Tuesday, June 24, 2008

Dr Hersi Memperkenalkan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary





Siapakah Dia Syiekh Muhaddits Abdullah Al-Harary Al-Habashi?

AL- Harary ( As-Syeikh Muhaddits Abdullah Al-Harary Al-Habasyi)
Mujaddid Manhaj Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah
Tulisan Dr. Hersi Muhammad Hailulah
Pensyarah di Kuliah Dakwah Pejabat Islam
Universiti Sains Islam Malaysia

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Bermulanya zaman moden di dunia islam ini dengan kejatuhan Daulah Kilafah dan peperangan penjajahan eropah di Negara-negara Islam. Hasil daripada perkara itu menatijahkan kepada penubuhan kumpulan-kumpulan yang mereka-rekakan perkara-perkara bid’aah dalam agama. Lalu keluarlah golongan Al-Wahhabiyah di Kepulauan Arab, Kumpulan Hizb Ikhwan di Mesir, Hizb Tahrir yang bertapak di Palestin, golongan Qaadiyaniyah di Negara Hindi, Baha-iyyah di Negara Iran, dan selainnya di beberapa tempat lain daripada Negara-negara-Islam.
Golongan al-Wahhabiyah merupakan puak yang agak lama dari puak-puak sesat yang lain dari segi penubuhan. Lalu ulamak-ulamak Ahlus Sunnah Wal-Jamaah bangkit membantah dan menentang mereka untuk menghalang kemaraan mereka.

Antara kitab-kitab yang paling terkenal untuk mencapai matlamat ini (dalam menentang golongan wahhabi ini) ialah :

1. Kitab “Fitnah Al-Wahhabiyyah” karangan Mufti As-Sayyid Ahmad Zainiy Dahlan. Ia (kitab ini) merupakan sebahagian daripada bahagian kedua daripada “Kitab Al-Futuhaat Al-Islamiyyah”. Bahagian ini dicetak di Negara Turki pada Tahun 1975. Kemudian dicetak kali kedua di tempat percetakan yang sama pada tahun 1982. Ia merupakan suatu risalah yang membicarakan tentang sejarah pergerakan golongan Wahhabiyah dan peperangan yang mereka tempuhi dan setengah pandangan-pandangan pemilik kepada seruan ini (Muhammad bin Abd Wahhab) di dalam isu permasalahan tauhid. Kitab ini merupakan satu-satunya kitab yang dikira sebagai rujukan terpenting yang pernah ditulis dalam menentang golongan al-Wahhabiyah.

2. Kitab “An-Nuqul Asy-Syar’iyyah Fi roddi ‘Ala al-wahhabiyyah” Karangan Musthofa Bin Ahmad bin Hasan Asy-Sathi al-Hanbaly. Pengarang kitab membincangkan di dalamnya tentang permasalahan Ijtihad, syirik dan bahagian-bahagian kedua-dua bab ini, kehidupan para nabi dan para syuhadak di dalam qubur-qubur mereka, permasalahan berkaitan tawassul dan selainnya.

3. Kitab “Al-Minhah al-Wahhabiyah Fi roddi ‘Ala al-wahhabiyyah” karangan Dawuud bin Sulaiman Al-Baghdady. Kitab ini dicetak pada di Turki, cetakan ketiga dicetak pada tahun 1974. Pengarang kitab ini menjelaskan di dalam risalahnya tentang sabitnya pendengaran bagi orang-orang yang telah mati dan kehidupan mereka selepas kewafatan/ kematian, dan adakah bagi mereka pengurusan dalam sesetengah perkara atau pun tidak.

4. Antaranya lagi, kitab “ As-Showa’iq Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Al-Wahhabiyah” karangan Syeikh Sulaiman Bin Abdul Wahhab An- Najdy ( saudara kandung Muhammad Bin Abdul Wahhab-Pengasas kepada ajaran sesat wahhabi). Ini merupakan kitab terawal yang ditulis untuk menentang golongan al-wahhabiyah. Kitab ini dikarang ketika Muhammad Abdul Wahhab masih hidup lagi. (Muhammad Abdul Wahhab) sendiri pernah menentang (kitab ini) di dalam beberapa risalah-risalahnya tentang apa telah dipertikaikan tentangnya di dalam kitab tersebut. Kitab (As-Showa’iq Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Al-Wahhabiyah ) ini di cetak pada pertama kalinya di Iraq pada tahun 1306H/ 1888m. Antara permasalahan penting yang dibincangkan oleh penulis ialah masalah mengkafirkan orang Islam (golongan Wahhabi adalah orangnya).

5. Kitab “ Fajr Al-Shodiq Fir Roddi ‘Ala Munkiry At-Tawassul Wal-Karamat Wal Khawariq karangan Jamil Affandy Sodafi Zuhawi W 1936. Beliau merupakan penduduk Iraq yang berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan Kilafah Al-Utsmaniyyah. Kitab ini ditulis dalam bentuk yang kecil sebanyak 76 muka surat. Kitab ini kemudiannya disebarkan di mesir dengan menggunakan cetakan Al-Waa-i’dz pada tahun 1323H, kemudian selepasnya diterbitkan pula dengan beberapa cetakan lain, antaranya cetakan Maktabah al-Haqiqah di Turki pada tahun 1976. Pengarang kitab ini membincangkan pada permulaan kitabnya tentang sumbangan-sumbangan Kerajaan Utsmaniyyah dan khidmatnya kepada dunia Islam. Kemudian berpindah topik kepada mengkritik keras pergerakan Al-Wahhabiyyah yang keluar daripada Khilafah Islamiyah. Penulis banyak membincangkan permasalahan-permasalahan yang banyak menjadi tajuk perdebatan, sebagai contoh permasalahan Tajsim, Ijma’, Qias dan sebagainya.

6. Kitab “ Dhiya-ul Shudur Li Munkiry Al-Tawassuli Bi Ahlil Qubur”karangan Zohir Syah Miyan Ibn ‘Abdul ‘Adzhim. Penulis membahaskan tentang permasalan-permasalahn tauhid dan syirik, tajsim dan ijtihad, dan sebagainya. Kemudian didatangkan pandangan-pandangan ulamak-ulamak yang empat mazhab untuk mengisbatkan keharusan bertawassul dengan para nabi dan ulamak-ulamak yang soleh.

7. Kitab “At-Tawassul Bi Al-Nabiy Wa Bi As-Sholihin” karangan Abu Hamid Marzuki ( nama sebenar beliau ialah Syeikh Muhammad Al-‘arabi At-Tabbany Al-Maliky W 1390H). Kitab ini dicetakkan di Turki pada tahun 1990. Kitab ini terdiri daripada dua bahagian, bahagian pertama bertajuk “ At-TAwassul Wajahlatul Wahhabiyyiin”. Pengarang menulis bahagian ini ketika mana beliau berada di Dimasq (Syiria) sebagaimana yang diberitahu oleh penerbit. Bahagian pertama ini adalah bahagian utama pada kitab tersebut yang mana mencecah sampai 304 muka surat. Diperbincangkan di dalamnya pandangan-pandangan Ibn Taimiyah al-Harrany dan Muhammad Abdul Wahhab dalam perkara Tauhid, sifat-sifat bagi Allah taala, tawassul dan sebagainya. Perbincangan yang dibawa dalam bahagian ini adalah sangat bagus. Adapun bahagian kedua, dimulakan daripada muka surat 305 sampai ke muka surat 336 dan ini adalah bahagian terakhir kitab yang diperbincangkan di dalamnya permasalahan tawassul dan dimantapkan dengan pendangan-pandangan ulamak-ulamak.

8. Kitab “ Al-basho-ir Li Munkiry At-Tawassul Bi Ahlil Maqobir” karangan Sayyid Hamidallah Al-Daajawi. Kitab ini diterbitkan di Turki pada tahun 1989. Pengarang kitab ini adalah berbangsa Pakistan. Kitabnya ini merupakan suatu penentangan kepada Syeikh Mulla Thahir yang merupakan salah seorang daripada golongan wahhabi di Pakistan. Beliau (Mulla Thahir) telah menulis sebuah kitab yang berjudul “ Al-Basho-ir lil Mutawassilin bil maqobir”. Adapun pengarang kitab ‘Al-Basho-ir Li munkiry At-Tawassul” merupakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan dibukakan Allah ilmu pengetahuan. Dan ini jelas terpapar daripada kitabnya bahawa beliau adalah seorang yang mempunyai akal yang panjang dalam perdebatan dan perbincangan yang dibawanya boleh diterima pakai serta membawa beberapa faedah yang amat banyak bagi mereka yang ingin mengetahui cara-cara membantah dan menentang golongan Al-Wahhabiyah. Antara perkara yang diperbincangkan oleh penulis ialah Kehidupan selepas kematian, pandangan-pandangan Ibn Taimiyah dalam masalah tawassul, permasalahan-permasalahan iman, kufur, bida’ah, dan sebagainya. Beliau mengira Muhammad bin Abdul Wahhab Adalah seorang daripada golongan Khawarij. Selesai penulisan kitabnya itu pada tahun 1925.

Akan tetapi usaha ulamak-ulamak yang bertungkus lumus untuk menentang bid’aah golongan Wahhabiyah, tetap juaga ideologi-ideologi golongan wahhabiyah ini tersebar kerana beberapa sebab, Antaranya :

1. Perjanjian mereka yang dimeterai dengan Penjajah Britain untuk melawan Islam sebagaimana yang dibuat oleh golongan Qadiyaniyah di Hindi.

2. Perjanjian mereka dengan Keluarga Pemerintah di Saudi Arabia yang mewajibkan bida’ah mereka ke atas umat Islam di teluk Arab itu.

3. Tempat mereka merupakan strategi yang baik kepada dunia Islam yang menganggap negara contoh yang suci murni yang mana mereka menjemput bermilion-milion umat Islam pada setiap tahun dengan tujuan menunaikan kefarduan haji. (kalau mana-mana yang menentang wahhabi..tak bagi pergi haji..apa barang!!)

4. Berselindung sebagai pusat pengajian di Negara-negara islam disebabkan kelemahan khilafah dan peperangan Barat yang mana memberi peluang kepada mereka untuk menyebarkan bida’ah-bida’ah mereka.

Oleh kerana sebab-sebab ini dan sebab-sebab yang lainnya golongan Al-Wahhabiyah mampu menyebarkan propaganda-peropaganda yang merosakkan masyarakat Islam. Al-Wahhabiyah telah menjadikan masyarakat Islam terutamanya bagi mereka yang tidak mempelajari Islam atas manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal-jamaah mudah tertipu dan terpedaya. Maka antara yang telah terpedaya dan tertipu dengan pembawakan bid’aah-bida’ah mereka ialah Al-Maududy, Mas’uud An-Nadwi, Al-Syahsuwany yang terdiri daripada kalangan masyarakat Hindi. Mereka tidak mengenali Islam berdasarkan cara dan metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bahkan ada yang tidak mempelajari ilmu-ilmu syarak sejak asal lagi seperti Al-Maududy.

Kesan pengaruh bid’aah baru (golongan wahhabi) ini kemudiannya merebak ke Mesir, Rashid Redha, Sayyid Qutb, Abd Al-Qadir ‘Audah, Muhammad Qutb, Sayyid Sabiq, dan selain mereka. Dan di bumi Syam Sa’id Hawa , Al-Albaany, An-Nabhany dan sebagainya. Adapun di Iroq, mereka merupakan antara penduduk yang paling sedikit menyahut ajakan seruan bida’ah golongan Al-Wahhabiyah, tiada yang banyak terpengaruh melainkan al-Alusi.

Kemudian golongan al-wahhabiyah mula menghancurkan syiar-syiar manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syarak selepas penguasaan mereka ke atas bumi Hijaz pada tahun 1920. Lalu mereka menggelar diri mereka sendiri sebagai “Salafiyah” bertujuan untuk menyembunyikan hakikat sebenar diri mereka. Bermula daripada itu, mereka mulalah mencabar ulamak-ulamak Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah dengan cara menyebarkan tulisan-tulisan yang telah ditahzirkan oleh ulamak-ulamak ASWJ membacanya. Ini adalah kerana kitab-kitab mereka (wahhabi) mengandungi perkara-perkara syirik dan perkara-perkara bida’ah baru yang direka-reka dan mengandungi pandangan-pandangan yang bercanggah dengan akal dan naqal ( Al-Quran dan As-Sunnah) seperti kitab Ibn Taymiyyah dan anak muridnya ibn Qayyim Al-jauziyyah, Ibn Katsir dan selainnya dari kalangan golongan Musyabbihah dan Mujassimah.

Al-Marhum Al-Syeikh Musthofa ‘Abd Raazaq, merupakan Syeikhul Azhar ketika itu memperingatkan umat Islam bahawa gerakan ilmu akidah pada masa moden ini bermula dengan perlumbaan di antara pejuang golongan al-wahhabiyah dan pejuang ahlus-sunnah Wal-Jamaah, beliau menegaskan demikian daripada itu :” Adapun pembangunan terkini bagi ilmu kalam berdiri di atas landasan perlumbaan di antara pemikiran Abu Hasan Al-Asy’ary dan pemikiran Ibn Taymiyah Al-Harrany (al-Mujassim). Sesungguhnya kita benar-benar melihat wujud perlumbaan dalam menyebarkan kitab-kitab Al’Asy’ary dan kitab Ibn Taymiyah dan muridnya Ibn Qayyim Al-jauziyah, lalu pemikiran kedua ini menamakan diri mereka sendiri (perasan la pulak!!) sebagai “salafiyah”(‘ala za’mihim), moga-moga kemenangan di Negara-negara Islam kekal terpelihara berpihak kepada pemikiran Asy’ary sampai ke hari ini".

Aku mengatakan sesungguhnya perkembangan keburukan bid’aah golongan Al-wahhabiyah adalah sehingga memberi kesan dan pengaruh kepada ulamak ASWJ. Begitu juga pemikiran-pemikiran mereka sampai kepada ulamak-ulamak Syiah, sehinggakan lahir pada zaman moden ini Ulamak-ulamak ASWJ dan ulamak-ulamak Syiah ada yang membahagikan tauhid kepada 3 bahagian; Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyah, Tauhid Asma’ Was-Sifat. Ini adalah kesan terpengaruh dengan pemikiran Ibn Taymiyah Al-Harrany yang rosak dalam perkara tauhid yang mana ini merupakan hasil porak peranda golongan Al-wahhabiyah dan sebaran yang mereka jalankan.

Maka tatkala Al-‘Allamah Al-Harary berehlah ke Negara Hijaz , beliau berhubung dengan ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah di dua buah Bandar yang suci. Beliau melihat sendiri bahayanya gerakan bida’ah golongan Al-Wahhabiyah ke atas masyarakat Islam di tempat tersebut. Berkemungkinan besar ini adalah salah satu sebab kenapa beliau menentang golongan ini dengan menyebarkan ‘Aqidah Sunniyyah (akidah para rasul dan sahabat) yang sahih dan mengadakan pengajaran ilmu-ilmu syarak berteraskan mazhab ASWJ dalam bidang Akidah dan Fiqh (dan ilmu-ilmu yang lain). Oleh itu, Golongan al-wahhabiyah pada peringkat permulaan timbul di Hijaz, mereka menginkari aqidah ASWJ, begitu juga mereka menolak mentah-mentah pandangan mazhab 4 yang muktabar (Mazhab Hanafi, Maliki, syafi’ie, dan Hanbali). Kemudian golongan wahhabi ini mereka-reka perkara baru dalam agama dengan mengadakan manhaj baru (agama baru) dalam proses memahami nusus (al-Quran dan al-Hadis). Mereka membenarkan kepada orang awam untuk memperkatakan pada Al-Quran dan Al-Hadits yang mulia seperti apa yang telah mereka lakukan tanpa mempedulikan perkara tersebut bercanggah dengan Ulamak-ulamak Islam. Perkara ini sebenarnya telah di beritahu terlebih awal oleh Syeikh Sulaiman bin Abd Wahhab ( saudara kandung Muhammad Abd Wahhab) bahawa manhaj yang mereka (wahhabi) bawa merupakan mahhaj yang rosak (lagi merosakkan) yang mana golongan al-wahhabiyah membenarkan pengikut-pengikutnya berijtihad dalam mentafsirkan Nusus (Al-Quran dan Hadits) tanpa mencukupi syarat-syarat ijtihad terlebih dahulu (kadang-kadang yang amat bodoh pun nak berijtihad) walaupun mereka pada hakikatnya tidak boleh membaca dan menulis..(na’uzubillah)

Dalam menentang aliran pemikiran yang punah ini, Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary memulainya dengan menghidupkan Fiqh Islami dengan cara pembelajaran bertalaqqi, memberi pengajaran, memberi peringatan, memberi bimbingan di sekitar bumi Syam. Kemudian beliau menyebarkan kitab-kitabnya dalam isu akidah yang mana terkandung di dalamnya keterangan akidah ASWJ, di samping menolak fahaman golongan yang mereka-reka perkara baru di dalam agama sama ada mereka terdahulu atau di kalangan yang hidup di zaman moden terutamanya kumpulan sesat wahhabiyah yang merupakan golongan yang paling banyak membuat kekecohan dan kemudharatan kepada Islam dan masyarakatnya. Oleh kerana hasil usaha gigih beliau (Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary) di bumi syam, kini telah terbentuk dan tersebar fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah di keseluruh pelusuk dunia Islam bahkan sampai ke Eropah, Amerika, Australia, dan sebagainya. Maka Allah Taala telah menghidup suburkan balik mazhab ASWJ yang dulunya pernah dicuba beberapa kali oleh golongan Al-wahhabiyah untuk merosakkannya dan menghancurkan syiar-syiarnya.

Maka di sini kami ingin mengatakan bahawa beliau boleh di kira sebagai seorang Mujaddid Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada zaman moden ini. Sesungguhnya mereka yang mengiktiraf beliau sebagai mujaddid adalah musuh-musuhnya sendiri (wahhabiyah) dan mensifatkan beliau sebagai Mujaddid, tetapi bila mana mereka tidak mampu menentang (Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary) secara terang-terangan dengan pengingkaran terhadap ahlus sunnah wal jamaah, lalu mereka mengatakan bahawa beliau (Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary) bekerja semata-mata untuk menghidupkan mazhab ahlul kalam!! Dan kami tidak mengetahui siapakah yang mengingkari metodologinya dalam mentajdidkan umat Islam melainkan mereka hanyalah kumpulan kecil yang terdiri daripada pelampau golongan Wahhabiah seperti Bin Baz dan seumpama dengannya. Dan begitulah juga kami mengatakan dengan rasa tenang tanpa perasaan takut bahawa Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary seorang mujaddid bagi metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada zaman moden ini. Dan perkara ini adalah diambil dari penyaksian musuh-musuhnya dan mereka yang dengki kepadanya, murid-muridnya dan pembantu-pembantunya. Benarlah sabda Rasulullah, “sesungguhnya Allah taala akan membangkitkan bagi umat ini pada setiap 100 tahun, seorang yang memperbaharui baginya (umat Islam) agamanya”. Dan beliau mempunyai karya-karya dan risalah-risalah yang insyaallah akan dipertontonkan dan yang kami akan sebut setengah daripadanya sebagaimana berikut:

Karangan-karangan dan risalah-risalahnya :

Adalah kehidupan Al-‘Allamah Syeikh Muhaddits Abdullah Al-Harary pada zaman remajanya penuh dengan dengan jihad dan perjuangan untuk membebaskan negara Islam Somalia daripada penjajahan sebagai mana telah diterangkan sebelum ini. Kemudian selepas beliau turun beliau ke bumi Syam,beliau menyambung kegiatannya yang penuh dengan ilmu. Beliau tidak menghabiskan sebahagian hidupnya di penjara seperti Ibn Taimiyah dan Sayyid Qutb dan tidak juga di hukumkan kepadanya dengan kuarentin di rumahnya sebagaimana hal keadaan Al-Albaany di Jordan, bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelusuk bumi Syam semata-mata untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Beliau tidak pernah di sekat oleh pihak penguasa yang rasmi dari mana-mana Negara sebagai mana yang berlaku kepada orang lain yang mempunyai pandangan-pandangan yang buruk dan pemikiran-pemikiran yang ganjil (syaz). Bahkan kelebihan metodologi yang di bawa olehnya di dalam dakwah terbina di atas nilai-nilai yang hikmah dan contoh tauladan yang baik. Beliau mengadakan hubungan baik dengan masyarakat di bumi Syam di semua peringkat lapisan sama ada orang bawahan ataupun orang atasan. Beliau sebenarnya tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengarang banyak kitab kerana teramat sibuk dengan pengajaran dan memperbetulkan akidah-akidah manusia, disamping menentang golongan sesat yang mereka-reka perkara baru dalam agama. Walaubagaimanapun dalam kesibukan itu beliau tetap jua menulis pelbagai karangan dan risalah-risalah. Antara yang terbaik-pada tanggapan ilmu kita-ialah kitab syarah bagi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dinamakan “Idzhar Al-‘Aqidah As-sunniyyah bi syarah al-‘Aqidah At-Thohawiyyah”.antaranya lagi :

1. Syarh Alfiah As-Suyuthi Fi Mustholah Al-Hadits

2. Qosidah Fil I’tiqodi Taqo’u Fi Sitteena Baitan Taqriiban

3. As-Shirothul Mustaqiim Fi At-Tauhid

4. Ad-Dalilul Qawwim ‘Ala As-Shirothil Mustaqiim Fit Tauhid

5. Mukhtasor Abdillah Al-Harory Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dhorury ‘Ala Mazhabi Asy-syafie

6. Bughyah At-Tholib li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib

7. At-Ta’aqqub Al-hatsits ‘Ala Man Tho’ana fi Ma Sohha Minal Hadits.

8. Nashratul Ta’aqqubil hatsits ‘ala Man Tho’ana Fima Sohha Minal Hadits

9. Ar- Rawa-ihuz Zakiyyah fi Maulidi Khairil Bariyyah.
. Syarh Aqidah An- Nasafiyyah

11. Syarah Al-fiyah Al-Zubad fi fiqhi Asy- Syafi’ei

12. Syarah Matan Abi Syujaa’Fi Fiqhi Asy Syafi’e

13. Syarah As –shirothil Mustaqiim.

14. Syarah Matnil ‘Ashmawiyyah.

15. Syarah Mutammimah Al-Aa jurumiyah fin Nahu.

16. Syarah Al-Baiquniyyah Fil Mushtolah.

17. Shorihul Bayan fi Roddi ‘Ala Man Khalafal Quran.

18. Al-Maqoolaat As-sunniyyah fi Kasyfi Dhalalaat Ahmad bin Taimiyyah.

19. Kitab Ad-durrin nadhidi Fi Ahkamit Tajwid.

20. Idzhar Al-‘Aqidah As-sunniyyah bi syarah al-‘Aqidah At-Thohawiyyah.

21. At-Tahzir al-Wajib

22. Mandzumah “ Nasihat At-Thullab”.

23. Risalah Fi Buthlan Da’wa Awwaliyyatil An-Nurul Muhammady

24. Risalah fi Roddi ‘ala Qaulil ba’dhi Innar Rasula ya’lamu kulla Syai’in ya’lamuhumullah.

25. Ad-durarul Bahiyyah Fi halli Alfadz Al-‘aqidah At-Tahawiyyah.

26. Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Roddi Mafasidi At-Tahriryyah.

27. Syarah Mandzumah As-Shibyan fil ‘Arudh

28. Mukhtasor Abdillah Al-Harory Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dhorury ‘Ala Mazhabi Al-Imam Malik

29. Abdillah Al-Harory Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dhorury ‘Ala Mazhabi Abi Hanifah.

30. Syaarh As-Sifat Ats-Salats ‘Asyarata Al-Wajib Lillah

31. Al’Aqidah Al-Manjiyyah

32. Syarah At-Tanbih

33. Syarah Manhaj At-Tullab.

34. Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah ‘Ala Tahqiqi Lil Syeikh Abdillah Ba’lawi

Rujukan ;
1.
www.alwatanvoice.com
2. kitab akidah karangan Dr hersi, keluaran Universiti Sains Islam Malaysia.

4 comments:

Anonymous said...

Fatwa Dr Wahbah Zuhaili:
السؤال :تقدم لأختي شاب ووافقنا، وبعد أن خطبها قال لها: إنه من جماعة الأحباش. فما أهم معتقدات هذه الجماعة؟
وإذا تزوجت أختي منه فما حكم هذا الزواج؟

الإجاب
بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
نحن نقول بأن المسلمين الذين ثبتت صحة ديانتهم هم مسلمون، ويجوز الزواج منهم والتزويج إليهم، لكني أنصحك بعدم الموافقة على هذا الزواج؛ لأن هؤلاء الجماعة لديهم أفكار وآراء لا تتفق مع ما هو مقرر لدى جماهير الأمة الإسلامية.
فيكون هناك احتمال للوقوع في مشاكل ومصادمات وخصومات بسبب هذه الآراء الشاذة التي يقررونها ويعتقدون بها.
هذا من قبيل النصيحة. والله يتولى الصالحين. والله أعلم.

ٍSyeikh telah ditanya:ada seorg pemuda telah meminang adik perempuanku.Setelah selesai peminangan dia berkata kepada adik ku bahawa dia dari kumpulan ahbash,apakah akidah yg pegang oleh kumpulan ini kalau sekiranya adik perempuan sy ni berkahwin dengannya apakah hukum perkahwinannya?

Dr Wahbah Al-Zuhailiy menjawab:kami menyatakan bahawa muslimin apabile benar agamanya maka dia seorg islam.Dibolehkan berkahwin dengannya,tetapi sy menasihati saudara agar tidak bersetuju di atas perkahwinan tersebut.Ini disebabkan kumpulan ini mempunyai pemikiran dan pandangan yg tidak selari dengan majoriti umat islam.Maka kemungkinan disana akan menyebabkan masalah dan pertelingkahan dgn sbb pandang-pandangan yg pelik yg dipegang oleh merekah ini merupakan nasihat wallahua'lam
sumber http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=jUxw1j
cari nama حسام

Anonymous said...

Fatwa Syeikh Dr Said Ramadhan Al-Bouti:
الأحباش: الذين لهم إمام في بيروت عبد الله الهرري، يقولون في مسجدهم إن الصلاة وراء الوهابي حرام
وأن الإمام إبن تيمية كافر
الإقتداء بالوهابي ليس محرماً وصلاة المقتدي صحيحة.
ولا يجوز تكفير مسلم لا نعلم يقيناً أنه عندما مات، مات على الكفر، وليس في الناس من يعلم أن ابن تيمية عندما مات ارتد عن الإسلام ومات كافراً.
والجماعة التي تسألني عنها يكفرون كثيراً من المسلمين، إنهم يكفرون متولي الشعراوي، والقرضاوي، ويكفرونني أنا أيضاً، ولعلهم المسلمون الوحيدون المدللون على الله، فيما يعتقدون.

Syeikh ditanya ttg kumpulan Ahbash yg dimana mereka mempunyai seorg imam di Beirut iaitu Abdullah al-Harari.Mrk telah berkata di masjid mereka sesungguhnya solat di belakang wahabi haram dan imam ibnu taimiyyah kafir?

Syeikh Al bouti menjawab:mengikut imam wahabi tdk haram dan solatnya sah.Tidak boleh mengkafirkan org islam yg kita tdk mengetahui adakah di saat dia mati,matinya dlm kafir.Dan tidak ada sesiapa yg mengetahui adakah Ibnu Taimiyyah ketika matinya dia murtad dari islam dan matinya dlm keadaan kafir.Berkenaan kumpulan(AHBASH) yg ditanya kepada sy tadi,mereka telah mengkafirkan banyak dari org islam,Mrk mengkafirkan mutawalli sya'rawi,Al qaradhawi dan mereka juga mengkafirkan ku.


soalan ke 2:
سمعت أن الأحباش قد كفرَّوك فهل رددت عليهم؟ (فهم يعلنون أنهم أشاعرة العقيدة وشافعيو الفقه ورفاعيو
لطريقة) وكيف يردُّ عليهم أهل السنة فإنهم يثيرون الفتنة هنا وهم يرفعون شعار التكفير على المسلمين

إنهم لم يكفروني أنا وحدي، بل كفروا - فيما أعلم - من هم خير مني، مثل المتولي الشعراوي،
وابن تيمية، والشيخ القرضاوي وكثيرين. وأنا أسأل الله تعالى أن يقيني الفتن كلها ما ظهر منها وما
بطن، ولاسيما فتنة الكفر، وأن يختم حياتي بأحب الأعمال إليه حتى ألقاه وهو عني راضٍ.

aku mendengar kumpulan ahbash telah mengkafirkanmu(syeikh ramadhan bouti) adakah syeikh telah menjawapnya?dan mereka mendakwa akidah asya'riah bermazhab syafie dan bertarekat rifaie Bagaiaman cara ahli sunnah menjawab mereka,merekah telah menyebarkan fitnah dan mengangkat syiar mengkafirkan org islam?

Syeikh menjawap:Mrk tidah hanya mengkafirkan aku shj.Bahkan apa yg aku tahu mereka mengkafirkan mutawalli sya'arawi,Ibn Taimiyyah,syeikh Al-Qardhawi dan ramai lagi.Aku mohon kepada Allah agar dia jauhkan fitnah yg zahir dan batin khususnya fitnah kubur

www.bouti.net/bouti_fatawa.htm Seacrh perkataan Al-Ahbash

Anonymous said...

fatwa ali juma’ah

Kumpulan ini ialah sebuah kumpulan yg menyandarkan diri mereka kepada seorg yg bernama Abdullah Al-Harari Al-Habshi.Kumpulan ini mempunyai wajah zahir dan batin.Zahir mereka seolah-olah berpegang kepada mazhab Al-Syafie dalam masalah fiqah dan mazhab Al-Asy’ari dlm akidah.Adapun batin mereka,mereka mengkafirkan org-org-islam dan memfasikkan org-org mukmin serta menimbulkan fitnah dlm umat ini,serta agen bg musuh-musuh island dan muslimin.
Gerakan yg buruk ini tlh dimulakan oleh ketuanya yg telah disebutkan(Abdullah Al-Harari) dimana dia telah mempelajari ilmu syariah di Habsyah kemudian dia berkerja dgn penguasa yg menentang kaum muslimin sehinggalah terbongkar rahisanya selepas 2thn.Lalu dia lari ke Mesir dan menyembunyikan keadaan dirinya yg sebenar sehingga ada antara rakyat negeri ini dan ulamanya yg mengikuti gerakannya.Dia menghadiri beberapa pengajian di Al-Azhar Asy-Syarif dan berkerja sebagai pentashih kitab di beberapa tempat pencetakan.
Kemudian dia berpindah pula ke Beirut di mana dia mula mempengaruhi pemuda-pemuda di sana sehingga menjadi pengikut gerakannya.Dia juga menjadi pentashih kitab di beberapa syarikat penerbitan kitab di Lubnan.
Dia mula melakukan kerjasama dgn Parti Al-Kataib dan kaum Yahudi di selatan Lubnan.Pada thn 70an dia mula menyebarkan mazhabnya dan mengkafirkan kaum muslimin terutama Imam Ibnu Taimiyyah,Muhammad bin Abdul Wahab dan pembesar-pembesar Mazhab Hanbali serta semua ulama yg tdk sependapat dengannya,berasalan mereka menyalahi mazhab Al-Asy’ari dan mazhab Syafie menurut kefahamannya sendiri.Dia menyuruh pengikut-pengikutnya menimbulkan kekacauan di mana sahaja mereka berada.
Maka kita dapati mereka ini menimbulkan isu berkenaan arah kiblat di Amerika menyalahi prosedur ilmu moden kerana ingkar dengan reality sebenar serta menganggapnya sebagai bida’ah.Begitu jugag di Jepun,dan mereka menimbulkan isu solat di belakang selain Ahbash,masaalah makanan dan berkahwin dgn ahli kitab serta lain-lainnya daripadaf perkara khilaf di kalangan Ulama’Mujtahidin yg mukhtabar sepanjang zaman.
Mereka berpendapat pergaulan bebas lelaki dan wanita adalah halal dan mengkafirkan pemerintah islam dan mengharuskan bekerjasama dgn kaum musyrikin yg merupakan kecelaruan yg sgt aneh serta wujud dalam mana-mana mazhab atau puak sebelum mereka.
Mereka pada mulanya mengistiharkan bahawa pemimpin mereka telah mari dan kemudian mengisytiharkan pula dia masih hidup dan tidak ad asesiapa pun tahu penyakit mental jenis apakah yg menimpa puak ini sehingga mereka bercakap tanpa ketahui(apa yg mereka cakapkan)
Dengan kemunculan kumpulan pelih sebeginilah yg menjadikan setiap org island hidup dlm fitnah dan perpecahan.Beberapa pihak berkuasa uslam yg mukhtabar telah mengeluarkan amaran berkenaan dgn kumpulan ini antaranya Majmak Buhus Islamiah Al-Azhar,Majlis Fatwa Saudi,Majlis Fatwa America Utara dan lain-lain.
Oleh kerana mereka ini terus dibelit dgn belitan iblis,maka mereka tidak menyebarkan buku-buku mereka yg mengandungi batin mereka serta hakikat iktikad mereka.Oleh itu kita dapati buku-buku pemimpin mereka mengandungi perkara-perkara biasa shj sebagai satu langkah menarik org menyertai mereka dan menyesatkan meraka yg terperdaya.Kebanyakan pengikut yg menyedari hakikat ini ramai kembali dan bertaubat serta berlepas diri dari kumpulan ini

Sumber: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528601786

Anonymous said...

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528601786