Tuesday, June 3, 2008

FATWA SESAT AL-ALBAANY



Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah al-Kelantany
(0133005046)




بيان الحق وكشف أهل الضلال


الحمد لله الرحيم الرحمن
المنـزه عن الشبيه والمثيل والزوجة والولد والإخوان، الموجود بلا جهة ولا مكان، المنـزه عن كل ما لا يليق به من الصفات والنعوت، والملك القهار ذي الجلال والجبروت، وأفضل الصلاة وأتم السلام على سيدنا محمد خير الأنام، وخاتم أنبياء الإسلام، وعلى ءاله الطاهرين، وصحبه الغر الميامين، ومن اتبع منهاجهم واقتفى أثرهم إلى يوم الدين.ـ
"قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "حتى متى ترعون عن ذكر الظالم اذكروه بما فيه حتى يحذره الناس



SEKAPUR SIRIH TENTANG FATWA-FATWA AL-ALBAANY YANG BERCANGGAH DENGAN SYARIAT ISLAM DAN GANJIL DARIPADA JAMHUR MUSLIMIN.

Fatwa-fatwa Al-Albaany bercanggah dengan Islam jika hendak dihitung satu persatu tidak terkira banyaknya tetapi seqodar untuk diterangkan dalam artikel ini memadai Ambo sebut secara ringkas untuk di ketahui jua hal keadaan sebenar beliau tanpa banyak pendetailan.


DALAM PERMASALAHAN AKIDAH :

Mohamad Nasaruddin Al-Albaany menyerupakan Allah dengan makhluk dan mensifatkan Allah sebagai duduk bersemayam di atas arasyh dengan zatnya.


Pernah juga beliau mengatakan ;


إن الله يحيط بالعالم من جميع الجهات كما أن الحقة تحيط في ضمنها


" Allah meliputi segala alam ini daripada segala arah seperti lapisan selaput biji tamar memeliputi di sekelilingnya" . Ini tidak pernah disebut oleh seorang pun sebelum ini sma ada salaf ataupun khalaf hatta Ibn Taymiyyah al-Harrany sendiri pun tak sebut. BIDA'AH INI LAH PERLU KITA TAHZIRKAN KERANA IA MEROSAKKAN MASYARAKAT AWAM, BIDA'AH DALAM PERMASA'ALAHAN I'TIQODIYAH SUATU YANG TIADA KEMAAFAN. Perkara ini disebut di dalam kitabnya yang diberi nama "SOHIH TARGHB WAL TARHIB". Lihat jilid yang pertama m/s 116. Perlu diketahui bahawa Umat Islam bersepakat mengkafirkan mereka yang berkata-kata demikian kerana Allah taala tidak boleh sama sekali menyerupai makhluk.



Memadailah untuk menolak pandangan Al-Albaany, Al-Quran dengan tegas menangkis pandangan AL-Albaany dengan berfirman :




ليس كمثله شيء




bermaksud " Allah tidak sekali-kali sama dengan Makhluk "



FATWA-FATWA PELIK :


  1. Antara fatwa-fatwa pelik beliau adalah sebagaimana yang disebut di dalam kitabnya yang diberi nama ( Mukhtasor Al-'uluw ) m/s 7, 156, 258. Beliau mengatakan bahawa Allah bercakap cakap dengan suara dan huruf Allah. Marilah berlindung dengan Allah taala daripada penipuan Al- Albaany yang besar ini.Kata-kata Albaany tidak lain dan tidak bukan melainkan menjurus kepada mentashbihkan Allah dengan segala makhluk. Kitab- kitab beliau masih lagi berlegar legar di pasaran, di jual di kedai-kedai, di letak di perpustakaan, padahal apa yang termaktub di dalamnya adalah pembohongan dan penipuan yang nyata, lebih teruk lagi beliau menisbahkan akidah kufur ini kepada Ahlul hadits dan Sunnah. Hal Al-Albaany ini samalah dengan imam sesatnya Al-Harrany yang menjadi Idola dan menjadi pujaan hatinya.

  2. Al-Albaany melontarkan finah kepada ulama'-ulama' salaf dan ulamak sunnah sebagai Zindiq. Ini adalah kerana mereka telah mentakwilkan beberapa ayat mutasyabihat daripada ayat al-quran dan juga hadits. Lalu beliau mengatakan ; " (kami beri'qtiqod dan mempercayai bahawa ramai ulama' yang mentakwil bukan zindiq ) tetapi ketahuilah pada hakikatnya mereka berkata dengan perkataan orang-orang zindiq jua" tamat nukilan penulis daripada kata-kata Al-AlBaany.


  3. Beliau juga mengatakan Takwil itulah Taatil (Takwil itu adalah menafikan sifat Allah itu sendiri).Ini disebut dalam kitabnya (( FATAWA AL-ALBAANY)) mls 522 dan juga 523. Adapun perkara ini juda terdapat dalam kitbnya yang lain " Mukhtasor Al-'Uluw" m/s 23.

Bersambung....


di Sediakan oleh


Abu lehyah Al Kelantany


0133005046







No comments: