Friday, September 5, 2008

UCAPAN TA'ZIAH OLEH MUFTI JOHOR ATAS KEBERANGKATAN MUHADDITS AL-ALLAMAH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARY AS-SYAIBY



Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)



Ini Ucapan Takziah dari SOHIBUS SAMAHAH DATO' ASY-SYEIKH AL-HAJ NOOH BIN GADOT MUFTI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM . Ucapan ini diterima pada hari khamis 4september, jam 11 pagi waktu Malaysia:


" Pertamanya diri ku , keluarga ku, dan dari Jaabatan Mufti Johor serta seluruh umat islam di Johor, mengharapkan agar diberikan keampunan kepada Al-Muhaddith dan wali As-syeikh Abdullah Al-Harari As-syaibi Al-Abdary Rahimahullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama para Muslimin, Siddiqin, Syuhada', Solihin, para nabi dan rasul.

Ucapan takziah kepada pewaris, kaum keluarganya, anak-anak muridnya serta mereka yang mencintai ulama yang agung ini.

Beliau adalah seorang ulama yang agung dalam mempertahankan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah serta tegas dalam menentang kebatilan secara ilmiah. Semoga ilmunya dapat dikembangkan lagi di Malaysia dan diseluruh dunia dengan baik.Amin


Yang Ikhlas
Dato Hj Noh Gadut
Mufti Johor.
Ulasan :

Mufti Johor dalam rangka memperjelaskan akidah ahlus sunnah wal-jamaah, mendapat perhatian dan mandat daripada ulamak-ulamak antarabangsa. Kepercayaan dan pengiktirafan daripada ulamak-ulamak ini menjadikan sillibus Pendidikan Islam johor menepati citarasa Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah yang berteraskan aL-Quran dan As-Sunnah. Semoga usaha murni beliau mempertahankan umat Islam daripada ajaran-ajaran sesat diberkati Allah dan senantiasa dirahmati.

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

No comments: