ABU LEHYAH AL-KELANTANY
(0133005046)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين، مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
KALI INI PENULIS MENGUNAKAN BAHASA PONDOK:
Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar Al-Banteni At-Tanari, di dalam Kitabnya, Mirqatu Su’udit Tasdiq Fi Syarhi Sullamit Taufiq Ila Mahabbatillahi ‘Alat Tahqiq, m/s 13, baris 8 dari bawah.
(Dan, demi sesungguhnya telah mengira, atau menyatakan oleh Asy-Syaikh Ahmad bin Muhammad bin Hajar Al-Haitamiyy Dan juga oleh Al-Qadi ‘Iyad Rahimahumallahu Ta’ala, pada Kitab kedua-dua ulama tersebut iaitu;
1. Al-I’lam bil Qawati‘il Islam (Bagi Ibnu Hajar)
2. Asy-Syifa Fi Ahlaqil Mustafa (Bagi Al-Qadi ‘Iyad).)
- Akan perkara-perkara yang termasuk di dalam Hukum Ar-Riddah (Murtad) yang banyak.(Maka, sayugialah membaca di atas kedua Kitab itu.) iaitu digalakkan akan sebagai galakan yang bersangatan, lagi tiada elok atau tiada patut meninggalkan membacanya.
(Maka, kerana sesungguhnya, barangsiapa tiada mengenal oleh ia akan keburukan,)- iaitu Keji, dan Fasad (Rosak), dan Zalim,(nescaya jatuh ia di dalamnya.)
- -------------------------------------------------
Marilah kita sama-sama menelaah Kitab Bughyatut Talib Li Ma’rifatil Ilmid Diniyyil Wajib, bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi, Juzu’ 1, m/s 71.
BAB AL-RIDDAH (BAB MURTAD)
Ini suatu fasal pada menyatakan tentang riddah (murtad). Wajiblah ke atas setiap orang-orang Islam menjaga keislamannya, dan memelihara keislamannya daripada perkara yang merosakkan Islam, dan membatalkan Islam, dan memutuskan Islam, iaitu RIDDAH (MURTAD), Wal’iyazubillahi Taala.
Dan telah berkata Imam Nawawi serta lain Ulama’,
“Bermula Riddah @ Murtad itu sekeji-keji perkara dari segala cabang kekufuran.”
Dan, lagi pada Halaman 72.
Dan sesungguhnya, banyak pada ini zaman , ramai manusia memandang remeh atau bermudah-mudah di dalam berkata-kata tentang AGAMA, sehingga keluarlah daripada sebahagian manusia perkataan-perkataan yang mengeluarkan diri mereka itu dari agama Islam.
Dan, mereka TIDAK BERASA langsung akan perkataan mereka itu suatu DOSA, lebih-lebih lagi mereka tidak merasa langsung bahawa perkataan mereka itu membawa mereka ke lembah kekafiran.
Hal ini bertepatan dengan Sabda Nabi SAW,
“Sesungguhnya, seorang Hamba itu benar-benar berkata-kata dengan sesuatu perkataan, yang mana ia tidak merasakan dengan perkataan itu kemudharatan, yang menyebabkan dia terhumban dengan sebab perkataan itu ke dalam Api Neraka Jahannam selama 70 tahun.” Hadis Hasan, Riwayat Tarmizi dalam Kitab Zuhud. Dan telah mengeluarkan Imam Bukhari di dalam Sahihnya, pada Bab Hifzul Lisan (Menjaga Lidah) dalam Kitab Ar-Riqaq.
“Sesungguhnya, seorang hamba itu berkata-kata dengan satu perkataan yang memisahkan (iman dan islam) pada perkataan itu. Tergelincir ia dengan sebab perkataan itu ke dalam api neraka, yang mana jaraknya (dalam neraka itu) lebih jauh daripada jarak timur dan barat.”
Ketahuilah oleh mu wahai para pembaca yang Insaf, cara Taubat Iktiqad itu adalah berlainan dengan Taubat daripada kesalahan yang tidak membawa kepada Murtad. Maka, cara Taubat Iktiqad itu ialah Mengakui Kesalahan, Serta Menarik Balik Kenyataan atau Kepercayaan Yang Salah itu.
Perkara Taubat Iktiqad ini telah dinyatakan di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin b. Muhammad Al-Fathani, m/s 120, baris 3 dari atas.
- Dan lagi, disyaratkan rujuk(kembali) Ia (orang yang Murtad) daripada barang yang mengharus (mengboleh) ia akan dia (akan perkara yang haram) itu, serta mengucap dua kalimah itu. Jika adalah kufurnya dengan ingkar akan (suatu) fardhu umpamanya, atau mengharuskan (membolehkan) apa yang diharamkan.
Maka, hendaklah ia rujuk (kembali) pada ingkarnya, (Dengan menarik balik kata-kata yang ingkar. – Pent.) serta mengucap 2 kalimah itu.
-------------------------------------------------------------------------------
RUGINYA KALAU TAK BELAJAR BERTALAQQI
Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin b. Muhammad Al-Fathani, m/s 12, baris 15 baris dari atas :
.....(Sahdan) Telah berkata ‘Ulama, Haram belajar Ilmu Usuliddin (Asas Agama) daripada orang yang tiada mahir ilmunya. Dan, tiada mengambil daripada gurunya.
Maka, adalah pada zaman sekarang ini, beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya ‘Alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang menyesatkan.
(Dan setengah) Daripada mereka itu yang berpegang dengan Ayat Al-Quran yang Mutasyabihat (yang samar2) atau Sunnah (hadis) yang Mutasyabihat (yang samar-samar). Pada hal, tiada dilintangkan dengan “Qawati’ a’liah” (Pemutus hukum akal) dan “Naqliah” yang Muhkamat (Ayat-ayat Al-Quran yang terang), tetapi mengambil mereka itu dengan “Dzawahir” (Zahir-zahir yang nyata) ayat Mutasyabihat (yang samar). Maka, jadi jatuh mereka itu pada laut kufur (kafir). Maka, sesat mereka itu, dan lagi menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam. Na’uzubillahi minzalik...Maka, adalah mereka itu seperti dajal atau terlebih jahat dari dajal.”
DISEDIAKAN OLEH :
ABU LEHYAH AL-KELANTANY
(0133005046)
No comments:
Post a Comment