Tuesday, June 3, 2008

KAJIAN ILMIYAH : AL-ALBAANY BUKAN MUHADDITS TAPI MUTAMAHDITH


DISEDIAKAN OLEH :
ABU-LEHYAH AL-KELANTANY
0133005046


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


KAJIAN RINKAS : AL-BAANY MENINGGAL DUNIA TANPA TARAJU’ (KEMBALI) DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN DAN KEGANJILANNYA DALAM BERFATWA.


Perbincangan penulis sekitar noktah-noktah berikut ;



  • Marilah Mengenali Al-Albaany

  • Albany Bukan Muhadith Dan Bukan Juga Hafidz

  • Sekapur Sirih Tentang Fatwa-Fatwa Albani Yang Bercanggah Dan Ganjil Dari Mejority Umat Islam

  • Albany Mengkafirkan Imam Bukhary

  • Al-baany Mengatakan Rasulullah Sollallahu `Alaihi Wassallam Sesat

  • Sejumlah Daripada Kesesatan-Kesesatannya Dan Fatwa-Fatwanya Yang Shaz (pelik).

  • Pengajaran Buat Rakyat Palestin Dari Fatwa Al-Albaany ( Beliau mngkafirkan rakyat Palestin)
  • Al-Albaany Membesar Dalam Hizb Ikhwan Kemudian Beliau Mengkafirkan Pemimpinnya.

  • Beberapa Ulama’-ulama’ Yang Mengarang Untuk Membantah Dan Membonkarkan Kesesatannya Serta Keburukannya.

Semenjak beberapa tahun yang lalu meninggal seorang al-Mad’u Muhammad Naasir al-Din Al-Albaany, seorang yang mempunyai kemasyhuran dan terkenal dengan sikap pelampau dan mempunyai keganjilan-keganjilan dalam pemikiran. Kitab-kitab hasil karya beliau tersebar di timur dan barat dan penuh dengan fatwa-fatwa yang tidak berharga. Dan penulis pula atas dasar terpanggil dengan seruan Amar Ma’ruf wan Nahy “An al-Munkar bangkit mentahzir Naasir al-Din Al-Albaany seqadar memenuhi tuntutan firman Allah taala ;

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر


Yang bermaksud :“ Hendaklah ada dikalangan kamu satu umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada perkara-perkara yang ma’ruf dan mencegah daripada perkara-perkara kemunkaran “.(surah Al-Imran ayat ;104 ).

Nasihat adalah suatu perkara perlu dan penting untuk membongkarkan keadaan sebenar orang yang menipu umat Islam contohnya perkara-perkara yang melibatkan makan minum, jual beli, pakaian lebih-lebih lagi diaulakan dalam masalah orang yang melakukan penipuan kepada orang-orang Islam ( 10kali mesti ditahzir) dengan menyebarkan aqidah-aqidah yang fasidah (rosak). Oleh kerana itu Nabi kita Musthafa bersabda ;


الدين النصيحة


Yang bermaksud ; “agama itu adalah memberi nasihat”. Penulis amat berpegang dengan kata-kata seorang ulama’ sufi, Al Imam al ‘Alim ash Shufi Abu ‘Ali ad-Daqqaq : Semoga Allah meredhainya- yang maknanya:


"Orang yang diam dan tidak menjelaskan kebenaran adalah syaitan yang bisu”

(Diriwayatkan oleh Abu al Qasim al Qusyayri dalam Ar-Risalah al Qusyairiyyah). Tujuan penulis menulis tentang al-AlBaani adalah tidak lain dan tidak bukan mentahzir beliau yang telah meninggal dunia tanpa merujuk kembali dari kesesatann-kesesatannya. Sekiranya beliau kembali dari kesalahan-kesalahannya dan telah bertaubat daripada perkara tersebut nescaya tidaklah berkepentingan penulis bangkit menentang dan membantah beliau. Sejak dari beliau menulis sehinggalah beliau meninggal dunia pada 2hb Oktober 1999 yang lalu, kami (ASWJ) tidak mendapati beliau mengakui kesalahannya ini. Bahkan apa teruk para pengikutnya terus menyuburkan sifat fanatik dan taasub mereka kepada Al-Albaany termasuklah Mufti Perlis yang mencari populariti, Mohamad Asri Zainul Abidin.

Apa yang telah ditulis oleh al-Albaany dalam karya tulisannya bukanlah suatu yang senang untuk diterima oleh Ahlus- sunnah wal- Jama’ah dan tidak boleh berdiam diri daripadanya. Bagaimana hendak mendiamkan diri sekiranya berhadapan dengan orang berani mensohihkan dan mendhaifkan Hadits berdasarkan akal kepala sendiri dan membawa sanad-sanad hadits yang lintang pukang serta bercampur aduk. Padahal beliau bukanlah ahli dalam bidang ini(hadits). Apa yang beliau mahukan sepanjang fatwa-fatwanya ialah menanam bibit-bibit fitnah dan perpecahan, menyebarkan serangan yang berbau dengki,perbalahan dan kebencian di antara masyarakat Islam.

Dan selepas terang dan nyata hal beliau ini, kuncu-cuncunya (pengikut setia) dan seumpamanya yang takliq buta kepadanya tetap menobatkan beliau sebagai“Nasirul Sunnah“ (penolong sunnah) dan `Sisa-sisa berbaki Salafussoleh` dan `Muhaddits al-dunia` dan pada hal yang sebenarnya beliau bukanlah sebegitu rupa bahkan sebaliknya iaitu Nasirul bida’ah, yang dulunya seorang yang beriya-riya menghapuskan perkara-perkara bida’ah. Tetapi beliau sendiri yang melakukannya. Kalaulah beliau bukan sebagaimana penulis katakan, beliau tidak akan sekali-kali mengarang tulisan untuk mengharamkan bermusafir untuk menziarahi kubur Musthafa Muhammad sollallahu ‚alaihi wasallam,dan beliau tidak akan menisbahkan kepada Allah mempunyai arah dan bertempat dan mengisytiharkan perang kepada ahlul Haq (ASWJ) dan hadits serta mereka yang berpegang teguh dengan hadits nabi sollallahu `alaihi wasallam.

MARILAH MENGENALI AL-ALBAANY



Beliau sebenar ialah Nasir Al-Din Al-Albaany, beliau pada permulaan halnya suka beriktikaf di sebuah bilik di al-Maktabah Al-Dzohiriyyah (perpustakaan) yang terletak di Damsiq. Beliau amat tekun membuat pembacaan di dalamnya dan bermuthala’ah kitab-kitab yang ada di perpustakaan tersebut. Lalulah Allah gelapkan hatinya daripada kebenaran dan lantas merasai dirinya adalah seorang yang Alim dan antara ahli Ilmu. Rentetan dari itu beliau berani memberi fatwa-fatwa dengan cara mensohihkan dan mendhaifkan hadits-hadits dengan apa yang bertepatan dengan hawa nafsunya dan juga menghujum (mencekam keras) ke atas ulama’-ulama’ yang mu’tabar. Sehingga kitab-kitab seperti sohih bukhari dan sohih muslim pun tidak selamat darinya. Maka terbitlah karangan beliau seperti Sohih a'la sohih al-Bukhari. Maka memadailah bagi penulis menyebut bahawa Al-Albany telah termakan kata-katanya sendiri yang mana beliau mensifatkan dirinya adalah seorang pembaiki jam dan mempunyai hobi membaca buku tanpa bertalaqqi ilmu daripada ahli Ilmu, begitu juga beliau mengiktiraf beliau tidak mempunyai sanad yang muktabar dalam bidang Hadits.


Albaany menyangkakan beliau adalah seorang muhaddits padahal beliau tidak pernah pun menghafal satu pun hadith secara bersanan-sanad yang sampai kepada Rasulullah sollallahu ‘alaihiwasalllam.

BERSAMBUNG...



Disediakan oleh :

ABU LEHYAH AL-KELANTANY

0133005046

No comments: