Disediakan oleh :
Abu Lehyah Al-Kelantany
(0133005046)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, المكون الأكوان, المدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
Ibnu Taymiyah Mangsa Perubahan Politik. Begitulah bunyi rencana Mahmud Zuhdi Bin Abdul Majid di sebuah majalah yang nampaknya kini giat mengambil rencana-rencana tokoh-tokoh wahhabi untuk memenuhi santapan pembaca-pembaca di Malaysia. Amat menyedihkan Majalah Al-Islam mahupan majalah I yang dulunya elok untuk sumber informasi kepada masyarakat islam tetapi sekarang telah berubah sebagai suatu medium menyebarkan fikrah-fikrah wahhabi dan secara tidak langsung membawa kepada pendapat-pandapat syaz dalam agama. Dengan ini ini adalah suatu peluang baik untuk Mahmud Zuhdi untuk menyebarkan fikrah wahabiyahnya sebagai satu wadah untuk mempertahankan Ibnu Taymiyah yang pada tanggapannya seorang yang menjadi mangsa keadaan politik di zamannya.
Berikut ialah antara atau perkara-perkara yang akan penulis perbincangkan;
- Mengharuskan Ijtihad Dalam Isu-isu I’tiqod dan Tauhid
- Mempunyai M.A, dan Ph.D Belum Tentu Alim
- Menggalakkan Orang Ramai Menyalahi Ijma’
- Melakukan Penipuan terhadap Ibn Qalawuun
MENGHARUSKAN IJTIHAD DALAM ISU-ISU I’TIQOD DAN TAUHID
Soalan penulis :
Ibnu Taimiyyah seorang Mujtahid? Adakah beliau mujtahid bila menyatakan bahawa Allah subhana huwa taala duduk di atas arasy? Siapakah dikalangan ulama’-ulama’ muktabar yang mengatakan Ibn taimiyah itu mujtahid? Bagaimana boleh berijtihad dalam masalah I’tiqodiyah/tauhid?
Boleh tak penulis minta daripada Mahmud Zuhdi untuk mengemukakan seorang sahaja dari ulama’ ulama' yang muktabar di kalangan ahlus sunnah wal jamaah(ASWJ) yang mengatakan dalam kitab-kitab mereka bahawa boleh berijtihad dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan tauhid?. Kononnya ijtihad sebegini mengikut Mahmud Zuhdi adalah bertujuan untuk mencari akidah yang sohih sila rujuk kata Mahmud Zuhdi ini di dalam Majalah AL-ISLAM m/s 29 di bawah tajuk Tajdid Fikah. Penulis juga ingin sekali menanyakan Mahmud zuhdi adakah ibnu taimiyyah mencukupi syarat-syarat menjadi seorang mujtahid sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ulama’ di dalam kitab mereka ataupun syarat pertama pun tidak mencukupi iaitu ; Muslim?
Mahmud Zuhdi adalah seorang bekas pensyarah UM yang telah menceburi namanya dalam bidang fikah dan beliau adalah pensyarah dalam bidang tersebut di University Malaya. Soalan penulis kepada Mahmud Zuhdi : Takkanlah sepanjang menjadi pensyarah Mahmud Zuhdi tidak pernah mendengar atau menjumpai qawaid fiqahiyyah yang berbunyi:
لا اجتهاد مع قيام النص
Kaedah fiqahiyyah ini memberi maksud bahawa seseorang mujtahid itu (Ibnu Taimiyyah bukan mujtahid) tidak boleh melakukan ijtihad sekiranya di sana terdapat nash daripada al-Quran dan hadits yang qath’i. Dan apa perlu diingatkan bahawa ijtihad bukanlah boleh dilakukan pada semua perkara disamping itu mestilah juga beliau mencukupi alat-alat dan syarat-syarat yang diperlukan untuk digelar sebagai seorang mujtahid dan dalam masalah ini, masalah yang konon-kononnya ibnu taimiyyah berijtihad padanya seperti mengatakan Allah duduk di atas Arasy, Allah mempunyai had( batasan) neraka suatu masa akan binasa, Allah ta’ala berkata dengan huruf dan suara, mengatakan bahawa alam ini azali (membawa kepada maksud alam ini tidak ada pencipta), ketahuilah , semua ini adalah dinaskan di dalam al-Quran dan Al-Sunnah, sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Imam Al-Faqih Al-Hafiz Al-Kafi As-Subkiy bahawa Ibnu Taimiyyah telah melakukan kekufuran yang amat keji kerana syaz dalam masalah iktiqadiyyah. Perkara ini boleh saudara pembaca yang budiman di dalam kitab Fatawa As-Subki, Al-Rosai’I As Subkiyyah dan berlambak lagi ulama’ yang menceritakan hal keadaan ibnu taimiyyah kemudian mengkafirkan Ibnu Taimiyyah disebabkan keganjilan di dalam masalah tauhid dan bercanggahnya dengan akidah Rasulallah , para sahabat, ulama salaf dan ulama khalaf.
Para Ulama’ menegaskan bahawa " seseorang itu tidak boleh berijtihad di dalam perkara-perkara yang telah qath’i dan barangsiapa yang berijtihad dalam masalah yang sudah qath’i lalu bercanggah dia dengan nas qatha’i tersebut, ini adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan( keluar daripada Islam). Apa yang penulis tegaskan ini adalah sesuatu yang terbukti dan dinaskan oleh Ahmad bin Abdul Rozzaaq yang terkenal dengan nama Badrul Al-Rasyid dan dan Sabromalisi di dalam Hasyiah mereka ke atas kitab al Minhaj karya tulisan Imam Nawawi rahimahullah.
Ingin ditegaskan di sini bahawa jika diberi pilihan kepada pembaca antara nash al-Quran wal al-Hadits dan pendapat ibn taymiyah@ Mahmud Zuhdiy @ Muftary Perlis siapa yang akan saudara pilih???!
Jawapan ASWJ : Pasti Q n S menjadi pilihan..alhamdulillah.
Amat melucukan dakwaan berijtihad dalam perkara akidah sebegini kerana ijtihad pada hakikatnya hanyalah dibenarkan dalam masalah furu’ fiqhiyah. Ini suatu pendustaan yang menunjukkan kejahilan dalam masalah aqidah. Isu aqidah jangan sesekali dipandang remeh dan kecil atau furu’. Hal demikian membuahkan dan meningkatkan gejala murtad yang kian berleluasa di dalam masyarakat yang serba jahil dalam Ilmu Aqidah dan Fardu Ain secara umumnya.
Setiap ibu bapa wajib mempelajari dan mengajar anak-anak mereka tentang Aqidah yang shohih iaitu Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah; yang telah disepakati Jumhur Ulamak ASWJ (As-sya’irah dan al-Maturidiyyah). Jika mereka dapati mereka masih jahil; maka tinggallah segala kerja kamu dan wajiblah mempelajari Ilmu Aqidah agar tidak terjerumus ke dalam api neraka kerana kekufuran. Allah berfirman yang bermaksud: “wahai orang-orang beriman selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”, jelas dalam ayat tadi bahawa penting bagi seorang ketua itu menyelamatkan kaum keluarganya dari api neraka. Bagi penulis sekiranya alasan sebegini terbit dari orang yang tahu kekufuran Ibnu Taimiyah, ketahuilah bahawa inilah sikap yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah pada ilmu.
Manakala masalah pengkafiran iktiqad Allah duduk di atas arasy adalah berdasarkan empat mazhab dan ijma’ sebagaimana yang penulis nukilkan yang rencana yang lalu . Dan kepercayaan ahlus sunnah wal jamaah (ASWJ) “Allah Maujud Bila Makan” ( Allah ada tanpa bertempat ) adalah akidah rasulullah, para sahabat, tabi’iin (salaf),dan juga seterusnya (khalaf). Barangsiapa bercanggah dengan I’tiqod ini maka ia tidaklah bergelar ASWJ.
MEMPUNYAI M.A, DAN PHD BELUM TENTU ALIM
Subhanallah, penulis menyanjung tinggi usaha untuk mendapat M.A, dan PHD disamping boleh meningkatkan keintelektualan individu tersebut tetapi lain pulak jadinya jika ilmu yang dipelajari itu tidak berteraskan manhaj ataupun methodology ahlus sunnah wal jamaah (ASWJ). Sesetengah pembaca mungkin akan tertanya-tanya kenapa penulis berani mengkritik Mahmud Zuhdi yang tidak asing lagi namanya di Universiti-universiti tempatan dan dia bukanlah calang-calang orang dalam bidang fiqh sehingga dinobatkan sebagai pensyarah di University Malaya dan sekarang ini menjadi pensyarah sambilan di UIAM, Gombak dalam Subjek Maqasid Syar’iiyah. Sesetengah masyarakat menilai keilmuan itu bertenggek pada mereka yang mempunyai PhD ataupun Dr tapi ketahuilah ilmu Allah subhanahu wa ta’ala dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang Allah subhanahu wa ta’ala kehendaki sebagaimana contoh ulama’ dahulu tidak ada satupun yang bergelar PhD ataupun Dr seperti Al-Hafiz Ibnu Hajar As-Qolaniy , Imam At-Tohawiy al Salafiy , Al Hujjatul Islam Imam Ghazali, Imam Murtadho Az-Zabidi dan tidak dilupakan juga ulama’ ulama’ tanah air kita Syeikh Daud Al-Fathani, Tuan Guru Minal, Tok Kenali, Tuan Syeikh Haji Daud Bukit Abal Al Kelantaniyy, dan sebagai . Maka janganlah Mahmud Zuhdi merasakan dengan menulis sedikit rencana yang tanpa rujukan ataupun ada tetapi rujukan yang berteraskan fahaman wahabiyy sudah cukup untuk saudara dinobatkan sebagai mujtahid. Dan satu lagi janganlah Mahmud Zuhdi menconteng muka Negara Malaysia tercinta sebagai seorang professor yang membawa keserabutan kepada masyarakat. Ini boleh memalukan institusi pendidikan Negara kerana mempunyai Pemecah umat islam sejagat…Nauzubillah
MENGGALAKKAN ORANG RAMAI MENYALAHI IJMA’
Mahmud Zuhdi melabelkan orang ramai yang mengikut pandangan imam-imam mazhab yang empat sekarang sebagai mereka yang fanatik terhadap imam-imam tersebut dan sikap yang tidak ilmiyyah Mahmud Zuhdi mengajak orang ramai supaya mencontohi Ibnu Taimiyyah bila mana beliau mengagungkan Ibnu Taimiyyah yang telah keluar dari ijma ulama’ dalam banyak permasalahan khasnya pandangannya berkaitan talak tiga jatuh satu, menceraikan isteri yang dalam keadaan haid tidak jatuh talak dan sebagainya. Dan kaedah pendalilan yang dikeluarkan oleh Ibnu Taimiyyah dan yang dipersetujui Mahmud Zuhdi telah lama ditolak oleh ulama’ kerana cara pendalilan tersebut menunjukkan kedangkalan dalam ilmu fiqh dan Suu’ul faham (pemahaman ang buruk dan salah). Inilah padah mereka yang belajar dengan kitab tanpa guru yang mujtahid ataupun belajar melalui internet sahaja tanpa bimbingan daripada guru yang mursyid.
Mahmud Zuhdi dalam aktikel di majalah yang konon dinamakan ‘Al-Islam” tersebut bertujuan untuk mempromosikan Ibnu Taimiyyah kepada masyarakat Malaysia sekali gus sedikit demi sedikit ingin memasukkan fikrah al- wahabiyah secara tidak langsung. Lagipun beliau pernah menjadi ahli penal di beberapa majlis bersama dengan “mufti” Mohamad Asri Zainal Abidin yang merupakan satu kapal yang sama yang membawa muatan yang dipenuhi dengan iktiqad wahabiyy.
PENIPUAN TERHADAP DENGAN IBNU QOLAWUUN( SULTAN NASIR BIN QOLAWUUN)
Ibnu taimiyyah dalam rencana beliau disifatkan sebagai seorang yang rapat dengan sultan dan juga beliau disifatkan sebagai yang disegani oleh masyarakat setempat. Beliau juga mengatakan bahawa Ibnu Taimiyyah hampir terbabit mempertahankan wilayah beliau daripada serangan tentera tartar yang ingin meluaskan wilayah Mongol ( perkara ini boleh dirujuk dalam majalah Al-ISLAM m/s 28 dan 29) sebelum penulis membincangkan isu ini. Penulis ingin bertanya di manakah sumber (fakta Mahmud zuhdi nyatakan itu) penulisan yang tanpa hujjah dan bukti ialah suatu penulisan yang buruk dan tidak ilmiyyah. Bagi menjawab hubungan di antara ibnu Qolawuun dan Ibnu Taimiyyah memadai penulis membawakan manuskrip WARTA KERAJAAN yang ada pada simpanan penulis yang ditulis oleh Ibnu Qolawuun tentang Ibnu Taimiyyah yang diambil dari pada kitab Ibnu al-Muallim al-Quraisyi (manuskrip ini terdapat di Perancis).
Insyaalaah, tentang Warta Kerajaan tersebut, penulis akan bentangkan pada keluaran akan datang…tunggu..biznillah.
Disediakan oleh :
Abu Lehyah al-Kelantany
(0133005046)
No comments:
Post a Comment