Monday, May 26, 2008

Kajian Ilmiyah ; ISU IBN TAYMIYAH BUKAN ISU KHILAFIYAH !!


Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Marilah kita berlindung dengan Allah subhanahu wa taala daripada Syaitan yang direjam. Segala puji-pujian kita panjatkan kepada Allah, tuhan yang bersifat degan segala sifat kesempurnaan, yang menjadikan sekalian makhluk, yang menciptakan tempat dan masa, wujudnya qadim lagi azali, tidak dimulai dengan ketiadaan, tanpa bagaimana, tanpa arah yang enam, dan tidak berhajat kepada tempat, selawat dan salam ke atas junjunan besar kita nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam, keluarga baginda,sahabat-sahabat, tabi'iin dan ulama'-ulama ASWJ yang tidak lekang memperjuangkan kelestarian akidah Islam.


Amanah Ilmiyah perlu dijaga dan tidak boleh diselewengkan. Atas matlamat ini penulis cuba menukilkan perbahasan ulama'-ulama' terhadap Ibn Taymiyah dan golongan mujassimah wahhabiyah dan jauh daripada sikap memfitnah atau mentohmah. semoga pembaca menilainya dengan neraca dan mizan syara'...


PANDANGAN ULAMA’-ULAMA’ AHLUS SUNNAH TENTANG IBNU TAIMIYAH


Al Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolany (W 852 H) yang bergelar Amir Al-Mukminin dalam bidang hadith telah menukilkan dalam kitab ad-Durar al Kaminah juz I, hlm. 154,155 bahawa para ulama’ menyebut Ibnu Taimiyah dengan tiga sebutan: Mujassim, Zindiq, Munafiq. “para ulama’ telah menggelarkan Ibn Taimiyah dengan tajsim berdasarkan apa yang telah beliau tulis di dalam kitabnya “al-Aqidah al-Wasithiyah, al-Hamawiyah” dan lain-lainnya. Sebagai contoh, beliau berpendapat bahawa tangan, kaki, betis dan wajah adalah sifat-sifat hakikat bagi Allah Ta’ala, Allah beristiwa’ di atas ‘arasy dengan zat-Nya..”Imam Ibn Hajar menambah lagi : “Dia dihukum dengan munafiq kerana perkataannya (kritikan) terhadap Sayidina Ali..” Katanya lagi :“Ibn Taimiyah juga dihukum zindiq kerana berpendapat bahawa tidak boleh beristhighathah (meminta pertolongan) daripada Nabi Sollahu ‘Alaihi Wasallam.

Ibnu Hajar menyatakan; “ Ibnu Taimiyah menyalahkan Sayyidina ‘Umar ibn al Khaththab – semoga Allah meredhainya-, dia menyatakan tentang Sayyidina Abu Bakr Ash-Siddiq –semoga Allah meredhainya-bahawa beliau masuk Islam di saat umurnya tua renta/sangat dan tidak menyedari betul apa yang beliau katakan (hilang ingatan kerana tua sangat-nyanyuk).( kata Ibn Taymiyah) Sayyidina Utsman ibn ‘Affan –semoga Allah meredhainya-mencintai dan cenderung kepada harta dunia (materialis) dan Sayyidina 'Ali ibn Abi Thalib –semoga Allah meredhainya-menurutnya- berperang kerana gilakan pangkat bukan kerana agama, begitu juga - ‘Ali Bin Abi Thalib-mengikut Ibn Taymiyah telah menyalahi nash al-Qur’an dalam 17 permasalahan ”. 'Ali Bin Abi Thalib menurut Ibnu Taimiyah tidak pernah mendapat pertolongan dari Allah (makhzdulan) ke manapun beliau pergi, sangat cenderung/mencintai dan haus akan kekuasaan, pernah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan kekuasaan tetapi tidak berjaya dan dia masuk Islam di waktu umurnya kecil ( 13 tahun ) padahal anak kecil itu Islamnya tidak sah”. seterusnya Ibn Hajar mengatakan “ dan beliau (ibn Taimiyah mencela Imam Ghazali, lalu masyarakat ketika itu telah bangun hampir membunuhnya”. ini bukti masyarakat pada masa itu amat membenci Ibn Taymiyah dan kuncu-kuncunya di sebabkan fahaman ghuluwnya.

Di dlm kitab Fath al-Bari, m.s. 66, jld. 3 pula, beliau menegaskan:“…Hasilnya, mereka telah berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah tentang haramnya bermusafir untuk menziarahi maqam Rasulullah dan kami mengingkarinya. Inilah seburuk-seburuk (ashna') masalah yg dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah.”

Ibnu Hajar al Haytami al-Makkiy (W 974 H) dalam karyanya Hasyiyah al Idhah fi Manasik al Hajj Wa al 'Umrah li an-Nawawi, hlm. 214 menyatakan tentang pendapat Ibnu Taimiyah yang mengingkari kesunnahan safar (perjalanan) untuk menziarahi makam Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi Wasallam: "Janganlah tertipu dengan pengingkaran Ibnu Taimiyah terhadap kesunnahan ziarah ke makam rasulullah ini, kerana sesungguhnya beliau adalah seorang hamba yang disesatkan oleh Allah sepertimana yang diperkatakan oleh al-‘Izz Ibn Jamaah". Al-hafidz Al-Faqih Taqiyyuddin as-Subki juga dengan panjang lebar telah membantahnya dalam sebuah tulisannya yang tersendiri.

Perkataan Ibnu Taimiyah yang berisi dengan celaan dan penghinaan terhadap Rasulullah Muhammad ini tidaklah suatu yang aneh kerana beliau ( bukan terhenti setakat itu sahaja) bahkan telah mencaci Allah, Maha Suci Allah dari perkataan orang-orang zalim yang kafir dan mulhid/atheis. Ibnu Taimiyah menisbahkan hal-hal yang tidak layak bagi Allah, beliau menyatakan Allah memiliki arah, tangan, kaki, mata (yang merupakan anggota badan) dan hal-hal buruk yang keji. Kerananya, demi Allah beliau telah dikafirkan oleh banyak para ulama, semoga Allah memperlakukannya dengan keadilan-Nya dan tidak menolong pengikutnya yang mendukung dan mempertahankan pendustaan-pendustaan yang dilakukan oleh Ibnu Taimiyah terhadap Syari’at Allah yang mulia ini”. Ibn Hajar Al-Haytami dalam kitab lainnya Fatawa al-Hadithiah m/s 114 -116 menyebut : “ Ibn Taymiyah adalah seorang hamba yang tidak diberi pertolongan oleh Allah, disesatkan, dibutakn, dipekakkan, dan dihinakan akannya, demikian itu sebagaimana dishorihkan/dijelaskan oleh a`immah (imam-imam) yang tampil menerangkan kefasadan (kerosakan) hal keadaannya dan mendustakan perkataan-perkataannya. Dan sesiapa yang ingin (mengetahui kefasadannya itu) hendaklah bermuthalaah (mengulangkaji) kata-kata Imam Mujtahid yang disepakati akan keimamamnya dan kemuliaannya dan sampainya kepada martabat ijtihad –iaitu- Abi al-Hasan as-Subki dan anaknya al-Taj As-Subki dan Syiekh Imam al-‘Izz Bin Jama’ah dan ulama’ yang sezaman dengan mereka serta lainnya daripada al-Syafi’yyah dan al-Malikiyyah dan al-Hanafiyyah”.

Pengarang kitab Kifayatul Akhyar, Syiekh Taqiyy ad-Din al Hushni (W 829 H), setelah menuturkan bahawa para ulamak dari empat madzhab menyatakan Ibnu Taimiyah sesat dan keluar daripada landasan Islam secara IJMA' ULAMA', dalam kitabnya Daf’u Syubah Man Syabbaha Wa tamarrada beliau menyatakan: “Maka dengan demikian, kekufuran Ibnu Taimiyah adalah hal yang disepakati oleh para ulama’.” Dalam kitab yang sama m/s. 123, (cetakan Isa al-Baabi al-Halabi) berbunyi:“Syeikh Zainuddin Ibn Rajab al-Hanbali adalah salah seorang daripada ulama’ yang menghukum kafir Ibn Taimiyah. Dia mempunyai penolakan ke atas Ibn Taimiyah. Dia juga pernah mengangkat suara dengan keras mengkufurkan Ibn Taimiyah di dalam beberapa majlisnya. Disamping itu, Imam al-Subki juga mempunyai hujah untuk mengkufurkannya..” Pada halaman yg lain, beliau mengatakan: “banyak masalah-masalah yang dilakukan oleh Ibn Taimiyah menyimpang daripada kebenaran.”

Adz-Dzahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, m.s. 23 (cetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik):“Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yang telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tidak dipercayai antara kebenaran dengan kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yang menerangi kehidupan, lebih-lebih lagi tentang al-salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap-gelita..”

Dalam kitab yang sama hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: “ Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu Taimiyah), sehinggalah saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya peroleh adalah; ternyata bahawa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama’ Syam dan Mesir serta beliau dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah kerana beliau seorang yang sombong takabbur, terlena oleh diri sendiri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan cenderung untuk mengepalai dan memimpin para ulama’ serta sering memperlekeh para ulama’ besar.

Lihatlah wahai pembaca betapa berbahayanya sikap mengaku-ngaku sesuatu yang tidak dimilikinya dan betapa nestapanya akibat yang ditimbulkan dari kecenderungan terhadap populariti dan kemasyhuran ( mencari nama). Kita mohon semoga Allah mengampuni kita". Adz-Dzahabi melanjutkan: “Sesungguhnya apa yang telah menimpa Ibnu Taimiyah dan para pengikutnya, hanyalah sebahagian dari risiko yang harus mereka peroleh, janganlah pembaca ragukan hal ini”.

Risalah adz-Dzahabiah ini memang benar adanya-( sekarang wahabi mengingkari wujudnya risalah ini)-dan ditulis oleh Adz-Dzahabi sendiri kerana al Hafizh as-Sakhawiy (W 902 H)- murid kepada Ibn Hajar Al-Asqolany menukilkan perkataan adz-Dzahabi ini dalam bukunya al I’lan bi at-Taubikh, hlm. 77. Suatu peringatan dari penulis jika didapati dari mana-mana kitab bahawa adz-Dzahabi memuji Ibn Taimiyah ketahuilah semua itu sebelum tertulisnya Risalah adz-Dzahabiah. Bahkan Adz-Dzahabi menegaskan pendiriannya terhadap ibn Taimiyah sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Asqolany dalam ad-Durar al Kaminah juz I, hlm. 151:“ Dan saya –adz-Dzahabi- saya tidak beri’tiqod bahawa padanya (ibn Taymiyah) itu terpelihara dari dosa (ishmah) bahkan saya bercanggah dengannya dalam masalah-masalah usul (iktiqod) dan furu’ (cabang)“.

Al Hafizh Abu Sa’id al ‘Ala-i yang merupakan guru Al-Hafiz al-Iraqi (W 761 H) adalah antara ulamak yang semasa dengan ibnu Taimiyah juga mencelanya dengan keras dan menyenaraikan kesesatan-kesesatan ibn Taimiyah. Perkara ini dinukilkan oleh al-Muhaddith al-Hafidz al-Muarrikh Shamsul al-Din Bin Thulun di dalam Dakhair al-Qasr m/s 69. Abu Hayyan al Andalusi (W 745 H) juga melakukan hal yang sama, sejak membaca pernyataan Ibnu Taimiyah dalam Kitab al ’Arsy yang berbunyi: “Sesungguhnya Allah duduk di atas Kursi dan telah meninggalkan tempat kosong di Kursi itu untuk mendudukkan Nabi Muhammad shallallahu ‘alayhi wasallam bersama-Nya”, beliau melaknat Ibnu Taimiyah sehinggalah beliau wafat. Abu Hayyan mengatakan: “Saya melihat sendiri hal itu dalam bukunya dan saya tahu betul tulisan tangannya". Semua ini dituturkan oleh Imam Abu Hayyan al Andalusi dalam tafsirnya yang berjudul An-Nahr al Maadd min al Bahr al Muhith..


Ibnu Taimiyah juga menuturkan iktiqodnya bahwa Allah duduk di atas ‘Arsy dalam beberapa kitabnya: Majmu’ al Fatawa, juz IV, hlm. 374, Syarh Hadits an-Nuzul, hlm. 66, Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah, juz I , hlm. 262. Keyakinan dan kepercayaan seperti ini jelas merupakan kekufuran. Ianya dikira sebagai kekufuran Tasybih; yakni menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya sebagaimana dijelaskan oleh para ulama Ahlus sunnah. Ini juga merupakan bukti bahwa pernyataan Ibnu Taimiyah Mutanaaqidh (Pernyataannya sering bertentangan antara satu dengan yang lain, wa al-Mubthil Mutanaaqidh). Bagaimana beliau boleh mengatakan –pada suatu ketika-bahawa Allah duduk di atas ‘Arsy dan - pada ketika yang lain-mengatakan Allah duduk di atas Kursi ?!, padahal kursi itu jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan ‘Arsy sebagaimana dijelaskan oleh hadith nabi sollallahu ‚alaihi wasallam... nauzubillah.

Imam al-Kauthari (Wakil Ulama' Utsmaniyyin) di dalam kitab “Maqalaat” m/s. 35 menyifatkan bahawa Ibn Taimiyah adalah seorang pengikut Ibn Malikan, ahli falsafah yahudi apabila beliau (Ibn Taimiyah) menisbahkan suara kepada Allah Subhanahu wa taala dan pendapatnya yang mengatakan bahawa menjelmanya benda-benda yang baharu pada zat Allah. Pada m/s. 241 pula, beliau mengkritik tindakan Ibn Taimiyah yang menuqilkan hasil-hasil penulisan al-Mujassimah ke dalam kitabnya. Manakala pada m/s. 242 beliau mengemukakan beberapa contoh nuqilan Ibn Taimiyah yg menunjukkan kepada aqidah al-Tasybih.

Setelah dikemukakan semua ini , sepatutnya tidaklah pantas terutama bagi orang yang mempunyai kedudukan di sisi masyarakat (ustaz, tok guru, qadhi, mufti, dan sebagainya) dan yang mempunyai pengikut untuk memuji Ibnu Taimiyah kerana jika ini dilakukan maka orang awam yang jahil akan mengikutinya dan mengambil kata-katanya. Ekoran daripada itulah akan muncul bahaya yang sangat besar. Kerana Ibnu Taimiyah adalah penyebab berlakunya wabak pengkafiran terhadap orang yang ber-tawassul, beristighatsah dengan Rasulullah dan para Nabi, pengkafiran terhadap orang yang berziarah ke makam Rasulullah, para Nabi serta para wali untuk ber-tabarruk. Padahal pengkafiran seperti ini belum pernah terjadi sebelum kemunculan Ibnu Taimiyah. Inilah antara bid’ah yang mula-mula dipelopori oleh ibn Taymiyah. Sementara itu, dewasa ini para pengikut Ibnu Taimiyah (wahhabi) juga mengkafirkan orang-orang yang ber-tawassul dan ber-istighatsah dengan para nabi dan orang-orang yang Soleh, bahkan mereka menamakan Syiekh ‘Alawi ibn Abbas al Maliki dengan nama Thaghut Bab as-Salam (ini bererti mereka mengkafirkan Sayyid ‘Alawi), kerana beliau -semoga Allah merahmatinya- mengajar di sana, di Bab as-Salam, al Masjid al Haram, Makkah al Mukarramah.

Jadi isu Ibn Taymiyah dan golongan mujassim wahabiyah bukanlah isu khilafiyah sebagaimana yang disangka-sangkakan. Kekufurannya pula amat jelas dan berbukti. Ini juga bukanlah suatu fitnah terhadapnya kerana kalam-kalam kufur Ibnu Taymiyah sememangnya sabit dalam kebanyakan kitab-kitab ulama'-ulama' dan dalam kitab-kitab beliau sendiri dan amat mustahil jika ada yang menyatakan kalam-kalam ibn taymiyah tidak sabit bahkan anak-anak muridnya juga menukilkannya di dalam kitab-kitab mereka...nantikan senarai ulama'-ulama' yang memfatwakan Ibn taimiyah sebagai mujassim, sesat, dan keluar dari landasan Islam...insyaallah.

Di Sediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany

( 0133005046)

No comments: