Monday, July 28, 2008

MUFTI MELAKA ; AMALAN TALQIN ADALAH AMALAN BAIK DAN TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARAK




Pengirim : YUSMAN B. YUSOFF (use@cari.net.my)
Alamat : Johor
Tarikh : 26-11-2001
Kategori : KEMASYARAKATAN
Tajuk :Persoalan tahlil & budaya/adat yg bukan Islam


Soalan :


Assalamu'alaikum wrt.Yg Berbahagia Dato' MuftiSoalan saya :1) Tidak ada Nas yg mengatakan Majlis Tahlil perlu @ wajib diadakan apabila berlakunya sesuatu kematian. Oleh itu adakah sampai kpd si mati tahlil yg dibuat untuknya?2) Mengapakah amat sukar untuk menghapuskan sesuatu budaya/adat yg bukan Islam tetapi dianggap Islam seperti bersanding dalam perkahwinan?


Jawapan :


Assalamualaikum Warahmatullah. Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam.

1. Mentalkinkan orang yang sudah mati dan telah dikuburkan adalah sunat dan diberi pahala kepada orang yang mengerjakannya dan berfeadah kepada mayat yang ditalkinkan itu. Ini berdasarkan kepada beberapa nash (fatwa yang nyata) dalam kitab-kitab fekah dalam Mazahab Shafie. Sunat mentalkinkan orang mati yang dewasa walaupun orang yang mati syahid sesudah dikuburkan kerana firman Tuhan di dalam Quran yang ertinya: "Dan ingatkanlah kerana peringatan itu memberi manfa'at bagi orang mukmin". Orang yang patut diberi peringatan ialah orang yang dalam keadaan serupa itu (orang yang akan menghadapi soal Mungkar dan Nakir)

2. Bersanding dalam perkahwinan itu adalah adat yang tiada dalam ajaran Islam. Ia adalah budaya yang dicipta orang. Islam tidak menyetujui sebarang adat / budaya yang bertentangan dengan hukum syara'. Adat / budaya sememang sukar dihapuskan kerana telah mendarah daging. Adat ini boleh ditiadakan bergantung pada kesedaran dan pendirian agama seseorang. Bagaimanapun adat ini boleh diperbaiki agar selaras dengan kehendak Islam contohnya menutup aurat dan dilakukan di tempat tertutup dan hanya untuk kerabat terdekat sahaja Wallahu a'lam.

Tarikh kemaskini
29-11-2001


RUJUKAN ;

No comments: