Sunday, July 20, 2008

IMAM AL-QURTUBY MENGKAFIRKAN MUJASSIMAH


Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046
http://abulehyah.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

Isu Mujasimah :

Isu Mujassimah amat jelas sekali diterangkan oleh Imam al-Qurtubi Al-Maliki di dalam kitab tafsirnya yang mahsyur ; (( Al-jami' li Ahkam al-Quran )). Kitab tafsir ini memenuhi standard fiqhiyyah kerana pentafsirannya berteraskan pandangan-pandangan ulamak-ulamak mazhab muktabar dalam bidang fiqh ahkam. Ianya digunapakai di mana-mana universiti, dalam dan luar negara dan amat bernafaat untuk dijadikan rujukan di dalam Pelbagai isu yang berkaitan dengan Fiqh.

Di dalam Kitab (( Al-jami' li Ahkam al-Quran )), Imam al-Qurtuby mensifatkan dan mendifinisikan al-Mujassimah (Al-wahhabiyah sekarang ini) ;

" ORANG YANG MENGUMPULKAN APA YANG TERDAPAT DI DALAM AL-QURAN YANG MANA SECARA ZAHIRNYA MEMBAWA MAKNA JISIM SEHINGGALAH DENGAN ITU MEREKA MENJISIMKAN PENCIPTA DENGAN JISIM YANG BOLEH MENJISIMKAN, BOLEH DIGAMBARKAN YANG MENJADIKAN GAMBARAN, LAGI YANG MEMPUNYAI MUKA, MATA, TANGAN, KAKI, JARI JEMARI, PADAHAL ALLAH TAALA MAHA SUCI DARIPADA BERSIFAT DEMIKIAN."

Selepas beliau memberikan pandangan yang sedemikian, beliau menaqolkan pandangan ulamak-ulamak dalam masalah ini lalu mentashhihkan dan mentarjih pandangan kedua iaitu :

Pandangan Kedua :

" PANDANGAN YANG SAHIH IALAH PENGKAFIRAN TERHADAP MEREKA (MUJASSIMAH), TIDAK ADA PERBEZAAN DI ANTARA MEREKA DAN DAN PENYEMBAH BERHALA DAN PENYEMBAH GAMBAR. DIMINTA DARIPADA MEREKA SUPAYA BERTAUBAT SEKIRANYA MEREKA RELA BERTAUBAT TETAPI SEKIRANYA MEREKA ENGGAN BERBUAT DEMIKIAN MESTILAH MEREKA DIBUNUH SEBAGAIMANA DILAKUKAN KEPADA MEREKA YANG TELAH MURTAD".

Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046
http://abulehyah.blogspot.com/

No comments: