Saturday, June 7, 2008

ULAMAK-ULAMAK KELANTAN MENOLAK AJARAN MUJASSIMAH


Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah al-Kelantany
(0133005046)

بيان الحق وكشف أهل الضلال

بسم لله الرحيم الرحمن
الحمد لله رب العالمين ،المنـزه عن الشبيه والمثيل والزوجة والولد والإخوان، الموجود بلا جهة ولا مكان، المنـزه عن كل ما لا يليق به من الصفات والنعوت، والملك القهار ذي الجلال والجبروت، وأفضل الصلاة وأتم السلام على سيدنا محمد خير الأنام، وخاتم أنبياء الإسلام، وعلى ءاله الطاهرين، وصحبه الغر الميامين، ومن اتبع منهاجهم واقتفى أثرهم إلى يوم الدين.ـ"قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "حتى متى ترعون عن ذكر الظالم اذكروه بما فيه حتى يحذره الناس


ZAHRATUL MURID FI ‘AQOID AT-TAUHID : PADA BICARA ILMU USUL AD-DIN ATAS MAZHAB ASWJ.


KARANGAN AL-SYEIKH MUHAMMAD ‘ALI BIN ABD AHMAD BIN ABDUL GHAFUR KUTAN AL-KELANTANY.

KANDUNGAN KITAB :

  1. KELEBIHAN ILMU DAN ULAMAK
  2. USULUDDIN / ILMU TAUHID DI SISI ASWJ
  3. RAHSIA DAN KELEBIHAN KALIMAH LA ILA HA ILALLAH

PADA MUKA HADAPAN SYAIR BELIAU BERBUNYI :

(KETAHUI) OLEHMU HAI SEKALIAN IKHWAN * TELAH TETAPKAN OLEH KAMU ISLAM DAN IMAN

BAHAWA SIFAT 20 WAJIB ATAS ORANG * DENGAN BELAJAR DAN BILANG SERTA TERANG

DUA PULUH ITU WAJIB BAGI TUHAN * WAJIB MENGETAHUI DIA LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN

HAI MEREKA YANG MENUNTUT ILMU TAUHID * ATAS KAMU DENGAN KITAB ZAHRATUL MURID

MAKA KITAB INI ASAL DITUNTUTNYA * DAN YANG LAINNYA INI KITAB FURU’NYA

KITAB INI ENGKAU TUNTUT DAN MENGAJI * SUPAYA DAPAT BAGI KAMU YANG DI PUJI

TIADALAH SOH SEMBAHYANG DAN PUASA * SEHINGGA MENTAUHID AKAN TUHAN YANG ESA

DEMIKIAN TIADA DITERIMA AKAN AMAL DAN IBADAT * HINGGA MENDIRI AKAN DALIL DAN MAKRIFAT


AKIDAH TANZIH M/S 10 :


" TIADA IA BERJIRIM YANG MENGAMBIL QADAR ZATNYA DARIPADA LAPANG, TIADA IA ARADH IAITU SIFAT YANG BERDIRI DENGAN JIRIM SEPERTI PUTIH, DAN HITAM, DAN GERAK, DAN DIAM, DAN TIADA IA BERANGGOTA, MAKA TIADA BAGINYA TANGAN DAN TIADA BAGINYA TELINGA DAN TIADA BAGINYA MATA DAN YANG LAINNYA.

ADA PUN FIRMAN ALLAH TAALA :


يد الله فوق أيديهم


MAKA IAITU TANGAN DENGAN MAKNA QUDRAH YANG BERERTI QUDRAT (KEKUASAN) ALLAH TAALA ATAS QUDRAT HAMBANYA DAN TIADA IA BERPIHAK BAGI JIRIM, MAKA TIADA IA PADA SESUATU, ATAU DI ATAS SESUATU, ATAU DI KANAN SUATU, ATAU KIRI SUATU, ATAU DI HADAPAN SUATU, ATAU DIBELAKANG SUATU, DAN TIADA BAGI ALLAH TAALA PIHAK, MAKA TIADA BAGI ALLAH TAALA ATAS, DAN TIADA BAGINYA DI BAWAH, DAN TIADA BAGINYA DI KANAN, DAN TIADA BAGINYA KIRI DAN TIADA BAGINYA HADAPAN DAN TIADA BAGINYA BELAKANG DAN TIADA DIA BERSIFAT DENGAN KECIL ATAU BESAR DENGAN MAKNA BANYAK JUZUK MAKA TIADA MENAFIKAN BAHAWA ALLAH TAALA BERSIFAT DENGAN ‘ADZAMAH YAKNI KEBESARAN PADA PEKERJAAAN PEMERINTAHAN, DAN TIADA TIDUR DAN TIADA MENGANTUK DAN TIADA LALAIDAN TIADA MENGAMBIL FAEDAHPADA SEGALA PERBUATANNYA DAN HUKUMNYA.


SETERUSNYA :


TIADA IA BERTEMPAT DAN TIADA IA BERMASA DAN KERANA BAHAWASANYAALLA TAALA ITU ADA DAHULU DIJADIKANTEMPAT DAN ZAMAN (MASA) DAN TIADA IA DI DALAM ALAM DAN TIADA DILUAR ALAM MAKA TADA IA DIDALAM SESUATUDAN TIADA IA DI LUAR SESUATU,MAKA SEKALIAN ITU MUSTAHIL.


M/S 11 PADA HASYIAHNYA :


BAHAWA ZAT ALLAH TAALA ITU TIADA JISIM.


RISALAH AL’AQOID WAL FAWAID


KARANGAN HAJI DAUD BIN HAJI UMAR AL-KELANTANY.

KANDUNGAN KITAB ;

  1. I’TIQOD ASWJ (SIFAT 2O )
  2. BACAAN SEMBAHYANG DAN SELAWAT KE ATAS RASULULLAH
  3. WIRID TARIQAD AHMADIYAH
  4. DOA-DOA WIRID

PETIKAN BAB TANZIH ALLAH DARIPADA SIFAT MAKHLUK :


{(FASAL)

INI SEBAGAI SYARAH BAGI SETENGAN SIFAT ULUHIYYAH

-BERSALAHAN( MUKHALAFATUHU LIL HAWADITS)-

MAKNA BERSALAHAN BAGI SEGALA MEMUKIN ( MAKHLUK) ITU TIDAK SERUPA ZAT ALLAH TAALA DENGAN SEGALA ZAT MEMUKIN (MAKHLUK),DAN TIDAK SERUPA SIFAT ALLAH TAALA DENGAN SIFAT SEGALA SIFAT MEMUKIN (MAKHLUK), DAN TIDAK SERUPA SEGALA PERBUATAN ALLAH TAALA DENGANSEGALA PERBUATAN MEMUKIN.

KERANA ALLAH TAALA TIDAK BERUPA BERBAGAI, TIDAK BERTUBUH BERNYAWA, TIDAK BERHAD BERQODAR, TIDAK BERKEPALA BERMUKA, TIDAK BERMULUT HIDUNG, TIDAK BERKAKI BERTANGAN, TIDAK BERTAPAK BERJARI, TIDAK BERHATI BEROTAK, DAN TIDAK APA-APA JUZUK DAN APA APA ANGGOTA. MAKA SEKALIANNYA ITU MUSTAHIL BAGI ALLAH TAALA.

DAN TIDAK ADA BAGI ALLAH TAALA ITU KANAN, DAN KIRI, DAN HADAPAN, DAN BELAKANG, DAN ATAS, DAN BAWAH, DAN LUAR DAN DALAM DAN APA-APA PIHAK, MAKA SEKALIAN ITU SIFAT MEMUKIN, MUSTAHIL BAGI ALLAH TAALA.

DAN TIDAK BERSIFAT ALLAH TAALA DENGAN PUTIH, HITAM, HIJAU, KUNING, MERAH, CERAH, CAHAYA, BESAR, KECIL, TINGGI, RENDAH, GERAK, DIAM, BERPINDAH, TETAP, PERGI, DATANG, NAIK, TURUN, BERDIRI, DUDUK, JAGA (BERJAGA), TIDUR, MAKAN, MINUM,SENANG,SUSAH, MUDAH, PAYAH, AKAL, NAFSU, SUKA, DUKA, NIAT, FIKIR TILIK. DAN APA APA SIFAT YANG BAHARU DAN APA-APA KELAKUAN YANG BAHARU MAKA SEKALIAN ITU SIFAT MEMUKIN , MUSTAHIL BAGI ALLAH TAALA.

DAN TIDAK MENGANDUNGI AKAN ALLAH TAALA ITU OLEH TAHUN DAN BULAN DAN SIANG DAN MALAM DAN JAM DAN MANA-MANA MASA. MAKA SEKALIAN ITU SIFAT MEMUKIN MUSTAHIL BAGI ALLAH TAALA.

DAN TIDAK MENGAMBIL LAPANG ZAT TAALA (TIDAK BERPIHAK KEPADA TEMPAT),DAN TIDAK BERTEMPAT DI MANA-MANA TEMPAT DAN DI MANA-MANA PIHAK, TIDAK DI KANAN , TIDAK DI KIRI, TIDAK DIHADAPAN, TIDAK DI BELAKANG, TIDAK DI ATAS, TIDAK DI BAWAH, TIDAK JAUH TIDAK DEKAT, TIDAK BERHUBUNG DENGAN SESUATU, TIDAK BERCERAI DARIPADA SESUATU, TIDAK BERDGAUL DENGAN SESUATU, TIDAK MENGHAIB DI DALAM ALAM, TIDAK ADA DI DALAMNYA ITU SESUATU, TIDAK BERTEMPAT DI DALAM ALAM, TIDAK BERTEMPAT DI LUAR ALAM, DAN TIDAK PULA BESAR HAL KEADAAANNYA TUMPAT, DAN PENUH DI DALAM ALAM, DAN LUAR ALAM. MAKA SEKALIAN ITU SIFAT MEMUKIN JUA, MUSTAHIL BAGI ALLAH TAALA.

(KESIMPULANNYA ) :

SESUNGGUHNYA ALLAH TAALA ITU TIDAK BERUPA BERBAGAI, DAN TIDAK BERTUBUH BERNYAWA, TIDAK BERHAD BERQODAR, DAN TIDAK BERTEMPAT DIMANA-MANA TEMPAT, DAN TIDAK BERPIHAK DENGAN APA-APA PIHAK, DAN TIDAK MENGANDUNGI AKAN DIA OLEH MANA-MANA MASA, DAN TIDAK DAPAT DAPAT AKAN DIA DENGAN LIHAT, DAN DENGAR, DAN CIUM, DAN KECAP, DAN JAMAH (SENTUH), RASA DAN DENGAN HATI, TETAPINYA ADA JUA ALLAH TAALA ITU BUKANNYA TAKDOK (TIADA) DAN TIDAK SUNYI DALAM ALAM DAN LUAR ALAM INI DARIPADA ALLAH TAALA, DAN HAKIKATNYA ITU TIADA SIAPA-SIAPA PUN MENGETAHUI AKAN DIA DAN TIADA SAMPAI KEPADANYA OLEH AKAL SEORANG PUN. KERANA BERSALAHAN ZAT ALLAH TAALA DAN SEGALA SIFATNYA DAN SEGALA PERBUATANNYA ITU BAGI SEGALA MEMUKIN (MAKHLUK) YANG ZAHIR DAN MEMUKIN YANG GHAIB, MEMUKIN YANG SUDAH ADA DAN MEMUNKIN YANG LAGI AKAN ADA DAN MEMUKIN YANG DI DALAM ILMU ALLAH. BERSALAHAN DI DUNIA DAN BERSALAHAN DI AKHIRAT SEHINGGA-HINGGA (BERSANGATAN) BERSALAHAN.

BARANGSIAPA I’TIQOD SERUPA ZAT ALLAH TAALA ATAU SIFATNYA ATAU PERBUATANNYA, MAKA IAITU JADI KAFIR DAN TIADA MENGAPA SERUPA PADA NAMA JUA.

BERMULA DALIL BESALAHAN ALLAH TAALA ITU BAGI SEGALA MEMUKIN ITU ADA MAKHLUK INI DAN FIRMAN ALLAH TAALA :

ليس كمثله شيء

ARTINYA : “TIADA ADA SEUMPAMA ALLAH TAALA SESUATU”.

لم يكن له كفوا أحد

ARTINYA: “ TIADA ADA BAGI ALLAH TAALA SEUMPAMA SESUATU”

لا تجعلوا لله أندادا

ARTINYA : “ DAN JANGAN KAMU JADI BAGI ALLAH TAALA ITU AKAN BEBERAPA BANDINGAN “ }TAMAT NUKILAN PENULIS.


Disediakan oleh :
Abu lehyah Al-kelantany
0133005046

No comments: