Thursday, July 24, 2008

Ibn Hajar Haitamy Al-Makky Mengkafirkan Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim al-Jauziyyah



Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد



وقال أيضًا ما نصه (حاشية الإيضاح ص 443) :"ولا يُغتر بإنكار ابن تيمية لسنّ زيارته صلى الله عليه وسلم فإنه عبد أضلَّه الله كما قال العز بن جماعة، وأطال في الرد عليه التقي السبكي في تصنيف مستقل، ووقوعه في حق رسول الله صلى الله عليه وسلم ليس بعجيب فإنه وقع في حق الله، سبحانه وتعالى عما يقول الظالمون والجاحدون علوًّا كبيرًا، فنسب إليه العظائم كقوله: إن لله تعالى جهة ويدًا ورجلاً وعينًا وغير ذلك من القبائح الشنيعة" اهـ.



Ibnu Hajar Al-Haytami al-Makkiy (W 974 H) dalam karyanya Hasyiyah al-Idhah fi Manasik al Hajj Wa al 'Umrah li an-Nawawi, hlm. 443 menyatakan tentang pendapat Ibnu Taimiyah yang mengingkari kesunnahan safar (perjalanan) untuk menziarahi makam Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi Wasallam: "Janganlah tertipu dengan pengingkaran Ibnu Taimiyah terhadap kesunnahan ziarah ke makam Rasulullah ini, kerana sesungguhnya beliau adalah seorang hamba yang disesatkan oleh Allah sepertimana yang diperkatakan oleh al-‘Izz Ibn Jamaah". Al-hafidz Al-Faqih Taqiyyuddin as-Subki juga dengan panjang lebar telah membantahnya dalam sebuah tulisannya yang tersendiri. Perkataan Ibnu Taimiyah yang berisi dengan celaan dan penghinaan terhadap Rasulullah Muhammad ini tidaklah suatu yang aneh kerana beliau ( bukan terhenti setakat itu sahaja) bahkan telah mencaci Allah, Maha Suci Allah dari perkataan orang-orang zalim (yang kafir) dan pekatan mereka yang ingkar. (Ibnu Taimiyah) menisbahkan hal-hal yang tidak layak bagi Allah, beliau menyatakan Allah memiliki arah, tangan, kaki, mata (yang merupakan anggota badan) dan hal-hal buruk yang amat keji. Seterusnya beliau mengatakan "Kerananya, demi Allah beliau telah dikafirkan oleh banyak para ulama, semoga Allah memperlakukannya dengan keadilan-Nya dan tidak menolong pengikutnya yang mendokong dan mempertahankan pendustaan-pendustaan yang dilakukan oleh Ibnu Taimiyah terhadap Syari’at Allah yang mulia ini”. "



وقال أيضًا ما نصه (ص 203) :"وإياك أن تصغي إلى ما في كتب ابن تيمية وتلميذه ابن قيم الجوزية وغيرهما ممن اتخذ إله هواه وأضله الله على علم وختم على سمعه وقلبه وجعل على بصره غشاوة فمن يهديه من بعد الله، وكيف تجاوز هؤلاء الملحدون الحدود وتعدوا الرسوم وخرقوا سياج الشريعة والحقيقة فظنوا بذلك أنهم على هدى من ربهم وليسوا كذلك" اهـ.


Ibn Hajar al-Haitamiy kemudiannya berkata dalam kitab yang sama, m/s 203 :" Janganlah sekali-kali kamu mendengar -yakni meneliti- apa yang terdapat di dalam kitab Ibn Taymiyah dan anak muridnya Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dan selain keduanya (yang sealiran) yang mengambil/menjadikan Tuhannya mengikut hawa nafsunya. Allah telah menyesatkannya dengan ilmu, menutup rapat pendengarannya, hatinya (daripada kebenaran), Allah telah menjadikan penutup pada penglihatannya. Maka barangsiapa mengikutnya jauhlah ia dari Allah Taala, bagaimana boleh mereka yang Mulhid/athies ini berani melampaui batasan, dan dan melampaui garisan,dan mencarik batasan syariat dan hakikat kebenaran. Mereka dengan yang sedemikian itu menyangkakan bahawa mereka sahajalah yang betul di atas petunjuk di sisi Tuhan, padahal hal keadaan mereka bukanlah sedemikian itu ".




Ibn Hajar Al-Haytami dalam kitab lainnya Fatawa al-Hadithiah m/s 114 -116 menyebut : “ Ibn Taymiyah adalah seorang hamba yang tidak diberi pertolongan oleh Allah, disesatkan, dibutakn, dipekakkan, dan dihinakan akannya, demikian itu sebagaimana dishorihkan/dijelaskan oleh a`immah (imam-imam) yang tampil menerangkan kefasadan (kerosakan) hal keadaannya dan mendustakan perkataan-perkataannya. Dan sesiapa yang ingin (mengetahui kefasadannya itu) hendaklah bermuthalaah (mengulangkaji) kata-kata Imam Mujtahid yang disepakati akan keimamamnya dan kemuliaannya dan sampainya kepada martabat ijtihad –iaitu- Abi al-Hasan as-Subki dan anaknya al-Taj As-Subki dan Syiekh Imam al-‘Izz Bin Jama’ah dan ulama’ yang sezaman dengan mereka serta lainnya daripada al-Syafi’yyah dan al-Malikiyyah dan al-Hanafiyyah”.


قال الشيخ ابن حجر الهيتمي في كتابه الفتاوى الحديثية (ص 116) ناقلاً المسائل التي خالف فيها ابن تيمية إجماع المسلمين ما نصه:"وان العالم قديم بالنوع ولم يزل مع الله مخلوقًا دائمًا فجعله موجبًا بالذات لا فاعلاً بالاختيار تعالى الله عن ذلك، وقوله بالجسمية، والجهة والانتقال، وانه بقدر العرش لا أصغر ولا أكبر، تعالى الله عن هذا الافتراء الشنيع القبيح والكفر البراح الصريح" اهـ



Berkata Syeikh Ibn Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Haditsiah m/s 166 sebagai nukilan kepada permasalahan-permasalahan Ibn Taymiyah yang bercanggah dengan ijmak Muslimin sebagaimana nash kata-katanya :" (Ibn Taymiyah beriktikod sebagaimana falsafah Yunani, mengatakan Allah sediakala pada jenisnya) Dan sesungguhnya Alam sediakala pada jenisnya dan senantiasa kekal bersama Allah sebagai makhluk, maka dia telah menjadikannya wajib bagi zat bukan dengan perbuatanya dengan ikhtiar. Padahal Maha Suci Allah Taala daripada disifatkan dengan yang sedemikian itu. Dan kata-katanya (Ibn Taymiyah) dengan pentajisiman (menjisimkan Allah - menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang ada pada jisim), mempunyai arah, berpindah-randah,dan bahawa Dia bersaiz sebesar Al-Arasy bukan kecil atau pun besar, padahal (yang sedemikian itu) Maha Suci Allah Taala daripada rekaan dan penipuan ini yang amat keji, buruk,dan membawa kepada kekufuran yang jelas nyata".


Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitamiy dalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah : “ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Asy-Syafie, Imam Maliky, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.

Siapakah Ibnu Hajar Al-Haitamiy ?


Ahmad Ibn Muhammad Ibn 'Ali Ibn Hajar al-Haitamy al-Mishry al-Makky ( 909 - 974 H ). Beliau adalah bermazhab Syafie dan dalam akidah bermethodologikan Asya'roh iaitu akidah rasulullah sollallaa






Oleh itu..Berhati -hatilah anda, isteri dan anak anda daripada dokrin wahhabiyah dan kuncu-kuncunya..



Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany


No comments: