Thursday, June 19, 2008

WAHHABI MENGKAFIRKAN SULTAN SHOLAHUDDIN AL-AYYUBIY

WAHHABI MENGKAFIRKAN SHOLAHUDDIN AL-AYYUBIY

Di sediakan oleh :

Abu lehyah Al-Kelantany

0133005046

Al-Wahhabiyah adalah pengikut Muhammad Abd Wahhab. Mereka berpegang teguh dengan metodologi yang dibawa oleh Muhammad Abd Wahhab iaitu mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka.

Marilah kita sama-sama mendengar perbualan di atas, yang mana seorang wahhabi telah mengkafirkan Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi , Abul Hasan Al-Asy’ary, Imam Nawawi, dan Ibn Hajar Al-Asqolany. Begitu juga golongan wahhabi mengkafirkan Muhammad Al Fatih Al-Maturidy.

Rasulullah bersabda : “ Sampai bila engkau akan gerun untuk menyebut perbuatan orang yang zalim, sebutkanlah apa yang telah dia lakukan supaya manusia yang lain dapat berwaspada daripadanya”

Amatlah perlu diketahui bahawa golongan wahabi mengkafirkan semua orang Islam tanpa hak, dan menghalalkan pembunuhan ke atas mereka.

Menurut Mufti Al-Hanabilah ( bermazhab Hanbali) Syeikh Muhammad Bin Abdullah Bin Humaid An-Najdiy (W 1225H), telah menyatakan dalam kitabnya “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” m/s 276 : “Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya, dan dalam masa yang sama beliau tidak mampu membunuhnya secara terang-terangan, maka beliau akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut secara sembunyi-sembunyi di katilnya atau di pasar pada waktu malam kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”. Selesai kata-kata Mufti Al-Hanabilah Syeikh Muhammad Bin Abdullah Bin Humaid An-Najdiy.

Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan W 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Humaid menyatakan dalam kitabnya “ Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah m/s 42: “ Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik .

Mufti Ahmad Zaini Dahlan berkata lagi di dalam m/s 46 : “ Muhammad Bin Abd Wahhab pernah berkata : Aku menyeru kamu kepada tauhid dan meninggalkan syirik kepada Allah Taala dan semua orang sebanyak kurang 7 lapisan masyarakat(terdahulu) adalah musyrik. Barangsiapa membunuh seorang musyrik maka beliau berhak mendapat syurga”.

Muhammad bin Abd Wahhab dan jemaahnya mengkafirkan umat Islam, mereka menghalalkan darah umat Islam, harta benda umat Islam halal, dan merosakkan serta menceroboh kemulian dan kehormatan Nabi Muhammad Sollaahu ‘alaihi wasallam dengan melakukan beberapa penghinaan kepadanya, mereka mentashrihkan( membuat kenyataan yang amat jelas) pentakfiran terhadap umat Islam yang hidup sebelumnya semenjak 600 tahun lagi. Orang yang pertama sekali membuat kenyataan pengkafiran yang jelas terhadp umat Islam ialah Muhammad Bin Abd Wahhab. Beliau pernah berkata : “ Aku datangkan kepada kamu suatu agama yang baru”. Beliau beri’tiqod dan mempercayai Islam hanyalah tertumpu pada dirinya dan pengikutnya sahaja dan selain mereka kesemuanya kafir musyrik. Saudara boleh rujuk fakta ini di dalam kitab Duraru As-Saniyyah m/s 42 dan muka surat selepasnya.

Pada tanggapan golongan Al-Wahhabiyyah ini, Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi adalah seorang yang sesat dalam akidah (kafir) kerana beliau seperti mana umat Islam yang lain mensucikan Allah daripada sifat berjisim, tidak bertempat, tidak berupa dan berbentuk, dan tidak juga beranggota.

Mufti Ahmad Zaini Dahlan menyebut lagi di dalam karya tulisannya (( Umaraa-ul Baladil Haram )) m/s 297-298, cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr : Sesungguhnya golongan Al-Wahhabiyyah apabila memasuki Taif, mereka telah melakukan jenayah pembunuhan secara menyeluruh, dan mereka menguasai orang dewasa dan kanak-kanak, rakyat dan juga pemimpin, membunuh golongan syarif (ahlul bait) dan juga kanak-kanak kecil yang masih lagi di dalam susuan ibunya, tatkala itu mereka menyembelih hidup-hidup kanak-kanak kecil yang masih menyusu di pangkuan ibu mereka, mereka membunuh umat Islam di rumah-rumah dan di kedai-kedai kecil. Apabila mereka mendapati ada satu jemaah umat Islam mengadakan pengajian Al-Quran , lalu bersegera mereka membunuh jemaah tersebut sehingga tiada lagi yang tinggal di kalangan mereka. Kemudian mereka keluar ke masjid –masjid , mereka membunuh seorang lelaki yang sedang rukuk atau sujud dalam solat, dan mereka melakukan rampasan wang-wang dan harta benda, kemudian mereka memijak-mijak mashhaf dengan kaki-kaki mereka, manakala naskhah kitab-kitab Imam Bukhary dan Muslim dan kitab-kitab yang lain dalam bidang hadits, fiqh dan nahu selepas mereka tebarkan di jalanan dan di kawasan-kawasan tanah rendah. Mereka mengambil harta benda orang muslimin, lalu mereka membahagikannya di antara mereka sebagaimana dibahagikan harta rampasan perang (ghanimah) hasil peperangan dengan golongan kuffar.”

Mufti Makkah Syeikh Ahmad Zainiy Dahlan berkata lagi : { “ Berkata Sayyid Al-Syeikh ‘Alawi Bin Ahmad Bin Hasan Al-Haddad Ba’lawi dalam kitabnya (( JALA’ UDZ ZHOLAM FIR RODDI ‘ALA AN-NAJDIY ATOLLAL ‘AWAM )) : “ Dan hasilnya, sesungguhnya ulama’ muhaqqiq di sisi kami berpandangan perkataannya dan perbuatannya itu (iaitu Muhammad Abd Wahhab) adalah sesuatu yang mewajibkan keluarnya dia daripada kaedah-kaedah yang di letakkan oleh Islam, dan perbuatan menghalalkan perkara yang telah pun diijmakkan ke atas pengharamannya secara “Maklum Mina Diin bithoruroh” (iaitu orang alim dan jahil tahu akan hukum halal dan haramnya) di samping beliau merendah-rendahkan para nabi, para rasul, para wali dan para ulama’ yang soleh, dan sikap merendah-rendah mereka (wahhabiyah) itu adalah suatu kekufuran secara ijmak ulamak 4 mazhab”. Selesai kata-kata Mufti Makkah tersebut.

Maka dengan penjelasan ini jelas dan teranglah bahawa Muhammad Bin Abd Wahhab dan pengikut-pegikutnya datang dengan membawa ajaran agama baru bukannya Agama Islam. Beliau pernah mengakuinya dalam kitab (( Kash Asy-Syubuhat)) : “ Barangsiapa yang melibatkan diri dalam dakwah (sebenarnya dakyah) bersama kami dia akan mendapat apa yang ada pada kami dan kami ada hak apa yang ada padanya, dan barangsiapa yang tidak mahu menyertai kami, maka dia adalah kafir, darah dan hartanya halal ” .

Berkata al-Qanuji al-wahhabiy dalam kitabnya yang berjudul (( Ad-deen al-Khalish) jilid 1 m/s 140 : “ Bertaklid pada mana-mana mazhab adalah dikira sebagai syirik”. Oleh yang demikian itu, pada tanggapan beliau, semua umat Islam hari telah kafir ini kerana mereka mengikut mazhab yang empat. Jadi sebab itulah golongan wahhabi menyarankan semua orang berijtihad, sekiranya tidak berbuat demikian mereka adalah kafir di sisi golongan al-wahhabiyah.

Salah seorang wahhabi yang menjadi tenaga pengajar di universiti pemproses produk wahhabi yang di namakan sebagai Universiti Islam ( al-Jami’ah Al-Islamiyah), Muhammad Bin Sinan , beliau menyebut di dalam kitabnya (( Al-Majmu’ Al-Mufid Min ‘Aqidah At-Tauhid )), m/s 55 : “ Wahai orang-orang Islam! tidak bermanfat langsung Islam kamu melainkan jika kamu mengiklankan peperangan yang membabi buta ke atas torikat-torikat kesufian ini, kemudian kamu putuskan ke atas mereka dengan hukuman bunuh. Bunuhlah mereka sebelum kamu membunuh Yahudi dan Majusi.” Selesai nukilan daripada kata-kata wahhabi tadi.

Golongan al-Wahhabiyah telah mengkafirkan penduduk setiap Negara Islam dan ulamak-ulamak Umat Islam sebagaimana terbukti di dalam kitab mereka yang diberi nama (( Fathul Majid )), mereka mengatakan pada m/s 190 : “ Secara khususnya, apabila diketahui kebanyakan ulamak-ulamak di Mesir hari ini tidak mengetahui ilmu tauhid melainkan apa yang diperakui dengan pendirian orang-orang kafir musyrik ”. kemudian mereka berkata : “ Penduduk Makkah adalah Kuffar kerana mereka menyembah khadijah, penduduk Madinah adalah kuffar kerana mereka menyembah Nabi Muhammad dan Hamzah”. Sikap umat Islam cintakan nabi dipanggil sebagai penyembah, kerana golongan wahhabi sebenar mereka ingin umat islam masuk islam tajaan mereka sahaja yang berorientasikan Muhamad Abdul Wahhab dan Harrany. Pergi ziarah kubur depa cakap sembah kubur..subhanallah bodoh..

Oleh kerana umat islam mentanzihkan Allah daripada sifat jisim dan aggota, itulah sebabnya kenapa mereka mengkafirkan umat Islam. Padahal ulamak-ulamak muktabar mengatakan merekalah yang pada hal sebenarnya kuffar berdasarkan dua sebab :

  1. Sebab mentashbihkan Allah dengan makhluk
  2. Mereka mengkafirkan umat Islam

Kemudian lagi mereka mengatakan : “ Penduduk mesir adalah semuanya Kuffar kerana mereka menyembah Ahmad Al-Badawi, penduduk Iraq dan siapa sahaja yang tinggal disekelilingnya seperti penduduk Oman semuanya Kuffar kerana mereka menyembah Jailany (Syeikh Abd Qadir Jailany), dan penduduk Syam semuanya kuffar kerana mereka menyembah Ibn ‘Arabiy dan begitulah juga penduduk Najd dan dan penduduk Hijaz sebelum kedatangan dakwah alwahhabiyyah, dan idak ketinggalan juga penduduk Yaman.” Selesai nukilan dari kitab fathul majid.

Dan di dalam kitab mereka yang bernama “ Al-I’shor At-Tauhid” karangan nabil Muhammad mengakui bahawa mereka mengkafirkan golongan sufi, pengamal toriqot-toriqot, dan penduduk Negara Islam seperti Mesir, Libya, Arab sebelah barat (maghribi), Hindi, faris (Iran), Asia Barat, Negara Syam ( Palestin Syiria, Lubnandan Jordan), Nigeria,Turkey, Negara Rom,Afghanistan, Negara Cina Turkistan, Sudan, Tunisia, Marakisy dan Jaza-ir (UAE).

Dan di dalam kitab mereka (( Halaqaat Mamnu’ah )) karangan Husam al-‘aqad bermuka surat 25, beliau mengkafirkan sesiapa sahaja yang berselawat ke atas nabi 10 kali atau berzikir dengan kalimah لا اله إلا الله sebanyak seribu kali. Di samping itu juga mereka mengatakan Sultan-sultan pada zaman pemerintahan Utsmanniyah menggalakkan umat islam supaya menyembah kubur. Selesai nukilan daripada kitab tersebut.

Di dalam akhbar yang bernama (( As-Safir)) yang di terbitkan pada hari sabtu bertarikh 30 jaziran tahun 2001 m/s 11 membongkarkan Muhammad Husnain Haikal tentang satu watikah yang terdapat padanya salah seorang pembesar atau pemimpin al-wahhabiyah berkata : “ tidak sepatutnya di sana berlaku peperangan di antara orang Islam yang terpilih iaitu golongan al-wahhabiyah melainkan lawannya itu adalah orang-orang musyrik dan orang-orang kafir. Orang yang pertama kafir musyrikin ialah orang-orang Turkey pada zaman pemerintahan Utsmaniyun, begitu juga mereka yang berkuturunan nabi daripada Bani Hashyim, dan secara ringkasnya semua yang mengikut ajaran nabi Muhammad melainkan golongan Al-wahhabiyah”.

Keterlampauan golongan extremis dan pengganas ini sampai keperingkat ghuluw yang bersangatan apabila Sayyidatina Hawa’ pun tidak selamat daripada pengkafiran golongan Al-wahhabiyah ini. Ini adalah berbukti sebagaimana ang disebut oleh al-Qanuji di dalam Kitab (( Ad-Deen Al-Khalish))m/s 120 : “ Yang sebenarnya perkara syirik memang berlaku kepada Hawa’ sahaja bukannya Adam”. Jadi dengan ini difahami golongan wahabi telah meletakkan keturunan manusia sampai ke hari ini adalah berhasil daripada hubungan antara Nabi Adam dan Hawa’ adalah anak zina..wal’iyazubillah..

Ulangan ; wahabi mengkafirkan umat Islam kerana mereka mentanzihkan Allah daripada sifat makhuk, jisim, berupa bentuk, berangota, berarah dan berhad. Lalu dengan itu, mereka mengkafirkan Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqolany yang bergelar Amir Mukminin dalam bidang hadits, mengkafirkan Imam Nawawi, mengkafirkan al-Hafidz al-Faqih Al-Imam Taqiuddin As-Subki, mengkafirkan al-Hafidz Al-Imam Al-Baihaqi, mengkafirkan Sultan Sholahuddin Al-Ayyubiy sehinggakan juga berani mengkafirkan Sultan Muhammad Al-Fatih Al-Maturidy yang telah disabdakan oleh junjunan besar kita nabi Muhammad Sollallahu ‘alaihi wasallam ;

لتفتحنّ القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش

Kota konstantinopel itu benar-benar akan dibuka yang mana sehebat-hebat pemimpin ketika itu adalah pemimpinnya dan sehebat-hebat tentera adalah tenteranya itu ”. ( Riwayat Imam Ahmad didalam musnadnya dan al-Hakim dalam Mustadrak dengan sanad yang sohih.)

Sejarah telah menyatakan bahawa diantara pemimpin terkenal konstantinopel adalah Muhammad Al-Uthmany yang telah membuka Bandar Konstantinopel yang merupakan satu kebangaan yang besar serta agong terhadap umat islam dan Imam Muhammad al-Fatih ini terkenal berpegang dengan akidah Asya’irah .


Saudara inilah musibah besar kepada umat Islam hari ini timbulnya wahhabiyah sebagai agen pentakfir umat islam dan menghalakan darah umat islam. Mendiamkan kiri daripada mentahzir mereka boleh menyebabkan mereka kuat dan bermaharajalela dan boleh menjerat kita serta menjerumuskan kita kepada mereka. Oleh itu waspadailah masyarakat daripada terjebak dengan golongan ini, jauhi anak-anak daripada mendekati mereka. Wabak wahhabi yang bervirus ini bakal membunuh generasi insan akan datang. Tunaikan amanat Rasulullah dengan melaksanakan Amar ma’ruf nahi Munkar..Insyaallah.

Di sediakan oleh :

Abu lehyah Al-Kelantany

0133005046

No comments: