Friday, July 4, 2008

TOHMAHAN DAN FITNAH BESAR TERHADAP MUHADDITS SYEIKH ABDULLAH AL-HARORY AL-HABASYI DAN ANAK-ANAK MURIDNYA.


Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Isu Ahbash kini mula diperbincangkan secara hangat di kalangan pegawai kerajaan, mufti, guru, ustaz, dan orang perseorangan di tanah air kita, Malaysia. Ini adalah ekoran daripada isu yang ditimbulkan di dalam majalah i yang sedar atau tidak sedar majalah tersebut sudah dipolopori oleh golongan Al-Wahhabiyah sejak sekian lama. Perbincangan yang tiada pro dan kontra itu, mengelirukan masyarakat kerana Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi bukanlah terkenal sangat di tanah air, Malaysia. Sehinggakan sebahagiannya tidak mengenali beliau melainkan apa yang telah di nyatakan di dalam majalah i. Tetapi kalau kita lihat di Negara-negara lain seperti di Lubnan, Syiria, Jordan, Ethopia, Somalia, Negeria, Palestin, Turki, Mesir, Indonesia, Pakistan, Afghanistan, India sehinggakan di Saudi Arabia sendiri, beliau amat dikenali dengan keilmuan dan kekuatan hujahnya dalam menentang golongan Mujassimah Al-Wahhabiyah, Hizbut Tahrir dan Ikhwanjiah di samping memperjelaskan Al-‘Aqidah As-Sunniyyah yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam. Keilmuan yang tinggi yang dimiliki beliau sememangnya diiktiraf oleh ulama’-ulama’ serata dunia, kawan dan lawan.


Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi adalah antara ulama’ yang bermetodologikan Asy’iroh dan bermazhab Syafi’ei. Beliau memperjuangkan manhaj yang dibawa oleh Imam Abu Hasan Al-Asy’ariy. Sebagaimana maklum, golongan Al-Wahhabiyah amat tidak menyenangi Asya’iroh dan sangat membenci sehinggakan mereka mengkafirkan Umat Islam yang mejoritinya bermanhaj Asya’iroh. Ini terbukti bila dilihat dalam kitab ((Min Masyahir Mujaddidin Fil Islam-Ibn Taymiyah Al-Harrany & Muhammad Abdull Wahhab)) karangan Soleh Fauzan pada muka surat 32; “ Asya’iroh dan Maaturidiyyah bercanggah dengan sahabat, tabi’in dan imam empat mazhab pada banyak permasalahan akidah dan usul agama, maka mereka tidaklah sekali-kali layak digelar sebagai ahlus-sunnah wal jamaah”. Begitu juga jika di lihat apa yang tertera di dalam kitab Fathul Majid Syarahi Kitab Fathul At-Tauhid, karangan Abdul Rahman Bin Hasan ‘Aali Asy-Syeikh. Kitab ini dirujuk, disahihkan, dan dita’liq oleh Abdul Aziz Abdullah Bin Baz (Ibn Baz), Cetakan Pertama tahun 1992 Bersamaan 1413 H, dicetak dengan Percetakan Dar Al-Faiha’ Dan Maktabah Dar As-Salam, m/s 32 : “ Sesungguhnya Jahm Bin Sofwan dan sesiapa yang mengikutinya, mereka mendakwa sesungguhnya perkara tersebut tidak menunjukkan sifat yang ada pada Allah Taala. Dan telah mengikuti mereka puak-puak dari golongan Muktazilah, Asya’iroh dan selain mereka kerana itulah ahlus sunnah (ala za’mihim) mengkafirkan mereka”.
Sebagaimana yang di ketahui ramai di Malaysia, Umat Islam semenjak kedatangan Islam sehinggalah ke hari ini mejoritinya bermetodologi As-Sya’iroh. Manakala Abu Jahal dan Abu Lahab yang disepakati umat Islam tentang kekafiran mereka, disisi golongan Al-Wahhabiyah mereka berdua beriman kepada Allah dan mentauhidkan Allah bahkan mereka mengatakan Abu Jahal dan Abu Lahab lebih mentauhidkan dan lebih ikhlas imannya daripada orang muslim. Ini jelas disebut oleh golongan wahhabi ini di dalam kitab mereka konon-kononnya berjudul “ KAIFA NAFHAM AT-TAUHID” (ala za’mihim), karangan Muhammad Ahmad Bashmil, Cetakan Keempat Arab Saudi 2415H m/s 16 : “ Abu Jahal dan Abu Lahab serta mereka yang berada di dalam agama orang mushrik, mereka beriman kepada Allah dan mentauhidkan Allah” seterusnya mengatakan “Abu Jahal dan Abu Lahab lebih mentauhidkan dan lebih ikhlas imannya daripada orang muslimin yang mengatakan la ilaha illallah muhamadarrasulullah!”. Jadi orang yang Islam di sisi golongan al-wahhabiyah adalah kafir, malangnya orang yang kafir disisi Umat Islam, pada tanggapan golongan al-Wahhabiyah ini adalah Islam yang lebih ikhlas imannya..Subhanakallahu Buhtanun Adzim.


Kerana perasan dengki yang membuak-buak dan mahu kebenaran Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah dibinasakan, dalam masa yang sama mereka melihat antara ulama’-ulama’ yang mendapat tempat disisi mufti-mufti dan masyarakat Islam ialah Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi, lalu mereka cuba memikirkan cara untuk menyekat pengaruh beliau supaya tidak tersebar di serata dunia. Sehinggakan kerana bimbang dengan pergerakan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah dalam menerangkan akidah yang sahih lagi benar mereka mereka-reka cerita dan membuat provokasi kepada mana-mana pihak supaya akidah Ahlus Sunnah dan kebenaranya tidak tersebar. Kalau kita lihat golongan Al-Wahhbiyah yang bertapak di Saudi Arabia sekarang ini, mereka membuat satu subjek khusus untuk menentang kebenaran yang dibawa oleh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi. Bersubjekkan “ahbash” mereka mengajar anak muridnya membuat fitnah dan tohmahan kepada mana-mana para ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah, termasuk Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sendiri. Tetapi amat malang sekali, kajian mereka tidak berharga dan tidak berjaya menemui kesilapan di dalam kitab-kitab syeikh. Hanyalah apa yang mampu diutarakan adalah fitnah dan tohmahan yang direka-reka khas untuk orang awam yang tidak membuat kajian dan kepada mereka yang jenis “baca dan terima” tanpa selidik terlebih dahulu kitab-kitab dan muka suratnya yang telah dipalsukan. Tidak hairanlah perkara ini di bawa-bawa oleh Aizam Bin Mas'ood, bekas pelajar Madinah, yang sekarang ini cuba memasukkan sillibus berteraskan wahhabi di Jabatan Islam Jakim.


Pembohohongan ini sebenarnya diambil dari sebuah kitab seorang rakyat saudi yang pengarangnya sendiri mengakui ketidaktepatan apa yang telah beliau utarakan setelah di bongkarkan penipuannya. Kitab ini dinamakan :

الموسوعة الميسرة في الأديان و المذاهب و الأحزاب المعاصرة


Kitab ini ditulis oleh seorang wahhabi yang berperasan dengki dan tiada hujah untuk menentang dan mengkritik kitab karangan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi. Hanyalah apa yang dapat dibuat adalah tohmahan yang bertubi-tubi agar ketulinan dan kelestarian isi kandungan kitab tersebut dapat dipertikaikan. Kitab ini kemudiannya di ceduk balik oleh Abdul Rahman Al-Dimasqiah dan di sebarkan melalu web sitenya :


Abdul Rahman Al-Dimasqiah, Seorang warga Syiria yang telah dibuang daripada University Al-Azhar Cawangan Lubnan kerana telah melakukan jenayah liwat. Pembuangan beliau daripada University Al-Azhar Cawangan Lubnan adalah sesuatu yang sabits. Beliau membuat satu web khas untuk menentang Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Dan beliau menyimpan perasaan dendam terhadap Ahlus-sunnah Wal Jamaah kerana beberapa kali kecundang dalam sesi perdebatan dengan salah seorang anak murid Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi. Kemudian Ariff Nazri yang merupakan bekas pelajar UIAM berminat isu ini selepas mendapat maklumat dari wahhabi di Saudi lalu menterjemahkan kitab;

الموسوعة الميسرة في الأديان و المذاهب و الأحزاب المعاصرة


ini kepada bahasa Malaysia di dalam ceramahnya di UIAM yang dibuat secara HARAM tanpa pengetahuan Pihak Universiti Taman Ilmu dan Budi. Akhirnya tanpa segan silu, anak murid kesayangan Ariff Nazri , Khairul Anwar menghebohkan pembohongan dan tohmahan ini di majalah i dengan memakai nama sebagai Abu Syu’aib. Pembohongan ini kemudiannya di sokong pula oleh Muftin Perlis Muftary, Mohd Asri Zainul Abidin. Manakala Mustaqim Mohd Zariff, Universiti Sains Islam Malaysia pula memainkan isu yang sama yang telah di bawa oleh Abu Syu’ib. “Rantaian bersalut Fitnah” yang bertali arus ini adalah kerana Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi dan anak muridnya adalah antara yang paling hebat membongkar jenayah Ilmiyah yang dilakukan oleh golongan Al-Wahhabiyah.


Antara Tohmahan-Tohmahan Kairul Anwar Dan Fitnah Rekaan golongan al-Wahhabiyah :


1. Menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi dan anak-anak muridnya sebagai Jemaah Takfir. (rujuk majalah I, pada m/s 16). Kenapa? wahhabi takut untuk mengutarakan kenapa @ apakah sebab Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengatakan wahhabi Mujassim kafir ? Takut jatuh tembelang? kalaulah kerana mengkafirkan mujassimah didigelar sebagai jemaah takfir..nah! Imam Syafie pun ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! IMAM HANAFI pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! IMAM MALIK pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! IMAM ASY-SYAFIE pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! IMAM AHMAD pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! Jadi, IMAM EMPAT MAZHAB Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! ABU HASAN AL-ASY’ARI pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! AL-BAQILLANY pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim? IBN FURAK pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! ALQURTUBI pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! IBN HAJAR AL-HAITAMY pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim. Dan berlambak lagi yang jadi ahbash pada sisi golongan Al-Wahhabiyah!Sebab itu mereka hanya berani mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi mengkafirkan wahhabiyah tapi mereka tidak berani mendedahkan kenapa@apakah sebab pengkafiran tersebut. Tetapi perlu di ingatkan disini, bukan semua golongan wahhabi itu keluar daripada Islam sebagai mana penulis terangkan pada penjelasan yang telah lalu.

PERTAMA : AL-WAHHABIYYAH MUQALLIDIYYAH :

Wahhabi spesis ini adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam kerana banyak membid'aahkan amalan-amalan yang disunatkan oleh Islam. Mereka mengharamkan amalan talqin, tahlil, ziarah qubur lelaki dan perempuan, berdoa di kubur, dan berlambak lagi yang menjadi amalan khilafiah..mereka tidak keluar daripada Islam tapi dihukumkan fasiq jua.tetapi perlu ingatkan dan berhati-hati kerana ia boleh membawa kepada keluar dari islam jua sekiranya menghalalkan perkara yang diharamkan secara ijmak ( Ma'lum Mina al-Din Bi al'Dharurah) ataupun mengharamkan perkara-perkara yang dihalalkan secara ijma' ( Ma'lum Mina al-Din Bi al-Tharurah)

KEDUA : AL-WAHABIYYAH MUJASSIMAH DAN MUSYABBIHAH :

Golongan ini menjisimkan Allah taala dengan makhluk, mendakwa Allah berada di salah satu dari Al-Jihaat al-Sit (arah yang Enam-kiri dan kanan,depan dan belakang,atas dan bawah-) ataupun berada banyak arah, mendakwah Allah duduk di atas arasy atau pun kursi seperti akidah Yahudi, mengatakan Allah ada anggota dan perkara seumpamanya yang membawa kepada KEKUFURAN secara ijma' oleh ulama'-ulama' empat mazhab (al-Hanafiah,al-Malikiyah,asy-Syafi'iyyah,dan al-Hanabilah).wallahu 'alaam..Moga Allah menjauhi penulis dan umat Islam kesemuanya dari bahaya golongan wahhabi spesis ini..Na'uzubillah minzalik..


2. Mengatakan anak-anak murid Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi menamakan diri mereka sebagai Ahbash. (rujuk majalah I, pada m/s 16). Sebenarnya golongan Al-Wahhabiyahlah yang menggelarkan gelaran sedemikian supaya orang menyangkakan ahbash adalah bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

3. Menggelarkan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sebagai Al-Fattan atau Syeikh Al-Fitnah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Ini jelas menunjukkan kebusukan hati wahhabi yang merasa kepanasan dengan hujah yang kuat yang dilontarkan oleh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi. Pada hemat penulis, Khairul Anwar yang mengelarkan dirinya sendiri sebagai Abu Syu’ib wajib kaji balik makna Fattan itu. Adakah Kitab Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi yang penuh dengan nukilan para ulamak dikira sebagai fitnah? atau sebab Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi menakalkan kata berlambak ulamak termasuk Imam As-Subki mangkafirkan Ibn taymiyah Al-mujassim? atau kerana mereka takut sumber hukum mereka (Ibn Taymiyah) diketahui masyarakat islam sebagai fattan yang sebenar? Gelaran al-Fattan dan Syeikh Fitnah ini “ibarat meludah ke langit”.

4. Abu Syuaib mensifatkan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sebagai al-Jahmiyyah, (rujuk majalah I, pada m/s 17). Kemudian mendifinisikan Jahmiyah sebagai golongan menafikan sifat Allah Taala. Tuduhan ini tanpa rujukan dan tanpa muka surat yang boleh membuktikan sesahihannya.
Padahal Syeikh mengatakan sebaliknya, golongan Jahmiyah ini menurutnya keluar daripada Islam dan ada bab khusus menentang kesesatannya. Rujuk kitab “Sorih Al-Bayan Fir Roddi ‘Ala Man Khalafal Quraan” Bab “Bida’aah Al-Jahmiyah” m/s 281, “ Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah” m/s 324, syeikh mensyarahkan Al-‘Akidah Thohawiyah yang menyebut beberapa golongan-golongan sesat yang bercanggah dengan Ahlus-sunnah Wal-Jamaah termasuk golongan Al-Jahmiyah, bahkan Syeikh mendifinisikan mereka sebagai suatu kumpulan yang dinisbahkan kepada Jaham Bin Sofwan yang mengatakan : sesungguhnya Allah Taala adalah sebenarnya udara ini, bersama-sama dengan segala sesuatu dan berada di atas segala sesuatu, golongan ini juga mempercayai bahawa neraka dan syurga akan binasa kelak. Selain itu sila rujuk Kitab “Bughyah At-Tholib Li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib“ m/s 23-24, 50-51 dan juga kitab Mukhtasor Bughyah m/s 8-9, 21, Syeikh dalam membahaskan “makna Al-Qayyum” (“Bughyah At-Tholib Li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib“ m/s 23-24, Kitab Mukhtasor Bughyah m/s 8-9) dan “Beriman Kepada Kewujudan Neraka” (“Bughyah At-Talib Li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib“ m/s 50-51, Mukhtasor Bughyah m/s 21) , mengatakan : "golongan Jahmiyah bercanggah dengan nash Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’ Umat Islam kerana beri’tikod neraka dan syurga akan binasa". Kemudian Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan : " Ibn Taymiyyah Al-Harrany dalam “Kitab Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah” mengkafirkan golongan Jahmiyah secara ijma’ ulama’ tetapi malangnya Ibn Taymiyyah Al-Harrany sendiri mengambil separuh iktikod golongan Al-Jahmiyah ini lalu mengatakan neraka sahaja akan binasa dan tidak akan kekal seorang pun di dalam “Kitab Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah” selepas mengkafirkan Jahmiyah. Perkara ini dikuatkan lagi, bila anak murid kesayangannya sendiri, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah menukilkan kata-kata Ibn Taymiyah Al-Harrany ini dalam kitabnya “Hadi Al-Arwah Ila Biladil Afrah”. Menurut Syeikh Ahlus-sunnah wal jamaah mengatakan kedua-duanya pandangan Jahmiyah ataupun Harrary, kedua-duanya keluar daripada Islam kerana menafikan apa yang telah qath’i di dalam al-quran dan sunnah dan ijma’ umat Islam. Cuba lihat firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat ayat 64-66 :

“Sesungguhnya Allah mela'nati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka), ((64)) mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; mereka tidak memperoleh seorang pelindungpun dan tidak (pula) seorang penolong. ((65)) Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul. ((66)).

Mereka berdua yakni Ibn Taymiyyah dan Jahm bin Sofwan bercanggah dengan firman Allah “mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; mereka tidak memperoleh seorang pelindungpun dan tidak (pula) seorang penolong. ((65))”.Imam As-Subki menentang Ibn Taymiyah Al-Harrany dalam masalah ini lalu menamakan Kitabnya (( Al-I’tibar Bi Baqoo-Il Al-Jannah Wan-Naar )). Kami mencabar Abu Syuib membawakan perkataan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi yang membuktikan dakwaan beliau tersebut. Jika tidak dapat membuktikannya sila tarik balik dakwaan anda secara terang-terangan seperti mana yang anda membuat tuduhan di majalah i ataupun anda lebih selesa bersemuka di padang mahsyar yang lebih adil dan saksama? Inilah jadahnya sekiranya hanya menterjemahkan web site berteraskan fitnah dan rekaan tanpa kajian terlebih dahulu. Ahlus-sunnah Wal-Jamaah tidak seperti mereka. Kajian dibuat secara teliti, ditentukan buktinya baru memberi fakta yang tepat serta maklumat yang sukar anda khuatiri.

5. Menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah al-Harory Al-Habashi berfahaman Murjiah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Tuduhan ini tanpa rujukan dan tanpa muka surat yang boleh membuktikan sesahihannya. Amat melucukan bila penulis mendengarnya, golongan Murjiah juga ditentang keras dengan panjang lebar oleh syeikh dalam kitab “ Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah”. Miskin betul dalil golongan wahhabi ini..

6. Memfitnah Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi berakidah Jabariah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Tuduhan ini tanpa rujukan dan tanpa muka surat yang boleh membuktikan sesahihannya. Bahkan syeikh perpandangan sebaliknya.

7. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi berfahaman Syiah dan Rafidhah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Tuduhan ini tanpa rujukan dan tanpa muka surat yang boleh membuktikan sesahihannya.

8. Wahhabi mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan Ummul Mukminin Aishah telah bermaksiat kepada Allah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Kata-kata Abu Syuiab tetap tidak mempunyai bahan rujukan, Perkara ini ditimbulkan supaya mengelirukan orang awam. Cuba rujuk sikap amanah Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dalam menukilkan nash ulama’ulama’ dalam masalah ini. Tengok “ Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah” m/s 314 : (( sesungguhnya Al-Faqih Al-Mutakallim Ibn Fuwrak dalam kitab Maqoolaat Al-Asy’ary (m/s 187-188) menukilkan kata-kata Abu Al-Hasan Al-Asy’ary tentang orang berselisih dengan Ali Bin Abu Tholib-semoga Allah meredhoinya- lalu berkata sebagaimana nashnya : (( dan adalah-iaitu Al-Asy’ary- berkata tentang perkara yang berkaitan dengan orang yang berselisih dengannya (Ali Bin Abu Tholib) dan orang yang ingkar akan kepimpinannya, sesungguhnya kesemuanya berada dalam kesalahan dengan apa yang telah mereka lakukan, iaitu mereka mengingkari kepimpinannya dan keluar daripadanya. Beliau pernah mengatakan tentang ‘Aisyah –semoga Allah meredhoinya-bahawa dia (‘Aisyah) telah berniat untuk keluar ( dari kepimpinanan Ali Bin Abu Tholib) semata-mata untuk mengishlahkan (memperbaiki di antara dua pihak yang bertelagah supaya berdamai dan reda di antara keduanya. Adapun Thalhah, zubir, maka kedua-duanya keluar dari (kepimpinan Ali Bin Abu Tholib) Ini adalah kerana mereka melakukan perkara tersebut berdasarkan takwilan mereka yang mujtahid berpandangan ....))seterusnya syeikh memberitahu bahawa (( “ ini adalah nash yang terang dan jelas daripada Syeikh kepada ahlus-sunnah wal-jamaah iaitu Abu hasan al-asy’ary tentang setiap yang memeranginya itu telah melakukan maksiat. Dan sesungguhnya Thalhah dan Zubir, Ai’syah bertaubat daripada perkara tersebut secara pasti (jazam)”)).

9. Kerana Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi menekan ilmu tauhid dan beramalan kesufian mereka mengatakan inilah sebab boleh membawa perpecahan dan memecahbelahkan umat Islam. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Saudara sendiri pasti tahu apa jawabnya, memang kebiasan wahabi mengatakan ilmu tasauf adalah bukan dari ajaran Islam. Padahal ilmu tersebut hanyalah seperti ilmu-ilmu lain, mengalami proses pengisthilahan baru. seperti mana Ilmu Hadits dan ilmu Fiqh. Akan tetapi teras dan asasnya memang sudah wujud di dalam al-Quran dan diajari oleh nabi dan sahabat tanpa mengishtilahkannya sebagai ilmu tasauf.

10. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi tidak akan mengiktiraf keislaman seseorang kecuali kepada mereka yang tunduk dan mengakui akidah yang dibawa oleh syeikh mereka sahaja. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Ini amatlah bercanggah dengan apa yang selalu Muhaddits Syeikh Abdullah al-Harory selalu utarakan. Beliau dengan rendah diri mengakui
" Kita adalah satu kumpulan (fi-ah) daripada kumpulan-kumpulan ahlus-sunnah wal-Jamaah". Jelas menunjukkan yang syeikh dengan sifat tawadhuknya berpesan kepada anak muridnya bahawa Ahlus- Sunnah wal jamaah adalah ramai dan mereka adalah mejoriti umat Islam itu sendiri. Padahal golongan wahhabilah yang minoriti inilah yang sebenarnya tidak menerima keislaman seseorang itu sekali-kali melainkan seseorang itu mengiktiraf iktikod mereka " Allah duduk bersemayam di atas Arasy".

11. Wahabi mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mentakwilkan sifat-sifat Allah, antara contoh yang Abu Syuib bagi (selepas di copy paste dari Abdul Rahman Al-Dimasqiah) mentakwilkan kalimah istiwa kepada istila’ iaitu berkuasa. Menurut Abu Syu’aib sebab itulah Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi bukan bermazhab syafie dalam fiqh dan akidah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Ini adalah ekoran daripada kaedah yang direka oleh wahabi itu sendiri " At- Takwil hua At-Taa'thil". Kaedah bida'ah ini rekaan Ibn Taymiyah al-Harrany yang kemudiannya diikuti secara taqlid buta oleh golongan al-wahhabiyah. Padahal takwil itu sendiri wujud di zaman salaf lagi, bukan takwilan secara ijmal sahaja, bahkan telah wujud takwilan secara tafshili sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Bukahary, Sufwan Atsaury, Imam Ahmad dan sebagainya. Al-Hafidh Murtadho Azzabidi dan ulamak-ulamak muhadditsin dan fiqh yang lain juga mentakwilkan istiwa kepada "istila". Apa yang wahhabi akan hukumkan sekian ramai ulamak yang mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihaat?

12. Mentakwilkan kalimah istiwa kepada istila’ iaitu berkuasa hanyalah kepercayaan muktazilah. (rujuk majalah I, pada m/s 17).

13. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan al-Quran merupakan lafaz jibril. Abu Syu'Aib seterusnya mengatakan syeikh mengatakan al-Quran bukan kalamullah. (rujuk majalah I, pada m/s 17).Siap bagi muka surat palsu lagi, beliau mengatakan perkara tersebut boleh dirujuk dalam kitab Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi, “ Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah” m/s 51. kemudiantempat yang lain beliau mengatakan perkara ini terdapat pada m/s 591”.
Bohoong....!!
Setelah mengkaji kitab-kitab Syeikh Al-Habasyi termasuk kitab Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah pada setiap halaman didapati tiada satupun kenyataan seperti yang dituduh dalam mana-mana karangan Syeikh Al-Habasyi sama ada secara lafaz ataupun makna.Tetapi yang wujud amat berbeza dengan apa yang dituduh, yang pastinya kenyataan Syeikh Al-Habasyi bahawa al-Quran adalah Kalam Allah banyak terdapat dalam kitab karangan beliau dan ini teks-teksnya:-

فقول المؤلف ( الامام الطحاوي ) و ان القرءان كلام الله منه بدا بلا كيفة قولا معناه أن القرءان من الله بدا أيظهرأي انزالا على نبيه
“ Kenyataan Imam At-Tohawi : ‘ al-Quran itu merupakan Kalam Allah daripadaNya bada kata-kata tanpa berbentuk’ maknanya al-Quran itu daripada Allah bada iaitu terbit bererti diturunkan ke atas nabiNya ”.

” فقولنا القرءان كلام الله “Erti: “ Maka kenyataan kita al-Quran adalah Kalam Allah ”.

Kedua-dua kenyataan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi di atas tadi tertera dalam kitab beliau , “ Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah” cetakan ketiga Da Al-Masyari’ tahun 1417H-1997M pada halaman 83.Ini membuktikan bahawa dakwaan si penuduh adalah dusta.

Begitu juga di dalam kitab Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi berjudul Bughyah At-Tholib Li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib cetakan ketiga Dar Al-Masyari’ tahun 1416H-1996M pada halam 18 tertera kenyataan Syeikh yang amat bercanggah dengan apa yang difitnah oleh si penuduh dan ini dia teks Syeikh Al-Habasyi:-

Teks Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi (1)
: -“القرءان والتوراة والإنجيل والزبور وسائر كتب الله إن قصد بها الكلام الذاتي فهي أزلية ليس بحرف ولا صوت وإن قصد بها اللفظ المنزل الذي بعضه بلغة العرب وبعضه بالعبرانية وبعضه بالسُّريانية فهو حادث مخلوق لله لكنها ليست من تصنيف ملَك ولا بشر”.
Erti: “ al-Quran, Taurat, Injil Zabur dan seluruh kitab-kitab Allah, sekiranya semua itu dimaksudkan dengan Kalam Allah Yang Zatiy (sifat Kalam Allah) maka ianya adalah azali tiada permulaan dan bukan berhuruf dan tidak juga dengan suara, dan sekiranya di maksudkan semua itu dengan Lafaz al-Munazzal (lafaz yang diturunkan) yang mana sebahagiannya berbahasa Arab,Ibraniyah dan Suryaniyah maka ianya adalah ciptaan Allah tetapi perlu diingatkan bahawa (al-Quran, Taurat, Injil, Zabur dan seluruh kitab Allah) bukanlah dari karangan mana-mana malaikat dan bukan juga karangan manusia”.

Teks Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi (2) : -

فهي عبارات عن الكلام الذاتي الذي لا يوصف بأنه عربي ولا بأنه عبراني ولا بأنه سرياني وكلٌّ يطلق عليه كلام الله”
Ertinya: Lafaz al-Munazzal itu adalah menunjukkan kalam Allah Yang Zatiy ( sifat Kalam Allah ) yang mana sifat Kalam bagi Allah itu tidak harus dikatakan sebagai bahasa Arab atau bahasa Ibraniy atau bahasa Suryani dan ketahuilah bahawa kedua-duanya adalah kalam Allah.

Kenyataan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi tersebut amat jelas beliau beraqidah bahawa al-Quran itu adalah kalam Allah, tidak kiralah apa yang hendak dimaksudkan samaada sifat kalam Allah ataupun Lafaz al-Munazzal, al-Quran tetap kalam Allah.

Berkata Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi lagi pada hal ini seperti termaktub dalam kitab beliau berjudul "Syarhul Qawim Fi Halli Alfaz Sirotul Mustaqim" cetakan pertama Dar Masyari’ tahun 1419H-1999M halaman 128 teksnya:

“صفة الكلام القائمة بذات الله تعالى يقال لها كلام الله واللفظ المنزل الذي هو عبارة عنه يقال له كلام الله والإطلاقان من باب الحقيقة”
Erti: “ Sesungguhnya sifat kalam bagi zat Allah ta’ala dinamakan sebagai Kalam Allah dan begitu juga Lafaz al-Munazzal yang menunjukkan kepada sifat kalam Allah dinamakan sebagai Kalam Allah, sandaran kedua-dua itu sebagai Kalam Allah adalahdari segi hakikat kebenaran”.

Kenyataan di atas merupakan pembuktian bahwa dakwaan penuduh kononnya Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan anak-anak murid beliau mendakwa al-Quran adalah ibarat daripada kalam Jibril (rujuk tuduhan nom 2) merupakan tuduhan yang palsu kerana amat jelas Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan al-Quran itu juga adalah ibarat yang menunjukkan kepada Kalam Allah dan bukan kalam Jibril.
inilah pula jawapan daripada Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi rentetan tuduhan daripada Abdul Rahman Al-Dimashqiyah :

ادعى عبد الرحمن دمشقية على الشيخ عبد الله الهرري ادعاءات تردها مؤلفات الشيخ ، واليك ذلك:أولاً: ادعى عبد الرحمن دمشقية أن الشيخ يقول إن القرءان ليس كلام الله :-وإليك ما قاله الشيخ عبد الله في كتابه الدليل القويم على الصراط المستقيم في فصل وجوب الكلام لله تعالى: وأما تسمية اللفظ المنزل كلام الله ، فلأنه يدل على الكلام الذاتي لأنه عبارة عن الكلام الذاتي ولأنه ليس من تأليف جبريل ولا من تأليف محمد . أنتهى كلام الشيخ، وقال في كتابه بغية الطالب:أي أن صفة الكلام القائمة بذات الله يقال له كلام الله ، واللفظ المنزل الذي هو عبارة عنه يقال له كلام الله ، فتبين أن القرءان له إطلاقان : الأول إطلاقه على الكلام الذاتي _الأزلي الأبدي_ الذي ليس هو بحرف ولا صوت ولا لغة عربية ولا غيرها ، والثاني إطلاقه على اللفظ المنزل الذي يقرؤه المؤمنون. انتهى كلام الشيخ ، ومثل ذلك تجده في كتابه شرح العقيدة الطحاوية، فانظر يا طالب الحق إلى هذا الإفتراء المحض

14. Abu Syuib mengaitkan Syeikh dengan Murjiah dalam masalah Iman dan Jahmiyah sekali lagi. Abu Syu'Aib mengatakan sebab dia berkata demikian kerana Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi memisahkan antara Iman dan amal. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Kemudian Abu Syu'Aib memperincikan masalah ini lalu beliau mengatakan amalan seseorang tidak ada kena mengena dengan iman. Maka seseorang itu beriman disisi mereka walaupun meninggalkan solat. Sekali lagi muka surat palsu di kemukakan oleh Abu syu'Aib iaitu di dalam kitab Al-Dalil Al-Qawim: m/s ; 7 dan Bughyah Tholib m/s 51. Rujukan ini tidak terdapat langsung di dalam kitab Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi.
Abu Syu'Si bohooong lagi...
Kitab Bughyah At-Tholib m/s 51 : Syeikh mensyarahkan pada muka surat tersebut tentang "beriman kepada kewujudan neraka dan azabnya, dan tentang Keimanan kepada Siroth".Tiada kaitan dengan persoalan pemisahan iman dan amal, juga tiada kaitan orang yang meninggalkan solat. Apa yang boleh difahamkan disini, Abu Sya'Aib telah mengkafirkan orang yang meninggalkan solat. Inilah kejahilan dan kedangkalan dalam memahami hadits. Lihat!!! inilah sikap wahabi..orang ni kafir..orang tu kafir..saudara,apa puncanya? Puncanya ialah ; mereka jahil murakkab, hadits tidak difahami tapi beriya-riya mengaku muhaddits..memalukan..

15. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan “ sesiapa yang mengucapkan La ilaha illallah walaupun sekali dalam seumur hidup tetapi tidak berhukum dengan hukum Allah, tidak melaksanakan kefarduan yang telah ditetapkan, tidak menjauhi kemaksiatan mereka di kira sebagai Islam yang beriman. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Abu Syu'Aib berkali-kali memberi rujukan palsu, Al-Dalil Al-Qawim m/s 9-10, Bughyah At-Tholib m/s 51.
Bohoong lagiiii.....
kitab Bughyah At- Tholib m/s 51 ; sekali lagi hamba tegaskan muka surat tersebut berkisar tentang " Beriman kepada kewujudan neraka dan azabnya dan tentang beriman kepada adanya Siroth" Tiada kaitan pun dengan dakwaan dan tuduhan Abu Syu'Aib"..ya Allah ada juga orang macam Abu Syu'aib.


16. Sekali lagi menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sebagai berakidah Jabariyyah. (rujuk majalah I, pada m/s 17,18).

17. Mereka mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan Allah lah yang menolong seorang kafir di atas kekufurannya. Katanya kalu tidak kerana Allah maka tidaklah seorang itu menjadi kafir. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Abu syuAib mengutarakan perkara ini ada di dalam kitab Al-Nahju Al-Salim m/s 71.

18. (rujuk majalah I, pada m/s18). Yang ini amat menipu sekali, Abu Syuaib menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan anak-anak muridnya mengatakan sesiapa yang pergi menziarahi kubur dan memohon hajat disisi qubur, ahli qubur akan keluar dari kubur-kubur mereka mereka untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka kemudian kembali kepada qubur semula. Lalu Abu Syu'aib menipu besar, beliau mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi menyebutnya di dalam Al-Dalil Al-Qawim m/s 173, Bughyah At Tholib m/s 8, dan sorih al-Bayan m/s 57,62.
Bohooong...!!
Padahal muka surat tersebut syeikh membincangkan perkara yang tiada kaitan langsung dengan tuduhan Abu Syuiab. konon-kononnya nak tunjuk ilmiyah, tapi buat jenayah ilmiyah. Sikap wahhabi turun-temurun ini yang diwarisi secara bersanad daripada Muhammad Abdul Wahhab dan Ibn Taymiyyah al-Harrany.
cuba lihat ;

Kitab Bughyah Tholib m/s 8, membicarakan tentang muqaddimah kitab atau pengenalan kitab ini dan tidak ada kaitan langsung dengan tuduhan As-Syu'iab al-Kazzab.

kitab Shorih Al-Bayan m/s 57, membicarakan tentang penentangan terhadap golongan Muktazilah tiada kaitan langsung dengan tuduhan tersebut. Pada m/s 62, Syeikh membahaskan tentang Takwil di dalam Al-Quran Dan Hadits tiada kaitan langsung degan tohmahan tersebut. Penipu betollah si abu syuAib ini...

Kitab dalil Al-Qawiim tiada pada simpanan penulis. Penipuan ini sudah cukup untuk mengatakan tohmahan ini tidak berasas sama sekali.

19. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan anak-anak muridnya mensahihkan hadits yang lemah. Abu Syu'Aib tambah lagi Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan anak-anak muridnya mensahihkan hadits yang palsu. Selain itu juga menurut Abu Syu'Aib, Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi melemahkan hadits sekiranya bercanggah dengan beliau. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Abu Syu'Aib mengatakan ini ada dalam kitab Al-maulid an-nabawi..Kali ini Abu Syu'Aib tidak berani menyebut muka surat.Tohmahan ini adalah merujuk kepada diri mereka sendiri. Inilah adat kebiasaan wahhabi menshohihkan hadits palsu dan hadits dhoif ,mendhoifkan hadits sohih sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Albaany Al-Mujassim.

20. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mencela para sahabat. Kemudian sahabat yang di maksudkan itu adalah Muawiyyah bin Abi Sufian. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Tohmahan ini tiada sebarang bukti ataupun muka surat.

21. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mencela Aisyah. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Tohmahan ini tiada sebarang bukti ataupun muka surat.

22. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mencela Khalid bin Al-Walid. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Tohmahan ini tiada sebarang bukti ataupun muka surat.

23. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi berkata sesiapa yang tidak bersama pemerintahan Ali mati dalam keadaan jahiliyyah. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Tohmahan ini tiada sebarang bukti ataupun muka surat. Mereka lupa Ibn Hajar al-Asqolany dalam kitab Ad-Durarul Kaminah telah mengatakan Ibn taymiyah mengkafirkan Imam ali Bin Abu -Tholib dan mendakwa Ali Bin Abi Tholib tidak sah imannya serta mempersalahkan Imam Ali Bin Abu Tholib dalam 17 permasalahan agama bercanggah dengan kitabullah..na'uzubillah.


24. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengkafirkan Ibn Taymiyah. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Syeikh menukilkan di dalam Kitab "Maqoolaat As-Sunniyyah fi kashfi Dholaalaat Ahmad Taymiyyah" berlambak ulamak Muhadditsin, Fiqh dan Tasauf mengkafirkan Ibn taymiyah kerana beliau mengkafirkan umat islam dan menjisimkan Allah dengan makhluk. Pengkafiran kepada mujassimah adalah pandangan Imam Abu Hanifah, Imam Maliki, Imam Syafie,dan juga Imam Ahmad.

25. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan kewajipan pertama bagi setiap mukallaf mengiktiraf kekufuran Ibn Taymiyah Al-Harrany. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Kedangkalan Abu Syu'aib dan terpapar jelas kerana syeikh mengatakan dalam "kitab Muktasor Abdillah Al-Harory Al-Kafil bi 'Ilmi Ad-Deen At- Tdhorury" selepas Muqaddimah sebaliknya tidak sebagaimana tuduhan Khairul Anwar Al-Kazzab. Kitab ini biasanya di ajar kepada Mutadi' (orang yang baru belajar). Berkata Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi :
(( "Wajib bagi semua mukallaf untuk memeluk agama Islam, meyakininya untuk selamanya dan melaksanakan segala hukum-hukum yang diwajibkan atasnya. Di antara hal yang wajib diketahui dandiyakini secara mutlak, dan wajib diucapkan dalam kadar yang paling segera jika memang dia (mukallaf) kafir, atau jika tidak (Muslim) maka wajib mengucapkannya dalam shalat, adalah dua kalimat syahadat: yang maksudnya " aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu pesuruh Allah " Makna أشهد أن لا إله إلا الله : aku mengetahui, meyakini dan mengakui (dengan ucapan) bahwa tidak ada yang disembah dengan hak (benar) kecuali Allah, yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya.))
Bohooong..
Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi berkata sebaliknya. Rujuk kitab“Sorih Al-Bayan Fir Roddi ‘Ala Man Khalafal Quraan” Cetakab Darul Masyari' m/s 482, bab ;
"Penjelasan hukum pengharaman bersalam-salaman lelaki dan perempuan ajnabiyah tanpa pelapik". Barangsiapa mencari kebenaran dan membaca dengan teliti serta mengkaji nescaya akan terserlahlah kebenarannya itu.

30. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi membolehkan wanita keluar rumah dalam keadaan bertabarruj dan memakai wangi-wangian walaupun tanpa keizinan dan keredaan suami. rujuk majalah I, pada m/s 18). Abu SyuAib menuduh tanpa rujukan.

31. Abu SyuAib memfitnah Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi membolehkan berjual beli anak yang merdeka. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Abu Syuib menuduh tanpa rujukan.

32. Abu SyuAib Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengharuskan memakan hasil riba. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Abu SyuAib menuduh tanpa rujukan.

33. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi membolehkan bersolat dengan pakaian yang bernajis. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Kali ini ada rujukan, kata Abu Syu'aib dakwaannya ini ada dalam Bughyah At Tholib m/s 99.

34. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary tarikat rifaeyah dan naqsyabandiyah. Bagi Abu Syui'ab torikat adalah menyeleweng. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Ini pun tanpa rujukan.

Mohamad Abdul Qadir Bin Ishak

Beliau juga membawa methodogi dan fakta yang sama dengna khairul anuwar. Antara tohmahan yang bolah disimpulkan di sini :

1. Beliau mendakwa university al-azhar tidak mempunyai sebarang bentuk pengiktirafan atau kerjasama dengan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan juga muridnya. Seterusnya beliau dengan suka hati menegaskan “jika ada pengiktirafan ataupun sebarang surat,ia tidak ada asas sama sekali dan palsu”.ini bermakna beliau jika dibuktikan dengan seribu bukti orang jenis macam ini tidak akan terima bahkan apa diingini kebenaran yang di bawa oleh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi di haramkan di Malaysia. (rujuk majalah I m/s23).

Sebagai makluman perbuatan melobi universiti al-Azhar adalah dari pihak wahabiyah. Kebangkitan ASWJ amat dicemburui dan mereka bimbang univeristi Al-Azhar menjadi suatu tempat yang menolak fahamn Mujassimah dan golongan al-wahhabiyah sepertimana dahulu. Lalu dirasuah beberapa individu yang berkepentingan dengan mengunakan taktik dan politik kotor. (rujuk majalah I m/s23).

2. Beliau seperti Abu Syuib mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengkafirkan Ibn Taymiyah dan muridnya Ibn Qayyim Al-jauziah. Tetapi dan sengaja menyembunyikan sebab kenapa berlaku pengkafiran kepada Harrany? Tulisan yang begitu condong untuk mentajrihkan seseorang individu ini adalah tidak asing dan sememangnya tabiat tradisi turun-temurun yang diwarisi mereka yang bergelar wahhabi. Persoalannya kenapa isu tajsim atau menjisimkan tuhan tidak ditimbulkan?padahal itulah yang menjadi pokok perbincanagan kenapa Ima As-Subki dan ulamak-ulamak lain mengkafirkan Ibn taymiyah.golongan wahhabi yang biadap kepada Allah ini berani mensifatkan apa yang tidak Allah dan rasul sifatkan. Mensifatkan sifat yang tidak sabit di dalam Quran dan hadits kemudaian mendakwa inila daripada quran dan hadits. Subhanakallau buhtanul ‘adzim. (rujuk majalah I m/s22).

3. Sekali lagi ditimbulkan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan Alquran itu adalah kalam malaikat jibril bukan kalam Allah. Tabiat yang sama wahhabi menguatkan hujah dengan rujukan palsu, Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah” m/s 84-86.


MUHAMMAD MUSTAQIM MOHAD ZARIFF,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



1. MUSTAQIM mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Har0ry Al-Habasyi BERFAHAMAN SESAT kerana mentakwilkan nash alquran. Tetapi tidak dipaparkan yang mana yang ditakwilkan. Tanpa di sebut rujukannya.

2. Menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sebagai berfahaman syiah. Tanpa di sebut rujukan dan dimanakah hujah mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sebagai syiah.

3. Mustaqim mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sesat sebab melibatkan diri dengan Tasawuf.

4. Mustakim mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan anak-muridnya menggunakan taktik ugutan dan kekerasan sekiranya ada yang mempersoalkan pemikiran Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary al-Habasyi secara terbuka. Ini juga perbualan kosong tanpa bukti.

5. Mustakim mendakwa lagi syeikh Nizar Al-halabi dibunuh akibat kelancangan dan kesesatan fatwa-fatwanya. Padahal yang membunuh beliau adalah golongan Al-wahhabiyah. Menyembunyikan pembunuhan adalah kerja pengganas wahhhabi.

6. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mencaci Muawiyyah bin Abi Sufyan tanpa meletakkan sebarang rujukan.

7. Menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi menggalakkan orang ramai menyembah berhala tanpa meletakkan sebarang rujukan.

8. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mencemuh Aisyah dan Khalid Al-Walid tanpa meletakkan sebarang rujukan.

9. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi menghukum sahabat yang terlibat dengan peperangan siffin menentang Saidina Ali B. bin Abu Talib adalah mati dalam keadaan jahiliyah tanpa meletakkan sebarang rujukan.
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini golongan wahhbi tidak akan ilmiyah bila menghukum. Al-Quran dan Hadits ditafsir mengikut hawa nafsu tanpa kaedah yang dibenarkan oleh syarak. Pelbagai rekaan terbaru dalam agama, lontaran bid'aah kepada Ahlussunnah bertalu-talu, sedangkan dalam akidah mereka meletakkan bid'aaah sebagaiasas akidah mereka. Akidah mereka diambil daripada yahudi ((Allah duduk bersemayam di atas arasy)) kemudian dimodifiedkan supaya nampak islam dengan nash-nash syarak yang disalah gunapakai.

Disediakan oleh :
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046





Thursday, July 3, 2008

Pengiktiran Daripada Universiti Al-Azhar

Disediakan oleh :
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046



بشرى سارة لأهل الإيمان من جامعة الأزهر في مصر
تقرير علمي مفصل عن كتابَي المحدث الشيخ عبد الله الهرري المعروف بالحبشي،
وعنوانهما" الصراط المستقيم" و " بغية الطالب لمعرفة العلم الديني الواجب
".
وبعد الاطلاع والموافقة على هذين الكتابين من قِبَل لجنة من أساتذة كلية أصول
الدين في جامعة الأزهر بالقاهرة تم الختم الرسمي من الجامعة.

ومما قالته اللجنة الأزهرية:" فإن ما في هذين الكتابين من العلم يتوافق تمامًا مع عقيدة الإمام أبي الحسن الأشعري إمام أهل السنة والجماعة، ولا يتناقض مع شيء منها، بل هو يشرحها شرحا يقربها من العقول والقلوب، ويدعو الناس إلى اعتقادها لأنها عقيدة أهل السنة والجماعة التي بها النجاة يوم القيامة، ومؤلفها الشيخ عبد الله الهرري يمتاز بالدقة والرجوع إلى المراجع الأصلية في العقيدة والشريعة ويمتاز بالإخلاص لله تعالى في القول والعمل والدعوة إلى الله تعالى بجدٍ واجتهاد. واللهَ تعالى نسأل أن يوفقه لخدمة العلم والدين". انتهى بحروفه


هذه ترجمة تقريظ جامعة الازهر في كتب الشيخ عبدالله البغية والصراط


We are happy to present to you A pleading announcement to the people of faith from the Azhar University inEgypt.

Critical analysis of two books authoured by the Muhaddith (authorisedrelayer of Hadith) Shiekh Abdullah Al-Harariy , known as Al-Habashiy wasrecently conducted at the Azhar University in Cairo. The books entitledAs-Sirat Al-Mutaqim (the Straight Path) and Bughyat Al-Taleb ( the Quest ofthe student of Obligatory knowledge) have been perused by a committee ofprofessors from the faculty of religious jurisprudence at the AzharUniversity in Cairo and given the official common seal of approval.

Among what the committee said about the books was this: “the knowledge of belief contained in these two books agree with theknowledge of belief of Imam Abu-Hassan Al-Ash^ariy, the Imam of Ahlussunahwal-Jama^ah. They do not contradict any of the teachings of Imam Abu-HassanAl-Ash^ariy. In fact, they explain it and simplify, presenting theinformation in a style to makes it acceptable by the mind and close to theheart, compelling the reader to accept it because it is the belief ofAhlussunah wal-Jama^ah by which one will be saved on Judgement Day. Theauthor Sheikh Abdullah Al-Hararaiy is distinguished by his knowledge andreference of authentic and credible sources in maters of belief and rulings.He is also noted for his sincerity in action and words and his serious andkeen approach in spreading the knowledge of Islam. We ask Allah to grant himsuccess in his mission to serve the religion and spread the knowledge.
Ini pula terjemahan kepada bahasa Malaysia.
Keputusan analisis ilmiyah kepada 2 buah kitab karya tulisan Muhaddits As-Syeikh Abdullah Al-Harory, yang dikenali sebagai Al-Habashiy. Dua Kitab beliau tersebut berjudul “ As-Sirotol Mustaqeem” dan “ Bughyah Tholib Li Makrifat Ad-Deenil Wajib”. Selepas di teliti dan bersetuju dengan isi kandungan kedua-dua kitab tesebut, pihak Lajnah Jawatankuasa Guru-guru (bertaraf doktor dan professor) di Kuliyah Usuluddin Di University Al-Azhar, Kaherah yang kemudiannya memberikan cop pengiktirafan rasmi daripada universiti tersebut.

Antara apa yang telah diperkatakan oleh Majlis Jawatankuasa Al-Azhar yang terlibat terhadap kedua-dua kitab tersebut sebagaimana berikut ;

“ Sesungguhnya ilmu akidah yang terkandung di dalam kedua-dua kitab tersebut adalah amat bertepatan dengan akidah Abu Al-Hasan Al-Asy’ary yang merupakan imam kepada Ahlus Sunnah Wal-Jamaah dan tidaklah bercanggah langsung dengan Fahaman Al- Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ary. Bahkan beliau (Muhaddits As-Syeikh Abdullah Al-Harory) mensyarahkan dan mempermudahkannya, lantas menterjemahkannya dalam bentuk yang boleh diterima oleh akal dan dekat dengan hati. Beliau menyeru manusia supaya menerimanya kerana inilah akidah Ahlus Sunnah Wal-Jamaah yang mana seseorang itu akan terselamat pada hari akirat kelak dengan berpegang teguh padanya. Pengarang kitab ini ialah Muhaddits As-Syeikh Abdullah Al-Harory, seorang yang amat mendalam keilmuannya dan menjadikan teks asal (manuskrib) sebagai tempat rujukan dalam persoalan Akidah Islam dan Syariat. Beliau juga seorang yang amat ikhlas dalam tutur kata, amalan, dan dalam perjuangan dakwah di jalan Allah Taala, amat serius dan bersungguh-sungguh. Kita memohon kepada Allah
supaya mempermudahkan jalan kepadanya dalam perkhidmatanya menyampaikan ilmu dan menjelaskan agama kepada umat Islam".






Subhanallah..buat pengetahuan pembaca, wahhabi yang bertempat di Saudi cuba mengelirukan umat Islam di Kaherah dan pelajar-pelajar Mesir dengan mereka-reka cerita, fitnah dan tohmahan kepada Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary dan anak-anak muridnya, sehingga mereka telah membayar berapa banyak pun kepada Universiti Al-Azhar sebagai rasuah, selain kegiatan memalsukan surat daripada al-Azhar daripada dalam. Ini adalah kerana perasaan bimbang sekiranya hasrat mereka untuk mewahabikan Al-Azhar secara total gagal dengan wujudnya Ahlus Sunnah Wal-Jamaah seperti anak-anak murid Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory yang tidak lekang memperjelaskan akidah Nabi dan para Sahabat serta Ulama'-ulama' muktabar . Tetapi qaddarallahu wama sya-a wa fa'al Allah tetap membantu umat Islam, sejak dulu kini dan selamanya..la haula wala quwwata illa billah.

Di sediakan oleh ;

Abu lehyah Al-Kelantany
0133005046



FATWA MUFTI MELAKA BERDASARKAN AL-QURAN, HADITS DAN IJMA'


Pengirim : YUSOF LATHIF (mahyosof@yahoo.com)
Alamat : 104/1 tempat 7 serdang sega , sungaipadi , Naratiwas Thailand
Tarikh : 18-02-2005
Kategori : AQIDAH
Tajuk : di mana adanya allah
Soalan : saya percaya bahwa allah itu ada tetapi di mana adanya ?


Jawapan :

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W. Wujudnya Allah Ta'ala tidak dilingkungi oleh tempat dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Wallahu Tabaraka Wata'ala a'lam.


Tarikh kemaskini : 11-03-2008

Rujukan :

http://media.mmu.edu.my/mufti/jawapan/baca.php?id=225

Wednesday, July 2, 2008

PENGAJIAN RINGKAS TENTANG KALAMULLAH


Di sediakan Oleh :
ABU LEHYAH AL-KELANTANY
(0133005046)


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Ketahuilah oleh mu wahai para pembaca sekalian! Iaitu, boleh terjatuh hukum kufur (kafir) kepada Si Penyebutnya jika dia ini beriktiqad bahawa Allah itu berkata-kata seperti makhluq. Inilah kesannya kerana mengambil Zahir ayat Al-Quran (Ayat Mutasyabihat) yang mengatakan Allah berdialog, tanpa mempelajari Ilmu Tauhid.

Perkara ini seperti apa yang dinyatakan di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani, pada m/s 49, baris yang ke-8 dari atas.



-...(Dan) Telah lalu disebut, orang yang berpegang dengan ZAHIR segala ayat Mutasyabihat atau segala Hadis Mutasyabihat itu, jadi KUFUR (Kafir).
................................

Maka, sebagai tafsilan atau perincian penghujjahan ini, baiklah! Secara “Tabarrukan Wa Tawasullan”, Dibawakan apa yang dinyatakan di dalam Kitab AsySyarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim, bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi, m/s 141.

Shubuhaat :

....Maka, jika berkata mereka, iaitu Golongan Musyabbihah dan Wahhabiyah, Bermula dalil kami di atas bahawasanya, Kalam Allah Taala itu dengan ada Huruf dan Suara, ialah sebagaimana FirmanNya Taala,



Ertinya, “Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia, baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.”

Maka jawapannya, Kalau adalah perkara sebenar sebagaimana yang kamu (orang-orang Musyabbihah) dakwa, nescaya bersalahanlah ataupun bercanggahlah ini ayat serta Ayat Al-Quran yang lain-lainnya. Sedangkan, Al-Quran itu saling kuat mengkuatkan satu sama lain. Dan, tidaklah saling bertentangan. (Jadi, apakah maksud sebenar ayat “Kun Fayakun” ini?

Dan, hanya sesungguhnya makna ini ayat bahawa, Allah Taala mengadakan segala benda dengan ketiadaan penat, dan kesusahan, dan dengan ketiadaan halangan dari seseorang kepada Allah. Iaitu, sesungguhnya Allah Taala menjadikan akan benda-benda yang Ia kehendaki, bahawa Ia jadikan akan benda itu dengan bersegera, lagi dengan ketiadaan terlewat daripada waktu yang ia kehendaki adanya benda itu, pada waktu tertentu itu.





Maka adapun, makna, Ertinya, “Jadilah, maka jadilah ia.” Ia menunjukkan di atas segera mengadakan. Dan, bukanlah maknanya itu, tiap-tiap kali apakala berkehendak oleh Allah Taala menjadikan sesuatu benda bahawa berkata ia,


“Jadilah”, “Jadilah”, “Jadilah”.

Dan, jika sekiranya begini maknanya. Nescaya, Allah Taala itu tiap-tiap waktu hanya berkata,


“Jadilah”, “Jadilah”, “Jadilah”.

Bermula, fahaman yang sedemikian adalah Mustahil kerana Allah swt menjadikan pada detik yang satu, iaitu barang yang tidak dapat masuk di bawah perkiraan. (Tidak difahami, hanya Allah sahaja yang faham.

Kemudian, adalah perkataan, “Kun, itu bahasa ‘Arab. Sedangkan Allah Taala itu, telah ada sebelum adanya bahasa-bahasa makhluq semuanya. Dan, sebelum adanya berbagai-bagai bangsa makhluq.

Maka, di atas fahaman Golongan Musyabbihah (Yang mengatakan Allah Taala menjadikan makhluq dengan menyebut perkataan, “Kun’. – ), nescaya pastilah Allah Taala itu asalnya diam. (tidak berkata-kata). Kemudian, baharulah ia berkata-kata.

Bermula ini perkara adalah mustahil, kerana bahawasanya keadaan diam, kemudian berkata-kata, kemudian diam lagi, dan kemudian berkata-kata lagi, adalah Sifat Keadaan Manusia, dan juga selain daripada manusia.

Dan, demi sesungguhnya, berkatalah Qaum Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah), “Kalaulah ada Allah Taala itu berkata-kata dengan huruf dan suara, nescaya Allah Taala berlaku di atasnya segala Sifat-sifat kemahkluqan, seperti bergerak, dan diam, dan sejuk, dan kering, dan berwarna-warni, dan ada bauan tertentu, dan rasa tertentu, dan lain-lain lagi. Sedangkan, ini semua adalah Mustahil bagi Allah.”

Dan, bermula Allah Taala menjadikan sebahagian daripada ‘Alam atau Makhluq itu bergerak-gerak pada satu ketika, dan diam pada satu ketika, mereka itulah manusia dan jin dan malaikat, dan angin, dan cahaya, dan gelap, dan bayang-bayang. Sedangkan Allah Taala, langsung tidak menyerupai akan sesuatu pun daripada ini ‘Alam atau makhluq kesemuanya.
.......................................

Dan, lagi pada halaman 142.


Ertinya,

... Dan adapun, barang yang berpendapat kepadanya oleh Golongan Mujassimah daripada mengatakan bahawa Allah Taala menyebut dengan huruf “Kaf dan Nun ()” ketika menjadikan sesuatu daripada segala makhluq. Maka, fahaman itu adalah fahaman yang bodoh.

Tidak pernah mengatakan dengan ini fahaman oleh seorang yang beraqal pun. Kerana, sesungguhnya mereka (Qaum Mujassimah) berkata mereka,

“Sebelum mengadakan makhluq, berkata oleh Allah Taala dengan ini perkataan yang tersusun dari huruf kaf dan nun.”

Maka, adalah maknanya Allah berkata-kata kepada sesuatu benda yang belum ada. Dan, jika mereka berkata pula,

“Sesungguhnya Allah Taala berkata akan yang demikian itu selepas menjadikan sesuatu makhluq.”

Maka, tidak ada makna sama sekali berkata-kata untuk menjadikan sesuatu yang sudah ada.
.......................................

Inilah kesan sebenar yang berlaku apabila Al-Quran itu diterjemah tanpa disertakan Tafsir berbahasa Arabnya. Kerana perkara inilah, Ulama’ dan Fuqaha’ mengharamkan menterjemah Al-Quran tanpa disertakan dengan tafsir bahasa ‘Arabnya..


Ini jelas kerana kerosakan telah berlaku lantaran dengan adanya Al-Quran dan Terjemahannya sahaja, ada orang sudah merasakan dia sudah faham Al-Quran dan boleh menafsir Al-Quran hanya dengan berdasarkan terjemahan ke dalam Bahasa tertentu. InsyaAllah, pengharaman ini akan diterangkan pada Artikel yang akan datang.


Seperti apa yang dipelajari dari Kitab-kitab Tauhid Muktabar, mengenai Allah itu bersifat Kalam. Penulis dapati bahawa Allah Taala itu berkata-kata dengan ;


a. Tiada Berhuruf dan tiada Bersuara,

b. Tiada ada Permulaan dan tiada ada Kesudahan,

c. Tiada mempunyai arah, iaitu atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang.


Bagi Kisah Nabi Musa as pula, sebenarnya, Allah telah membuka hijab Nabi Musa as supaya dapat mendengar Kalam Allah yang Qadim (Tiada Permulaan). Dan, bukanlah dengan Berdialog yang mempunyai Permulaan dan Kesudahan.


Untuk memantapkan lagi hujjah ini, dibawakan kepada para pembaca sekalian akan penerangan Kitab Tijanu Dharari, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 8, baris 9 dari bawah


Tentang Bab Kalam Allah

Dan, bermula dalil atas demikian itu, yaitu tsabitnya sifat Kalam bagi Allah swt iaitu, dalil Sam’iyy,


Ertinya, “Dan telah berkata-kata oleh Allah Taala kepada Nabi Musa as akan sebagai benar-benar berkata-kata.”

Tafsiran - Iaitu, menghilangkan oleh Allah daripada Nabi Allah Musa as akan Hijab, dan Allah memperdengarkan kepada Nabi Musa as akan Kalamnya yang Qadim (Tiada Mula). Kemudian, Allah kembalikan ke atas Nabi Musa as akan Hijab.

Dan, bukanlah maksud daripada ayat ini bahawasanya Allah Taala memulakan percakapan (Dialog). Kemudian, lalu Allah Taala diam (daripada berdialog), kerana sesungguhnya Allah Taala itu sentiasa bersifat pengkata, kekal dan selama-lamanya (. ).

Dan ada diriwayatkan, bahawasanya Musa a.s adalah beliau menyumbat akan dua lubang telinganya ketika sekembalinya daripada bermunajat kepada Allah Taala, supaya beliau tidak mendengar akan perkataan makhluq kerana keadaan Musa as sudah tidak sanggup mendengar perkataan makhluq. Kerana, sudah jadi di sisinya (apa yang didengari dari Makhluq) lebih buruk daripada suara-suara binatang yang buruk lantaran kerana sudah mengecapi daripada kelazatan mendengar Kalamullah yang Qadim, yang tidak dapat sama sekali diterangkan ketika mana mendengar akan Kalam “Zat yang tiada serupa dengan suatu apa pun.”

Dan, sesungguhnya, naik cemerlang (bercahaya) wajahnya Musa as, lantaran kerana cahaya nur yang bergemilangan. Sehingga tidak ada orang yang melihat akan dia melainkan pasti buta matanya. Lalu, beliau pun memakai Burqu’ (Kain Penutup Muka) dan berkekalanlah beliau memakai Burqu’ (Kain penutup muka) di atas muka beliau sehinggalah beliau wafat.

Kesimpulannya, jangan bermudah-mudah kita membaca Terjemahan Al-Quran, lalu menafsirkan ayat-ayat Al-Quran seperti apa yang telah orang-orang wahhabi lakukan. Kesannya jelas, ia boleh membawa Riddah (Murtad).

DISEDIAKAN OLEH :
ABU LEHYAH AL-KELANTANY
(0133005046
)

Ulamak Islam Meletakkan Fahaman Ibn Taymiyah Sebagai Fahaman Khawarij

Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah al-Kelantany
(0133005046)

الحمد لله رب العالمين ،المنـزه عن الشبيه والمثيل والزوجة والولد والإخوان، الموجود بلا جهة ولا مكان، المنـزه عن كل ما لا يليق به من الصفات والنعوت، والملك القهار ذي الجلال والجبروت، وأفضل الصلاة وأتم السلام على سيدنا محمد خير الأنام، وخاتم أنبياء الإسلام، وعلى ءاله الطاهرين، وصحبه الغر الميامين، ومن اتبع منهاجهم واقتفى أثرهم إلى يوم الدين.ـ"قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "حتى متى ترعون عن ذكر الظالم اذكروه بما فيه حتى يحذره الناس

Syaikh Abdullah bin Ibrahim yang terkenal dengan gelaran Syaikh Abdullah Fahim merupakan ulama terkenal Tanah Melayu dan mufti pertama Pulau Pinang yang berkhidmat dari 1951 - 1961. Beliau dilahirkan di Kampung Syib 'Ali, Makkah pada tahun 1286H dan dibesarkan di sana dalam suasana ilmu keagamaan. Beliau berdamping dan berguru dengan ramai ulama, menurut riwayatnya guru beliau di Makkah dan Madinah tidak kurang 42 orang.

Di antara guru-gurunya ialah:

-Syaikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi (murid Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan pengarang kitab I`aanathuth -Tholibin yang masyhur. Jelas bahawa terdapat hubungan sanad keilmuan antara beliau dengan Sidi Ahmad Zaini.;
Syaikh Muhammad Sa`id BabShil;
Syaikh Muhammad Sulaiman Hasbullah al-Makki;
Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani;
Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kalantani; dan
Syaikh Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani.
Syaikh Abdullah Fahim selain alim dalam ilmu-ilmu fiqh, tauhid dan tasawwuf, juga mendalami ilmu falak. Keahliannya dalam ilmu falak menyebabkan nasihatnya diminta mengenai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan cadangannya untuk tarikh tersebut diterima. Jangan pula disalah anggap bahawa ilmu falak Syaikh Abdullah Fahim tu serupa dengan ramalan Tok Sami dan Tok Cha. Kalau nak tahu berkenaan ilmu falak kenalah belajar dengan ahlinya, cuma kena ingat bahawa falak ulama itu bukan setakat melihat anak bulan sahaja. Mudah-mudahan titihan zuriat beliau yang akhirnya menjadi Perdana Menteri ke-5 Malaysia dapat memartabatkan lagi Islam di persada dunia umumnya dan Nusantara khususnya.
Wasiat Syeikh Abdullah Fahim I
Ikhwah, sebenarnya aku terlupa, almaklumlah nama sahaja insan tempat berlaku khata` dan nisyan (salah dan lupa). Alhamdulillah, nasib baik ada sahabat yang mengingatkan aku berhubung dengan pesanan Syaikh Abdullah Fahim kepada anak bangsanya. Dalam buku "Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (2)" dipetik antara pesanan beliau:-
Supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
Syadid jugak Tok Wan Pak Lah ni. Dan saudara lihat juga bagaimana Tok Syaikh Abdullah Fahim mengisytihar Ibnu Qayyim sebagai seorang khawarij sebagaimana pernah dihukumkan oleh ulama-ulama sebelum beliau terhadap puak Wahhabi. Apa tidak khawarijnya, selain mereka semua tak betul, semua bid`ah, semua sesat, semua masuk neraka. Aku harap Pak Lah pegang dengan wasiat Tok Wan dia ni. Hadhari hadhari jugak, tapi carilah mana dia al-Ghazali, mana dia asy-Syafi`i. Imam asy-Syafi`i dan Hujjatul Islam al-Ghazali pergi meninggalkan warisan bernilai tinggi berupa kitab-kitab dan juga murid-murid yang berkesinambungan sehingga ke masa kita ini, alhamdulillah. Para ulama Syafi`i yang muktabar semuanya bersambung sanad dan silsilah keilmuan dengan mereka, jadi kalau nak cari mereka pergi kat ulama mazhab, bukan kepada ulama khawarij seperti kata Tok Wan tadi.
Yang aku pelik sekarang, kenapa masih ada 'ustaz' bila orang awam bertanya mengenai sesuatu hukum, maka jawapan yang diberi bersandarkan kepada pendapat Ibnu Taimiyyah atau Ibnu Qayyim, sedangkan yang bertanya tu umumnya bermazhab Syafi`i. Sejak bila Ibnu Taimiyyah atau Ibnu Qayyim atau al-Qardhawi jadi ulama sandaran dalam Mazhab Syafi`i ? Bawalah keterangan ulama-ulama Syafi`i kita, Imam Ibnu Hajar ke, Syaikh Ramli ke atau sebagainya. Ini yang menyebabkan orang awam keliru dan pening kepala. Ini yang jadi punca qunut jadi bid`ah, talqin jadi bid`ah, talaffuz bin niyyah jadi bid`ah.
Aku rasa pihak Mufti Pulau Pinang dengan Jabatan Agamanya sekarang kena buat pemantauan terhadap perkembangan dakyah pencinta dan pentaksub Ibnu Qayyim yang berpusat di sana. Siap buat dewan pengajian atas nama Ibnu Qayyim. Besar sangat ke jasa Ibnu Qayyim kat bangsa Melayu Islam kat rantau ini ? Jagalah amanah Mufti pertama Pulau Pinang di atas.
Wasiat Syeikh Abdullah Fahim II
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah was sholatu was salamu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi. (Amma ba'd), tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMalaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al-Imam asy-Syafi`i ijma`an tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi`i (yahrumu kharqul ijma`/ diharamkan merobek ijma`). Ambil mereka itu hukum-hukum fiqh Syafi`i daripada kitab Tohfah dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabilal Muhtadin, Bughyatuth Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh dan hawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu. Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul 'Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin. Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath daripada Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-u ajilla` (ulama yang cemerlang lagi terbilang) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000 tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.Ikhwah, di mana salah silapnya mazhab Syafi`i sehingga kita hendak gugah pegangan masyarakat kita terhadapnya.
Jika mazhab Syafi`i mensunnatkan qunut dalam sembahyang Subuh kenapa kita nak tolak dengan mendatangkan pendapat mazhab lain ? Salahkah mazhab Syafi`i ? Bukankah ini hanya perkara khilafiyyah, yang pihak-pihak kena menghormati sesamanya. Masyarakat kita yang sudah sebati dengan qunut, dengan talaffuz bin niyyah, kenduri tahlil dan sebagainya, bukankah semua hal ini termasuk khilafiyyah yang sewajarnya ditangani dengan lapang dada, bukan dengan tuduhan bid`ah membid`ah, sesat menyesat dan sebagainya.
Rujukan :