KAJIAN ILMIAH RINGKAS :
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Marilah kita berlindung dengan Allah subhanahu wa taala daripada Syaitan yang direjam. Segala puji-pujian kita panjatkan kepada Allah, tuhan yang bersifat degan segala sifat kesempurnaan, yang menjadikan sekalian makhluk, yang menciptakan tempat dan masa, wujudnya qadim lagi azali, tidak dimulai dengan ketiadaan, tanpa bagaimana, tanpa arah yang enam, dan tidak berhajat kepada tempat, selawat dan salam ke atas junjunan besar kita nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam, keluarga baginda,sahabat-sahabat, tabi'iin dan ulama'-ulama ASWJ yang tidak lekang memperjuangkan kelestarian akidah Islam.. Amma ba’d.
Allah berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين
Yang bermaksud : “ wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” .(Al Hujurat ayat 6)
Allah juga Berfirman :
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً) الإسراء :36 )
Yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (al Israk 36)
Sabda Nabi :
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
“Tidak masuk Syurga orang yang menabur fitnah.”[Sahih Muslim]
Mereka yang mengambil jurusan agama pastinya amat “familiar” dengan kitab Fathul Bari ataupun sekurang-kurangnya pernah terdengar ada sebuah kitab hadits yang mu’tabar bernama sedemikian. Kitab ini adalah hasil tulisan islam al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqolany yang bergelar Amirul Mukminin dalam bidang Hadits. Ramai yang bercita-cita untuk bertallaqi kitab tersebut, tetapi jarang yang dapat atau mempunyai “talent” dan betul-betul mahir mengajar kitab ini dengan cara yang disyarahkan oleh Ibn Hajar Al-‘Asqolany.
Sejauh manakah benarnya tohmahan yang dilemparkan oleh Fathul Bari dalam ceramahnya, insya Allah, dengan izin -Nya dan ikhlas niat kerana menuntut keredhaan Allah taala penulis cuba menjawab lontaran fitnah-fitnah beliau dalam rakaman mp3 yang di share oleh abu Usamah Mohamad Masri Bin Ramli (issh...bintang kanak-kanak kecil wahhabi yang bakal diproses) dalam blognya ( sekarang beliau dah delete ) ;
Antara Kesesatan-kesesatan dan Jenayah ilmiah Fathul Bari :
- Tidak mengitsbatkan Allah ada gigi atau tidak sekali-kali menafikan. Padahal al-Quran jelas menafikan sifat bergigi dan sifat-sisat beranggota lain. Rujuk Syura ayat 11, kalimah nafi yang datang dengan sia' nakirah (syai') memberi faedah umum yang membawa maksud Allah mensucikan dirinya daripada segala sifat beranggota,jisim, gambaran kerana semua tu sifat makhluk jua. Dan Allah Maha suci Ia daripada sifat kekurangan.
- Mendakwa “berlambak” sahabat-sahabat nabi yang tidak memahami al-Quran (celaan yang keras kepada para sahabat nabi).Issh..ishh..boleh tak bagi sorang je dulu??Ni bukan sorang tapi.."berlambak"..Allah..subhanakallahu buhtanul adzim.
- Mendakwa bahawa tidak ada seorang pun dari golongan wahhabiyah yang mengkafirkan Asyairah yang merupakan pegangan mejoriti umat islam di dunia sejak berkurun kurun lamanya. hmm..ni macam mana nak jadi wababi kalau syeikh hang sedighi pun tak tau!!..
- Beliau menafikan wahabiyah mengkafirkan Al-Hafiz Ibn- Hajar al-Asqolani dan Imam Al-Nawawi dengan mengatakan tiada seorang pun yang mengkafirkan kedua-dua ulama' ini. Siap mencabar lagi dan yakin tidak ada..hmm nanti ko!!
- Mempertahankan wahhabi dan dan mendakwa mereka sahajalah ASWJ. Mafhum mukhalafahnya selain daripada mereka adalah kapiiaq.
- Menafikan di hadapan khalayak ramai tentang manhaj wahabi yang sebenar, katanya ; wahabi ini tidak pernah mengkafirkan dan membid’ah ulama Islam dan umat. Padahal pada hakikatnya merekalah yang mempolopori isu takfir tan tabdi' ini. Cuba tengok masalah tawassul. Ibn Taymiyah dan wahhabilah orang yang pertama membuat bid'aah pengkafiran. Mereka mengkafirkan al-Hafidz Al-Thabrany kerana meriwayatkan hadits tawassul dalam Mu'jam kabir dan Mu'jam Soghir, mengkafirkan Sahabat Bilal al-Muzany kerana memziarahi kubur nabi, mengkafirkan Ali Bin Abi Thalib dan mendakwa Ali berjanggah dengan Islam Dalam 17 permasalahan, mengkafirkan sahabat-sahabat, hatta mengkafirkan Rasullullah sollahu a'laihi wasallam kerana mengajar umat Islam bertawassul..ini bida'ah itu bid'ah, ini kafir itu kafir..Ini lah Wahhabi..
- Mempertahankan Ibn Taimiyah bermati-matian dan bersikap ta'sub serta amat fanatik dengannya walaupun kononnya mendakwa tidak bersikap sedemikian (pandai bermain kata-kata atau dengan kata yang lembut cikit zul wajhaini ataupun lagi lidah bercabang ).
- Melakukan kelas pengajian yang tidak berdaftar di Taman Ilmu Dan Budi tanpa pengetahuan pihak universiti di samping mengajar virus Wahhabi Tajsim. Ketahuilah beliau pernah tangkap di Dewan vip Guthire. Husin Yee dan memang disenaraikan hitam dari memberi sebarang kuliah di seluruh negeri Selangor. Hati-hati la saudara..jangan ikuti kelas beliau, nahas-nahas tertangkap kat security..Intabihuu..wahzaruu..
- Sikap adil dan amanah dalam ilmu yang disalah ertikan. Bagi golongan wahhabi ini mereka sahajalah yang amanah pada ilmu, padahal berlambak kitab-kitab ulama’ mereka selewengkan. Kitab Al-Azkar bagi Imam Nawawi dan kitab fiqhul Akbar karangan Imam Abu Hanifah sebagai contohnya. Subhanallah..alangkah jahatnya tindakan mereka ini..mari la kita berlindung dengan Allah..
- Menipu di khalayak ramai dengan bongkak bahawa beliau menghantar email mencabar untuk berdebat, tetapi pada hakikatnya tidak sedemikian.Berlagak depan anak murid...
- Mendakwa bahawa perdebatan ulamak-ulamak yang meletakkan dalil akli dan nakli untuk menentang golongan muktazilah sebagai suatu cara yang boleh membantut perkembangan ilmu agama.
- Mencela ulama-ulama yang mentahzir (MENGAWASI) golongan sesat khasnya wahhabiyah sebagai tidak berakhlak dan biadab tanpa menyedari beliau dan wahhabiyah Mujassimah ini adalah golongan yang paling biadap bila mana mengatakan Allah duduk bersemayam atas arash, meletakkan sifat kekurangan dan jisim kepada Allah azza wa jalla, padahal Allah taala Maha Suci daripada itu.
- berlambak lagi..tapi penulis rasa itulah dulu sebagai pemberitahuan.
SEDIKIT PENJELASAN BUAT TATAPAN UMUM:
Syubhah beliau : Mendakwa bahawa tidak ada seorang pun dari golongan wahabiah yang mengkafirkan Asyairah yang merupakan pegangan mejoriti umat islam di dunia sejak berkurun kurun lamanya.
Penelitian :
Tokoh Wahhabi Abdul Rahman bin Hasan Ali- Al-Syeikh mengkafirkan golongan Al-Asya’irah yang merupakan pegangan umat islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid m/s 353 Cetakan Maktabah Darus Salam Riyadh.
Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Soleh bin Fauzan Al-Fauzan turut menghukum golongan Al-Asya’irAh sebagai sesat akidah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 cetakan Riasah ‘Ammah Lil Ifta’ Riyadh.
Shubhah beliau: Menafikan al-wahhabiyah menkafirkan al-hafidz Ibn- Hajar al-Asqolaniy dan Imam al-Nawawi.
Penelitian :
Tokoh terkemuka ajaran Wahhabi iaitu Muhammad bin Soleh Al-Uthaimien menyatakan apabila ditanya mengenai Syeikh Imam Nawawi (Pengarang kitab Syarah Sohih Muslim) dan Amirul Mu’minin Fil Hadith Syeikh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany (Pengarang Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari) lantas dia menjawab: “Mengenai pegangan Nawawi dan Ibnu Hajar dalam Asma’ Was Sifat (iaitu akidah)mereka berdua bukan dikalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”. Rujuk kitabnya Liqa’ Al-Babil Maftuh m/s 42-43 soal-jawab ke 373 cetakan Darul Watan Lin-Nasyr.
Penulis mintak maafla kalu kali ni penulis agak kasar cikit..apa yang penting agama mesti di junjung musuh mesti ditentang. Penulis teringat sabda Nabi sollahu 'alaihi wasallam " Siapa yang berpegang teguh pada sunnahku (syariatku) ketika mana umatku dalam kefasadan (kerosakan) , maka baginya pahala mati Syahid"..ameen ya robbal a'lamiin.
KALAU TAK PERCAYA PERGILAH JUMPA FATHUL BARI...JAWAPAN FATHUL BARY JAWAB : INI FITNAH SYEIKH, NI TOHMAHAN. INI AHBASY SEBAB DEPA KAFIRKAN IBN TAYMIYAH DAN WAHABI...
NI CHEQ NAK HABAQ MAI KAT HANG, DAH LAMA DAH ULAMAK MENGKAFIRKAN MUJASSIMAH. TAKKAN IMAM ABUL HASAN A'SYARY AHBASH? IMAM SYAFIEY AHBASH? TAKKAN IMAM AHMAD BIN HANBAL AHBASH? TAKKAN ABU HANIFAH AHBASH? TAKKAN IMAM MALIK AHBASH? TAKKAN IMAM SYUYUTI AHBASH? TAKKAN AL-I'ROQI AHBASH? TAKKAN IMAM AL-SUBKI AHBASH? TAKKAN KAMI PELAJAR PONDOK PUN AHBASH? TAK PERNAH KENAL PUN DEPA...TAKKAN..TAKKAN..BERLAMBAK TAKKAN...HEHE.. JUM PAKAT TEMUDUGA FATHUL BARI...
Di Sediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
(0133005056)
No comments:
Post a Comment