Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
musufism_addeen@yahoo.com
http://abulehyah.blogspot.com/
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
musufism_addeen@yahoo.com
http://abulehyah.blogspot.com/
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Pengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, keluarga Baginda, para sahabat Baginda yang baik-baik dan suci murni.
Adapun ;
Maka sesungguhnya Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda ; “ Dan para ulama’-ulama’ itu merupakan pewaris segala para nabi, dan sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham (harta benda), tetapi mereka mewariskan ilmu pengetahuan, Kerana itu, siapa saja yang mengambilnya, ia telah mengambil bahagian yang besar.”
Dan sesungguhnya aku ingin menasihati Umat Islam supaya membaca dan meneliti kitab –kitab karya tulisan Al-‘Allamah AL-Muhaddits Al-Faqih As-Syeikh Abdullah Al-Harory yang dikenali sebagai Al-Habashi. Semoga Allah menampung kekurangannya dan menguatkan beliau selagi mana beliau membawa kebaikan yang agung dan kemanfaatan yang menyeluruh. Ini adalah kerana (kitab-kitabnya) mengandungi aqidah yang dibawa oleh Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, para ulama’ salaf dan para ulama’ khalaf. Dan Beliau tidak mendatangkan sesuatu perkara baru melainkan ianya merupakan perkara yang bertepatan dengan 4 mazhab yang muktabar.
Beliau memperjelaskan di dalamnya (kitab-kitabnya itu) penyucian terhadap Allah Taala daripada sifat-sifat kekurangan (bagi makhluk), menerangkan hukum hakam Agama Islam yang berkaitan dengan ibadat dan muamalat. Sesungguhnya didapati di dalam setengah daripada kitab-kitabnya, beliau menentang golongan sesat yang mereka-reka perkara baru dalam agama (mengadakan bida’ah) seperti golongan Musabbihah Mujassimah (termasuk golongan al-Wahhabiyah) dan seumpamanya terutamanya di dalam kitab (( Bughyatul Tholib Fi Ma’rifatil ‘Ilmi Ad-Diinil Wajib)), kitab (( Sorih Al-Bayan)), kitab ((Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah)), kitab ((Syarah al’Aqidah An-Nasafiah)) dan juga kitab (( Maqoolaat As-Sunniyyah)).
Maka ia ((kitab-kitab Al-‘Allamah AL-Muhaddits Al-Faqih As-Syeikh Abdullah Al-Harory )) adalah ibarat “air terjun dan sungai-sungai” yang menjadi gedung ilmu dan cahaya-cahaya. Maka di sini barangsiapa yang mengambil ‘ilmu pengetahuan Ahlus- Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) maka ini merupakan lisan Ahlus- Sunnah Wal Jamaah. Dan orang yang memperjuangkannya pada zaman ini iaitu As-Syeikh Abdullah Al-Harory bin Muhammad yang terkenal sebagai Al-Habashi.
Semoga Allah memanfaatkan ilmu-ilmu dan keberkatannya kepada seluruh Umat Islam. Ameen.. dan Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian ‘alam.
Inilah ucapan yang benar pada memperjelaskan kelebihan dan kebenaran ahlinya.
___________________________
Halab, pada 3 jamadil akhir 1418 hijroh,
Mufti Muhafadhoh di Halab,
As-Syeikh Muhammad Bilal, Syiria.
Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
musufism_addeen@yahoo.com
http://abulehyah.blogspot.com/
2 comments:
Yg susah ckit sebab ulamak2 tu sendiri berbeza pendapat, fatwa berbeza beza dalam konteks negeri2 di malaysia ini. Jd, sebagai rakyat biasa mana yg nak diikut? Ada ulamak pas, ada umno.
Macam mana sy sendiri nak jd ulamak? ijtihad sendiri? boleh ker?
Post a Comment