Tuesday, June 3, 2008

MUTAMAHDITS AL-ALBAANY MENGAKUI BELIAU BUKAN MUHADDITS


بسم الله الرحمن الرحيم



الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد



Di sediakan oleh :

Abu Lehyah al-Kelantany

(0133005046)



AL-AlBAANY BUKAN MUHADDITS MAHUPUN BERGELAR HAFIZ


Siapakah itu hafidz dalam bidang hafidh? Al-hafiz ialah seorang yang ahli dalam mensohihkan dan mendaifkan hadits-hadits dan disyaratkan disana As-Sima’ (dengar) daripada riwayat-riwayat para perawi al- Huffaz sehinggalah beliau sendiri dapat meriyawatkannya kembali. Begitu juga disyaratkan hendaklah beliau seorang yang dhabt as-sadr ( Ingatan yang kuat dan mendalam lagi teliti) iaitu beliau menghafal beratus-ratus ribu hadits-hadits beserta sanad yang bersambung sampai kepada Rasulullah sollallahu ‘alaihiwasalllam di samping menghafal nama-nama para perawi dan ahwalnya ( keadaannya ), tambahan daripada itu beliau tidak lupa menghafal Matan-matan pelbagai ilmu dan kitab-kitab dan matan Lughah (bahasa) dan dan cara-cara dan sebagainya sehingga jadilah beliau eorang yang ahli dalam bidang ini dan boleh mensohihkan dan mendhaifkan hadits-hadits. Perkara yang penulis sebut tadi banyak telah dinyatakan oleh ulama’-ulama’ hadits di dalam kitab mereka. Dan agaknya amat memadailah sekiranya penulis menegaskan hal ini sebagaimana kata-kata Imam Al-hafiz As-Suyuty dalam Alfiyahnya :



وخذ حيث حافظ عليه نص * أو من مصنف بجمعه يخص



BERLAJAR SECARA BERTALAQQI



Sehubungan dengan itu ilmu agama tidaklah boleh diambil dengan hanya menthola’ah (baca) kitab-kitab sahaja tanpa berteraskan konsep talaqqi daripada orang yang ahli iaitu ahlul ma’rifah dan thiqah (boleh dipercayai dan amanah kepada ilmu yang diajarinya). Ini adalah kerana berkemungkinan besar kitab-kitab tadi terdapat unsur-unsur tokok tambah dan penipuan terhadap agama (ini biasa dilakukan oleh orang yang orientalis dan wahhabi khususnya percetakan al-Saudiyah) ataupun kitab-kitab yang cuba dibaca tanpa berguru tadi dibimbangi boleh difahami padanya sesuatu yang bercanggah dengan apa yang sebenar yang dipegang oleh ulama’-ulama’ salaf dan khalaf, yang mana mereka ulama’-ulama’ tadi dari sudut mengamalkan tradisi talaqqi dengan memindahkan maklumat dari satu generasi kepada generasi yang lain.Inilah proses pembelajaran mereka yang berkesan dan mampu mengeluarkan ramai alim ulama’. Dalam isu ini Al- Hafiz Abu Baker Al-khatib Al-Baghdady berkata :



لا يـأحذ العلم إلا من أفواه العلماء


BERMAKSUD "Janganlah sekali-kali engkau menuntut ilmu melainkan dengan menuntut daripada apa yang keluar daripada bibir ulama' (berlajar bertalaqqi)".


sesetengah ulama salaf memberi peringatan :


الذين يأدخذ الحديث من الكتب يسمى صحفياً والذي يأخذ القرآن من المصحف يسمى مصحفياً ولا يسمى قارئاً


Sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Khatib Baghdady dalam kitabnya " al-Faqih wal Mutaffaqquh".


Nabi kita Musthafa Muhammad Sollallahu 'alaihi Wa Sallam bersabda :


من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين


" Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan, nescaya diberi dia akan Ilmu pengetahuan Agama". hadits riwayat Imam Al-Bukhary. dalam sesetengah riwayat yang lain ada sedikit penambahan sabda nabi sollallahu 'alaihi wasallam :


إن العلم بالتعلم والفقه بالتفقه

bermaksud : " sesungguhnya Ilmu pengetahuan hendaklah dituntut dengan cara pembelajaran bertallaqi dan Ilmu fikah itu dituntut dengan cara pemahaman ". hadits riwayat Thabrany.

Dan diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sohihnya daripada Ibn Sirin Bahawa baginda bersabda :

إن هذاالعلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم


bermaksud : " Sesungguhnya ilmu ini adalah ilmu agama maka hendaklah engkau meneliti daripada engkau menuntut/ mengaambil ilmu agama tersebut"

Bagi yang mengenali Al-AlBaany atau pernah membaca hasil tulisan-tulisannya akan pasti mendapati dalil yang jelas menunjukkan bahawa beliau beliau bukanlah seorang yang ahli dalam ilmu hadits atau ilmu selainnya hadits. Beliau beliau pernah menyebut di dalam kitabnya sesetengah hadits yang dihukumkan sohih kemudian pada tulisan yang lain beliau sendiri mendaifkannya. Kekantoian Albaani ni bolehla disifatkan sebagai seorang Mutanaqidh Mujassim. Konon-kononnya beliau ingin mensohihkan dan mendaifkan hadits dan ingin menunjukkan kealiman beliau tetapi berakhir dengan kedangkalan dan kebodohannya. Ini bertambah teruk bila Albaany menyerang Imam Bukhary dan Imam Muslim, dan banyak menyanggah ulama'-ulama' aa-'immah yang besar-besar. Sedangkan Al-albaany mengakui status dirinya dengan pengiktirafannya sendiri di dalam beberapa majlis bahawa beliau bukanlah seorang Hafidz ataupun Muhaddits. Perkara ini dibuktikan apabila ianya disebut oleh seorang peguam lelaki bahawa beliau pernah bertanyakan Al-Albaany :


Peguam : Adakah boleh engkau riwayatkan kepadaku 10 hadits yang bersambung-sambung sanadnya kepada Rasulullah?

Al-albaany menjawab :



أنا لست محدث حفظ بل محدث الكتاب


" aku bukanlah Muhadith yang menghafal hadits tapi aku adalah muhaddits kitab "

Peguam : Kalau begitu saya pun boleh jadi muhaddits Kitab!!

Terdiam Albaany daripada jawapan peguam tersebut.

NASIHAT PENULIS BAGI MEREKA YANG TEKUN MEMBACA BUKU AL-ALBAANY HENDAKLAH KALIAN KETAHUI AL-ALBAANY HAL KEADAAN SEBENARNYA BUKANLAH SEORANG MUHADDITS, MENSOHIHKAN DAN MENDHAIFKAN HADITS DAN JUGA MERIWAYATKAN HADITS. ELOKLAH KITA KEMBALI KEPADA PARA HUFFAZ YANG SEBENAR SEPERTI IMAM BUKHARY, IMAM MUSLIM,IMAM ABU DAUD,IMAM NASA'I, SYIEKHUL HUFFAZ IMAM AHMAD, IMAM IROQI, IMAM AL-HAKIM, tHARANY, HAFIZ ALSUBKI, HAFIDZ MURTADHA AZZABIDY,HAFIDZ ALGHUMMARY, DAN BERLAMBAK LAGI. TINGGALKAN YANG JAHIL MASYHUR YANG MEMBAWA POLEMIK DALAM MASYARAKAT SETERUSNYA MEROSAKKAN KEJITUAN AKIDAH UMAT ISLAM, BERPEGANGLAH DENGAN IMAM-IMAM HUFFAZ YANG MU'TABAR.. INSYAALAH..WALHAMDULILLAH..

Disediakan oleh
Abu Lehyah Al-Kelantany
(0133005046)














No comments: