab Hanbali Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy (W 1225H) telah mendedahkan perihal Muhammad Abdul Wahhab. Lalu menyatakan dalam kitabnya “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” m/s 276 : “Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdul Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”. Selain itu di sebut di dalam kitab tersebut bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya ,Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama: “Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”. ( Sebagai bukti sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad m/s 275). Demikianlah juga saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat islam agar berwaspada dengan ajaran TAKFIR yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab...
ASSHOWA'IQ AL-ILAHIYYAH FIR RODDI 'ALA AL-WAHHABIYYAH
Karangan Al-Alim Allamah AL SYEIKH Sulaiman Bin Abd Wahhab. SEJARAH RINGKAS AJARAN AL-WAHHABIYYAH : Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab 1206H yang mendorong pengikut2nya mengkafirkan Umat Islam dan menghalalkan darah mereka.YA.. Sudah pasti mereka yang lebih mengenali perihal Muhammad bin Abdul Wahhab adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri. Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada Umat Islam dizamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama'-ulama' Islam dan lebih menjurus kepada pengkafiran Umat Islam.Dengan itu, terbitlah 2 kitab karangan Syeikh Sulaiman Sendiri yang berjudul: “ Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”dan “Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab”..
PERBANDINGAN AKIDAH DAN FAHAMAN UMAT ISLAM
KARYA TULISAN ALMARHUM BEKAS MUFTI SABAH HAJI SAID HAJI IBRAHIM, KITAB INI MENGANDUNGI PERBINCANGAN TENTANG TAYYARAT (ALIRAN PEMIKIRAN) YANG TIMBUL DALAM ISLAM TERMASUKLAH SYIAH, KHAWARIJ,MUKTAZILAH DAN QADARIYAH,MURJIAH,MUJASSIMAH, AJARAN SESAT IBN TAYMIYYAH, SERTA DISUSULI PENERANGAN AKIDAH ASWJ SECARA JELAS..
DALIL DARIPADA AL-QURAN ALLAH TIDAK SEUMPAMA SEKALI-KALI DENGAN MAKHLUK
ALLAH TAALA BERFIRMAN YANG BERMAKSUD " (ALLAH) TIDAK SEKALI-KALI SAMA DENGAN MAKHLUK, DAN DIALAH YANG MAHA MENDENGAR DAN MAHA MELIHAT " SUCI ALLAH TAALA DARIPADA SIFAT MAKHLUK DARIPADA SEMUA SEGI,TIDAK BERJISIM,TIDAK MEMERLUKAN TEMPAT, TIDAK SEKALI-KALI BERANGGOTA, TIDAK MEMPUNYAI ARAH (ATAS BAWAH, KIRI KANAN, DEPAN BELAKANG MAHUPUN DI TENGAH, BUKAN DILUAR ALAM DAN BUKAN DI DALAM ALAM,TIDAK TERPISAH DENGAN SESUATU, TIDAK JUGA TERLEKAT DAN BERSENTUH PADA SUATU.. ALLAH MAHA SUCI DARIPADA SEMUA SIFAT MAKHLUK..
AL-FAJR ASH-SHODIQ FI AL-ROD 'ALA AL-MARIQ
KARANGAN SYEIKH JAMIL AFENDY SHODAQI AL-ZUHAWI, KITAB INI DI TAHQIQ OLEH SEORANG ULAMA'AZHAR,SYEIKH AHMAD SOLEH DAQMAAQ..ISI KANDUNGANNYA MENJURUS KEPADA MENOLAK AJARAN TAJSIM WAHHABIYAH DAN PENJELASAN YANG RAPI SEKITAR TAJUK TAWASSUL.
AR-ROSA-IL AS-SUBKIYYAH FI ROD 'ALA IBN TAYMIYYAH WA TILMIZIHI IBN QAWWIM AL-JAUZIYYAH
KARYA TULISAN SYEIKHUL ISLAM AL-HAFIDZ AL-FAQIH AS-SUBKIY, WAFAT PADA TAHUN 781H
ALMARHUM TUAN GURU HJ ABDUL RAHMAN BIN DERAMAN ALMAKKI (TUAN GURU PENULIS)
AlMarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Deraman al-Makki, Berketurunan Pathani, Thailand.seorang lulusan Darul Ulum, Mekah dan Universiti King Abdul Aziz, Jeddah. Bekas Guru Sekolah Agama Azhariah, Melor. Beliau pernah tinggal di Arab Saudi sejak berumur 9 tahun sehingga tamat pengajian dan kembali berkhidmat di tanah air. Kemudian buka Pondok Haji Yaacob Samba, Cherang Tuli, Pasir Puteh.
RISALATUL 'AQAID WAL FAWAID
KARYA TULISAN HJ DAUD BIN HJ OMAR AL-KELANTANY, TERKENAL DENGN PANGGILAN TOK GURU BUKIT ABAL.KITAB INI ADALAH HIMPUNAN TENTANG AKIDAH YANG SOHIH DENGAN HURAIAN RINGKAS LAGI JELAS,DI AKHIRNYA DILAMPIRKAN DENGAN DOA-DOA DAN FAEDAHNYA SERTA DI TERANGKAN TENTANG WIRID TARIQAT AHMADIYYAH..ULAMAK MELAYU TERULUNG..
AL- HAFIDZ JALALUDDIN ABDUL RAHMAN AS-SUYUTY. Dalam kitab Ini Imam Suyuti memberitahu jamhur ulama' mengatakan sampai pahala kepada si mati kecuali imam Syafie. Imam Syuyuti mengatakan ulama'-ulama' Asy-Syafi'yyah pula mentafsirkan kata-kata Imam Syafiey dengan mengatakan bahawa jika dibaca doa untuk disedekahkan pahala kepada si mati adalah sampai pahala jua..Haa..! kalu ambik ulama'-ulama' hurai senang la hok jadi payoh sebab demo guno falsafah dan palo otok sendiri..tuula..boola jadi jahil murakkab nyo..Wallahu'a'lam
شيخ داود الفطاني
KITAB AL-JAUHAR AL-SANIYYAH, KARANGAN SYEIKH DAUD ALFATHANY..ALIM BETUL..
إمام الكوثري رحمه الله
PAHLAWAN AGAMA, YANG TIDAK GENTAR..AYYUHAL MUJASSIM..TA'AAL, NU'THIKUM HADIYYAH...
Bacaan Yasin Malam Jumaat
alhamdulillah...amalan bacaan yasin dan surah-surah lain perlu diteruskan, UIAM ke arah memartabatkan ASWJ..
إرشاد الجاويين إلى سبيل علماء العاملين
Kitab ini merupakan karangan Hj Abdul Qadir Bin Haji Wan Ngah Bin Abdul Latif bin Utsman, Syeikh Maahad Islamiy Wakaf Budi Sekam Mai Pathani. Kandungan kitab amat menarik sekali dan dalil yang yang digunapakai amat amatb jipu dan tepat. Dimulai dengan galakkan mencari ilmu bertallaqqi, perihal tawassul ; dalil dan rod, pengenalan biodata Muhammad Abd Wahhab, perihal pentafsiran Istawa yang betul dan menyanggah kuat fahaman Ibn taimiyyah yang sesat..Beliau masih lagi hidup..
إبن تيمية ليس سلفياً
KITAB INI HASIL TULISAN SYEIKH MANSUR MUHAMMAD MUHAMMAD 'AWAIS.
ISYARATUL MARAM, KARYA IMAM AL-BAYADHY AL-HANAFY
KITAB ASMA' WA SIFAT, KARYA TULISAN IMAM BAIHAQI
Dapatkan segera senarai hujjah ASWJ...
I'TIQOD SEMUA ASWJ = ALLAH WUJUD TIDAK BERHAJAT KEPADA TEMPAT
Qamis
Swords-of-Prophet-Muhammad-Peace-Be-Upon-Him
Dunia Adalah Sementara, Di sana Adalah Segala-galanya
الجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا
Berhati-hatilah Meniti di Alam Musyahadah ini..ALLAH..
VIRUS BERBAHAYA
INSYAALLAH PENULIS AKAN CUBA JADIKAN BLOG INI SEBAGAI WADAH INFORMASI TENTANG PERGERAKAN VIRUS -VIRUS ( AJARAN-AJARAN YANG SELAIN DARI ASWJ), DAN BERSAMA-SAMA KITA HAPUSKAN DOKRIN-DOKRIN SESAT INI UNTUK KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT...
AHLAN WASAHLAH BIKUUM.. AL-FAQIR ILA ALLAH, Penulis pernah mendapat pendidikan secara bertallaqi beberapa kitab sofro`(kuning) di Pondok-pondok terutama POndok Samba,dan di beberapa rumah tuan-tuan guru Pondok di Bumi Serambi Mekah.Antara guru-guru penulis ;Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Deraman al-Makki,Pondok Sambal,Tuan guru Pok Cik Din Kulim,Tuan Guru Muhammad Osman,Tuan Guru Syeikh 'umar, Tuan Guru Baba Hamid Gunung dll..Penulis adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Arab As-Saniah,Pasir Puteh,KELANTAN.
No comments:
Post a Comment